Pages

Solat Time

Wednesday, April 18, 2007

kambination

Assalamualaikum..

Kambing I sj binatang mamalia spt domba atau biri-biri, Capra spp.; ~ benggala; ~ kacang; ~ kibas, dll; ~ gurun = ~ hutan sj kambing, Capricornis sumatrensis; (sila rujuk kamus dewan elektronik). Manakala kambing hitam: mengambinghitamkan; mempersalahkan seseorang dlm sesuatu kejadian, menyalahkan atau menunjukkan kesalahan (orang dll).

Oleh yang demikian, makan kambing tidak menjadi suatu kesalahan. Akan tetapi, mengkambinghitamkan manusia atau sesuatu perkara, perlulah dijauhi. Tetapi kita harus ingat, menghitamkan kambing (dagingnya) untuk tujuan memasak dan dimakan dengan sewenang-wenangnya, bersangatan moleknya.

Pada tanggal bersejarah 14hb yang lalu, aku dan kawan-kawan telah pergi menyerbu rumah Izanee untuk mencipta sejarah dunia yang baru; belasah kambing. Terima kasih yang tidak terhingga buat kawan-kawan yang sudi hadir dan meluangkan masa bersama terutamanya tuan tanah; cikIzanee.

Antara yang hadir pada pagi nan mulia itu ialah; Mat, Mi (Suhaimi), Asri, Jamil, Izanee, Yusrin dan aku sendiri (kena paksa mai.. muahahaha).

Tujuan diadakan majlis tak rasmi tu adalah untuk mengeratkan lagi tali silaturrahim yang sedia ada. Lagipun, dah lama tak jumpa dengan en. Suhaimi Yusof (Mi) yang saban hari sibuk dengan tugasan rasmi beliau.

Majlis sepatutnya bermula jam 8.00 pagi, dimulakan agak lewat kerana aku punya pasai (sori la kawan2). Asri bolah dipuji kali ni, sebab dia yang paling awai sampai. Jamil, Mat dan aku sampai dalam 8.40 sebab menyinggah di Tesco, beli barangan. Sampai saja di rumah Izanee, terus kami mulakan majlis makan isi perut.

Untuk blog kali ni, aku malas nak tulis panjang sebab biarlah gambar yang berbicara. Sekian, terima kasih.

mat dan mi; sementara menunggu kambin masak

ni la undangan agung.. special appearence.. asalnya ajak Tun Daim, tapi dia antaq wakil je..

aku bersama tetamu agung

anak tuan rumah

hidangan agung

menung ape tu yob? kononnye membako le tu..

asri mencuba nasib

siapa lambat habis.. kena basuh pinggan!! dari kiri: mat, yus, asri & mi

selepas setengah jam.. tak abis lagi...?

juara..!! masih meneruskan perjuangan selepas sejam

Kambination: istilah baru bahasa rancu yang diadaptasikan daripada dua kata asas di dalam dua bahasa. Kambing dan nation (negara/bangsa). Bila diterjemahkan secara halus; bangsa yang duduk di dalam suatu negara yang memakan kambing. Dan menjadikan kambing sebagai juadah yang terpaling istimewa (kalau pandai masak dan sedap la..).

Selamat dan ceria selalu... ciao bello en hasta pronto.

13 comments:

Anonymous said...

errr xcuse me... miker tolong remove ayat ni yang saban hari sibuk dengan tugasan rasmi beliau di JPM (bah. Keselamatan). Case sensitive. Thx.

Anonymous said...

Assalamualaikum sume..

Ntahnyer jamnul pon nampak mcm sekuriti guard plak kwn wa ni.. tulis la green goblin or what not.. heh heh heh heh.. By the wa aktiviti melantak kamben di waktu pg merupakan titik permulaan kita utk memantapkan lagi institusi di Jabatan2 Haiwan & pemuliharaan hutan heh heh heh.. wa ingat ada lg la belen2 kat dlm perut nih... Si Jamil dah tanya pulok bila nak pekena kamben lg.. Bior betui yobb.. Eat kamben 4 weeks in a row X dpt kang msk spital in one row pulak.... Bye frenz...

Mat Zeni

marn said...

muahahahaha... aku dah agak dah... musti hang soh aku buang... tapi takpa.. sebab case sensitif.. aku dah buang...keh keh keh...

marn said...

jamil tu biaq betui?!! tu bukan nak melantak kambin..tu buang tebiat namanya tuh.. bak kata yusrin.. dua jemaat je lagi... tak lama dah tu...

marn said...

mat! itu al-fadhil zenki izzuddin kata kalau pi pangkoq 3-4 orang buang karen. So, gumana nih? kita nak abaikan saja program racky tempat atau memang kita nak buang karen? Sebab buang karen pun macam best sebab kena try environment dia dulu kan? baru le leh suggest kat kengkawan.. ka gumana?

Unknown said...

Jamnul hang kalau nak acah pun jgn la buat lagu tu.bak kata mad mcm guard plak mamat sorg tu.

Aku tanya on behalf of mr.yusrin sbb dia segan nak tanya takut org kata dia kuat makan.tp dia mmg kuat makan muahahahaha....pas2 aku tak puas hati sbb ari tu aku kena balik awai,hangpa makan part aku lbh....

InsyaAllah dua jemaat lagi aku kaya kot....

Pasal p racky kat pangkoq tu klu buang karen pun tak pa sbb nama pun racky beb....tp tggu masyuk skit la.

Anonymous said...

MUTTONANCHOCK'S = "Mengancuk selepas makan kambing" heh heh heh .... Buang karen pon buang karen lah.. selama ari ni pon mmg kerap buang karen aper.. OK jer..
heh heh heh

Mat Zeni

Anonymous said...

"KAMBINATION" aihh ni kena mintak red hot chilli peppers buat lagu nih...

Mat Zeni

Anonymous said...

Assalammualaikum, walaupun aku ni sorang2 je prmpuan yg join sekali sekala dlm blog ni segan gak aku, mn kaum2 aku yg lain ni.Sesekali masuk blog th la jg korang ni sihat2 belaka.Ade2 aje program korangkan.Takpe la aku tgk jela ape yg korang jlnkn.Wahwahwah makan kambin lg korang, tak ajak plak tu.Acah je tu, dgn kambin pun aku takut ni lak nak makan daging kambin.Okey la cau dulu......

linda

Unknown said...

hari jumaat 20/4/2007 aku dgn adik-beadik aku bakaq kamben.nak jadi crita Yusrin jumpa aku ptg tu brsembang smp mlm.So aku ajak dia join,ada la skit rezeki dia untuk pkena kamben dgn aku kat umah kakak aku.Jamnul lak pkena kamben dgombak.member(mad) kita sorg lagi sudah agin beb.jgn marah mad ya nanti kita plan lagi untuk bakaq kamben ya.......sorry mad.

Linda nak join blh.klu sorg pun ape salahnya janji blh sponsor daging kamben.nanti klu ada kita org buat bakaq kamben aku srh mad sms ko.

Anonymous said...

Kambing is GOOD
Kambing is COOL
We luv kambing
We are the KAMBINATION.. HEH HEH HEH

Makan hati kambing wa dengar korang sume belasah kambing kat bangsar... isk isk isk

Mat Zeni

Unknown said...

jgn mrajuk yeop.tadi sbb nak layan zaki usop dtg dari jauh cari pas tu dia nak balik ptg ni jugak.

so aku dgn jamnul wakil komuniti87 yg ada kat kl kena p layan dia sblum dia balik ipoh.ko org smua kerja.

Anonymous said...

aku pun minat kambin jugak..apa kata kita pi bakaq kambin kat pangkoq pulak?aktiviti malam tarik pukat...malam tu jugak bakaq ikan..perghhhh...tak tau nak habaq camna..

zaki