Pages

Solat Time

Thursday, April 26, 2012

Aku dan bisnes umrah 2

Assalamualaikum..

Sambungan..

Ketika jam hampir masuk pukul 6.50 lewat petang, si taukeh ni tadi membuka sesi pertanyaan dan mengajak para mutowwif veteran yang tak salah aku ada dalam 5 orang untuk berkongsi pengalaman dan pendapat bersama pihak pengurusan dan skuad pelapis. 

Apabila diajukan seorang demi seorang oleh si taukeh dengan mengajak untuk memberikan komen, boleh kata 3 mutowwif veteran yang tidak mahu memberikan komen. Sekadar menyatakan tiada masalah dan mutowwif Malaysia kena banyak belajar dengan mutowwif Indonesia. Dalam hati aku memang berbulu sebab depa-depa ni so called ustaz boleh berpura-pura depan tuakeh. Sedangkan banyak yang bising. Itu tak kena, ini tak kena. Sekadar bising di belakang. Aku pulak bukannya manusia yang macam tu. Cantiklah. Inilah masanya untuk aku memberikan pendapat dan berkongsi sejujurnya pengalaman yang ada padaku buat mutowwif pelapis.  

Sampai sahaja giliran aku, soalan yang sama diajukan, aku pun terus bagi salam dan mengajukan 4 soalan; Yang pertama: pegawai kebajikan Andalusia di Mekah/Madianah hanya bertugas di sampai pukul 11 malam sahaja kah (ikut jadual yang terpampang di dalam pejabat)? Sekiranya ya, siapa yang patut bawa jemaah ke hospital sekiranya ada yang sakit pukul 3 pagi? Jawapan yang diberikan oleh taukeh: Mutowwif. Ok, fine. Aku pun ceritakan pengalaman aku yang sudah lalui kes macam tu. Ada jemaah sakit dada tak boleh bernafas pukul 3 pagi. Aku yang bawakan ke hospital. Dan aku kongsikan pengalaman bagaimana berurusan di hospital di Saudi. Menyakitkan hati..! Kalau tak aku kenangkan hospital tu dalam Tanah Haram, mau dah aku tinju sampai pecah muka doktor sama misi kat dalam hospital tuh.

Hospital King Faisal


Soalan kedua: Siapakah yang bertanggungjawab untuk berurusan dengan pihak Saudi Airlines untuk mendapatkan flight boarding pass untuk pulang ke tanahair? Jawapan yang diberi: Petugas di Makkah/Madinah. Dan yang terbaru; tanggungjawab petugas Makkah/Madinah bersama mutowwif.


Baik. Aku pun ceritakan pengalaman aku masa nak dapatkan boarding pass baru-baru ni. Tidak ada mana-mana pegawai pun yang nak membantu aku untuk pergi bersama-sama ke pejabat Saudi Airlines. Tapi aku tak kisah sebab aku boleh belajar. Cumanya, nak mintak tolong bagi panduan daripada pengurusan untuk membantu. 

Terus sahaja taukeh ni potong cakap aku dan kata jangan salahkan pihak pengurusan. Itu tanggungjawab mutowwif untuk selesaikan perkara yang tertangguh. Mutowwif kena bijak menilai dan membuat keputusan. Dan aku pun bagitau lah yang aku selesai uruskan semua boarding pass tanpa masalah. Cumanya, aku minta untuk lebih prihatin terhadap bidang tugas masing-masing di masa hadapan. Lagi sekali si taukeh ni potong cakap aku dan tekankan supaya jangan salahkan pengurusan. Aku dah mula hangin balik sebab masa dia bercakap, sapa pun tak potong cakap. Mai turn aku, dia nak cakap lagi. 

bersambung..

7 comments:

Anonymous said...

satu pembongkaran ttg kepincangan sistem pengurusan umrah dimsia,sbnrnya bnyk lg company yg mcm ni yob,by the way, keep up ur good work

Hasnul said...

bila nak keluar `aku dan Bisnes umrah part 3`?

Mart said...

Boleh buat drama nihh, asik drama mengarot jer kat TV tuhh... baik buat citer yg ader pengajaran cam nihhhh

Hasnul said...

eemmm.....

marn said...

sori yob2 sekalin.. aku bz bercuti di Melaka dgn anakbini.

Hasnul said...

Happy holiday...

iZaNeE said...

Bleh buat buku kisah Aku, Dia & Mutowwif nie beder.. Juai di black market.. Keh33x! Apepun, job yg byk & besor pahala nie yeop, moga2 usaha saudaraku nie mendapat ganjaran yg setimpal dariNya.. Amin..!