Pages

Solat Time

Monday, December 5, 2011

Asyura

Assalamualaikum..

Pe kabo semua? Sihat selalu hendaknya. Semoga cuti tuan/puan bemakna. Bersempena hari Asyura yakni hari ke sepuluh di dalam bulan Muharram, jom kita tengok apa yang perlu kita buat bila tiba hari Asyura nih. 

Selalunya masa kecik-kecik dulu, kita akan berjumpa dengan satu jenis bubur; bubur Asyura. Dikatakan bubur ini berdasarkan kejadian di atas bahtera Nuh AS. Dan beberapa amalan yang dikatakan sunat. Antaranya; berpuasa. 

Bilakah hari ‘Asyura? Apakah dalil disunatkan berpuasa pada hari ‘Asyura’? 

Hari ‘Asyura ialah hari sepuluh Muharram. Abi Qatadah r.a. meriwayatkan; Nabi s.a.w. pernah ditanya tentang berpuasa pada hari ‘Asyura? Baginda menjawab; “Puasa di hari itu akan menghapuskan dosa tahun yang lalu” (Hadis riwayat Imam Muslim). 

Adakah kita juga disunatkan berpuasa pada sembilan Muharram? 

Ya. Hari itu dinamakan Tasu’a. Dalil disunatkan berpuasa hari itu ialah hadis dari Ibnu ‘Abbas r.a. yang menceritakan; “Tatkala Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari ‘Asyura dan memerintahkan agar para sahabat turut berpuasa, mereka bertanya; ‘Ya Rasulullah! Bukankah ia (yakni ‘Asyura itu) merupakan hari yang diagungkan oleh Yahudi dan Nasara? Lalu baginda bersabda; “Tahun akan datang -dengan kehendak Allah- kita berpuasa pada hari ke sembilan”. Berkata Ibnu ‘Abbas; belum sempat tiba tahun hadapan, Rasulullah s.a.w. telah diwafatkan (Riwayat Imam Muslim). 

Berdasarkan hadis ini, kita disunatkan berpuasa pada kedua-dua hari iaitu hari ke 9 dan hari ke 10 Muharram kerana Nabi s.a.w. telah berpuasa pada hari ke 10 dan berniat untuk berpuasa pada hari ke 9.

Cerita Bahtera Nabi Nuh a.s. Banyak laman web menyebut tentang kisah ini.

Dinukilkan dalam kitab “Nihayatuz Zain” karangan Syeikh Nawawi Al Banteni, dan di dalam kitab “Nuzhatul Majalis” karangan Syeikh Abdur Rahman Al Ushfuri serta di dalam kitab “Jam’ul Fawaid” karangan Syeikh Daud Al Fathoni. Yang antara lainnya menceritakan bahawa, ketika mana bahtera Nabi Nuh a.s. berlabuh di bukit Juudi pada Hari Asyura’, maka berkatalah ia pada umatnya : “Himpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan yang lebih-lebih”. Maka, dibawalah satu genggam daripada kacang Baqila’ iaitu kacang ful (kacang poi) dan satu genggam kacang Adas, Ba’ruz dan hinthoh dan tepung sehingga menjadi tujuh bagai biji-bijian yang dimasak. Maka berkatalah Nuh AS : “Masaklah sekeliannya kerana kamu sudah mendapat kesenangan sekarang”. 

antara rupa bubur asyura

Berdasarkan kisah di atas, maka aku percaya umat Melayu secara umumnya beramal dengan memasak bubur Asyura. Mungkin sandaran lain bagi jamuan bubur Asyura ialah hadis-hadis tentang memberi galakan supaya pada hari Asyura hendaklah menghulur dan berkongsi kesenangan dengan kaum keluarga.

Penilaian: - Cerita seperti ini perlu kepada kajian. Dari manakah sumbernya dan apakah taraf kedudukan kisah ini. Setakat ini saya tidak menemui sebarang petunjuk tentang kisah ini dalam sumber hadis dan atsar. Sesiapa yang menjumpainya, diharap dapat membantu.

Hari Asyura versi Syiah

Asyura bagi Syiah adalah hari meratapi Kesyahidan Saidina Husin.Pada hari tersebut penganut Syiah akan melakukan perbuatan yang keji seperti melibas kepala mereka dengan pedang,meraung-raung dan banyak lagi seperti dinyatakann oleh Ahmad al-Kisrawiy: “Pada setiap kali Asyura, mereka memperingati kematian Saiyidina Husin dengan melakukan perbuatan-perbuatan tercela seperti berkumpul sambil menangis dan meratapi bagaikan histeria. 

ada brani?

Mereka juga mengadakan perarakan di jalan-jalan dan pasar-pasar sambil memukul tubuh dengan rantai besi, melukai kepala dengan pedang, mengikat tangan dan sebagainya”. (Al-Tasyayyu’ Wasy-Syi’ah, Ahmad al-Kisrawiy al-Syi’iy, hal.141, Tahqiq Dr. Nasyir al-Qifari).

jom ramai-ramai

Perhatikanlah betapa jauhnya perbuatan mereka dengan syariat Islam yang mulia, sedangkan di dalam kitab syiah sendiri melarang perbuatan meratapi kematian seperti mana yang terdapat di dalam Nahjul Balaghah, syarif Radhi menukilkan kata-kata saidina Ali Karamallahu Wajhah, yang bermaksud “Sesiapa yang memukul tangannya ke atas pahanya ketika ditimpa musibah maka binasalah amalanya (Nahhjul Balghah juz 4 hal. 34) Memukul paha ketika ditimpa musibah sudah cukup bagi membinasakan amalan apalagi sekiranya kita meratapi dengan memukul pedang dan melibas besi ke badan? Ulama Syiah Ibnu Babuwaih al-Qummi yang digelari Al-saduq (yang sangat benar) menyebutkan bahawa diantara ucapan Rasulullah SAW ialah “Meratap kematian adalah amalan jahilliah” (Man laa Yadhurul faqih jilid 4 hal 271).

Apa-apa pun, setiap amalan dan ibadat kita hendaklah bersandarkan kepada ilmu dan bukan sekadar ikut-ikutan. Semoga secebis maklumat seperti ini dapat memberikan pencerahan kepada kita semua.


4 comments:

Hasnul said...

salam,lama dah tak makan bubur asyura,dah merata aku pergi tapi bubur asyura kat Idrisiah terbaik.

Marnolito said...

muahahaha.. ingat lagi ko kat bubo asyura idrisiah no.. aku aritu dapat la makan bubo asyura.. mak sedara bini yang buatkan...

Hasnul said...

mana taknya,tulah bubur asyura aku yg pertama,sedap pulak tu.

iZaNeE said...

Mak wa tiap2 thn buat bubur asyura.. Tp ternyata bubur asyura Idrisiah antara yg tarbaekkk sbbnya ada 2 perisa, manis & pedas b'daging.. Mmg sodap disukai ramai.. Hu33x!