Assalamualaikum..
Saja nak update blog. Dan sementelah si Abu Atief telah bersuara nak melihat koleksi gambar semasa majlis Iftor Jama'ei di rumahnya tempoh hari, terpanggil aku untuk 'update' blog dan 'upload' koleksi gambar yang diambil mengguna NEX-5 aku yang baru. Huhuhuhu.. Skil pukui gambaq aku dah berkarat. Terkial-kial nak 'adjust' serba mak nenek dalam kamera tu.
So, macam mana dengan hari raya kawan2 semua? Ada yang dah dapat balik penyakit lama ka? Abih tu, dok tibai apa yang tuan rumah jamu. Jaga-jaga kesihatan. Sebab dunia hari ni dah banyak dengan bahan kimia dalam makanan. Kita dah tak boleh nak ikut cara hidup orangtua kita semasa membesarkan kita. Dulu, kimianya sedikit. La ni abih selagi boleh nak letak kimia. Pun begitu, cara hidup kita juga dah berubah. Kalau dulu orangtua kita ada berkebun walaupun sekangkang kera. Kita? Ada juga. 'Kebun' cara lain. Kalau berkebun cara lama pun, sekangkang lipas pun belum tentu ada.
Apa-apa pun, selamat menjalani kehidupan selepas raya (ni banyak orang sudah sengkek). almaklumlah. Nak pergi open house, mesti cek dalam beg tangan ada ke tidak angpow. Hehehehe. Jangan gelojoh, buruk lantak dan yang penting sekali; jangan lupa diri dan sentiasa ingatlah Allah Taala. Sesungguhnya sebaik-baik pekerjaan/perbuatan itu adalah dengan bersederhana.
4 comments:
salam...
ateee...ape cheghita terkini ttg reunion kita hujung tahun ni...agok2nyer jadi ker kat felda residen tu
Reunioin nampak gayanya masih lagi tercari2 tempat yang terbaik. Kalo ikutkan nyembang si Syukri, macam best je kalo buat Felda Resident tu. Masalahnya aku xdak nomor kontek (ni alasan sebab bleh cari dalam internet). Dan aku x dpt join 27/11 (tarikh yang telah dipersetujui) sebab ada perkumpulan keluarga besar aku di Rawang. Baru semalam aku dapat date. So, kalo aku xpi gathering famili ku, sure orang query punya. Aku pulak salah sorang AJK famili besar. Tu yang nak tak nak kena hadir kecuali sakit mati je.
alamak tn presiden tak leh mai gathering kita...tak bes la cenggitu tn presiden tak dak...tak pernah lagi majlis besar yg kita rancang tanpa tn presiden...kita kena ejas tarikh lain la..benda leh ejas..tak leh tahun ni tahun depan masih ada
Jgn mcm tu Bu Atief. Presiden tidak besar daripada para ahli. Sewajibnya para ahli itulah yang diberikan keutamaan. Presiden hanya sekadar memikul tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh para ahli.
Post a Comment