Pages

Solat Time

Wednesday, July 22, 2009

Perihal Yuran Tahunan

Assalamualaikum..

Semoga sejahtera dan sentiasa di bawah payung rahmatNya selalu.

Selaku presiden yangg telah dilantik kalian dalam Komuniti87 ni, aku dengan ini mengumumkan tarikh akhir untuk membuat sebarang pembayaran yuran tahunan Komuniti87 untuk sessi 07/08 akan ditutup pada akhir bulan ini bersamaan 31 Julai 2009.

Diharap kepada semua ahli untuk menjelaskan yuran tahunan yang tertunggak seberapa segera untuk mengelakkan daripada tuan/puan kehilangan hak-hak keistimewaan seperti berikut:
  1. Keuntungan hasil daripada modal pembelian saham di dalam Public Bank Amanah Saham Ittikal sebanyak RM1,500.00.
  2. Pahala menderma dan bersedekah.
  3. Tabung bencana (mengikut keputusan mesyuarat AJK).
  4. Khairat kematian (mengikut keputusan mesyuarat AJK).
  5. Tabung dana pelajaran anak-anak (mengikut keputusan mesyuarat AJK).
  6. Pelaburan masa depan (mengikut keputusan mesyuarat AJK).
Surat daripada Public Bank yang telah memberi dividen kepada Komuniti.

Aku sekali lagi menyeru kepada kawan-kawan untuk memberikan kerjasama yang tidak berbelah bahagi demi memantapkan lagi ekonomi sesama kita. Mungkin sekarang kita melihat terlalu ciput duit yang berjaya dikumpulkan. Cuba bayangkan lima tahun akan datang? Aku rasa ramai masa tu yang berebut nak pegang jawatan dan menyibuk bila duit dah banyak masa tu.

Surat yang aku dapat daripada Public Bank (discankan oleh sdr. Mart Jeni - thanks alot bro!) adalah antara bukti bahawa Komuniti87 ini tidak beromong kosong. Cuba lihat keuntungan yang kita dapat dalam masa setahun. Dan keuntungan tersebut tidak diambil dan dibedak-bedakkan kerana kita perlu membanyakkkan lagi modal saham yang sedia ada. Untuk pengetahuan semua, modal saham Komuniti87 dilaburkan atas nama syarikat Bina Harta Enterprise (pemiliknya ialah Jamnul Abdul Rahman yakni adik aku, dan dia tidak mengenakan sesen pun untuk sebarang caj). Ini kerana proses pembelian saham di atas nama syarikat mahupun pertubuhan perlu disertakan sijil pendaftaran. Kita tidak dapat melabur atas nama Komuniti87 memandangkan kita masih belum berdaftar di bawah ROS. Harap maklum.

Umat Islam hari ini berjaya dilemahkan akibat daripada sikap majoriti yang tidak mementingkan kesatuan ummah. Pada mereka, cukuplah dengan apa yang ada buat diri mereka dan anak-anak mereka. Padahal, sebenarnya itu tidak mencukupi. Kita makin hari makin jauh ketinggalan baik dalam apa jua bidang terutamanya ekonomi. Kepentingan peribadi melebihi kepentingan ummah. Lama-kelamaan kita menjadi 'kiasu' dan pentingkan diri-sendiri tanpa kita sedari. Secara tidak langsung perbuatan kita ini akan melesu dan melemahkan ummah secara amnya.

Hanya dengan kerjasama yang erat, hubungan yang rapat serta rasa peduli sesama kita yang akan membuatkan kita berjaya dalam bidang yang kita ceburi. Memanglah bila difikirkan apalah sangat sumbangan yang dapat kita berikan dengan nilaian yang sekelumit cuma. Tetapi barang harus diingat, sebuah perjalanan bermula dengan langkah yang pertama. Dan yuran tahunan inilah merupakan 'langkah pertama' kita untuk memantapkan ekonomi sesama kita.

Sayugia diingatkan bahawa tidak semua di antara kita yang bernasib baik. Inilah masanya untuk kita menunjukkan rasa kasih dan sayang kita terhadap insan lain yang kurang bernasib baik. Ingatlah, setiap sen yang kita dapat dan kita belanjakan akan dihitung kelak di Hari Pengadilan. Setakat mana kita membantu saudara-saudara kita di atas nama Islam?

Sama-sama kita renungkan serta mengambil iktibar di atas peringatan yang telah diberikan. Kita hanya merancang, Allah Taala jua yang menentukan. Semoga niat dan rancangan murni ini berkekalan hingga ke akhir hayat. Segala yang baik datangnya dari Allah SWT dan segala yang jahat dan lemah datangnya daripada aku, moderator blog ini.

p/s: Andaikata ada sesiapa di antara kita yang mempunyai sebarang idea, peringatan, pertanyaan, usul atau komen untuk dikongsikan bersama, sila berikan di ruangan komen. Terima kasih.

12 comments:

abu_ateif said...

akom semua,,,

aku dengan rendah dirinya mengakui telah menerima sbyk rm950 dari seramai 14 org ahli komuniti kita...yang lain2 tu aku tak tau apa masalah depa kerna enggan membayar yuran kita ni...aku terus terang kalau jumpa kengkawan yang tak bayo lagi yuran mmg aku malas nak bkk mulut suruh depa byar yuran pasal aku tau masing2 dah dapat surat arahan utk bayar yuran...
betul ayat tn presiden kita tu...cuba bayangkan 13 tahun lagi berapa dah yang komuniti kita boleh kumpul kalau tiap tahun kita boleh kutip 2 or 3 ribu...tapi masalah ramai antara kita masih kabor n tak nampak mende cenggini...aku hanya pasrah n tunduk ke bumi

abu_ateif said...

mengikut kajian yang aku buat ramai dikalangan kengkawan yang tak bayar yuran dari kalangan orang2 yang bekerja tetap...cukup bulan cucuk kad keluo duit...tapi masih enggan bayo yuran kerana sebab2 yang aku dan kengkawan yang lain tak berapa nak tau...
aku rasa kita kena kumpul lagi kat satu tempat yang kondusif buat kambination n waktu makan kambin tu kita jalankan kempen n serang habis2an apa sebab kita perlu kumpul duit yuran ni...amacam geng?

p/s:masih terbayang ikan loban melompat2 n tergolek2 diatas panggangan bara api di pangkor tanah tumpah darah mamak zamri.

marn said...

Aku nak pebesaqkan image surat tu tak bleh. Aku tak reti sangat pasai blog ni. Takpa la, kalau sesapa nak versi yang bleh baca, mintak emel, nanti aku emelkan pada sesiapa yang nak.

Abu Atief, memang semua orang ada keperluan dan kehendak. Tapi tu la... bila meletakkan keperluan dan kehendak peribadi melebihi kehendak dan keperluan orangramai, tu yang jadi lagu ni.

Aku pun tunggu gak bila bleh kita ramai2 jumpa dan bincangkan soal ni. Pada aku, aku rasa sangat sedih bila mana ramai daripada kita yang berlatarbelakangkan mengaji agama peringkat tinggi, yang sepatutnya kaya dunia akhirat. Malangnya, jadi miskin dunia akhirat.

Realiti kehidupan mereka yang tidak bergantung pada gaji ujung bulan, cukup pahit untuk ditelan dan dilalui. Bukannya mintak sebulan sekali. Setahun sekali ja. Dan bukannya nak perabih buat joli katak. Kita nak invest / labur. Nak bagi beranak pinak duit tu guna saluran yang halal. Untuk sapa? untuk kita dan anak2 kita. Sangat2 bertepatan hadis Rasulullah SAW yang mafhumnya: Islam itu asing/pelik dan akan menjadi asing/pelik (di akhir zaman).

Alhamdulillah dan ucapan JazakumuLlahu Khairal Jaza' buat mereka yang sudi membayar yuran tahunan. Buat hang Abu Atief, terima kasih tidak terhingga sebab sudi melaksanakan tanggungjawab hang sebagai bendahari Komuniti87 ni. Aku tau, sedikit sebanyak merungsingkan pala hang untuk buat kemaskini akaun.

Takpa, nanti kita bincang sambil makan kamben, Insyaallah.

Anonymous said...

Assalamualaikum wrt wbt

Kepada kawan2 yang berusaha buat kerja free of charge mengumpul dan melabur dana, teman rakamkan terima kasih dan jazakumullah jua.
Setahun sekali RM100.00 tu insya Allah tidak akan diaralkan. Teman tumpang seronok juga tgk angka2 tu walaupun tidak banyak digitnya... but for a start it is something deserved commendation.

Teman nak sumbangkan masa dan menjelmakan diri, mmg payah. Maleh dah bg alasan. Tp bila Syeikh Zaki atau Mr. President hantar surat atau SMS kata bank-in yuran sekian-sekian, insya Allah akan diusahakan jua.

Kawan2 yang lain yang menyokong usaha sebegini, baguslah... teruskan usaha dan sokongan. Seperti biasa cabaran dan dugaan untuk mengumpul yuran mmg perit dan pedih. Teman jadi S/U Kelab Kebajikan kat opis ni faham benor dah... bab bayor yuran, semua cabut kecut perut walaupun yurannya ciput; bab terima benefit berkajang2 kerotaih senarai nama mintak benefit itu benefit ini... tp apa boleh buat, bersabor je le... udoh demer pesen org Melayu mmg gitu...

Untok sangka baik, gamoknya yg lain2 dah masuk kelab2 lain dan menyumbang di sana gamoknya...

SMY

marn said...

Muahahahahaha.. serius aku baca perenggan yang akhir, lu memang ada bakat buat penulisan lelucon duhai SMY.

Ye la, nak kata apakan? kita mintak duit orang. Memang itulah realiti hidup di Msia ni. Bab benefit, nak itu ini. Bab nak hulo jangan kate RM ratusan, waimma sekepiang due pun susah bebeno. Takut jadi papa kedana le kot.

Kite ni berlapikkan 'bersangka baik' je la. Dah itu yang disarankan oleh agama kita. Dah rasa 'tanggungjawab' tu takde. Kalau paka2 rasa ada sifat mau menanggung dan melaksanakan tanggungjawab, rasanya tak susah pun. Macam soal bersolat sebagai contoh. Kita liat sebab kita tak rasa tu satu tanggungjawab. Tapi bila kita rasa tu tanggungjawab kita sebagai makhluk, insyaAllah, hati tu mau je buat. Baru la sampai 'zouk' aka kelazatan dalam beribadat.

Allahu yazeedul Khair buat SMY sebab sudi dan bersungguh2 dalam memberikan komitmen kepada Komuniti walaupun jarang sekali bersua muka. Keme paham ape yang mike cube sampekan. Takpe la, masen2 ade tugasan dan kekangan. Walo apepun, keme ucapkan jutaan terima kasih buat mike sebab sudi jadi antara pembayar yuran yang terawal dan selalu kunjungi blog ni.

Moh kita kuatkan semangat dan rapatkan sof perjuangan. Moga Allah SWT membalas kerja baik kita ini dengan sebaik2 ganjaran.

bear bub said...

Dulu orng pernah nasihat aku:

1)kena bijak merancang perbelanjaan
2)Bijak memilih yg mana keperluan & yg mana kehendak
3)Belajar menabung (potong kwsp tak aci aa)
4)berbelanja mengikut kemampuan
5)elak kalau boleh beli barang dgn berhutang

marn said...

Hutang ni kan, dia macam rantai. bila start ja kita berhutang, maka bermulalah era hamba abdi. Akan berterusanlah kita menjadi abdi utang. Nak apa pun tak bleh. Duit gaji ka, payment ka, bonus ka, semuanya nak kena cover hutang.

Kena ada langkah untuk emansipasikan diri daripada hutang. Hutang ni memang la penjajahan dan penghambaabdianera moden. Bila kita buat balance sheet income bulanan/tahunan kita, cuba kita tengok berapa ja duit gaji kita yang betui2 kita pakai. Musti terkejut beruk beb. Duit kerja keras kita yang kita dapat bulan2 tu kan, bila sampai kat kita, sat ja. Macam tempat transit je. Betul2 macam transit.

Kita ni sebenarnya bukan kerja untuk diri kita, tapi untuk Celcom, Maxis, TNB (CELAKA paling besaq so far sbb dlm2 dok susah la ni depa tgh giat nak penaik tarif letrik), syarikat Ayaq, Majlis Perbandaran (cukai pintu), JPJ, VISA, MasterCard, bank2 dan lain2 lagi.

Kita dok tang tu ja. CAS berasa senang la kiranya. Ada kereta, ada rumah. Belakang... tu semua bank2 keparat yang guna sistem Yahudi yang punya. Kita ni blagak tak kena tempat. Setakat ruma hbesaq, kereta besaq, tapi dok hutang merata.. paka2 jadi hamba hutang la. Toksah dok dabik dada la.

Tu pun, sombong nak mampoih sebab tak joint bila mana ada kawan2 yang nak ajak kumpui duit dan memajukan ekonomi sesama kita. Dok rasa diri tu dah kemaih sesangat la tu.

Aku la ni, dok pelan2 bayaq utang kelilin yang mana bulih. Biaq pi la pakai keta buruk, rumah kecik. Asaikan hidup bebas utang. Selamat Membebaskan Diri Anda Daripada Berhutang dan Memberi Hutang. Muahahahahahah

abu_ateif said...

perghhhh...booleh tahan ayat mr presiden tu cam tensen jer ngan member2 yang join komuniti ni...sabaq tn presiden kita tak tau sbb apa depa tak leh nak join komuniti kita...depa bkn tak mau join tapi tak leh nak join lagi...ada la tu sbb2 yang sukar utk ditafsirkan...

Marn..terus terang nak bagi tau kat hampa kerja sbg bendahari paling tak susah buat aku hahahaa...ada jer bank in sms banking akan habaq kat aku...tapi aku risau woooo pggng duit lama2 ni...akaun bercampor ni susah ckit...satu lagi yang aku tak boleh buat ialah nak habaq kat kengkawan yang aku jumpa suruh depa bayaq yuran...itu mmg aku tak reti nak buat...tobat lahong.

mart...tolong ejas perjumpaan kambination kot2 kita boleh bersua muka dihari yang mulia.

Mart Jeni said...

Dear abu atief, Hang habaq jer bila nak mai in advance so bleh la kami buat jemputan pada yg lain.. Abg Iz isketambola pon sebok tanya bila nk kambination... Tapi kalu maleh kami bwk hang pi el rawsha jer tak penat tangan nak berkipas kamben pon mantop kenyang terjamin.. cuma usus la overtime sket hahahaha

june said...

salam, bila baca komen korang mcm pak menteri, tambahan komen presiden kita bersemangat.. sedih gak bila th ahli kita cuma 14 org, sedangkan dulu kita 1 kelas pun lebih dr 14 org.. june sendiri pun br masuk.. itu pun nasib baik ade facebook,cuba ingat nm semua kwn2, akhirnye nm marn yg dpt cr. dr dialah june dpt th kita dah ade persatuan & beberapa kali perjumpaan,bkn x ingat kwn2 lm..hbis bljar terus kawin n pas2 sibuk gan t/jwb pd anak2 n suami. hati mula terdetik nak cr korang, pd tarikh 17/6/09 bila sedar dr operation dibilik 401 pakar johor. anak2 dah besar yg kecil pun thn depan dah nak msk tadika, tiba la masanye nak cr kwn lm.. alhamdulillah dpt jg.. inilah gunanye internet..skrg june cuba cr n contact kwn kita yg ppuan.. june br dapat inaz n linda je...insyaAllah klau ape yg bleh june bantu june akan bantu utk komuniti kita...mcm marn ckp utk sape? utk kita n anak2 kita..

marn said...

Berapi kah ayat-ayat cinta aku tu? Rasanya tak. Ni tanggungjawab beb. Bukan senang nak nak senang dan bukan susah nak susah.

Kena bukak mulut beb. Memang la jauh dalam ati kita seboleh2nya kita takmau berlaku apa2 konfrontasi antara kita. Itupun kalau beranggapan meminta kawan2 jalankan tanggungjawab sebagai satu konfrontasi.

Mungkin konotasinya tidak dapat dipahami khalayak, tapi besar amat maknanya untuk saudara seagama kita. Cuba baca bait-baitku bukan dengan nada yang penuh amarah, tapi kasih-sayang yang tiada terhingga. Ibarat suara yang mengejutkan kita tatkala sedang enak beradu diulit mimpi yang hampir membuatkan subuhnya terbabas.

marn said...

Terima kasih tidak terhingga buat June aka Zunaidah Hatun kerana sudi melayari blog ini.

Untuk makluman semua, aku takkan poskan sebarang posting baru sehingga berlalunya tempoh kutipan yuran tahunan.