Pages

Solat Time

Monday, April 27, 2009

Kod makanan terlarang buat umat Islam


Assalamualaikum..

Salam sejahtera dan semoga ceria selalu. Gambar yang ada aku selitkan bersama posting kali ini adalah senarai kod yang mempunyai agen yang berbahaya sama ada dalam bentuk kimia (pewarna/perasa) yang tidak halal dan berbahaya.

Kebanyakan kod-kod ini boleh didapati dibungkusan makanan terutamanya coklat-coklat dan makanan ringan (jajan). Oleh yang demikian, kita perlu meneliti pada setiap bungkusan makanan yang kita beli.

Amat sayang sekiranya wang hasil titik peluh yang kita perolehi melalui cara yang halal, akhirnya dibelanjakan untuk membeli sesuatu yang haram dan berbahaya kepada diri kita dan orang yang kita sayangi.

Sudah sampai masanya untuk kita lebih prihatin terhadap apa jua yang bakal menjadi darah-daging kita kelak.

Ingin aku kongsikan bersama bagaimana aku praktikkan dalam kehidupan seharian aku. Caranya, aku letakkan gambar tu dalam hp (sebenarnya aku ambik gambar tu guna kamera telefon aku) , lepas tu, tiap kali nak beli makanan, aku akan tengok pada bungkusan makanan tersebut sambil belek gambar dalam hp aku. Senangkan? Tak keluar duit sesen pun. Tu la gunanya teknologi canggih-manggih. Kalau tak guna untuk kebaikan, apa faedah miliki hp canggih? Ka gumana?

Selamat beramal.

8 comments:

marn said...

hangpa kena tengok bungkusan coklat yang diberi masa kenuri kawin. banyak la weh. aku la ni, bila anak2 aku merengek nak coklat yang diberi percuma masa kenuri tapi ada kod2 ni, aku habaq elok2 kat depa dan aku cakap: "Dalam coklat tu ada ulat yang datang dari babi". Teruih anak2 aku sengap. Depa tau babi tu haram.

La ni, tiap kali dapat coklat, depa soh aku cek dulu. Heheheheh. Betullah kata orang tua2: " Lentur buluh, biar dari rebungnya".

Anonymous said...

Salam...

agak-agak hangpa la menantang / bahan apa yg pekilang-pekiang tu letak dalam jajan tu . ape pasai depa nak pakai kod2 tertentu , letak terus ape kandungannya ... senang ler orang pilih halal ke, haram ker .

Seingat aku ler ... kod2 ni aku ada baca masa dok kat Sarawak tu . tapi dah lupa da tak dipraktikakan .

So... kod-kod tu singkatan untuk apa haaaa


Adios . SPEKI

Marn said...

bahan2nya? antaranya ialah unsur2 dari babi dan bahan kimia yang berbahaya. kalau dari babi antaranya ialah lard, gelatin dan essence yang di ambil dari babi.

manakala bahan kimia terlarang seperti bahan pengawet yang belebihan yang tak sepatutnya digunakan pada makanan. pewarna yang boleh menyebabkan kanser. dan macam2 lagi la. nak detail, selongkaq la dalam internet ni.

kirk hammet said...

a'kum,sapa ada dapat jemputan dr mr. yellow?geng kl dh plan ke?

mart zeni said...

Smlm dier ada kal jemput ke rumah dia di Ipoh.. Aku tak dpt la.. sbb aku kan buruh.. so sabtu ni kompeni hantor buruh2 pi berhimpun di bkt jalil utk mendengo amanat PM baru. Marn pon sure x dpt sbb blk Ganu. Si Yelo idok pulak mintak aku hebahkan pada yg lain pasai kenuri sabtu ni....

Marn said...

muahahaha...! Aku cas yelo kemut nk kluaq duit. Nk antaq sms jemput kwn2 pun bekira. Nak kata tadak no hp, takleh tny kat kwn2 yg ada ka? Sibuk mana pun, takat geng kl yg dok rajin jumpa takan xleh sms kot?

Aku frankly speaking, xdapat nak join. Aku ada kat KT sambil tengok penyu telo dan penyu tengok telo penyu. Hargh.... Gumana tu? Lu pikirla sendiri.

abu_ateif said...

asalamualaikom kengakwan,,,,

rasanya aku antara orang yang bertuah dapat p kenduri umah yellow hari tu...ramai gak jemputannya cam kenuri yellow nikah sorang lagi muahkakaaa...masa aku p tu aku sorang jer yang memegang titel ex idrisiah yang lain tak mandang...katanya din adam mai lewat ckit...overall makan bes layanan pun bes...setakat tu jer laporan kenduri umah yellow

mart said...

surat pekeliling yg menuntut yuran tahunan seperti mana yg telah dipersetujui bersama semasa di P.Pangkor telah diedarkan secara berperingkat kepada sahabat2. memandangkan persetujuan itu telah dibuat secara sebulat suara saya harap dapatlah sahabat2 menunaikan apa yg telah dipersetujui. sebarang pertanyaan boleh dibuat terus ke blog ni dgn syarat hendaklah memperkenalkan nama atau sekurang2nya nama glamor masa kat idrisiah dulu.. Samsul Rizal yg bakal ke Mekah menunaikan Umrah memohon ampun dan maaf kepada sahabat2 dan minta halalkan makan & minum sepanjang perkenalan kita. Sekian jumpa di kenduri Mael pada 3 June 09. Sahabat yg terbaca blog ni jgn terkejut kalu mael tak jemput sbb mael dah suruh aku hebahkan melalui blog ni.. So jom kita pakat serbu rumah mael hari rabu tu.. ingat derhoyan ingat mael hahahahah