Pages

Solat Time

Showing posts with label alems. Show all posts
Showing posts with label alems. Show all posts

Tuesday, March 13, 2007

Akmal Nizam (alems) selamat jadi laki orang

Assalamualaikum!!
Akmal Nizam a.k.a. Alems telah selamat menjayakan kenduri kahwinnya pada 10hb Mac yang lalu bertempat di kediaman keluarganya di Sg. Bayor, Selama, Perak.
Akmal Nizam a.k.a Alems dan isteri

Kenduri kahwin yang dibuat secara sederhana tetapi meriah dengan paluan kompang dan dentuman meriam kabait yang bingit. Para jemputan rata-rata berpuas hati dengan layanan dan hidangan yang disediakan.

Antara yang hadir dimajlis tersebut ialah tok ketua kampung Alems, ketua kompang sekolah menengah selama dan ratusan penduduk kampung Sg. Bayor sendiri.


Manakala ahli komuniti yang hadir ialah: aku (marn a.k.a. Jamnul Azman
, Jamil Fahmi (Canteq), Ahmad Suzaini (Mat ), Saiful Yusrin (Pon), Saiful Asri (Asri) dan Ismail Nizar (Mail Ninja tokey durian).

Bertolak dari KL pukul 8 pagi, kami (aku, Jamil dan Asri) terus ke Subang untuk mengambil Pon. Dari sana, kami meneruskan perjalanan dengan berkongsi kenderaan (Gen 2 Jamil) terus ke Ipoh untuk berjumpa dengan Max Bob di V-Point, Ipoh. Di sana, kami berpecah menaiki dua kereta.
Ketika di V-point


Perjalanan yang memakan masa hampir 5 jam dari KL ke Sg Bayor, Selama, Perak akhirnya berbaloi kerana boleh lepak makan kat rumah kenduri sampai dua kali (bukan tambah tapi makan).


Dari kiri: Aku, Pon, Asri dan Jamil.

Pon, Jamil dan Asri (kanan) sedang menjamu selera.

Mat bersama mangsa seterusnya (kuih loyang di tangan).

Dari kiri: Mat, Asri, Jamil (terlindung), Mail, Alems dan Pon.

Selepas berkali-kali disuruh pulang oleh tuan rumah, tepat pukul 3.30 petang kami berjaya juga akhirnya untuk berangkat pulang melalui jalan Pondok Tanjung. Di dalam perjalanan, kami telah membuat darma wisata (lawatan sambil belajar) ke rumah Lokman Razi ataupun nama barunya Lokman al-Rajhi (remember the bank?) yang terletak di Taman Palma, Kamunting, Perak.

Lokman (sedang memangku anak) semasa dikelentong oleh Pon (tidak kelihatan)

Di rumah Lokman, kami melantak cakoi macik senah yang dibeli oleh Lokman untuk habuan kami semua. Tapi, kali ini Mat tidak menjamah cakoi tersebut kerana katanya cakoi tu 'high cholestrol'. Usai solat jama' zohor-asar secara berjamaah, kami meneruskan perjalanan yang masih jauh.

Destinasi seterusnya ialah rumah mak aku di Changkat Jering; untuk melawat adik aku yang telah berjaya memotong jubin (dan kakinya sendiri secara tidak sengaja). Di sana, kami sambung makan mee rebus seorang sepinggan. Masih menjadi tanda tanya yang belum dijawab: Adakah adik aku dapat membezakan jubin dan kakinya sendiri. Bak kata pepatah orang muda: "Kalau marahkan jubin, jangan sampai memotong kaki sendiri".

Pada pukul 9.15 malam, kami menyinggah ke rumah Mail Ninja di Bukit Berapit (makan mee goreng). Kami tidak mengambil masa yang panjang untuk melepak di rumah Mail Ninja kerana di rumahnya tidak ada buah durian. "Baru berbunga": ujar Mail dengan nada suara yang macho sambil mengerling manja ke arah Mat. Kalaulah di rumahnya ada buah durian ketika itu, mau kami tak balik KL malam tu. Jam 10.05 malam, kami menyambung perjalanan ke Ipoh (rumah emak Mat).

Selesai solat jama' Maghrib-Isya' di rumah bondanya Mat, kami bertolak pulang ke Kuala Lumpur dan semasa di pertengahan jalan, aku diserang sakit perut yang amat power tahap gaban hasil daripada meminum air 'lemuju' pemberian Mat. Berhenti untuk melabur sebanyak dua kali dan akhirnya sampai di rumah aku di Pandan Indah, KL tepat jam 3.25 pagi.

Semoga Allah swt memberikan zuriat yang banyak serta soleh dan dilimpahkan rahmat ke atas pengantin lelaki dan perempuan serta kawan-kawan semua.

Terima kasih yang tidak terhingga buat kawan-kawan yang berkongsi masa dan duit poket untuk suatu pengalaman manis yang akan dikenang hingga ke akhir hayat.

Diharap pada masa-masa mendatang, dapat kita berkongsi lagi masa dan duit poket untuk menjayakan apa-apa jua program yang boleh menambah dan mengeratkan lagi tali silaturrahim yang sedia terjalin.

p/s: banyak lagi gambar-gambar yang tidak tersiar. Hanya yang terpilih saja di'upload'kan ke dalam artikel ini. Pohon maaf sekiranya tak tersiar.