Assalamualaikum..
Majlis Tahlil dan Bacaan Yaa sin telah selamat dan berjaya dijalankan pada masa dan tempat seperti yang dijanjikan. Alhamdulillah dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat kawan-kawan terutamanya tuan rumah Izanee kerana sudi membenarkan kita untuk menggunakan kemudahan yang sedia ada.
Di antara yang hadir pada malam tersebut ialah: Ust. Amali (thanks a lot bro, moga Allah murahkan rezeki) sebagai tekong tahlil, Mat Suzaini (1st. cameraman), Saiful Yusrin (sakit gout pun mai, malu la sapa yang tak sakit tapi tak mai), Jamil Fahmi (transporter), Yahya Farman (tok imam 2nd.), Saiful Asri (joker), Faisal Riza (tukang balun), bunga sedang mekar; Roslinda Shaari dan kawannya Azura, Izanee (sudah tentula, dia tuan umah) dan aku (kononnya nak tolong bakaq kamben, haram tak bakaq pun). Walaupun bilangan yang hadir agak sederhana, tapi cukup meriah.
Sesi berteman tapi mesra
Tu apa yang lucu sangat tu? Majlis yang dimulakan dengan solat Maghrib berjama'ah (diimami oleh Ust. Amali) dan berehat sekejap semetara menunggu kawan-kawan yang lewat sampai. Bacaan Yaa sin dan tahlil bermula tepat jam 8.45 malam dan solat Isya' berjamaah (diimami oleh Ust Yahya Farman).
Amali dan Faisal; lepas solat Maghrib, sementara menunggu kawan-kawan yang lambat
Sidang tahlil dan Yaa sinTengah kusyuk bertahlil
Amali (ceramah sakan nampak!!) , aku dan Izanee (tuan rumah. Thanks bro!!)Mat, Yusrin dan Yahya tengah tunggu bila la Amali nak habis ceramah ni...
Ni baru pembuka bicaraFaisal, Azura (kawan si Roslinda) dan Roslinda Usai solat Isya', sesi jamuan makan cantek punya dok ada. Yusrin sebagai tekong memulakan sesi makan-memakan. Mat sebagai apit kanan (killer) dan Faisal Reza sebagai feeder.
Linda tengah serve nasi.. thanks for coming Linda!Tekong memulakan servis kuda yang pertama
Antara yang sedang pulun makan cantek dok ada.... (rugi besaq sapa yang tak mai..!!!)
Kami yang lain hanyalah pemain simpanan yang memanaskan bangku tepi court. Antara yang menjadi mangsa pada malam tu ialah beberapa puluh ekoq udang, lembu (aku tak tau bahagian mana), KAMBEN (ni memang sodap gilos, nanti aku nak pi bli lagi kat situ), ayam dan ikan (segar dari kolam) yang Izanee dapat masa memancing siang harinya. Berserta dengan buah-buahan tempatan dan impot. Semuo masakan sodap-sodap belako. Den tak tau nak cakap apo laei. Tak dapek den menorangkannyo! Sodap weh!
Wak Ya posing bersama mangsa-mangsanya Marahkan kamben, bakar-bakarkan... Yus dengan amukan servis kudanya..
Aku (kiri sekali; kunun-kununnya tengah bakaq kamben..)Aku (senyum puas, sila usyar perut! Jangan tak tau ada kamben dalam tu) n Faisal So, rugilah sapa yang tak join. Aku tak leh nak kata apa. Kalau nak seribu daya, kalau taknak seribu dalih ( ni bukan aku cakap, tapi orang tetua yang cakap). Hehehehehe...
InsyaAllah, kita akan buat lagi majlis yang seumpama ini pada masa-masa mendatang. Untuk makluman semua, Jamil berjaya mendapatkan sponsor daripada luar untuk majlis tahlil tu. Terima kasih buat Jamil dan penaja (identiti dirahsiakan). Banyak jugak duit yang diberi. Tepat RM200.00. Aku dah belanjakan untuk beli kamben dan lembu dalam RM50.00. So, ada lagi dengan aku RM150.00. Lepas ni, boleh la kita buat grand sikit. Aku nak belanja lebih takut membazir. So, tolong ingat dalam kepala masing-masing. Untuk majlis tahlil SAHAJA duit tu sebab penaja bagi pun atas tujuan tu. Agak2 bila pulak kita nak buat lagi? Heheheheh...
Tapi kan, aku terharulah dengan kedatangan Roslinda dan kawannya si Azura. Linda! next time insyaAllah ko join la lagi kami. Jangan tak join. Budak-budak tu memang suka ngusik. Tau takpe...
Okla, sebelum terlupa, ucapan terima kasih jugak buat kawan Izanee (aku lupa namanya) sebab sudi tolong bakaqkan ayam, kamben, lembu dan ikan-ikan yang sodap-sodap belako tu eh... Nak harap kawan-kawan yang lain? Jangan harap!!! Tolong perabih bulih... Jangan marah aku woi!!
Anyway, sekali lagi terima kasih yang tidak terhingga buat mereka yang terlibat dan turut serta menjayakan program tersebut. Moga Allah Taala satukan hati-hati kita semua dalam perkara yang mendatangkan keredhaanNya.