Assalamualaikum..
Semoga ceria selalu hendaknya. Kerja tak pernah habis. Yang ada tak siap, yang baru datang bertimpa-timpa. Ujian, ujian... Ingat lima perkara sebelum lima perkara. antaranya; senang sebelum sempit. If you failed to plan, then you planned to fail. Kena buat kerja dengan teratur, bijak dan cermat. Perancangan penting. Tak kira dalam apa jua bentuk pekerjaan yang kita buat. Sama ada kecil atau besar, merancang dan perancangan itu perlu ada. Lagi teliti lagi bagus.
Perancangan kewangan amat penting. Merancang melipatgandakan pendapatan itu bagus. Tapi bukan dengan menipu, mengharuskan yang haram, memberi lesen dan kebenaran kepada yang haram. Cenderung kepada anasir yang boleh menjadikan sesuatu perkara itu haram pun tak boleh, apatah lagi menghalalkan yang haram.
Sebagai contohnya: Judi. Tiada satu agama atas dunia ni sama ada yang bersifat samawi (agama langit) mahupun yang wadhoie (ciptaan manusia) membenarkan perjudian. Tidak kiralah sama ada ianya membawa keuntungan berlipatganda. Kerana keburukan judi lebih besar daripada kebaikan yang ada di dalamnya. Buruk judi buat yang tak nampak dan sokong tindakan kerajaan ialah: beban hutang, runtuhnya institusi kekeluargaan, mencuri, merompak, meragut, menipu dan pelbagai jenayah boleh berlaku sekiranya judi menjadi satu sistem mata pencarian dalam kehidupan.
hat pakai baju melayu tu agama apa agaknya?
Berbanding dengan kebaikannya dari segi keuntungan cukai yang diperolehi oleh kerajaan. Matlamat tidak menghalalkan cara. Sudah cukup kebejatan yang berlaku di dalam masyarakat hari ini. Cukuplah. Sedarlah akan keburukan perkara yang diharamkan Allah SWT. Ada hikmah kenapa Allah mengharamkan judi. Jangan berlagak pandai lebih daripada Sang Pencipta.
Meriahnya suasana. Ada kenduri ka?
Begitu juga perancangan keluarga. Juga masyaallah penting. Jangan dok buat anak, lepas tu biar anak2 membesar ikut dan. Penyudahnya, tiada kualiti. Jadilah kita mak-ayah yang derhaka. Bukan anak2 sahaja yang derhaka. Kita sebagai ibubapa pun boleh jadi derhaka. Kes anak derhaka senang ja beb:, Sang anak yang pergi bercuti tak ajak mak-ayah. Bila ajak pun, sekadar melepas batuk ditangga. Dengan harapan supaya mak-ayah ni tak ikut sekali. Itu pun ajak dan suruh balik naik bas kalau nak balik cepat. Whadda..?!! Apa nak jadi umat Islam hari ni?
Part mak-ayah derhaka bilamana mengajar mengaji al-Quran yang basic pun 'pass baton' kat ustaz/ustazah. Takkan kita tak reti nak ajar? Kalau kita tak reti nak ajar basic, kita ni la yang kena masuk kelas terlebih dahulu daripada anak-anak. Anak-anak akan melihat ibubapa sebagai role model mereka. Kalau buruk kelaku kita, macam malas nak bersolat dan tolong mengemas rumah, anak-anak akan turut mengikut buruk kelaku kita. Jangan nanti bila dah tua, baru nak menyesal. Padan muka kita dan anak-anak akan biarkan kita mati kesepian di rumah. Macam mana kita 'deal' dengan orangtua kita, macam tu la nanti anak-anak 'deal' dengan kita kelak.
Kita marahkan yahudi zionist, tapi yahudi zionist pun tak buat mak-ayah mereka sebegitu. Islam datang dengan menitikberatkan perkara-perkara kecil sebegini. Bila dah buruk kelaku dan lawan perintah Allah Taala, ternyata Islam itu tiada dalam kehidupan seharian kita. Sekadar Islam anut-anutan dan ikut-ikutan. Andai diberi pilihan boleh bertukar agama, nescaya ramai di kalangan umat Islam hari ini bertukar agama kerana tak perlu bersolat 5 waktu (sebab malas), boleh berzina dan minum arak, boleh berjudi dan sebagainya (walaupun ikut ajaran agama lain tak boleh). Lebih suka kepada tidak wujudnya Allah Taala.
Apa-apa hal, jangan ada di antara kita yang buat kelaku buruk yang sebegini. Kita sama-sama merubah diri, keluarga dan masyarakat di sekitar kita daripada baik kepada yang lebih baik.
Ini antara kes cari peninju wanita yang baran buat bini
Allah SWT berfirman:
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan Dia banyak menyebut Allah”. (QS Al-Ahzab:21)
Firman Allah SWT jua:
“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah”. (QS Ali Imran:110)
Ingat!!! Bukan sekadar menyuruh dan mengajak manusia berbuat kebaikan dan amal ibadat, malahan kita diSURUH Allah Azza wa Jalla (jatuh hukumnya wajib) menegah dan menentang sebarang bentuk kemungkaran dan kefasadan.