Assalamualaikum..
Saja nak kongsi info dan peringatan untuk kawan-kawan. Sama-sama kita ambil iktibar daripada emel yang aku terima ni. Selamat membaca dan beramal.
Mendidik anak untuk hari tua atau untuk Allah?
Bagi kebanyakan manusia, termasuk orang-orang Melayu, anak-anak yang masih kecil dianggap sebagai cahaya mata, belahan hati, penawar jiwa, intan payung dan macam-macam lagi. Sangat disayang dan dimanjakan. Apabila besar sikit, disediakan anak-anak itu untuk menghadapi tuntutan hidup.
Diberi pelajaran dan kemahiran setinggi-tingginya supaya apabila besar nanti dapat kerja, dapat jawatan dan dapat gaji lumayan. Mereka rasakan itulah tanggungjawab mereka terhadap anak-anak. Mereka mahukan anak-anak mereka berjaya dan senang dalam hidup. Kadang-kadang terselit juga di hati ibu ayah, kalau-kalau anak-anak sudah besar dan berjaya, maka akan senanglah hidup ibu ayah. Anak-anak akan membantu dan membela mereka. Anak-anaklah menjadi tempat mereka bergantung apabila tua kelak.
Anak-anaklah yang menjamin masa depan mereka. Mereka bersandar kepada anak-anak mereka untuk hari tua. Memang anak-anak patut membela dan berkhidmat kepada ibu ayah setelah mereka tua. Ini tuntutan fitrah. Ini juga tuntutan agama. Tetapi patutkah ibu ayah mendidik anak-anak untuk tujuan ini semata-mata?
Patutkah ibu ayah mendidik anak-anak untuk kepentingan diri mereka sendiri? Patutkah anak-anak itu dianggap sebagai satu pelaburan untuk kebaikan dan kesenangan masa depan ibu ayah? Kalau begitu, anak-anak tidak ubah sebagai haiwan ternakan. Dibela, diternak supaya akan dapat merasakan untung dan hasilnya satu hari nanti. Kalau begitu mendidik anak tak ubah seperti satu usaha komersial atau satu penanaman modal atau satu kegiatan ekonomi.
Konsep ini perlu dikikis dan dibuang jauh-jauh. Ia tersimpang dari kehendak agama dan kehendak Allah SWT. Anak-anak itu adalah amanah Allah. Mereka perlu dididik untuk Allah. Mereka perlu dididik untuk mengenal, mencintai dan takutkan Allah. Mereka perlu dididik supaya menjadi hamba Allah selepas itu menjadi khalifah di muka bumi.
Mereka perlu dididik untuk mengabdi diri kepada Allah dan menjadikan cinta agung mereka. Mereka perlu dididik supaya menjadi orang yang beriman dan bertaqwa yang hidup mati mereka hanyalah untuk Allah. Anak-anak itu anugerah Allah. Oleh itu, kenalah dididik mereka untuk Allah. Kalau ini dilakukan, barulah anak-anak itu akan menjadi orang-orang soleh yang berakhlak dan berjasa. Orang yang beriman dan bertaqwa sudah tentu akan berkhidmat kepada Tuhannya dan sesama manusia, lebih-lebih lagilah kepada kedua-dua ibu dan ayah mereka. Soal anak-anak menjaga dan membela ibu ayah mereka akan terjadi dengan sendiri setelah anak-anak itu menjadi hamba-hamba yang beriman dan bertaqwa.
Apabila anak-anak dididik hanya untuk mengejar dunia dan tidak untuk mengenal, mencintai dan takut dengan Allah Azza wa Jalla, maka dunialah yang akan menjadi matlamat hidup mereka. Keinsanan mereka tidak akan terbina, nafsu mereka akan menjadi rakus dan segala sifat-sifat mazmumah yang keji seperti tamak, haloba, hasad, dengki, bakhil, pemarah dan lain-lain yang bersarang dihati mereka. Mereka tidak akan mempedulikan halal atau haram, hak atau batil, benar atau salah, adil atau zalim, manusia ataupun Allah.
Kalau Allah pun mereka tidak pedulikan, apakah harapan mereka mempedulikan ibu ayah mereka, jauh sekali untuk membela dan berkhidmat kepada mereka. Ibu ayah akan menjadi penghalang untuk mereka mengejar dunia mereka. Mereka akhirnya derhaka kepada ibu dan ayah. Di Akhirat nanti anak-anak ini akan menjadi orang yang muflis. Mereka akan menentang dan menjadi seteru kepada ibu ayah mereka. Mereka akan menuntut hak yang tidak diberikan kepada mereka.
Mereka akan menyalahkan ibu ayah mereka kerana tidak mendidik mereka untuk Allah. Ibu dan ayah yang tidak mendidik anak-anak mereka untuk Alah pasti akan rugi di dunia dan lebih-lebih lagi di Akhirat. Di Akhirat nanti anak yang mereka sayang itu akan bertukar menjadi musuh. Kalau anak-anak dididik untuk Allah hingga mereka menjadi orang-orang yang beriman dan bertaqwa mereka akan menjadi aset kepada kedua ibu ayah mereka.
Mereka akan menjadi aset di dunia dan aset di akhirat. Di dunia mereka akan berkhidmat dan membela kedua ibu ayah mereka. Apabila mati kedua ibu dan ayah, anak seperti ini akan mendoakan mereka. Doa mereka tidak terhijab. Ibu dan ayah juga kan terus mendapat pahala yang mengalir ke dalam kubur hasil dari amalan soleh yang dibuat oleh anak mereka di dunia berkat dididkan dan ilmu yang telah mereka curahkan kepada anak mereka itu. Hadis ada menyebut: " Bila mati anak Adam, akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah yang dibuatnya, ilmu yang bermenafaat yang diajarnya dan anaknya yang soleh."
Kita harus ingat bahawa anak kita itu adalah hamba Allah. Allah lebih berhak ke atasnya daripada kita. Hanya Allah mengamanahkan dia kepada kita. Oleh itu, kita perlu mendidiknya untuk Allah, bukan untuk kita. Anak kita hanya anak kita sementara di dunia. Di akhirat, dia bukan anak kita lagi. Di akhirat, anak tak peduli ayah, anak tak peduli ibu. Ibu ayah juga tak pedulikan anak. Masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing. Setakat mana kita mampu mendidik anak-anak kita untuk Allah, setakat itulah manfaatnya untuk diri kita.
p/s: pasal di akhirat anak kita bukan milik kita mengikut dalam artikel di atas, tu aku rasa tak berapa tepat, sebabnya nanti akan ada banyak kes di mana, bila ayah dan ibu sudah melangkah setapak ke dalam syurga, nanti tak boleh masuk sebabnya ada liabiliti dan tanggungan yang mak ayah tak tunaikan sehingga menyeret kedua ibubapa masuk ke neraka. Dan juga kisah di mana anak-anak kecil yang meninggal dunia sebelum dan semasa dilahirkan, menunggu-nunggu ibubapa mereka dengan secawan air dari syurga. Ni antara bukti anak-anak kita di dunia adalah anak-anak kita jua di akhirat. Apa-apa pun, Wallahu a'alam..
5 comments:
tu la.. konsep bela anak2, antaq depa mengaji tinggi, pastu kerja jadi pegawai kerajaan, dah dikira konsep yang salah. muahahahaha.
kena pebetui balik niat bela anak2 ni. depa tu amanah dari Allah azza wa Jalla. Kita kena jalankan tanggungjawab dengan sebaiknya. Nanti jenuh nak menjawab beb!
Aku musykil sungguh dgn blogger ni. aku nk upload surat drpd pblic bank ittikal yang tlh discankan oleh abg mart jenny kita.
saja la untuk tatapan mereka yang dah masuk melabur ni. alhamdulillah, ada la untung sikit. asainya untung banyak. tapi gomen kenakan tol, tinggai la sket ja kat kita.
apa2pun, tolong doa bagi bertambah2 rezeki kita semua. nanti bil berjaya aku setel masalah problem yang melanda ni, aku bagi hangpa tatap pepuaih surat tuh.
a'kum,
at last,menang jgk pas kat manik urai,wlupun majoriti merosot tp semua dh maklum bhw ameno main taktik kotor.
satu perkara yang buat aku terkedu ialah taktik ameno yg mengatakan jikalu bn menang di manik urai maka esoknya mereka akan terus buat jambatan baru dan jadikan manik urai sebuah pusat agro yg maju.
persoalannya ialah adakah nak tggu menang br depa nak buat?sedangkan itu sepatutnya mmg tanggungjwb depa.rakyat manik urai sememangnya berhak utk mendpt itu semua wlpun bkn bn yg menang sbb rakyat manik urai pun byr cukai jgk,dan jika bn menang dan janji itu dilaksanakan,bagaimana pula dgn tmpt2 lain?tmpt2 yg dikuasai bn cthnya,masih banyak lg yg mundur,knpa depa x beria2 nak majukan tmpt tu?
hakikatnya org melayu masih lagi berfikiran kelas keempat(bkn semua),kebanyakkannya tidak sedar bahawa mrk ini sebenarnya bodoh dan diperbodoh-bodohkan oleh mrk yg cerdik sikit dari bodoh(betul ke ayat aku ni).
akhir sekali cuba kita fikir-fikirkan kemana arah tuju dan apa nak jadi dgn negara ini jika kita diperintah oleh org2 yg yg sebegini.
wassalam.
Menuju puncak ke? hahahah
Puncak apanya mart?
Bro Kirk, dah namanya BN, memang lagu tu. Kenapa orang panggil pencuri kalau bukn kerana dia mencuri? Same goes la dengan kes BN ni. Memang depa dok juai rakyat lama dah. Dah keja depa more than half a century.
BN takkan tunikan janji sebabnya tu la modai depa tiap kali ada PRU maupun PRK. Tu sebab 30% untuk Bumiputera punya kuota dalam economy cake will not be fulfilled by the BN gomen bcoz of this. Kalau nak tunaikan, depa kena keluaq belanja (wang rakyat) untuk lunaskan segala janji. Masalahnya, belanja (wang rakyat) tu depa rasa guna duit depa. Our money is for them to use and abuse. Kapish?
Post a Comment