Assalamualaikum..
Selamat hari-hari. Moga ceria selalu. Hujung minggu baru ni aku balik kampung. Sempat la lepak dengan ustaz Fariz di rumahnya sampai 4 pagi. Macam2 topik yang keluaq. Daripada kes Asri dibeduk orangramai di R&R Seremban sampailah kepada Kerajaan Perpaduan. Bersurai pun sebab hujan gerimis. Aku naik motor malam tu. Baju hujan tak dak. Tu pun celah dok bersembang, ada sekeluarga singgah di rumah ustaz Fariz mintak tolong tengokkan cucu yang dok menangis sejak Maghrib. Kena sembur dua tiga kali, terus elok budak kecik tu. Masa tu pukul 1 pagi. Nasib baik la doktor dok menyembang. Setel cepat. Kalau tak, mau lama kena tunggu.
Bila balik mai KL, 2 orang anak dara aku demam kuat. Mula-mula adik yang kena. Hari Jumaat lagi dah demamnya. Ahad, kakak pulak yang kena jangkitan tekak. Terus dua-dua demam. Semalam aku 'jem' sebab dua-dua memerap. Sorang nakkan mamanya. Sorang lagi nakkan papanya. Dengan aku, dengan bini, dua-dua tak masuk opis.
Nasihat aku, buat mereka yang ada anak, musim la ni cuaca pun tak berapa elok, jerebu. Panas pun ya. Eloklah nasihatkan anak-anak minum air banyak-banyak supaya tak kena demam. Sekali jumpa doktor pakar kanak-kanak, mau terbang seratus dua RM. Habih tu, ubat berbagai.
Pengalaman aku selama ni, ubat klinik biasa, haram tak effect mana pun. Seminggu dok makan, baru la nak kebah. Kalau yang pakar punya, tiga empat hari dah ok (ni kalau sakit kuat la). Tu la beza doktor biasa dan doktor pakar. Cuma kena standby duit lebih sikit la.
Ni semua cobaan daripada Allah SWT. Apa-apa pun, sentiasa jaga kebersihan dan kesihatan anda sekeluarga. Ingat lima sebelum datangnya lima. Wallahu a'alam!
1 comment:
Letih beb. Kita sakit, tidoq tak lena, badan pun sengai2. Anak2 sakit, kita pun sakit sama sebabnya nak tidoq pun tak boleh. Kejap2 anak2 merengek. Nak tidoq pun tak bleh. apatah lagi nak projek. Muahahahaha...
Post a Comment