Pages

Solat Time

Showing posts with label ipoh. Show all posts
Showing posts with label ipoh. Show all posts

Sunday, August 7, 2011

Muktamad sudah!

Assalamualaikum..

Setelah menjalankan pengundian tempat dan masa untuk Iftor Jama'ei, maka telah bersepakat dan memuktamadkan keputusan seperti berikut:

  • Tarikh: 14hb Ogos 2011M bersamaan 14 Ramadhan 1432H.
  • Masa: Ikut waktu berbuka di Ipoh la.. Nama pun iftor.
  • Tempat: Rumah al-Fadhil Ustaz Ahmad Zaki aka Abu Atief, Jelapang, Ipoh.
  • Tema: Country side yang patuh shariah dan pot luck.
Pohon untuk sedara/sedari sekalian untuk waq-waq dan sebarkan melalui SMS, telegram, burung merpati atau dalam apa jua bentuk alat dan cara komunikasi kepada sahabat-sahabat yang tidak berkesempatan mengunjungi blog dan Facebook kita perihal majlis ini. 

Marilah kita sama-sama mencari peluang dan ruang untuk merapatkan lagi hubungan sesama kita yang telah sekian lama bertaut. Insyaallah, kami yang dari Kuala Lumpur dan seantero pelusuk tanahair akan cuba seboleh mungkin untuk hadir ke majlis tersebut.

Diharap dengan keputusan yang telah disepakati ini akan dapat membantu saudara sekalian untuk melapangkan diri dan menghadiri serta memeriahkan lagi malam tersebut. Semoga dengan kehadiran kita semua di dalam majlis tersebut, diberkati Allah Azza wa Jalla.

Wednesday, August 25, 2010

Mari la pergi berbuka bersama Bu Atief

Assalamualaikum..

Besar hati bilamana ada cadangan dan pelawaan untuk berbuka puasa di rumah kawan. Besar lagi hati kawan yang menjemput. Ha.. tunggu apa lagi? Jom kita pakat-pakat pi kutip pahala sorang sikit dan bagi meriah!!! Tapi... Bila? Kat mana? Lauk apa? Teruskan bacaan anda.
  • Bila? : 4 September bersamaan hari Sabtu di rumah Abu Atief (towkey Baraka).
  • Kat mana? : No. 176, Jalan Meru Impian 4, Halaman Meru (Anastoria Home), Bandar Meru Raya, Jelapang, Ipoh.
  • Pukui brapa? : Time bukak posa la bang oi..!
  • Makan apa? : Kambing dan pelbagai juadah bukak posa la ya akhi..!
  • Apa lagi? : Solat Maghrib sama Isyak siap tarawikh oleh sdr. Sohibul Samahah (bakal mufti kita la).
  • Sapa dia? : Ish! budak nih.. banyak tanya aih! Dok tanya-tanya ni, hang nak jadi imam ka?
  • Ok.. ok.. lagi?: Ha, jangan mai tangan kosong. Bawak la sorang sikit juadah untuk berbuka. Kan ka maneh di sisi pandangan masyarakat timur.
  • Sapa yang boleh mai?: Sapa yang hang nak bawak mai? Anak bini cukup la. Mak ayah kalau nak join skali pun, no hal. Tapi tok ketua, tekong marhaban, makcik Lijah tepi rumah, ketua kompang sama tok siak toksah la hangpa gatai2 nak ajak. Kang tak jadi la kita nak buat parti liar bersama kamben di perdupaan.
  • Tema? : Tema apa lagi? Aku tema hidung tu karang! Bukak posa pun nak tema-tema? Okla, temanya: Tubna ilallah, wa raja'na ilallah, wa nadimna 'ala maa fa'alna. Bulih???
Sekali lagi, terima kasihlah buat Bu Atief sebab sudi nak jadi tuan rumah lagi sekali tahun ni. Baik hati punya pasai, kawan-kawan nanti pi bawak la duit lebih sikit, Bu Atief tu orang menega. menega Habbatul Baraka. Boleh la tolong dia cari duit raya. Dia ada anak bini. Tolong eh..?!

Satu lagi, yang aku mintak kawan-kawan bawak mai sorang sikit juadah bukan apa, ni aku kongsi bersama fadhilat bulan Ramadhan ni. Macam dalam hadis ni: Daripada Anas telah berkata: Telah ditanya wahai Rasulullah, apakah sedekah yang lebih afdhal? Sabda nabi SAW yang bermaksud: Sedekah pada bulan Ramadhan- Riwayat imam Tarmizi, Al-Baihaqi, Ibn Jauzi dan Al-Baghawi.

Dan lagi satu: Daripada Zaid bin Khalid Al-Juhni telah berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Sesiapa yang menjamu orang yang berpuasa adalah baginya pahala sebagaimana orang yang berpuasa tanpa kurang sedikitpun daripada pahala orang berpuasa sesuatu, dan sesiapa yang menyiapkan untuk orang yang pergi berperang atau mengalihnya pada ahli keluarganya adalah baginya seperti pahalanya tanpa berkurangan daripada pahalanya sesuatu.- Riwayat imam Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e, Ibn Majah, Ibn Hibban, Ahmad dan Al-Baihaqi. Paham? Tak paham? Kena paham la.

Friday, February 20, 2009

Suku dan suku-sakatnya

Assalamualaikum..

Kisah Bukit Lanjan yang telah diskodeng dan disiarkan dalam beberapa akhbar nyamuk membawa kepada dimensi baru dunia politik yang lebih memualkan. Elizabeth Wong dah tekad letak jawatan. Maka, akan ada PRK la jawabnya.


Di Malaysia ni ramai yang mengaku Muslim tapi dalam hati beriman dengan fahaman Sekular. Politik suku, agama suku. Siapa yang jadi tok gurunya dan kitab manakah yang dijadikan sandaran menginstinbath serta merujuk hukum-hakam? Sedangkan menggauli bini sendiri sekalipun, Allah Taala sudah berpesan tentang adab-adabnya seperti haram 'bergaul' ketika isteri didatangi haid, masuk melalui 'pintu belakang' dan banyak lagi, inikan pula nak mentadbir negara. 

Walhasil, bila agama tu disukukan dan dilarang memasuki politik, maka jadilah politik itu kelihatan bangang dan berbau hanyir seperti yang sedang berlaku sekarang di Malaysia. Tiada beradab, jahat, kotor, hanyir dan memualkan. Menjadikan mereka yang cerdik-pandai, profesional, alim-ulama' seboleh-bolehnya cuba menjauhkan diri daripada terjebak dalam dunia politik.
Remote control idaman

Bila golongan ini berbuat demikian, maka akan menjadi-jadilah kebobrokan dan pincang serta tempang kuasa eksekutif kerana banyak mereka yang ada dalam dunia politik ni adalah bekas posmen, bekas jaga pintu pagar keretapi, peniaga-peniaga (yang suka buat untung atas angin) dan mereka-mereka yang tiada kualiti baik dari segi syakhsiah dan akhlak yang boleh dipersoalkan serta mereka yang hanya tahu mengambil kesempatan untuk kepentingan diri sendiri. 
Ni salah satu contoh bodohnya pemimpin, 
tengok penutup teropong tu kalau tak percaya!

Memang perkara sebegini amat dialu-alukan oleh sebilangan mereka yang tamak serta gilakan kuasa supaya para cendikia menjauhkan diri dan tidak ambil pusing tentang dunia politik kerana dikatakan politik itu sendiri kotor agar mereka yang bejat akhlak dapat menguasai tampuk kuasa. Bila ada di antara wakil rakyat yang dilantik itu miskin akhlaknya dan munafiq, tidak hairanlah sekiranya bermacam perkara yang mengjengkelkan timbul.

Dengan ini, demi mengelakkan berlakunya politik tiga suku yang cuba membodohkan rakyat bak kata Jalal (tukang masak masakan arab kawan aku): "They're insulting our intelligence!", aku mengajak kawan-kawan untuk ambil pusing dalam dunia politik kerana politiklah yang akan mencorakkan kehidupan kita dan generasi akan datang. Pohon Allah SWT beri kekuatan dan keberkatan kepada kita semua, insyaAllah.

Ka gumana?

Tuesday, April 10, 2007

Sekitar Karnival Idrisiah 85 Tahun

Assalamualaikum..

Meriah... Seronok.. Puas hati.. Itulah gambaran yang dapat aku kongsikan bersama kawan-kawan semasa aku dan rakan seperjuangan yang lain pergi membuat lawatan ke Karnival Kerjaya dan Sambutan Ulangtahun ke-85 Idrisiah di stadium Indera Mulia, Ipoh pada 07hb April baru-baru ni.

Mana tidaknya, dapat jumpa kawan-kawan lama, ustaz-ustaz dan tengok junior-junior berpakaian rasmi Madrasah Idrisiah. Tak sangka ramai jugak student Idrisiah sekarang ni.. kurang lebih 520 orang pelajar. 55% lelaki dan selebihnya perempuan. Guru kementerian 13 orang, guru wakaf pun ramai. Staf sokongan pun 22 orang. Makna kata; Idrisiah bertambah maju berbanding semasa kita menjadi pelajar dulu. Tahniah buat mereka yang menerajui dan memimpin Idrisiah. Semoga Allah SWT memberikan ganjaran pahala yang tidak terhingga buat mereka yang mengorbankan masa, usia dan tenaga untuk memajukan sekolah agama.

Ok.. perjalanan kami bermula seawal pukul 5.00 pagi. Aku, Mat dan Yusrin memulakan perjalanan yang amat hebat sekali rasanya sebab masing-masing dok teringat kat bantal dan tilam yang empuk ditinggalkan. Bini jangan cakap la.. Sapa yang dah kawin, sure tau punya. Tapi, disebabkan semangat nak memeriahkan majlis yang berlangsung, segala kesenangan dan keempukan kami lepaskan demi sebuah matlamat yang suci lagi murni. Kiranya in laymen term 'keluar dari lingkungan keselesaan' la nih.. Menyinggah di Tapah dekat pukul 6.40 pagi untuk menyahut seruan Ilahi (solat subuh la tuh). Diimami oleh aku.. Lama dah tak jadi imam sebenaqnya... Pastu, lepak sambil minum air sorang segelas.

Selesai melepak, kami teruskan perjalanan ke Ipoh dan sampai kurang lebih jam 8.00 pagi. Kami singgah di Masjid (nama aku tak ingat) bertentangan dengan Politeknik Ungku Omar. Jumpa la dengan Ust. Kamaruddin Adam dan al-Fadhil Ust. Faisal Rahim (Pronoton Guy). Kami bersarapan PER di situ. Banyak jugak mangsa-mangsa kami di situ. Antaranya pulut udang dan cucoq badak (badak tiada sebab haram dimakan). Sembang la punya sembang sampai terlajak majlis pembukaan karnival. Ni semuanya salah pronoton la nih.

Cik Jamil kita punya la semangat, ambil bas dari KL turun Ipoh. Sepatutnya dia ikut majlis di sekolah anak dia, tapi anak dia tak jadi nak pi sebab tak larat. Dia pun tarus, ambik tiket bas turun Ipoh. Kami pun tunggulah dia sampai Ipoh. Bas buat hal. Lewat macam biasa. Dekat pukul 12 tghari baru la cik Jamil kita ni sampai kat Medan Gopeng.

Bila dah terlewat, kami pun menyinggahla dulu di rumahnya bonda Mat di Kg. Said Tambahan untuk 'refresh'kan badan yang hangit. Sedang dok nak mandi, tetiba je cikgu Kamaruddin Wok dan keluarga sampai di situ. Kelam kabut la sebab semuanya dok lepak BAEEEKKK punya dok ada.. (perlu diingatkan bahawa cikgu Kamaruddin Wok adalah abg iparnya Mat). Bertanyalah khabar yang indah-indah tentang perihal kerjaya dan kehidupan memasing. Yo lah.. lama tak jumpa.

Dekat pukul 3 petang, kami pun bertolak ke stadium untuk acara yang dinanti-nantikan.

ni masa memula sampai stadium.. tengah wangi lagi nih..

jangan tak tau.. blakang tu stadium Indera Mulia

di pintu masuk

register nama, saja nak bagi penuh registration book tu...

Lepas aja kami register masuk, Anuar el-Syazali pun bawak lah kami ni pi pusing-pusing.. rasa macam VIP le pulok ada tourist guide.. ahehehhe.... Ntah macam mana, terserempak dengan la dengan cik Megat dan keluarga, Cho (Raja Mansor aka Abang Raja), ayah Lokman Razi (Ust Kamaruddin), Salim dan cikgu Abdul Rahman Najib.

dari kiri: Mat, cikgu Rahman Najib, Anuar el Syazali, Jamil dan Abg Yus.

banner dan pentas persembahan

antara booth di karnival tu...

booth lagi...

lagi-lagi booth...
Tak cukup dengan dibawak pusing-pusing, kami dijamu pulak dengan makanan VVIP (ni memang aku terharu sebab masakan dia sedap). Kalau tak sedap pun terharu jugak...

ketika sesi ramah mesra sebelum aksi ganas berlaku.

Gambar-gambar lain ketika sesi makan tidak dapat dimuat turunkan kerana terlalu banyak adegan ganas yang terpaksa dipotong oleh pihak berwajib. Banyak mangsa yang terlibat tidak dapat dikesan sehingga kini.

Abis saja sesi makan, kami pi la layan booth kat luar stadium pulak.. Dah la di dalam tu dah cukup banyak, kat luar pun ada tambah lagi. Mak oi...!!! Tak tau nak layan yang mana satu...

luaq punya booth..

sponge bob pun mai...

Ntah macam mana tengah dok layan gerai-gerai pameran dan jualan tu, kami ternampak satu binatang tungganggan yang sedulu study tidak ada. Apa lagi, kami pun bergambar buat kenangan.

ni lah binatang tunggangan yang aku maksudkan tu...!!

yusrin, mat dan jamil tak lepaskan peluang....

Lepas aja sesi bergambar, hari pun nak hujan, kami cargas pi Kuala Kangsar. Lepak di rumah Sir Falah (thanks a lot dude!). Lepaskan lelah dan perabis ayaq minum yang ada di rumahnya. Lepak sampai Maghrib.. Usai solat berjamaah, kami pun buat satu round down memory lane Bukit Chandan. Hehehehe.. syahdu beb!!! Wa ada ingat kisah lame-lame lulu.. manyak syiok la itu time..

depan masjid Ubudiah tu.. jangan tak tau!!

Tu la gambaq yang paling last aku tangkap guna kamera aku sebab flash tak menyala.. Sehinggalah blog ini ditulis, flash kamera aku masih lagi tidak menyala.. mungkin merajuk sebab aku nak bli flash baru..

Kami gerak pulang ke Ipoh semula pada pukul 9 malam. Jumpa ust. Zaki Yusof (terima kasih banyak la sebab sudi luang masa) dan melepak kat Medan Gopeng sambil makan sup ekoq, ikan kerapu tiga rasa dan pelbagai juadah yang memang menyayatkan hati bila teringat (sebab sedap bai!!) Memang pandai ust. Zaki pilih tempat. Tak rugi makan dan abis masa di situ.

Sembang la punya sembang, sampai la ke pukui 1 pagi. So, semua pakat-pakat dah mata kuyu, perut buncit.. apalagi.. menggerakkan diri la untuk pulang ke KL.

Dalam perjalanan, aku lentoq baik punya dalam kereta. Cik Jamil kita yang bawak kereta dari Ipoh sampai la ke KL. Aku tak tau apa depa kutuk aku dalam keta tuh. Yang aku tau, aku tidoq tak puaih. Asyik terlentoq kepala sampai nak kena batang gear. Punya la mengantuk. Kes makan sup ekoq la tuh.

Apa-apa pun, aku rasa bangga dengan kemajuan yang dicapai & dikecapi oleh Idrisiah walaupun terdapat banyak kekurangan. Sebagai seorang bekas pelajar, aku bertekad untuk bantu mana yang termampu.

Moga Allah SWT ketemukan kita di dalam sebaik-baik pertemuan nanti, insyaAllah. So, aku rasa cukup dulu takat ni. Nanti kita sembang lain... ciao!


Friday, March 16, 2007

Serba-sedikit info tentang perjumpaan semalam

Assalamualaikum!!

Terima kasih yang tidak terhingga buat teman-teman yang sudi untuk masuk dan bagi komen. Ni yang buat aku lebih bersemangat nak update selalu.

Ok, ni just nak bagitau je la... Blog ni disediakan untuk kita berkongsi maklumat terkini, luahkan perasaan yang terbuku (whatever topic) dan 'place for brainstorming'. Nak iklan perniagaan pun boleh, nak jemput kenduri pun boleh... eh.. bak kate makcik senah tepi rumah tok ketua kampung aku.. tempat bersantai. So, aku akan cuba untuk kekalkan konsep santai secara pintar. Yo.. yo.. on je bunyinye. Santai bukan merapu.. Santai yang penuh makna dan berhemah.. heheheh.

Berbalik kepada topik asal kita. Antara yang hadir dalam perjumpaan yang bermula dari pukul 10 malam hingga 3.15 pagi tadi, bertempat di Restoran Shareezma, Sri Gombak ialah: Max Bob, Jamil, Yusrin, Anuar el-Syazalli, Karim Rahmat and family, Al-Ustaz Haji AKHI Amali Al-Hafiz (from McLeod clan) dan aku. Perihal Madrasah Idrisiah akan menganjurkan Sambutan Ulangtahun yang ke-85 secara 'big scale' pada 6-8hb April 2007 yang bertempat di Stadium Indera Mulia, Ipoh.

Idea ni datang daripada 3-4 orang tenga pengajar Idrisiah sendiri. Tujuan: untuk 'generate fund' dan buka mata para pembesar negeri bahawa Idrisiah bukan sekadar sekolah agama rakyat yang 'biasa'. Ni lebih kepada promosi sekolah Idrisiah tu sendiri.

Antara yang terlibat dalam menjayakan program tu nanti ialah: Kerajaan Negeri Perak (MB sendiri akan turun), Majlis Belia Negara, Yapiem (rasa aku la) dan dua tiga badan yang terlibat secara langsung.

Di antara tentatif programnya ialah: 1. Bicara tokoh (Tan Sri Syed Mokhtar dan Sdr. Saiful Yusrin). 2. Konsert oleh kumpulan nasyid Unic dan Mirwana (kalau tak salah). 3. Karnival prospek dan kerjaya. 4. Gerai pameran luar dan dalam stadium. 5. Ada lagi... tapi aku lupa bawak kertas tentatif program mai opis. Muahahahaha!!!

Pada aku punya personal opinion, aku suka bila sekolah adakan program besar macam ni. Tak kira kecik atau besar sesuatu program. Baru la kita nampak bahawa bukan kita sahaja yang punya 'sentimental value' dengan sekolah. Masih ada di luar sana yang menghargai kenangan dan pengalaman hidup semasa di Idrisiah. Cumanya, tidak berada dalam satu majlis dan tempat yang sama.

Maka, aku mengajak kawan-kawan semua, jom kita pakat-pakat pi untuk bagi semangat dan memeriahkan lagi majlis tu nanti.

Aku sebenarnya bangga dan terharu dengan semangat kawan-kawan Idrisiah yang sentiasa ambil peduli sesama sendiri. Dah banyak sekolah aku keluar-masuk, tapi Idrisiah tetap istimewa sebab kawan-kawan yang aku kenai walaupun hanya untuk 3 tahun masih kuat ikatan persahabatan. Terus terang aku katakan; aku doakan semoga kita semua disatukan hati, dilimpahkan rahmat, dikekalkan nikmat iman dan diberikan kekayaan yang melimpah-ruah di dunia dan di akhirat kelak oleh Allah s.w.t.

Marilah kita sama-sama menjaga ikatan ni supaya dikuatkan dan diperkukuhkan lagi tali persaudaraan yang sedia tertaut.

p/s: buat Amali al-Haj: thanks for your short reminder (tazkirah). It means a lot to all of us. May Allah bless us always.