Pages

Solat Time

Showing posts with label perak. Show all posts
Showing posts with label perak. Show all posts

Friday, February 20, 2009

Suku dan suku-sakatnya

Assalamualaikum..

Kisah Bukit Lanjan yang telah diskodeng dan disiarkan dalam beberapa akhbar nyamuk membawa kepada dimensi baru dunia politik yang lebih memualkan. Elizabeth Wong dah tekad letak jawatan. Maka, akan ada PRK la jawabnya.


Di Malaysia ni ramai yang mengaku Muslim tapi dalam hati beriman dengan fahaman Sekular. Politik suku, agama suku. Siapa yang jadi tok gurunya dan kitab manakah yang dijadikan sandaran menginstinbath serta merujuk hukum-hakam? Sedangkan menggauli bini sendiri sekalipun, Allah Taala sudah berpesan tentang adab-adabnya seperti haram 'bergaul' ketika isteri didatangi haid, masuk melalui 'pintu belakang' dan banyak lagi, inikan pula nak mentadbir negara. 

Walhasil, bila agama tu disukukan dan dilarang memasuki politik, maka jadilah politik itu kelihatan bangang dan berbau hanyir seperti yang sedang berlaku sekarang di Malaysia. Tiada beradab, jahat, kotor, hanyir dan memualkan. Menjadikan mereka yang cerdik-pandai, profesional, alim-ulama' seboleh-bolehnya cuba menjauhkan diri daripada terjebak dalam dunia politik.
Remote control idaman

Bila golongan ini berbuat demikian, maka akan menjadi-jadilah kebobrokan dan pincang serta tempang kuasa eksekutif kerana banyak mereka yang ada dalam dunia politik ni adalah bekas posmen, bekas jaga pintu pagar keretapi, peniaga-peniaga (yang suka buat untung atas angin) dan mereka-mereka yang tiada kualiti baik dari segi syakhsiah dan akhlak yang boleh dipersoalkan serta mereka yang hanya tahu mengambil kesempatan untuk kepentingan diri sendiri. 
Ni salah satu contoh bodohnya pemimpin, 
tengok penutup teropong tu kalau tak percaya!

Memang perkara sebegini amat dialu-alukan oleh sebilangan mereka yang tamak serta gilakan kuasa supaya para cendikia menjauhkan diri dan tidak ambil pusing tentang dunia politik kerana dikatakan politik itu sendiri kotor agar mereka yang bejat akhlak dapat menguasai tampuk kuasa. Bila ada di antara wakil rakyat yang dilantik itu miskin akhlaknya dan munafiq, tidak hairanlah sekiranya bermacam perkara yang mengjengkelkan timbul.

Dengan ini, demi mengelakkan berlakunya politik tiga suku yang cuba membodohkan rakyat bak kata Jalal (tukang masak masakan arab kawan aku): "They're insulting our intelligence!", aku mengajak kawan-kawan untuk ambil pusing dalam dunia politik kerana politiklah yang akan mencorakkan kehidupan kita dan generasi akan datang. Pohon Allah SWT beri kekuatan dan keberkatan kepada kita semua, insyaAllah.

Ka gumana?

Tuesday, April 10, 2007

Sekitar Karnival Idrisiah 85 Tahun

Assalamualaikum..

Meriah... Seronok.. Puas hati.. Itulah gambaran yang dapat aku kongsikan bersama kawan-kawan semasa aku dan rakan seperjuangan yang lain pergi membuat lawatan ke Karnival Kerjaya dan Sambutan Ulangtahun ke-85 Idrisiah di stadium Indera Mulia, Ipoh pada 07hb April baru-baru ni.

Mana tidaknya, dapat jumpa kawan-kawan lama, ustaz-ustaz dan tengok junior-junior berpakaian rasmi Madrasah Idrisiah. Tak sangka ramai jugak student Idrisiah sekarang ni.. kurang lebih 520 orang pelajar. 55% lelaki dan selebihnya perempuan. Guru kementerian 13 orang, guru wakaf pun ramai. Staf sokongan pun 22 orang. Makna kata; Idrisiah bertambah maju berbanding semasa kita menjadi pelajar dulu. Tahniah buat mereka yang menerajui dan memimpin Idrisiah. Semoga Allah SWT memberikan ganjaran pahala yang tidak terhingga buat mereka yang mengorbankan masa, usia dan tenaga untuk memajukan sekolah agama.

Ok.. perjalanan kami bermula seawal pukul 5.00 pagi. Aku, Mat dan Yusrin memulakan perjalanan yang amat hebat sekali rasanya sebab masing-masing dok teringat kat bantal dan tilam yang empuk ditinggalkan. Bini jangan cakap la.. Sapa yang dah kawin, sure tau punya. Tapi, disebabkan semangat nak memeriahkan majlis yang berlangsung, segala kesenangan dan keempukan kami lepaskan demi sebuah matlamat yang suci lagi murni. Kiranya in laymen term 'keluar dari lingkungan keselesaan' la nih.. Menyinggah di Tapah dekat pukul 6.40 pagi untuk menyahut seruan Ilahi (solat subuh la tuh). Diimami oleh aku.. Lama dah tak jadi imam sebenaqnya... Pastu, lepak sambil minum air sorang segelas.

Selesai melepak, kami teruskan perjalanan ke Ipoh dan sampai kurang lebih jam 8.00 pagi. Kami singgah di Masjid (nama aku tak ingat) bertentangan dengan Politeknik Ungku Omar. Jumpa la dengan Ust. Kamaruddin Adam dan al-Fadhil Ust. Faisal Rahim (Pronoton Guy). Kami bersarapan PER di situ. Banyak jugak mangsa-mangsa kami di situ. Antaranya pulut udang dan cucoq badak (badak tiada sebab haram dimakan). Sembang la punya sembang sampai terlajak majlis pembukaan karnival. Ni semuanya salah pronoton la nih.

Cik Jamil kita punya la semangat, ambil bas dari KL turun Ipoh. Sepatutnya dia ikut majlis di sekolah anak dia, tapi anak dia tak jadi nak pi sebab tak larat. Dia pun tarus, ambik tiket bas turun Ipoh. Kami pun tunggulah dia sampai Ipoh. Bas buat hal. Lewat macam biasa. Dekat pukul 12 tghari baru la cik Jamil kita ni sampai kat Medan Gopeng.

Bila dah terlewat, kami pun menyinggahla dulu di rumahnya bonda Mat di Kg. Said Tambahan untuk 'refresh'kan badan yang hangit. Sedang dok nak mandi, tetiba je cikgu Kamaruddin Wok dan keluarga sampai di situ. Kelam kabut la sebab semuanya dok lepak BAEEEKKK punya dok ada.. (perlu diingatkan bahawa cikgu Kamaruddin Wok adalah abg iparnya Mat). Bertanyalah khabar yang indah-indah tentang perihal kerjaya dan kehidupan memasing. Yo lah.. lama tak jumpa.

Dekat pukul 3 petang, kami pun bertolak ke stadium untuk acara yang dinanti-nantikan.

ni masa memula sampai stadium.. tengah wangi lagi nih..

jangan tak tau.. blakang tu stadium Indera Mulia

di pintu masuk

register nama, saja nak bagi penuh registration book tu...

Lepas aja kami register masuk, Anuar el-Syazali pun bawak lah kami ni pi pusing-pusing.. rasa macam VIP le pulok ada tourist guide.. ahehehhe.... Ntah macam mana, terserempak dengan la dengan cik Megat dan keluarga, Cho (Raja Mansor aka Abang Raja), ayah Lokman Razi (Ust Kamaruddin), Salim dan cikgu Abdul Rahman Najib.

dari kiri: Mat, cikgu Rahman Najib, Anuar el Syazali, Jamil dan Abg Yus.

banner dan pentas persembahan

antara booth di karnival tu...

booth lagi...

lagi-lagi booth...
Tak cukup dengan dibawak pusing-pusing, kami dijamu pulak dengan makanan VVIP (ni memang aku terharu sebab masakan dia sedap). Kalau tak sedap pun terharu jugak...

ketika sesi ramah mesra sebelum aksi ganas berlaku.

Gambar-gambar lain ketika sesi makan tidak dapat dimuat turunkan kerana terlalu banyak adegan ganas yang terpaksa dipotong oleh pihak berwajib. Banyak mangsa yang terlibat tidak dapat dikesan sehingga kini.

Abis saja sesi makan, kami pi la layan booth kat luar stadium pulak.. Dah la di dalam tu dah cukup banyak, kat luar pun ada tambah lagi. Mak oi...!!! Tak tau nak layan yang mana satu...

luaq punya booth..

sponge bob pun mai...

Ntah macam mana tengah dok layan gerai-gerai pameran dan jualan tu, kami ternampak satu binatang tungganggan yang sedulu study tidak ada. Apa lagi, kami pun bergambar buat kenangan.

ni lah binatang tunggangan yang aku maksudkan tu...!!

yusrin, mat dan jamil tak lepaskan peluang....

Lepas aja sesi bergambar, hari pun nak hujan, kami cargas pi Kuala Kangsar. Lepak di rumah Sir Falah (thanks a lot dude!). Lepaskan lelah dan perabis ayaq minum yang ada di rumahnya. Lepak sampai Maghrib.. Usai solat berjamaah, kami pun buat satu round down memory lane Bukit Chandan. Hehehehe.. syahdu beb!!! Wa ada ingat kisah lame-lame lulu.. manyak syiok la itu time..

depan masjid Ubudiah tu.. jangan tak tau!!

Tu la gambaq yang paling last aku tangkap guna kamera aku sebab flash tak menyala.. Sehinggalah blog ini ditulis, flash kamera aku masih lagi tidak menyala.. mungkin merajuk sebab aku nak bli flash baru..

Kami gerak pulang ke Ipoh semula pada pukul 9 malam. Jumpa ust. Zaki Yusof (terima kasih banyak la sebab sudi luang masa) dan melepak kat Medan Gopeng sambil makan sup ekoq, ikan kerapu tiga rasa dan pelbagai juadah yang memang menyayatkan hati bila teringat (sebab sedap bai!!) Memang pandai ust. Zaki pilih tempat. Tak rugi makan dan abis masa di situ.

Sembang la punya sembang, sampai la ke pukui 1 pagi. So, semua pakat-pakat dah mata kuyu, perut buncit.. apalagi.. menggerakkan diri la untuk pulang ke KL.

Dalam perjalanan, aku lentoq baik punya dalam kereta. Cik Jamil kita yang bawak kereta dari Ipoh sampai la ke KL. Aku tak tau apa depa kutuk aku dalam keta tuh. Yang aku tau, aku tidoq tak puaih. Asyik terlentoq kepala sampai nak kena batang gear. Punya la mengantuk. Kes makan sup ekoq la tuh.

Apa-apa pun, aku rasa bangga dengan kemajuan yang dicapai & dikecapi oleh Idrisiah walaupun terdapat banyak kekurangan. Sebagai seorang bekas pelajar, aku bertekad untuk bantu mana yang termampu.

Moga Allah SWT ketemukan kita di dalam sebaik-baik pertemuan nanti, insyaAllah. So, aku rasa cukup dulu takat ni. Nanti kita sembang lain... ciao!


Tuesday, March 13, 2007

Akmal Nizam (alems) selamat jadi laki orang

Assalamualaikum!!
Akmal Nizam a.k.a. Alems telah selamat menjayakan kenduri kahwinnya pada 10hb Mac yang lalu bertempat di kediaman keluarganya di Sg. Bayor, Selama, Perak.
Akmal Nizam a.k.a Alems dan isteri

Kenduri kahwin yang dibuat secara sederhana tetapi meriah dengan paluan kompang dan dentuman meriam kabait yang bingit. Para jemputan rata-rata berpuas hati dengan layanan dan hidangan yang disediakan.

Antara yang hadir dimajlis tersebut ialah tok ketua kampung Alems, ketua kompang sekolah menengah selama dan ratusan penduduk kampung Sg. Bayor sendiri.


Manakala ahli komuniti yang hadir ialah: aku (marn a.k.a. Jamnul Azman
, Jamil Fahmi (Canteq), Ahmad Suzaini (Mat ), Saiful Yusrin (Pon), Saiful Asri (Asri) dan Ismail Nizar (Mail Ninja tokey durian).

Bertolak dari KL pukul 8 pagi, kami (aku, Jamil dan Asri) terus ke Subang untuk mengambil Pon. Dari sana, kami meneruskan perjalanan dengan berkongsi kenderaan (Gen 2 Jamil) terus ke Ipoh untuk berjumpa dengan Max Bob di V-Point, Ipoh. Di sana, kami berpecah menaiki dua kereta.
Ketika di V-point


Perjalanan yang memakan masa hampir 5 jam dari KL ke Sg Bayor, Selama, Perak akhirnya berbaloi kerana boleh lepak makan kat rumah kenduri sampai dua kali (bukan tambah tapi makan).


Dari kiri: Aku, Pon, Asri dan Jamil.

Pon, Jamil dan Asri (kanan) sedang menjamu selera.

Mat bersama mangsa seterusnya (kuih loyang di tangan).

Dari kiri: Mat, Asri, Jamil (terlindung), Mail, Alems dan Pon.

Selepas berkali-kali disuruh pulang oleh tuan rumah, tepat pukul 3.30 petang kami berjaya juga akhirnya untuk berangkat pulang melalui jalan Pondok Tanjung. Di dalam perjalanan, kami telah membuat darma wisata (lawatan sambil belajar) ke rumah Lokman Razi ataupun nama barunya Lokman al-Rajhi (remember the bank?) yang terletak di Taman Palma, Kamunting, Perak.

Lokman (sedang memangku anak) semasa dikelentong oleh Pon (tidak kelihatan)

Di rumah Lokman, kami melantak cakoi macik senah yang dibeli oleh Lokman untuk habuan kami semua. Tapi, kali ini Mat tidak menjamah cakoi tersebut kerana katanya cakoi tu 'high cholestrol'. Usai solat jama' zohor-asar secara berjamaah, kami meneruskan perjalanan yang masih jauh.

Destinasi seterusnya ialah rumah mak aku di Changkat Jering; untuk melawat adik aku yang telah berjaya memotong jubin (dan kakinya sendiri secara tidak sengaja). Di sana, kami sambung makan mee rebus seorang sepinggan. Masih menjadi tanda tanya yang belum dijawab: Adakah adik aku dapat membezakan jubin dan kakinya sendiri. Bak kata pepatah orang muda: "Kalau marahkan jubin, jangan sampai memotong kaki sendiri".

Pada pukul 9.15 malam, kami menyinggah ke rumah Mail Ninja di Bukit Berapit (makan mee goreng). Kami tidak mengambil masa yang panjang untuk melepak di rumah Mail Ninja kerana di rumahnya tidak ada buah durian. "Baru berbunga": ujar Mail dengan nada suara yang macho sambil mengerling manja ke arah Mat. Kalaulah di rumahnya ada buah durian ketika itu, mau kami tak balik KL malam tu. Jam 10.05 malam, kami menyambung perjalanan ke Ipoh (rumah emak Mat).

Selesai solat jama' Maghrib-Isya' di rumah bondanya Mat, kami bertolak pulang ke Kuala Lumpur dan semasa di pertengahan jalan, aku diserang sakit perut yang amat power tahap gaban hasil daripada meminum air 'lemuju' pemberian Mat. Berhenti untuk melabur sebanyak dua kali dan akhirnya sampai di rumah aku di Pandan Indah, KL tepat jam 3.25 pagi.

Semoga Allah swt memberikan zuriat yang banyak serta soleh dan dilimpahkan rahmat ke atas pengantin lelaki dan perempuan serta kawan-kawan semua.

Terima kasih yang tidak terhingga buat kawan-kawan yang berkongsi masa dan duit poket untuk suatu pengalaman manis yang akan dikenang hingga ke akhir hayat.

Diharap pada masa-masa mendatang, dapat kita berkongsi lagi masa dan duit poket untuk menjayakan apa-apa jua program yang boleh menambah dan mengeratkan lagi tali silaturrahim yang sedia terjalin.

p/s: banyak lagi gambar-gambar yang tidak tersiar. Hanya yang terpilih saja di'upload'kan ke dalam artikel ini. Pohon maaf sekiranya tak tersiar.