Pages

Solat Time

Thursday, October 6, 2011

Steve Jobs

Assalamualaikum..

Berita sedih buat warga dunia pengkomputeran. Mana tidaknya, ikon terkenal dan pencetus idea terhebat; Steve Jobs telah tiada.

ni la rupa genius yang berada di belakang Apple

Meninggal dunia pada 5 Oktober, 2011 selepas berjuang sekian lama menentang kanser pancreas. Umurnya baru 56 tahun. Sebagai manusia, kita sepatutnya berasa sedih dengan pemergian ikon terhebat di zamannya.


Ringkasan mengenai Steve Jobs

Lahir pada 24 Februari 1955. Anak kepada dua orang graduan University of Wisconsin; Joanne Simpson dan Abulfattah "John" Jandali. Ayahnya, Abdulfattah merupakan seorang profesor sains politik warga Syria dan ibunya Joanne Simpson bekerja sebagai seorang terapi pertuturan. Mereka menyerahkannya kepada orang lain untuk dijadikan anak angkat. Pintar tetapi tiada arah tuju, Steve bereksperimen dengan pelbagai barangan sebelum memulakan syarikat Apple bersama-sama rakannya; Steve Wozniak. Bermula di dalam garaj rumah ayah Steve Jobs, mereka sama-sama meneroka dunia elektronik yang melangkaui zaman sehingga membina sebuah empayar perniagaan yang sangat besar dan berjaya. Di antara gajet yang memulakan revolusi barangan elektronik keluaran syarikat Apple ialah iPod, iPhone dan iPad yang dilihat sebagai pemacu evolusi di dalam teknologi moden.


Kanser Pankreas

Tahun 2003, Steve didapati menghidapi tumor neuroendokrin, sesuatu yang jarang berlaku tetapi boleh diubati melalui pembedahan.


Akan tetapi Steve tidak menyegerakan pembedahan membuang tumor tersebut. Dia memilih kaedah perubatan melalui diet pemakanan dan disokong dengan perubatan Timur. Selama sembilan bulan Steve menangguhkan pembedahan yang membuatkan ahli lembaga pengarah Apple bimbang. akhirnya, tahun 2004 beliau berjaya melalui pembedahan untuk membuang tumor pankreas. Walau bagaimanapun, kesihatannya tidak kembali normal selepas itu.

Sayangnya, dia ni bukan Muslim. Kalau Muslim, dah tentu aku bacakan yaasin dan sedekahkan al-Faatihah untuknya. Sebab jasa dia ni dalam dunia teknologi moden ni memang cukup besar. Susah la ada orang nak lawan dia. Tapi tu la.. sehebat mana sekalipun seseorang itu, mati jua akhirnya. Sehebat-hebat dia ni masa hidup, tanpa iman tiada maknanya di sisi Allah SWT.

Sama-samalah kita menjadi manusia hebat dan BERIMAN di sisi Allah SWT. Semoga Allah Azza wa Jalla tidak menarik balik nikmat imanNya daripada kita. Hidup beriman, mati pun beriman. InsyaAllah, moga diperkenan.

No comments: