Assalamualaikum..
Sengaja aku awalkan sikit posting kali ni kerna khuatir tak sempat nak mintak maaf. Dikesempatan ini, aku bagi pihak warga kerja Komuniti 87 mengucapkan Selamat Hari Raya Fitrah (bukan fitnah tau!). Maaf Zahir dan Batin jika ada salah dan silap.
Ye lah.. kadang-kadang dalam dok melawak dan menulis nih, ada yang terasa hati. Justeru, dengan rasa rendah diri dan ikhlas hati, ku pohon ampun dan maaf bersempena hari lebaran yang bakal mendatang.
Bersama-sama ini aku sertakan lirik takbir raya buat mereka yang selalu lupa macam aku nih. Moga dengan adanya lirik nih, kita berani dok saf depan dan tak ketaq bila orang passing mic mintak sambung takbir raya. Baru ade kellas gitew bila taon ni depa tengok budak Idrisiah mengganas di surau/masjid qaryah masing-masing!!!!
Jangan Lupa Lirik!!!
Dan undian Rumah Terbuka Aidil Fitri masih terbuka. Silalah kepada sesiapa yang sudi menjadi hos dan cadangkan tarikhnya. Terima kasih dan selamat bergembira. Kerana hari raya itu adalah hari kemenangan. Takkan nak sambut hari kemenangan dengan menangeh pulak? Dok gitew?
2 comments:
Mana pi habih kawan2 nih? Dok pulun bahulu tak habih2 lagi ka? Ka dah telantaq kat spital keh makan lemang tak hingat ke mati?
Apa2 pun, soalan aku: bila nak buat rumah terbuka Raya '11 dan di mana?
Buat open haus di tapak Pudu Jail pun sempoi gak beder.. Hu59x!
Post a Comment