Pages

Thursday, June 24, 2010

Takziah..

Assalamualaikum..

Berita sedih dan menyedihkan. Tadi petang aku dapat mesej daripada sdr kita Jamil Fahmi yang membawa perkhabaran yang menyedihkan. Ayahndanya sdr Romzi dan Rozimie telah selamat pulang ke rahmatullah pada pukul 4 pagi tadi bersamaan 24 Jun 2010.

Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama golongan yang diredhaiNya. Al-Faatihah buat rohnya. buat Romzi sekeluarga, pohon tabah hadapi kenyataan hidup ini. Kadangkala ianya manis, kadangkala juga ianya pahit tapi perlu jua ditelan.

Dan ingin aku kongsikan berita buat teman-teman semua, ada di kalangan kita yang memerlukan dana untuk menampung sara hidup dek kerana kekangan kesihatan yang menyebabkan beliau tidak dapat keluar bekerja mencari nafkah. Oleh yang demikian, aku mengajak sahabat-sahabat semua untuk melancarkan satu tabung Khairat dan Infa' untuk membantu mereka yang sedang dilanda kesempitan hidup.

Di dalam rezeki kita yang kita perolehi setiap hari, ada bahagian untuk mereka yang memerlukan. Selari dengan suruhan agama yang menggalakkan kita untuk memperbanyakkan sedekah. Sama-samalah kita meringankan bebanan saudara seislam kita demi Allah dan agama.

Aku teramat sibuk disebabkan ada beberapa dateline yang perlu diligan sehari dua ini. Harap maklum kepada semua sahabat kerana tidak dapat mengemaskinikan blog kita ini. Harap bersabar dan segala kesulitan yang timbul amatlah dikesali. Sekian.

Wednesday, June 23, 2010

Ahli baru

Assalamualaikum..

Tahniah dan semoga murah rezeki serta dirahmati selalu hendaknya buat sdr kita Idil Ramadhan yang baru saja mendapat ahli keluarga baru, anak lelaki.

Nampak gayanya makin bertambahlah ahli Komuniti kita ni. Dengar khabarnya, Yusrin pun sedang menanti cahayamata yang kedua bila-bila masa saja.

Sama-sama kita memanjatkan kesyukuran dan berdoa kepada Allah SWT agar kita selalu dilindungi daripada segala bencana, gangguan syaitan dan sudian orang2 yang zalim.

Friday, June 11, 2010

Belasungkawa dan takziah

Assalamualaikum..

Takziah diucapkan buat saudara kita en. Akmal Nizam yang baru saja kehilangan ahli keluarga tersayang. Datuknya, Ali bin Ismail selamat kmbali ke rahmatullah hari ini, bersamaam hari Jumaat 11 Jun 2010. Jenazah beliau akan dkebumikan selepas solat Jumaat.. al-Fatihah. Moga rohnya ditempatkan bersama-sama mereka yang diredhai.

Tuesday, June 8, 2010

Mari merancang

Assalamualaikum..

Semoga ceria selalu hendaknya. Kerja tak pernah habis. Yang ada tak siap, yang baru datang bertimpa-timpa. Ujian, ujian... Ingat lima perkara sebelum lima perkara. antaranya; senang sebelum sempit. If you failed to plan, then you planned to fail. Kena buat kerja dengan teratur, bijak dan cermat. Perancangan penting. Tak kira dalam apa jua bentuk pekerjaan yang kita buat. Sama ada kecil atau besar, merancang dan perancangan itu perlu ada. Lagi teliti lagi bagus.

Perancangan kewangan amat penting. Merancang melipatgandakan pendapatan itu bagus. Tapi bukan dengan menipu, mengharuskan yang haram, memberi lesen dan kebenaran kepada yang haram. Cenderung kepada anasir yang boleh menjadikan sesuatu perkara itu haram pun tak boleh, apatah lagi menghalalkan yang haram.

Sebagai contohnya: Judi. Tiada satu agama atas dunia ni sama ada yang bersifat samawi (agama langit) mahupun yang wadhoie (ciptaan manusia) membenarkan perjudian. Tidak kiralah sama ada ianya membawa keuntungan berlipatganda. Kerana keburukan judi lebih besar daripada kebaikan yang ada di dalamnya. Buruk judi buat yang tak nampak dan sokong tindakan kerajaan ialah: beban hutang, runtuhnya institusi kekeluargaan, mencuri, merompak, meragut, menipu dan pelbagai jenayah boleh berlaku sekiranya judi menjadi satu sistem mata pencarian dalam kehidupan.

hat pakai baju melayu tu agama apa agaknya?

Berbanding dengan kebaikannya dari segi keuntungan cukai yang diperolehi oleh kerajaan. Matlamat tidak menghalalkan cara. Sudah cukup kebejatan yang berlaku di dalam masyarakat hari ini. Cukuplah. Sedarlah akan keburukan perkara yang diharamkan Allah SWT. Ada hikmah kenapa Allah mengharamkan judi. Jangan berlagak pandai lebih daripada Sang Pencipta.

Meriahnya suasana. Ada kenduri ka?

Begitu juga perancangan keluarga. Juga masyaallah penting. Jangan dok buat anak, lepas tu biar anak2 membesar ikut dan. Penyudahnya, tiada kualiti. Jadilah kita mak-ayah yang derhaka. Bukan anak2 sahaja yang derhaka. Kita sebagai ibubapa pun boleh jadi derhaka. Kes anak derhaka senang ja beb:, Sang anak yang pergi bercuti tak ajak mak-ayah. Bila ajak pun, sekadar melepas batuk ditangga. Dengan harapan supaya mak-ayah ni tak ikut sekali. Itu pun ajak dan suruh balik naik bas kalau nak balik cepat. Whadda..?!! Apa nak jadi umat Islam hari ni?

Part mak-ayah derhaka bilamana mengajar mengaji al-Quran yang basic pun 'pass baton' kat ustaz/ustazah. Takkan kita tak reti nak ajar? Kalau kita tak reti nak ajar basic, kita ni la yang kena masuk kelas terlebih dahulu daripada anak-anak. Anak-anak akan melihat ibubapa sebagai role model mereka. Kalau buruk kelaku kita, macam malas nak bersolat dan tolong mengemas rumah, anak-anak akan turut mengikut buruk kelaku kita. Jangan nanti bila dah tua, baru nak menyesal. Padan muka kita dan anak-anak akan biarkan kita mati kesepian di rumah. Macam mana kita 'deal' dengan orangtua kita, macam tu la nanti anak-anak 'deal' dengan kita kelak.

Kita marahkan yahudi zionist, tapi yahudi zionist pun tak buat mak-ayah mereka sebegitu. Islam datang dengan menitikberatkan perkara-perkara kecil sebegini. Bila dah buruk kelaku dan lawan perintah Allah Taala, ternyata Islam itu tiada dalam kehidupan seharian kita. Sekadar Islam anut-anutan dan ikut-ikutan. Andai diberi pilihan boleh bertukar agama, nescaya ramai di kalangan umat Islam hari ini bertukar agama kerana tak perlu bersolat 5 waktu (sebab malas), boleh berzina dan minum arak, boleh berjudi dan sebagainya (walaupun ikut ajaran agama lain tak boleh). Lebih suka kepada tidak wujudnya Allah Taala.

Apa-apa hal, jangan ada di antara kita yang buat kelaku buruk yang sebegini. Kita sama-sama merubah diri, keluarga dan masyarakat di sekitar kita daripada baik kepada yang lebih baik.

Ini antara kes cari peninju wanita yang baran buat bini

Allah SWT berfirman:
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan Dia banyak menyebut Allah”. (QS Al-Ahzab:21)

Firman Allah SWT jua:
“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah”. (QS Ali Imran:110)

Ingat!!! Bukan sekadar menyuruh dan mengajak manusia berbuat kebaikan dan amal ibadat, malahan kita diSURUH Allah Azza wa Jalla (jatuh hukumnya wajib) menegah dan menentang sebarang bentuk kemungkaran dan kefasadan.

Tuesday, June 1, 2010

Hasil pre-Reunion

Assalamualaikum..

Alhamdulillah. Segala syukur dan puji-pujian buat Allah, Raja Sekalian Raja, Pentadbir Alam. Dengan redhaNya, selesai sudah perjumpaan pre-reunion yang telah diadakan di rumah Abu Atief di Anastoria Homes, Ipoh. Ramai yang hadir gembira dengan perjumpaan tersebut. Aku ucapkan jutaan terima kasih buat semua yang telah hadir dan yang tak hadir (kirim salam pun jadilah).

Sebenarnya, tiada kata-kata yang dapat diungkapkan di sini untuk menceritakan bibit-bibit manis perjumpaan tersebut. Walaupun ada yang takdan nak bersembang panjang dek kerana hal memasing, walaupun sekejap tetap mengubat rindu yang bersarang di dalam hati.

Dan hasil daripada perjumpaan tersebut, beberapa persetujuan peringkat awal telah dimeterai. Antaranya ialah:
  1. Kutipan yuran tahunan sebanyak RM50.00 untuk sesi 09/10 dibuka berkuatkuasa serta-merta. Untuk pengetahuan semua, hasil kutipan yuran tahunan sepanjang sesi 08/09 ialah sebanyak RM1,350.00 dan belum dilaburkan ke dalam mana-mana pelaburan. Dana yang terkumpul itu sekarang berada di dalam simpanan aku. Pohon Abu Atief untuk memberikan senarai nama mereka yang telah membuat bayaran bagi sesi 08/09 yang telah dikemaskini. Terima kasih kepada mereka yang sudah menjalankan tanggungjawab. Pada yang belum, sila buat pembayaran kepada Bendahari Komuniti87; ustaz Ahmad Zaki Yusof. Sila hubungi beliau untuk keterangan lanjut.
  2. Cadangan Reunion kali ke-3 adalah seperti berikut:
  • Tarikh: 27-28 November 2010
  • Tempat: Agrotek Gardens Resort Hulu Langat, Selangor
Sebarang pertanyaan, usul, idea, bangkangan dan info hendaklah disalurkan sama ada melalui blog ini ataupun Facebook Komuniti: MIBCKK Batch 87-91. Insyaallah, jika diberikan kesempatan lagi, kita sama-sama berusaha untuk bertemu semula.

Dan untuk makluman semua yang telah membayar yuran bagi sesi 07/08, sebanyak RM1,+++.00 kutipan yuran telah berjaya diperolehi. Wang tersebut telah berjaya dilaburkan di dalam Public Mutual Dana Ittikal (mengikut prinsip shariah) di atas nama Bina Harta Enterprise. Pihak pengurusan juga telah sebulat suara untuk menderma sedikit bahagian yuran tersebut kepada cucu arwah Pakcik Yasin yang pada ketika itu memerlukan sumbangan untuk menjalankan pembedahan.

Harap maklum.

p/s:
segala maklumat serta data perolehan keuntungan dan pemberian dividen oleh pihak Public Bank akan dikemaskini kemudian