Pages

Solat Time

Tuesday, December 4, 2007

Lenggong, Lata Kekabu, Sungkai Hot Spring dan Pangkor

Assalamualaikum..

Bersua kembali setelah sekian lama tiada posting baru. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Kenduri di Lenggong lancar, kenderaan pun berjaya disediakan dan program mengikut jadual seperti yang telah ditetapkan. Dengan berbekalkan 2 buah kereta; aku, Asri, Izanee naik kereta Saga yang baru keluar daripada woksyop. Manakala Gborg, Bani Hashim dan Yusrin menaiki sebuah lagi kereta (Altis milik Gborg).

Bertolak seawal pukul 7pagi, mengambil penumpang yang duduk di merata pelusuk alam, berjumpa di Rawang pukul 8.30pagi di stesen Petronas. Terus ber'konvoi' hingga ke Sungkai. Tiba di Sungkai pukul 10.00. Tujuan singgah di Sungkai untuk melihat suasana dan mengenal tempat letaknya resort yang berdekatan dengan Sungkai 'Hot Spring'. Selesai meng'riki' tempat di Hot Spring, barulah kami menyantap sarapan pagi. Pukul 12.30, rombongan kami sampai di tol Ipoh Selatan. Punya la sesak dengan kenderaan pelbagai. 2.00 petang, sampai di Jambatan Raja Muda Nazrin, Tasik Raban menikmati pemandangan yang indah permai sambil menunggu Meo Speki (kononnya atau lebih dikenali dengan panggilan timangan Meo Matot) dan Amali.

Akibat perut masing-masing dah merungut, tanpa berlengah masa, pukul 2.30 kami tiba di rumah kenduri di Kg. Gelok, Lenggong. Makanan memang sedap. Maka, berjumpalah kami dengan rerakan yang lain; Zahdur Rahman & pak mertuanya, Fariz Jalaluddin & keluarga, Ahmad Zaki (si Abu Atief) & keluarga, Lokman Razi & keluarga, Dolah Hasan, Amali Amhuri & Anuar El-Syazali & keluarga. Terima kasih buat Jamil dan keluarga kerana sudi menjemput semua untuk makan nasik minyak. Yang memuskilkan hati dan batu jemala aku ni, ramai kawan-kawan di Ipoh yang MIA. Tak tau la kalau masing-masing ada program di Ipoh. Yang pastinya, kenangan di Lenggong memang tak dapat dilupakan.

4.45 petang, kami dah berada di kaki air di Lata Kekabu. Hanya aku dengan abu Atief ja yang mandi. Yang lain cuma rendam kaki dengan buat muka macho (tapi badan hangit). Porah!!Dah tau kata nak pi Lenggong, dan rumah Jamil tak jauh pun dari Lata Kengkabus tu, bukannya nak prepare siap-siap. Memang fail la. 'When U fail to plan, than U planned to fail'. Muahahahaha.. janji aku personally enjoy! 6.20petang, usai solat jamak qasar berjamaah, kami bergerak ke bandar Kuala Kangsar untuk bertemu dengan Asri Scottie.

Duduk melepak dan berbincang tentang alumni yang insyaallah akan diadakan sama ada di Pangkor (ikut plan asal) ataupun di Sungkai Hot Spring Resort (selepas ini dibaca SHSR). Tak dan lama kami dok bincang dan bersembang, Lokman tiba dan join melepak sama. Dan makan malam di 'foodcourt' tu ditaja oleh sdr. Lokman Razi. Terima kasih daun keladi, nanti lain kali kami pau lagi. Pukul 9.45 malam, kami bergerak pulang ke KL dengan cerita dan pengalaman baru.

Semasa dalam perbincangan tentang alumni, timbul beberapa isu tentang baik-buruk, kelebihan dan kekurangan jika perjumpaan diadakan sama ada di Pangkor atau SHSR. Maka, oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama merungkai persoalan dan mencari kaedah serta keputusan bersama untuk mencari dimanakah tempat yang paling sesuai untuk kita adakan perjumpaan K87 kita untuk kali ke-2.

Di antara isu-isu yang timbul ialah perihal keselamatan anak-anak di jeti Lumut dan Pangkor, lama dan letih menunggu di jeti, bajet yang besar berbanding SHSR, ketiadaan hospital di pulau, masa perjalanan yang agak panjang dan sebagainya. Manakala jika dibuat di SHSR pula, apa bakal aktiviti, berkemungkinan aktiviti yang terhad serta kedudukan resort yang agak jauh dari tempat mandi kolam air panas dsbgnya. Tiap kali nak masuk mandi kolam air panas, akan dicaj RM10 untuk dewasa dan RM4 (kalau tak silap) untuk kanak-kanak. Semuanya ada pro dan kon.

Pohon kepada semua ahli K87 untuk turut serta memberi komen dan idea yang bernas dalam pencarian ini. Semoga Allah memberkati keputusan yang akan diputuskan oleh kita bersama. Dan bagi idea untuk apa jua aktiviti yang bakal diadakan untuk destinasi yang telah dipilih. Asyik-asyik mengikut pandangan orang je, bila lagi nak guna kepala otak masing-masing. Time ni la waktu yang terbaik. Idea busuk, bebal dan tidak memberi sebarang faedah kepada umat Islam akan ditolak dan dikutuk sepanjang zaman. Buat ngabih boreh dan buang karen..

p/s: gambar akan di upload kemudian. Allah bersama-sama orang yang sabar.

18 comments:

marn said...

kalau boleh, habaq mai tempat pilihan dan sebab2 dipilih. baik buruk dsbg. nak cantik lagi, bukan 2 tempat tu ja yang boleh kita buat. mengkala ada tempat lein yang lebih sesuai, habaq mai la.

Anonymous said...

Buat marn, Wa mmg plan tak nak mandi ayor terjun pon...

Assalamulaikum..

Pertemuan di Lenggong in conjuction of wedding adik jamil bukanlah sekadar pi makan kenduri... Kenduri adik jamil tu jadi PENYEBAB jer utk kita semua berkumpul & bertemu dgn sahabat yg "RARE" mcm Zahdur, Asri Scott, Akhie Dollah.. So rugilah bg mereka yg beralasan “alah adik jamil yg kawin bkn nyer dia” (jamil tu pasal x buleh jer hehehe)
Wa bersalam pon lupa dgn adik jamil punyer xcited nyer berjumpa sahabat2 yg "RARE" nih. Mmg wa enjoy on that day.. Byk ilmu2 yg wa dapat & ilmu2 dulu yg di refresh balik bila bersembang dgn geng2 ustaz nih..

Kepada sahabat2 yg sengajer x hadir pada hari tersebut,.Ttuhan sahajalah yg tahu masalah anda. semoga Tuhan akan melapangkan masa untuk kita berjumpa di masa mendatang. Kena ingat mengeratkan silaturrahim tu wajib. (betul x ustaz zaki?)

Terima kasih kepada Sdr Lokman yg sudi mengabiskan sisa2 duit nya membelanjer kami dinner.. heh heh heh jadilah "pembelanjer" yg berhemat..” bwk2 la kurangkan cas

For those yg baru dapat kerja.. "sendiri mau ingat aaaa" tolong la ingat sikit masa susah.. Jadilah pembelanjer yg berhemat.. Jgn suker membazir tak memasal & jgn tumbuh kepak

sekian

Anonymous said...

assalamualaikum bro.

wa sebeno rase teruja sbb dpt brtemu mmber2 lama kt rumah Jmil. Bini aku x nerape nk bagi aku pegi sebab aku stu paper exam lagi.

Tp sbb aku teringin sgt nk pegi & dikuatkan lgi hujah oleh pk mentua aku, maka aku sampai dan balik dgn selamatnya. Cuma aku nk komen ckit:

"LU ALL MEMANG SEMPOI".

Walaupun masa mencemburui kita, tp x pe nnti bleh brjumpa lgi......EErrr agaknya2 bila nk buat reunion ni, klau bkn dlm bln 12 ni, x dpt aku nk join sbb aku ada tgs yg perlu diselesaikan terlebih dahulu di seberang laut nun.......

Bye.

Unknown said...

Assalamualikum smua,

Aku ucapkan bebyk terima kasih pada smua sahabat yg sudi dtg keduri adik aku dlenggong minggu lpas.

Terimakasih juga pada Jamnul sbb sudi mwawarkan majlis kduri adik aku dlm blog kita.

Mad Jeni klu meka dah tau teman xblh jgn la sebut2.sebak rasanya ni yeop........

Meor kamu rentikan pakai meor speki.pakae balik nama asal meka.meor m_t_t.jgn marah....

marn said...

Muaahahahha.. saje je aku perangat.

Mil, lu jangan sebut menda2 kecik cenggitu, sebak juge teman. no hal la. no need to say thank you.

Mat yang bermuke ahmad, erat silaturrahim tu sepasal, memenuhi jemputan itu adalah WAJIB. So, kalau sengaja takpi, ataupun buat-buat sibuk (yang mana tidak sibuk), maka Allah sahaja yang mampu menilai sama ada berdosa atau tidak seseorang hamba tu.

Bukan nak CAS, tapi sekadar mengingatkan. 'Addinu Nasihah'. Maka, marilah sama-sama kita bernasihat-nasihat dan berpesan-pesan supaya tidak termasuk ke dalam golongan yang lalai, Insyaallah. Barang yang salah ditegur dan dijadikan sempadan, dan barang yang baik, kita ikuti serta jadikan teladan.

Sayugia terharu amat hati yang sekian lama diamuk gelora rindu tatkala bersua handai taulan yang kian lama terdengar ceritera dari seberang laut juga di tanah semenanjung.

So, macam mana dengan alumni kita?

Anonymous said...

akom semua...
aku mintak maap bebanyak la hampa cincang aku sekalipun aku tetap nak reunion kita kat pangkor...terlalu banyak kebaikannye klu kat pangkor dan aku seolah2 tak nampak langsung keburukan kat pangkor tu...adapun alasan2 yang diberi oleh golongan anti pangkor semuanyer lawak badul belaka dan tidak bersandar pada dalil yang utuh lagi teguh hehehe jagan mara na mat dol said.

abuateif

Anonymous said...

a'kum,

pehhhh..!that's the suitable word to describe my feelings on that day, terlalu gumbira tak terkata pabila dpt bertemu dgn rerakan yg dah lama gua tak jumpa,mjls kenduri ari tu seolah2 bertukar menjadi program jejak kasih heh..heh..heh.. am i too much,but anyway, who cares? gua teruja beb, lbh2 lg dpt jmpa geng2 serpihan BLACK EAGLE wlpun kepalanya iaitu bro yellow tak kelihatan pd hari tersebut.
bro zahdur U look cool man,bro asri the scootie too hootie still with his sense of humour,bro LRK,sorry if my phone bordering u a lot,wa tak cukup sen la nak tukar baru,bro meor,since when the word matot turns to speki?dan semua bro2 yg gua jmpa pd hari tu i only can say you guys are great.

ttg our coming reunion,wa tak de le smpi tahap cincang mencincang,tp sbg tuan rmh wa sgt mengalu-alukan kedatangan anda semua,tp klu ada yg mempunyai cdg lain pun tak pe,mgkn msg2 ada pandangan msg2.

BORG: wa terkedu skjp setelah didiagnosis oleh al fadhil ust farez

Anonymous said...

a'kum,

pehhhh..!that's the suitable word to describe my feelings on that day, terlalu gumbira tak terkata pabila dpt bertemu dgn rerakan yg dah lama gua tak jumpa,mjls kenduri ari tu seolah2 bertukar menjadi program jejak kasih heh..heh..heh.. am i too much,but anyway, who cares? gua teruja beb, lbh2 lg dpt jmpa geng2 serpihan BLACK EAGLE wlpun kepalanya iaitu bro yellow tak kelihatan pd hari tersebut.
bro zahdur U look cool man,bro asri the scootie too hootie still with his sense of humour,bro LRK,sorry if my phone bordering u a lot,wa tak cukup sen la nak tukar baru,bro meor,since when the word matot turns to speki?dan semua bro2 yg gua jmpa pd hari tu i only can say you guys are great.

ttg our coming reunion,wa tak de le smpi tahap cincang mencincang,tp sbg tuan rmh wa sgt mengalu-alukan kedatangan anda semua,tp klu ada yg mempunyai cdg lain pun tak pe,mgkn msg2 ada pandangan msg2.

BORG: wa terkedu skjp setelah didiagnosis oleh al fadhil ust farez

marn said...

Sayugia berkata jua abu atief akan pendiriannya tentang perjumpaan K87 kali ke-2. Dia telah menyatakan pendiriannya. Maka hairan jua adanya akan batu jemala patik ini kerna barang tiada perkhabaran daripada sesahabat yang lain.

Barangkali sibuk menyusun hujah dan pendapat? Mungkin jua tiada alasan yang ampuh untuk menyanggah kenyataan abu atief?

Sudah beberapa sore ku nantikan jawaban, namun belum kutemui. Ayuhlah saudara-saudaraku sekalian, Ruang ini medan untuk kita berpencak kata. Hunuskan dan atur kata-kata kalian supaya langkahnya tidak sumbang. Siap-siaga dengan pertahanan supaya dapat mendinding diri sendiri.

Usah berlengah. Luahkan pendapat dan mari kita rungkaikan segala kekusutan. Mohon Allah Taala memberi kita hidayahNya dalam mencari keputusan yang terbaik buat kita, Insyaallah.

Anonymous said...

Assalamualikum smua,

Dear Abuateif & other pro pangkors.. jgn le sampe tahap cincang mencincang.. kang makbul permintaan temasuk lak dalam mesin serbuk ikan kang terus hancur...

Wa bukanlah anti sgt p.pangkor nih cumanyer antara perkara penting yg perlu diambil kira ialah bajet. Pls bear in mind bukan semua orang sesenang kalian (berpendapatan tetap) kerana masih ada diantara kita yg masih mencari rentak utk meneruskan kehidupan di muka bumi ini.

Jadi setiap keputusan yg dibuat hendaklah diambil kira kadar kemampuan sahabat2 yg lain. Panglor OK kalu dikira ketika berada disana shj, b'mana pula perjalanan pergi balik, tol, tambang bot, taxi, parking & beberapa kos lain, faktor yg lain dr segi keselamatan lah...

Namun kalau kita semua dh sebulat suara nk ke pangkor wa ON jer sbb wa okey ngan pangkor infact wa br je blk dr pangkor.. wa xde hal cuma wa pikir kan yg lain jer....

Anonymous said...

assalamualaikum guyz

Wa ada 1 suggertion, hw abt Pasir Salak Resort.
Mdh utk pegi, klau mmbr dr KL mls nk byr tol, bleh guna jln Kole Selango. Amcm ada sokongan..... Agk2nye bl nk buat reunion ni....

marn said...

Wo... berita yang tak berapa sedap untuk kengkawan suma.. aku dah cuba banyak cara dan skill yang aku ada. Namun, semua hasil aku gagal untuk mengupload gambar2 dalam kamera aku ke dalam blog ni. Gambar2 tu bertukar jadi macam kita tengok gambar pada negatif filem.

Aku masih lagi mencuba, tapi tak dapat luangkan banyak masa sebab kerja menimbun skang ni.

Hangpa bincang la elok2. Mat, aku rasa, baik kita cakap apa pendapat kita. Bukannya wakil kepada sesiapa ataupun mana2 golongan. Memang baguih pikir pasal kawan2 ni. Biaq siapa yang tak cukup bajet, bersuara sendiri. Jangan harapkan bantuan dan sokongan kawan2 yang lain untuk bersuara bagi pihak.

Buat kawan-kawan semua, nak malu apanya? Tak dak bajet pun malu nak habaq ka? Ni bukannya nak tunjuk lagak kat sesapa. Kalau tak mampu, habaq tak mampu. Kita sama-sama cari alternatif lain.

Kalau nak kira tak cukup bajet, sepanjang masa kita takkan cukup bajet. Sebab kita memang tak bajet. Kalau ada pun, mungkin segelintir ja yang hidupnya bajet sepanjang masa.

Kalau nak berjumpa ramai-ramai, kt KL ni pun boleh tengok time kambination. Bukannya jauh pun, banyak guna duit pun tidak. Yang mai tu boleh kira ngan jari la.

Kalau nak join, habaq awai-awai. Senang cerita. Seingat aku masa perjumpaan yang pertama, tak timbul isu tak cukup bajet. Mai ngan tak mai. Masing-masing teruja. Skang ni, banyak la pulak kerenah. Sepatutnya ikatan makin lama makin kuat, ni tak. Makin longgar. Apa sebab? Aku pun tak paham.

Bila aku tengok situasi yang ada skang ni, serius aku cakap dalam teruja aku resah. Resah sebab tiada kemajuan. Asyik2 dok crita pasai kisah lama. We need to plan for our future. Takkan macam ni ja. Aku habaq terus-terang kita tiada perancangan dalam perjumpaan kali ni. Not like 1st time.

Dulu ada AJK Komunitas takdak gaji. Sukarelawan. Suma teruja. Skang ni? Masing-masing buat 'derk' (termasuk aku). Niat memang nak buat, tapi separuh hati. Aku cakap macam ni la, kalau nak buat sunguh2, kita set 1 J/Kuasa Bertindak macam dulu. Sapa incaj dan bagi tugasan. Pastu, kita pilih 1 lokasi sahaja. Sebab, kalau dok suggest macam ni, tak jadi. Kang ada yang cakap pi Pangkoq la, Hot Spring la, Pulau Duyong la, Langkawi la, Pandan Indah dsbg. Penyudah, tiada keputusan muktamad yang dibuat bila sampai masa.

Nak best lagi?<-- macam le best sangat idea ni. Aku cadang lagi.. kita bajet siap2, let say satu keluarga will spend not more than RM300 untuk penginapan dan makan termasuk tambang n tol sebagai. Toksah pi jauh2 la.

So, bola seterusnya aku passing kat hangpa untuk pikiaq. Aku kena hibernate 2-3 hari untuk setelkan kerja aku ni.

Til then, diskus lek-lok. Nanti selesai kerja, aku join.

Anonymous said...

Tima kasih Tuan Zahdur.. bg sesiaper yg bleh excess internet tu pi la tgk www.pasirsalakresort.com nampak mmg cool & sesuai utk the "THIRD" reunion. Buat masa ni yg part 2 nyer kita kita buat je lah kat P.Pangkor since suma follow jer.

So date secara sembangnyer kita buat bulan 6. What say U guys, nk buat bulan 3 dah dekat sgt. kalu bulan 6 mayb lagi ramai yg bleh join.

Tuan Marn berselisih pendapat tu bagus, asalkan tiada perbalahan yg membawa kepada putusnya silaturrahaim, JGN ler resah bro.. (xde saper yg kena cincang aihh..)Wa percaya sahabat2 wa ni semuanya berniat baik & beretika tinggi

Anonymous said...

akom semua...
kepada yang mencadangkan nak buat kat pasir salak tu kena p tgk ngan mata kepala ada lagi ke idak tempat tu...kalau ada apakah sebiji cam dalam laman web dia...lama dah aku tak dengar orang sebut pasir salak resort...kelemahan yang paling ketara ialah kat pasir salak resort kita mandi dalam biliq ayaq ja...nak mandi sungai?j.w.w birch pun mati lemaih kat situ...dia bukan mati pasai kena bunuh tapi mati pasai lemaih kat pasir salak...saja depa tukaq fakta takut malu nanti orang kata tak pandai berenang..

cincang atau kerat 16 aku rasa pangkor khususan chalet yang kita p riki suatu ketika dulu amat suitable n perfect utk kita buat reunion...safety???tempat tu amat2 safety...airnya tenang,ombak tak kuat,chaletnya boleh tahan n most important thing toke chalet tu member kamceng si gborx...mana nak cari dah yang camtu...sapa ada member kamcing kt sg klah hotspring?sapa member ngan toke pasir salak resort?aku yakin keistimewaan yang ada pada sahabat kita gborx tak da pada orang lain...aku dengan ini mengulangi pendirian aku menyokong reunion kita yang ke2 ni dibuat dipulau pangkor..

masalah duit?mmg tak dapat nak kata apa..cakap pasal nak buat reunion mmg kena spend a lot of mani...kita kena pandai bajet la...bukan seminggu dua kita sembang mender ni...hari tu cakap nak buat bulan 3 peh tu tunda bulan 6 pulak...terus terang cakap aku tak sabaq2 tunggu bulan 3 nanti tapi dengaq cita nak tunda bulan 6 plak...menderita jiwa dan perasaan aku menanti saat pertemuaan ngan kengkawan semua...entah jadi ataupun tidak.

aku tak layak mana nak sembang pasal fulus ni..psl aku lepak ipoh jer...hampa yang dok kat kl or luar perak termasuk la sahabat kita mirip pelakon arash(dour) kat sarawak nu mmg terpaksa fikir belanja minyak n tol...tapi aku teringat pesan sami velu dia kata tak nak bayar tol...jalan biasa ada..apa susah2...minyak?tu kena korban la...kita bukan buat reunion 2 kali semenggu tapi sekali dalam 2 tahun...kena byk korban yop...kita bukan nak p buat maksiat tapi kita p ngan niat nak utuhkan tali silaturahim kajai antara kita disamping bercuti ngan anak2 n isteri kesayangan kita...byk pahala tu yop..kalau nak jadi kena sanggup korban n kalau tak sudi korban kena buat korban jugak masa raya haji nanti...paling koman balon daging korban muahahaa.

kemudian...

abu_ateif

Anonymous said...

A'KUM...

Satu pendapat yg baik dari saudara kita. nak buat sesuatu memang kena ukur baju dibadan sendiri. kalau tak mampu kita buat yg patut je.pendapat en j.azman patut kita ikut. x de apa yg hendak di malukan.
cuma apa salahnya kita kumpul dr sekarg je.buat satu akaun.lantik sapa2 jd bendahari. buat bajek elok2. bank-in bulan2.
cadangan pra reunion secara single
oleh kawan2 kita hari tu, bagus juga.sebab, boleh kita berbincang pasal reunion yg bakal diadakan.
yg berminat......
mail

Anonymous said...

kalu pi bulan 3 zahdur ok ker? wa ingat asri scottie pon problem gak bulan 3.. Yg lain amacam meor?

Anonymous said...

akom sahabat...
bulan 3 or 6 tak penting sgt tapi biarlah bersesuaian dengan iklim setempat...biar lah ramai yang leh join reunion yang kita nak buat nanti..yang penting kita dah set satu masa yang disepakati dan semua orang berusaha utk pastikan benda yang kita nak buat tu jadi pada tarikh tu.

masalahnya kita macam dunia islam hari ni yang tak dak khalifah...yang boleh putuskan sesuatu perkara dan rakyat dibawah patuh dan berusaha agar perkara tersbut terlaksana...kalau tak dak khalifah mcm ni lah jdnya...masih tak selesai dgn mender2 yang kecil dan remeh.

kemudian...

abu_ateif

marn said...

so, sapa yang nak jadi khalifah? wa tukang katib dalam blog ni. Ada sapa-sapa sini yang volunteer nak jadi khalifah? kalau tiada, kita vote. Once vote, the tribe has spoken, dan sesiapa yang dilantik, kena jalan amanah la.

So, what say u?