Pages

Solat Time

Friday, December 28, 2007

Tarikh dan gotong-royong di Pangkor

Assalamualaikum..

Seperti yang aku jangka, semuanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah kerana Allah SWT masih memberi ruang kepada kita semua untuk beramah-mesra melalui blog ni.

Seperti yang diketahui umum, kita sedang menjalankan survey untuk perjumpaan 'reunion' kita yang bakal diadakan di Pangkor tahun hadapan. Oleh yang demikian, 'the tribe has spoken' dan beberapa cadangan dan saranan yang telah disuarakan oleh mereka yang aktif. Antara saranan dan cadangan yang telah dapat disimpulkan di sini ialah:
  1. Diadakan dalam bulan Mac 2008
  2. Tarikh yang dicadangkan ialah 12,13 & 14 Mac 2008 bersamaan hari Rabu, Khamis & Jumaat. Alasan kukuh daripada pengarah logistik : weekdays harga chaletnya murah.
  3. Futur, ghada' & a'syak (sarapan, makan tengahari & malam) kita masak gotong-royong. Kaum hawa siang ikan dan potong bawang manakala kaum adam pula memasak.

Jadi, aku rasa fokus kita ialah kepada tarikh perjumpaan dan berapa hari nak duduk di Pangkor. Sebab boleh dikatakan semuanya bersetuju untuk diadakan dalam bulan Mac. Ada di antara kita yang tidak dapat 'join' atas alasan-alasan yang tertentu. Itu, tak dapek den nak nolong.

p/s: malam ni akan diadakan meeting pertama untuk perjumpaan di Pangkor. Berlangsung di Klang Gate, Tmn. Melawati, Gombak, Selangor. Pukul 9 malam. Sengaja dimaklumkan lewat sebab aku tak jangka ramai yang akan join meeting tu nanti. Sesiapa yang nak join, sila hubungi cik Mart el Loco Zenith.




17 comments:

marn said...

Yo bros!!

Wa rasa tarikh tu ejaskan sikit. Sebab bini wa ada karier beb. Bini lu orang no hal sebab tiada majikan. So, susah sikit la untuk wa nak join sampai 3 hari. Weekdays pulak tuh. Wa no hal sebab wa bos. Bini wa ada dia punya bos (tapi belah malam, wa la bos dia). Muahahaha..

Tapi, kalau survey kata ramai yang nak jugak dates tu, wa no hal.Cumanya wa pi lewat satu hari la (ini solution jangka masa pendek).

Lu worang bincang la gumana. It depends on suara rangramai dan mayoritas.

Anonymous said...

Wak suka dengan gotong-royong. Macam best.

Anonymous said...

oii takut bini ooii

marn said...

Bukan takut bini la oi! tu namanya tanggungjawab laki untuk pikiaq masalah bini yang bekerja. lagi satu ni nak habaq, takut hanya pada Allah Taala ja, ada paham?!

Ni la yang orang tetua kata; limau purut tiga serangkai, buta perut tadak akai!

Kalau dah mangkaq, jangan la ambik mangkaq tu semua sekali, orang lain pun nak mangkaq jugak.

Muahahahahaahah...

marn said...

ert... perjumpaan malam ni dah ditukarkan venuenya ke restoran Mahboub di Bangsar, sebelahnya Bangsar Village. masa tetap sama.

Anonymous said...

aku pun tak berapa nak sedap buat weekday ni pasai masalah kerja la...kalau kita tak keja bini kita pulak kerja...kalau kita kerja pulak bini kita akan dikerjakan..mmg masalah..

pemilihan weekday tu pasal nak dapat harga murah...tu jer...tapi boleh dapat ker harga murah masa cuti sekolah yop...????

pengurus lojistik (mr gbox) tolong p tanya lagi pak angkat hang tu...ejas2 la ckit bagi dapat weekend tapi harga weekday...kata ayat power..sembang tak pernah jatuh.

Anonymous said...

wehhh awat tak habaq awai2 nak buat kat mehboob...kalau dak buleh tumpang sekole.

jgn dok sembang kosong jer...bincang molek2 pas tu habaq la kat kami ape ke mendenye yang hampa bincang smlm na.

weh hampa jek la gibox banyak ckit suruh dia kipas udang ckit toke chalet tu kot2 leh dapat weekend harga runtuh...aku rasa la kalau kita p ramai munkin dia leh bagi kot...tu kena kempen lebih ckit...lupakan kempen pilihanraya sekejap...BA komfom menang muahahaha.

meorrrrr...awat senyap jer...berkokok la ckit yop

Anonymous said...

semua orang kena paham apasal idea gotong royong memasak dihighligtkan...menurut mr gbox antara sbb utamanya ialah:

1)jimat pitih laaaa....kata duit tak beghapa nak ada..dgn gtg ryg ni kita boleh jimat byk pitih...ikan pun kita cuba mukat malam kalau rejeki tak berapa nak ade kita beli...itu pun mr gbox leh dapat dgn harga yang diluar dugaan semua pihak.

2)memantopkan lagi ikatan persahabatan antara kita...tgh kupeh bawang n siang ikan tu tanya la dah kawen ker belom?anak dah berapa?ngidap gout ker idak?dan apa2 soalan yang patut2 dan tidak menyentuh isu2 sensitif...aiseh tak kan tu pun nak ajo.

3)kita lama dah tak gotong royong bersama...dulu kat idrisiah rajin sgt buat kerja ni...la ni dah dok kat bandar amat jarang gtg ryg...nahhhhhh ini lah masanyer nak recall balik apa yang kita pernah buat dulu.

4)hukum gtg ryg adalah TIDAK WAJIB...dan tak jatuh haram kalau sesiapa yang tak nak join...terpulang kat masing2...byk aktiviti lain selain gotong royong...kalau dah tak der aktiviti boleh jer lepak kat dalam chalet...saper pun tak marah...klu segan nak makan kita ada ajk antar nasi kedalam chalet tp kena tempah awai la...

apacam?boleh masuk akai ka alasan tu?

Anonymous said...

a'kum,

ttg tarikh tu spt yg pernah diberitahu sebelumnya blh diubah,ttg chalet blh dpt murah on weekend atau sebaliknya aku rasa tak le jd masaalah bebeno bg kwn2 semua,sbb bezanya cuma dlm 2-3 puluh hinggit aje,tp aku akan cuba juga mndptkan harga yg seminima mgkn,insyaallah.

BORG: x sabo nak mkn masakan abu atief sbb dengonya masa kat mesir dulu meleleh le ayo lio pak arab kat sana kena masakan dia.

akie said...

Salam,
Aku setuju je tarikh tersebut, kebetulan hari cuti aku(maklumlah keje kilang kat keramat) jadi no problemlah buat aku. Satu lagi aku minta maaf sebab kat rumah aku takde internet. So ape-ape berita lambat sikit la aku terima. Jika ade apa-apa hal atau perjumpaan cal je lah aku, insyaallah kalau ada kelapangan aku boleh jumpa korang makan biskut lutut dengan air sirap. No tel aku 0192250195.

akie said...

Kalau aku tak bawak ini, tak dapat le aku makan kot?? sebab takde wakil nak potong bawang.....

Anonymous said...

akom sahabat...

setiap malam aku menadah tangan mintak allah lembutkan hati pak angkat gbox boleh terima kita dgn harga chalet yang murah...amin..tapi aku yakin dengan ayat mr gbox komfom meleleh ayaq mata n hidung toke chalet tu lepaih dengaq pujuk rayu gbox.klu dapat buat 13,14 &16 mac mmg cantik yop,,

buat akie,,
jgn risau la tak bawak bini pun leh makan gak...tapi makan sup tulang ikan jer la muahahahaaa.

mana kengkawan yang p mesyuarat kt mamak mahbob malam tu...apa resolusi meeting malam tu nak gak kami tau..sonyap je yop.

Anonymous said...

tambahan utk komen mr gbox...pak arab yang makan masakan aku bukan setakat meleleh ayo lior...habih semua ayaq hidung,telinga dan rongga2 menjelejeh keluaq...

tapi bila teringat ebex stim hari tu...tak leh nak kata apa laaa...niihhh ada rasa lagi kat kerongkong nih wpun dah bebulan2...ishhhHHH tak tau nak cakap dah ni.

marn said...

assalamualaikum!!

woi, aku takdan nak boh tajuk baru.. bz gila. kot mana pun, takan pakat sengap.. o.. lupa.. ari ni bukak skolah..

Selamat bertugas buat guru-guru dan selamat belajar buat murid-murid.

Selamat Tahun Baru.

Anonymous said...

akom...
minggu lepas aku bizi pasal pindah umah tak sempat nak jenguk blog kesayangan kita ni...aku bajet sure banyak comment kawan2 psl lama aku tak jenguk tapi harammmmmm masih ditakok lama....wehhh hampa p mana...bizi bebeno...tara mana sgt bizi tu...bizi2 dr chua soi lek pun dia sempat ziarah kawan karib kat hotel tu...jenguk la ckit blog...seronok aku baca komen kengkawan ni...kalau tak baca sehari rasa cam tak puaih hidup.

Anonymous said...

askum.......
syok rasanya dapat jumpa kawan-kawan lama macam hangpa......
ada yang manis dan sebagainya.
tentang tarikh dan masa yang hangpa bagi tu nampaknya aku betul-betul tak boleh nak pi. Aku kat sini nak jemput semua yang kenal aku, datang ke rumah mak aku pada 15 mac 2008 (sabtu) pasai adik bongsu aku kawin. Aku x mau la kacau program hangpa yang baik itu so up to u....
Alamat aku. 17, kampung pauh, bukit gantang, taiping, perak.

Anonymous said...

mat jeni, itu hari aku cakap no hal bila2 pun tapi kali ni aku minta maaf banyak2 lagipun, cuti aku bukannya sama dengan cuti sekolah. Walaupun aku tak dapat ikut tapi aku tetap sokong dan berbangga di atas usaha hangpa selama ini. Ada bakat ganti Pak lah. Apapun aku serius jemput semua yang ada ke rumah mak aku tu. Aku rasa mana yang pernah pegi rumah mak aku tu tentu hangpa masih ingat. Kalau nak kad jemputan, bagi alamat masing2 nanti aku pos. apa2 pun kalau dah ramai nak pi pangkor tu, aku merelakan pemergian hangpa semua. semoga selamat pergi dan balik.