Assalamualaikum..
Ceria? Letih? Dahaga? Apa-apa pun yang kawan-kawan rasakan, aku nak ucapkan satu perkataan: Tahniah! Sebab berjaya lalui dan berkongsi satu malam yang amatlah ngetop bestnya. Tak cukup dengan kata-kata. sapa yang sengaja tak pi, memang rugi besar. Manakal bagi yang punyai urusan, kekangan dan alasan yang Allah Taala saja yang tau, memang ceq tak dapek nak nolong eh.
Bersyukur sangat aku dengan majlis yang berjalan dengan cemerlang walaupun ter'pause' sekejap dek kerana adik Chong Wei beraksi menentang Lin Dan. Tok-tok guru dan para asatiz pun makan sambil ngadap tv. Nak ngabokan betapa Chong Wei tu punyai peminat yang berlatarkan pelbagai.
Ok. Berbalik kepada topik. Ucapan terima kasih juga buat saudara2 yang sudi meluangkan masa, tenaga dan wang ringgit untuk majlis semalam. Dalam kepelbagaian ragam dan latar keluarga serta kerjaya sesama kita, akan tetap ada satu persamaan yang tidak boleh kita nafikan, pernah berkongsi satu daerah ilmu yang sama; Idrisiah. Al-Faatihah buat para guru dan asatiz/asatizah yang telah pergi bertemu Ilahi. Dan doa sejahtera buat mereka yang masih hidup. Moga Allah SWT menguatkan kesatuan hati dan eratkan silaturrahim yang sedia terjalin ini.
Terima kasih... terima kasih.. terima kasih...
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh hamba menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita bertemu lagi.


