Pages

Solat Time

Thursday, April 26, 2012

Aku dan bisnes umrah 2

Assalamualaikum..

Sambungan..

Ketika jam hampir masuk pukul 6.50 lewat petang, si taukeh ni tadi membuka sesi pertanyaan dan mengajak para mutowwif veteran yang tak salah aku ada dalam 5 orang untuk berkongsi pengalaman dan pendapat bersama pihak pengurusan dan skuad pelapis. 

Apabila diajukan seorang demi seorang oleh si taukeh dengan mengajak untuk memberikan komen, boleh kata 3 mutowwif veteran yang tidak mahu memberikan komen. Sekadar menyatakan tiada masalah dan mutowwif Malaysia kena banyak belajar dengan mutowwif Indonesia. Dalam hati aku memang berbulu sebab depa-depa ni so called ustaz boleh berpura-pura depan tuakeh. Sedangkan banyak yang bising. Itu tak kena, ini tak kena. Sekadar bising di belakang. Aku pulak bukannya manusia yang macam tu. Cantiklah. Inilah masanya untuk aku memberikan pendapat dan berkongsi sejujurnya pengalaman yang ada padaku buat mutowwif pelapis.  

Sampai sahaja giliran aku, soalan yang sama diajukan, aku pun terus bagi salam dan mengajukan 4 soalan; Yang pertama: pegawai kebajikan Andalusia di Mekah/Madianah hanya bertugas di sampai pukul 11 malam sahaja kah (ikut jadual yang terpampang di dalam pejabat)? Sekiranya ya, siapa yang patut bawa jemaah ke hospital sekiranya ada yang sakit pukul 3 pagi? Jawapan yang diberikan oleh taukeh: Mutowwif. Ok, fine. Aku pun ceritakan pengalaman aku yang sudah lalui kes macam tu. Ada jemaah sakit dada tak boleh bernafas pukul 3 pagi. Aku yang bawakan ke hospital. Dan aku kongsikan pengalaman bagaimana berurusan di hospital di Saudi. Menyakitkan hati..! Kalau tak aku kenangkan hospital tu dalam Tanah Haram, mau dah aku tinju sampai pecah muka doktor sama misi kat dalam hospital tuh.

Hospital King Faisal


Soalan kedua: Siapakah yang bertanggungjawab untuk berurusan dengan pihak Saudi Airlines untuk mendapatkan flight boarding pass untuk pulang ke tanahair? Jawapan yang diberi: Petugas di Makkah/Madinah. Dan yang terbaru; tanggungjawab petugas Makkah/Madinah bersama mutowwif.


Baik. Aku pun ceritakan pengalaman aku masa nak dapatkan boarding pass baru-baru ni. Tidak ada mana-mana pegawai pun yang nak membantu aku untuk pergi bersama-sama ke pejabat Saudi Airlines. Tapi aku tak kisah sebab aku boleh belajar. Cumanya, nak mintak tolong bagi panduan daripada pengurusan untuk membantu. 

Terus sahaja taukeh ni potong cakap aku dan kata jangan salahkan pihak pengurusan. Itu tanggungjawab mutowwif untuk selesaikan perkara yang tertangguh. Mutowwif kena bijak menilai dan membuat keputusan. Dan aku pun bagitau lah yang aku selesai uruskan semua boarding pass tanpa masalah. Cumanya, aku minta untuk lebih prihatin terhadap bidang tugas masing-masing di masa hadapan. Lagi sekali si taukeh ni potong cakap aku dan tekankan supaya jangan salahkan pengurusan. Aku dah mula hangin balik sebab masa dia bercakap, sapa pun tak potong cakap. Mai turn aku, dia nak cakap lagi. 

bersambung..

Wednesday, April 25, 2012

Aku dan bisnes umrah

Assalamualaikum..

Ape kabo semua? Harap2 ada la orang jengah blog yang makin bersawang nih.. Muahahahaha... baru ada kesempatan menulih dan mengemaskini blog kita yang makin malap. Dah lama tak menulih, rasa makin berat jari nak mengetuk kibot menganyam kata-kata untuk dipersembahkan menjadi ceritera buat  tatapan semua.

Semua rasanya maklum yang aku sekarang ni dah kurang bergiat secara aktif di alam siber kecuali mengemaskini akaun FB aku. Tu pun tiada cerita menarik yang aku paparkan dalam FB aku tu. Sekadar gambar dan status yag merepak sepanjang aku mengerjakan umrah bersama satu syarikat ni.

Tadi petang membawa ke senja, aku dipanggil oleh taukey syarikat bisnes umrah/ziarah yang membayar aku untuk menjadi mutowwif untuk syarikatnya. Aku dapat panggilan telefon pukul 2.30 petang oleh pihak syarikat dan diminta untuk mengadap taukey (katanya nak jumpa aku) pada pukul 5 petang hari yang sama. Kebetulan pulak aku memang dah ada janji di Tesco Ampang dengan salah seorang mantan jemaahku yang ajak berbincang perihal bisnes kecil-kecilan. Perjumpaan aku dengan mantan jemaahku tak perlulah aku highlightkan di sini. Cukup sekadar aku katakan, usai perjumpaan tepat jam pukul 4.50 petang yang kebetulan cuaca mula hujan. 

Sesudah perjumpaan ditangguhkan, aku menelefon syarikat umrah/ziarah yang terletak di jalan belakang yang berhampiran dengan Tesco Ampang, untuk memaklumkan bahawa aku akan lewat memandangkan cuaca hujan dan aku baru sahaja baik daripada serangan asma. Khuatir kiranya aku meredah hujan, penyakit asma aku menyerang kembali. 

Kurang lebih setengah jam, hujan mulai reda dan aku mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan ke pejabat syarikat umrah tersebut. Sesampai sahaja aku di sana, aku langsung menaiki tingkat 3 bangunan syarikat tersebut setelah aku intai dari luar, taukey tiada di dalam bilik pejabatnya di aras bawah. Pasti ada di tingkat 3 kerana aku terdengar suaranya sayup2 menerusi pembesar suara yang sedang memberikan taklimat kepada pelapis mutowwif muda fasa 2. 

tak 'ahmad'kah muka nih?

Semua mata tertumpu ke arahku semasa aku masuk ke dalam bilik kuliah di aras 3. Aku terus ke satu sudut di penjuru bilik kuliah untuk merebahkan punggungku yang lembab dek kerana terkena hujan semasa menunggang motorsikal tadi. Setelah beberapa ketika mendengan komen dan aduan jemaah daripada mulut taukeh tentang prestasi keseluruhan mutowwif Malaysia, aku dipanggil untuk berdiri di hadapan khalayak. 

Aku terus melangkah ke haapan dan berdiri mengadap di hadapan semua orang. Disebelah aku ada sorang lagi kenalan mutowwif. Berpakaian lengkap berkepiah dan berjubah, manakal aku berseluar poket banyak dan berT-shirt lengan pendek. Kemudian taukeh bertanya kepada khalayak: "Siapa yang akan tuan-tuan pilih untuk menjadi mutowwif tuan-tuan?" Kalau saya, sudah tentu saya tidak akan memilih di sebelah kanan (terus menumpahkan pandanganya terhadap aku), tambahnya lagi. Tersentak aku. Diperlakukan selaku contoh mutowwif aka pembimbing agama aka ustaz yang tidak berdisiplin dalam etika berpakaian. Terus ringan mulut aku menjawab: "Buat apa pakai pakaian yang membuatkan kita berpura-pura di depan manusia? Pahala pun x dapat".

Apalagi, menyingalah si taukeh. Selama ini tiada seorang pun berani membantah cakapnya. Terus taukeh ni cakap kata etika berpakaian penting dan tidak boleh dipermain-mainkan. Kalau tak boleh ikut kehendak syarikat, boleh cuba cari makan dengan syarikat lain. 

Pergh!!!! Menyirap (bukan bancuh sirap tau) darah aku!!!  Nak ja rasanya aku maki dan belah dari situ kejap-kejap tu jugak. Tapi aku khuatir kalau perbuatan aku tu sebenarnya menurut bisikan syaitan. Aku tahankan lagi telinga mendengar bebelan si taukeh nih. "AsSobru jameel" kata Allah Azza wa Jalla.

bukanlah aku sengkek sangat tidak berjubah

Aku bertanya dalam hati, kenapa aku mesti berpakaian jubah siap berkupiah kalau datangnya aku dipanggil tanpa memberitahu akan ada taklimat khas untuk para mutowwif fasa 2 bersama mutowwif veteran macam aku nih. Kemudian pulak, bukannya waktu pejabat pun. Pakaian aku memang santai habis la. Dia siapa sampai aku mesti balik rumah tukar pakaian bila nak masuk mengadap? Bukannya aku ni staf dia. Kalau aku ni dikira pekerja, mana caruman KWSP aku? Mana Socso aku? Nak aku buat report kat KWSP? Kang kata aku penaya syarikat melayu pulak....

Don't judge the book by its cover. Sunnah itu bukan sekadar di kupiah waimma di jubah. So, tolonglah lepas ni kita buka minda dan fikiran kita. Kalau di Saudi, perogol pun pakai jubah. Tidaklah aku berniat mencerca jubah kerana ianya sunnah dan pakaian Rasul SAW yang tercinta. Tetapi aku kasihan perilaku dan pemikiran jumud yang tak terbuka mindanya walaupun dah berjalan serata dunia tapi tahap pemikirannya macam budak umur 5 tahun. 

Nanti akan ada lagi rentetan cerita nih.. kia sambung lain masa. Wassalam....


Tuesday, March 27, 2012

Umrah dan kenangan

Assalamualaikum..

Apa khabar sahabat2 ku sekalian? Sorilah sebab dah lama tak kemaskini blog kita nih. Aku rasa ramai yang dah lari. Silap haribulan aku sorang ja yang dok menulih dalam blog ni. Muahahahaha..

Ni barulah ada kesempatan nak mengemaskini blog ni. Aku baru menjejakkan kaki ke tanahair lewat petang semalam. Sahabat kita, si Jamil yang tolong pikap aku di KLIA. 

TERUJA!!! Ni lah perkataan yang boleh aku kongsikan bersama kalau pemahaman maksud kita sama. Banyak pengalaman yang tak bleh nak aku ungkapkan dengan perkataan.


Kiranya ni aku baru balik kali ke2 unrah untuk tahun ni. insyaAllah kali ke3 akan menyusul 2hb April ni. sapa nak join aku? Jom pi umrah. Jemputan tu terbuka untuk mereka yag ada lebihan dana dan punya ruangan masa. Kalau takdak, toksah la pi lagi. 

Eskrem Makkah is a must. 
Sapa x pekena, toksah cakap kata pernah pi Makkah.

Umrah ni bagus untuk mereka yang dah pergi dan belum pergi haji. Buat yang belum pergi, nak dapatkan feel haji, boleh la try seraon. Nak dapat feel, kata orang. Yang dah pernah pergi, eloklah pi refresh dan lepaskan rindu menatap Ka'abah.

tok imam Masjidil Haram. Soalan; sapa nama dia?

Serius aku katakan, makin kerap aku pergi ke Makkah menatap Ka'abah, makin rindu aku padanya. Sesungguhnya bukanlah rekabentuk mahupun kiswahnya yang membuatkan rindu bertandang di hati ini. Akan tetapi seakan ada kuasa yang tidak terlihat, cuma sentiasa  terasa meruntun hati dan jiwa ini untuk menatapnya.


Pada Ka'abah itu 120 barakah. 60 untuk yang bertawaf, 40 untuk yang bersolat padanya, manakala 20 pada yang menatapnya.

Makan nasi Mandy kat Makkah pun lain macam beb, rasanya. Tak sama dengan apa yang ada di Msia nih. Tu blom cerita makan roti dengan daging unta. Pergh....! Beyond imagination...

Mandy Lahm, Mat'am Hadra Mawt, Azizieh, Makkah

'Ala kulli hal, aku doakan semoga kawan-kawan semua beroleh kesejahteraan yang berpanjangan dan dimurahkan rezeki untuk memijak dan menatap bumi al-Haramain. 

Ni baru intro, nanti aku akan susun kisah perjalanan aku semasa di bumi Haramain, insyaAllah.

Friday, February 10, 2012

Maulidur Rasul

Assalamualaikum..

Selamat Menyambut Maulidur Rasul. Moga kecintaan kita kepada Rasulullah SAW makin bertambah saban tahun. Ka ada di antara kita yang sambut Thaipusam? Toksah dok sambut la.. Rosak akidah. Tapi kalau ikut akidah 1Malaysia, boleh ja sambut.

Dah lama tak menulis.. entah la sama ada blog ni ada pembaca ka tidak. Aku cuba tulis walaupun tiada orang yang nak baca. Muahahahahha..

InsyaAllah, 19hb ni kalau tiada aral, aku akan pergi mengerjakan umrah. Dalam awal bulan Januari yang lalu, aku ikuti kursus jadi Mutowwif (orang yang berpusing-pusing aka kepala bawak orang buat kerjakan umrah). Aku attach dengan syarikat Andalusia Travel Sdn Bhd. Jadi depa punya mutowwif freelance tapi tak free. Sebab depa bayar. Muahahahaha..


So, lepas ni sapa2 yang nak pi buat umrah, bleh la kontek aku untuk adjust tarikh nak pi bila dengan Andalusia Travel. Cumanya, insyaAllah kalau tadak aral, ada rezqi aku nanti, memang aku nak bukak satu travel agency sendri. Cumanya skang ni tengah dok cari maklumat, dana dan pengalaman. Dah cukup (bila dirasakan cukup, sebab kalau nak cukup bebetul memang takkan cukup), baru aku beranikan diri untuk bukak sendri punye. Doa-doakan lah...

ni antara tempat hotspot utk berdoa

Sebut pasal Maulidur Rasul, tak sabar rasanya nak pergi jejak kaki semula di perkampungan nabi SAW. Rindu seh.. Sapa yang dah pernah pergi, kalau tak rindu, memang dia ada masalah la tuh. Sapa yang belum pergi, mungkin tak dapat rasanya nikmat menziarahi rasul dan para sahabat yang selama ni kita dok baca dan dengar melalui buku dan mulut para ustaz dan alim-ulama'.


Aku sarankan, sapa yang ada duit lebih tu, cepat2kanlah pergi buat haji dahulu. Tapi kalau ada lebihan yang lebih, nak buat umrah dulu sebagai persiapan untuk haji, lagi2 la digalakkan. Tak kisah la pergi ngan mana-mana agensi. Asalkan mau pegi...

di balik pintu emas ni lah letaknya maqam Rasulullah SAW, Abu Bakar RA dan Umar RA.

So, banyak2kanlah berdoa dengan Allah Azza wa Jalla moga dimurahkan rezeki dan dilapangkan masa serta dianugerahkan kesihatan tubuh-badan untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Haramain.

Sebelum aku sudahi tulisan kali ni, doakan aku selamat pergi dan kembali, amin...

Wallahu A'lam....

Wednesday, January 18, 2012

Pergh..!

Assalamualaikum..

Semoga ceria selalu hendaknya.

Buat kawan-kawan semua, sepuluh jari aku susun tanda memohon kemaafan daripada kalian. Sebagai moderator blog ini, aku dah makin kurang peruntukan masa untuk mengadap komputer dan mengemaskini blog kita ni.

Tugasan baru aku memaksa aku lebih banyak meluangkan masa di dunia nyata berbanding dunia siber.

Kini aku tidak lagi mampu mengemaskini blog ini seperti dahulu.

Kalau ada sebarang cadangan, pohon untuk dikongsi bersama.

Sekian dahulu dari aku.. Nanti kita berceloteh lagi.

Friday, December 30, 2011

Template surat

Assalamualaikum..

Semoga ceria selalu. Apa macam dengan persiapan sekolah anak2? Aku dah setel. Cuma menunggu hari bukak sekolah ja.

Dikesempatan ini, saja aku nak kongsi dengan para suami yang tengah dok gatai nak tambah kuota dan sedang mencari template surat. Bolehlah digunakan sebagai rujukan.

Aku dapat ni dari blog orang. So, kira plagiat jugak la. Nasihat aku, jangan pakai untuk kerja akademik. Nanti kantoi, susah.

Selamat mencuba!


Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.

Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.

31 Disember 2011

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sebab utama permohonan ini dilakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah diperuntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah diisi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat dipenuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik @#%@#^^!@ yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan diisi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan diperkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini dibalas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk lakukannya.

7. Saya harap pihak puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyuman puan sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan dilaksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.

“BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA”

Yang Ikhlas Memohon,

Suami bin Lelaki

Wednesday, December 21, 2011

Penghujungnya hampir tiba...

Assalamualaikum..

Selamat di dalam apa jua pekerjaan yang tuan/puan sedang kerjakan. Selamat dan bergembiralah dengan cuti yang semakin tiba ke penghujungnya. Selamat menjamu selera buah-buahan tempatan yang sedang masak ranum.

Aku masih juga tidak berkesempatan untuk pulang bercuti ke kampung di tengah musim buah-buahan ni. Almaklumlah, gara-gara anak aku suatu ketika pernah dimasukkan ke hospital disebabkan serangan radang paru-paru yang mengakibatkan biniku punya cuti tahunan habis lebur. Tapi aku tak kisah sebabnya aku percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Cuma kita kena pandai membaca di antara garisan.

Dalam musim cuti yang kian ke penghujungnya, banyak sekali peristiwa yang telah dan sedang berlaku. Di antaranya ialah bot karam, banjir yang melanda negeri Terengganu, Pahang dan sekarang di Johor. Didoakan semoga para mangsa banjir selamat dan cepat dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing. Adalah menjadi suatu kepayahan dalam menjalani kehidupan seharian apabila terkandas dan terpaksa menginap di pusat perlindungan buat sementara waktu. Ada juga di antara mangsa yang bukan sahaja kehilangan harta-benda malahan nyawa.

Rata-rata para mangsa terdiri daripada golongan yang berpendapatan rendah. Manakan kerugian dek kerana harta-benda rosak keran bencana, urusan persediaan anak-anak untuk memulakan sesi persekolahan yang bakal muncul tidak lama lagi juga perlu diberikan perhatian. Moga Allah Taala memberikan kekuatan kepada mangsa-mangsa.

Cuma harus kita ingati selalu, setitis derita melanda, segunung kurniaanNya insyaallah pasti datang buat mereka yang tidak mengeluh dan berlapang dada dengan setiap ujian dan cabaran yang mendatang dari Ilahi. Langit tak selalu cerah, kelam malam tak berbintang, itulah lukisan alam, begitu aturan tuhan. Hasbunallah wa nikmat wakeel.