Pages

Solat Time

Wednesday, April 27, 2011

Takziah..

Assalamualaikum..

Takziah diucapkan buat keluarga Mudir MIBCKK; arwah al-Fadhil Ustaz Kamaruddin, ayahnda kepada sahabat kita sdr. Lokman Razi yang telah pergi menyahut seruan Ilahi petang semalam. 

Berita melalui SMS yang ku terima pada pukul 5.30pm semalam daripada Lokman yang mengesahkan bapanya meninggal dunia tepat jam 4.20 petang di Hospital Taiping, khabarnya akibat terkena jangkitan kuman kencing tikus. 

Upacara pengkebumian jenazah dijadualkan pada pukul 11 pagi hari ini di Maqam al-Ghufran, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Kullu Nafsin Zaaiqatul Maut - Setiap yang bernyawa pastikan mati. Innalillahi Wa Inna Ilaihi Raaji'un. 

Aku tumpang sedih dan simpati buat keluarga Lokman Razi dan seluruh warga MIBCKK. Sama-sama kita doakan semoga roh arwah ditempatkan di dalam golongan yang diberkati dan diredhaiNya.

Sepuluh jariku susun tanda mohon kemaafan kerana tidak dapat menghadiri upacara pengkebumian dek kerana isteri sarat mengandung. Semoga Lokman sekeluarga tabah menghadapi suratan kehidupan.

Al-Faatihah.

Monday, April 18, 2011

Mudir MIBCKK

Assalamualaikum..

Buat semua warga yang masih sudi jenguk2 blog ni, terima kasih tidak terhingga diucapkan. JazakumulLahu Khairal Jazaa'. Tahniah aku ucapkan sebab masih ada ruang dan peluang buat mereka yang nak tau apa maklumat terkini. 

Alhamdulillah, sahabat kita sdr Ahmad Suzaini yang aku temui Sabtu malam sudah tenang dan damai jiwanya walaupun ada sedikit terpancar riak kesedihan kerana kehilangan orang tersayang. Apa2 pun, syabas dan tahniah buat sdr Ahmad aka Abe Mart kerana gagah menghadapi dugaan yang maha berat. Tabahkan dirimu. Nescaya Allah SWT membalas dengan ganjaran yang tidak ternilai. Moga hatimu cekal selalu.

Terkini:

Mudir MIBCKK alFadhil Ustzz Kamaruddin yang juga ayahnda kepada Lokman Razi sedang kritikal dan ditempat di wad ICU. Mengikut SMS yang aku dapat daripada Lokman pagi ni, ayahnya suspek kena jangkitan kuman kencing tikus. Sama-sama kita doakan semoga Allah SWT memberi yang terbaik buat Lokman sekeluarga juga buat warga MIBCKK.

Sejak akhir-akhir ni, ramai yang kita kenali telah pergi menyambut seruan Ilahi. Antaranya yang kita ketahui dan ada juga yang tidak kita ketahui. Banyak2kan lah bertanya khabar buat mereka yang masih hidup. Dan banyak2kanlah bersedekah amal pahala buat mereka yang telah tiada.

Peristiwa ataupun kejadian yang berlaku, sama ada kita suka atau tidak, sebenarnya itulah yang terbaik buat kita (kalau kita bersyukur dan memahami maksud mengapa ianya terjadi ke atas kita: mengambil iktibar).

Selamat beribadat!

Monday, April 4, 2011

Belasungkawa

Assalamualaikum..

Kemaskini

Takziah lagi sekali buat sdr Ahmad Suzaini yang sekali lagi kehilangan orang tersayang. Selang seminggu. Besar sungguh ujianMu ya Allah buat sahabatku ini. Pohon berikanlah kekuatan buat mereka. Ayahndanya telah pergi menyahut seruan Ilahi tanggal 11 April baru-baru ni. Aku mintak maaf sebab tak dapat nak hadirkan diri semasa pengkebumian ayah cik Mart. Masa untuk kemaskinikan blog ni pun curi-curi memandangkan tak menang tangan kerja yang menimbun.

Jam 10.15 Isnin malam tu, aku terima mesej daripada seorang lagi sahabat kita; sdr Jamil Fahmi yang memberitahu ayahnda Mart Suzaini telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 9.30 malam tersebut.

Tiada kata dapat aku nukilkan buat meredakan hati yang sedang gundah-gulana. Cuma doa dan harapan semoga emosi dan iman buat teman yang sedang dirudung kesedihan ini akan senantiasa tabah dan gagah menempuh mehnah dan ujian kehidupan.

Tua pun gugur, muda pun gugur. Cuma masa dan pengetahuannya sahaja milik serta dalam genggaman Allah Azza wa Jalla. Sama-sama kita berdoa agar kedua-dua ibubapa sahabat kita ditempatkan di dalam golongan yang diredhai.

Apa yang tidak kita suka berlaku ke atas diri kita, boleh jadi itu yang terbaik buat kita.

Terima kasih tidak terhingga buat kawan-kawan yang sudi meluangkan masa berSMS, menalifon malah ada yang sanggup untuk pergi menziarahi Mart sekeluarga. Ini waktu yang amat penting untuk kita meluangkan masa dan bertanyakan khabar sahabat yang sedang diuji Allah supaya dia tahu bahawa ramai kawan-kawan yang ambil berat tentang nasib dan takdir yang menimpa.

Posting asal

Buat sahabat kita, sdr Ahmad Suzaini bin Hashim, Azakallah diucapkan buat mike sekeluarga. Al-Faatihah.

Tanggal 3 April merupakan tarikh yang suram dan hiba buat seisi keluarganya. Pemergian bondanya Pn Zainon binti Mohd Zain yang tersayang yang telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir ke rumahnya lewat jam 1.45 pagi. Doa kami semua semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan yang diredhaiNya.

sementara menunggu jenazah selesai dimandikan

samsul & asri

tatapan terakhir

keranda dibawa masuk

bersiap

al-Faatihah

Aku terkejut bila terima mesej seawal pukul 2.18 pagi (baru sampai rumah balik daripada mesyuarat) daripada Mat Suzaini akan perkhabaran yang menyedihkan. Aku sempat kirimkan mesej kepada kawan-kawan yang terlintas di kepala. Tekad aku kalau tiada siapa yang ada kelapangan masa untuk pergi ke Ipoh, akanku ke sana berseorangan. Alhamdulillah, Saiful Asri bertanyakan aku sama ada nak ke Ipoh atau tidak. aku jawab: "Ya!". Dia setuju pick-up aku di rumah pukul 5 pagi. Pukul 5.56 pagi, aku dan Saiful Asri bergerak keluar meninggalkan ibukota untuk bergegas ke Ipoh menghadiri upacara pengkebumian.

Perjalanan lancar sepanjang lebuhraya. Almaklumkah pagi Ahad. Masih ramai warga Malaysia yang tidur, agaknya. Singgah solat subuh di R&R Rawang. Kami teruskan perjalanan tanpa henti. Sampai di Kg Dato Ahmad Said Tambahan 1, tepat jam 8.16 pagi. Orang ramai sudah memenuhi perkarangan rumah. Bacaan tahlil dimulakan pukul 8.30 pagi semenSolat jenazah selesai jam 11.30pagi dan jenazah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Gurab, yang teletak bersebelahan dengan sekolah cina, Jalan Kuala Kangsar, Ipoh.

perjalanan baru bermula

siap memasuki kenderaan

ke tempat rehat yang terakhir 

sesi talqin bermula

talqin dibaca buat peringatan yang hidup

cikgu Kamaruddin

anak murid & guru

Antara yang hadir di kalangan mantan warga dan warga Idrisiah ialah; Samsul bin Shuib, Kamaruddin Adam, cikgu Abd Rahman Najib, Cikgu Kamaruddin Wok ( ni mesti ada sebab mak mertuanya), aku dan Saiful Asri.

Aku harap Ahmad sekeluarga tabah dalam menghadapi ujian terbesar di dalam hidupnya. Mana tidaknya, ayahnya masih koma terlantar di Hospital Ipoh. Ditakdirkan dia tersedar dari koma dan bertanyakan perihal isterinya, agak2 lah kalau kita sebagai anak, macam mana nak sampaikan? Che tetuan/puan bagitau.

Thursday, March 31, 2011

Santapan rohani

Assalamualaikum..

Seperti mana  maraknya api membakar ranting dan dedaunan kering. Begitulah rakusnya nafsu sekira dibiarkan tanpa diubati. Dunia hari ini lebih mementingkan jasmani daripada rohani. Kita bersantap santapan seperti madghut, briyani, Milo ais dan lain-lain setiap hari. Demi kelangsungan hidup dan tenaga diri, kita makan. Tetapi kita kurang memberikan diri kita santapan rohani. 

Apa itu santapan rohani?

Semua sedia maklum bahawa rohani kita memerlukan santapan yang secukupnya. Yakni amal ibadah, sedekah, berakhlak mulia dan menentang kezaliman. Definisinya cukup luas. Cuma yang aku nak sentuh di sini ialah bersedekah. Berapakah daripada gaji bulanan yang kita dapat yang diperuntukkan untuk bersedekah? Baru-baru ni aku berbicara dengan seorang kontraktor berbangsa cina. Namanya Alex. Dia seorang penganut Buddha. Dia selalu bertanyakan tentang Islam dari pelbagai perspektif. Katanya minta pencerahan dan pemahaman.


Dia kagum dengan muslim yang rata-ratanya berbangsa Melayu. Katanya: "Saya tengok orang Islam bila ditimpa bencana dan kesusahan, masih mampu tersenyum. Kenapa ya?" Dengan ilmu yang sekelumit cuma, aku menjawab: "Kerana seorang muslim itu dididik untuk bersabar dan berlapang dada dengan segala mehnah dan tribulasi kehidupan. Islam mengajar umatnya supaya sabar dan redha. Tiada jalan singkat untuk kecapi kesenangan. Sedangkan Rasulullah SAW pun diberikan ujian yang berat-berat walaupun baginda kekasih Allah SWT. Apatah lagi kita sebagai manusia biasa yang penuh dengan cacat-cela."


"Kenapa Allah uji orang Islam dengan ujian? Bukankah lebih baik jika diberikan kesenangan semasa hidup demi membuktikan bahawa muslim itu adalah yang terpilih di sisi Allah? soalnya lagi. Aku jawab: "Kehidupan kita di dunia ini hanya sementara. Awak nak senang sementara atau selama-lamanya? Sudah tentulah nak yang selama-lamanya kan? Kehidupan itu tidak terhenti dengan kematian. Bahkan kematian itu tanda permulaan yang baru.

Kehidupan baru di alam roh itu tidak seperti mana yang kamu paham seperti kelahiran semula. Di alam itulah segala-galanya. Bak kata Maximus Decimus Meridus di dalam kisah Gladiator: "What you do in life echoes in eternity". Susah di dunia tidak bermakna kita susah di akhirat. Dengan kita berlapang dada dan sabar dengan ujian yang datang, Allah akan beri ganjaran di akhirat kelak kerana redha dengan ujianNya. Allah juga tidak perlukan bukti yang menunjukkan Dia Maha Hebat. Kita manusia lah yang perlukan bukti untuk percaya kepada sesuatu perkara. Bukti bukan sekadar dengan melihat. Seperti aroma kentut. Wujud tanda adanya kentut melalui deria bau. Boleh kita tunjukkan rupa bentuk kentut tu? Of course lah tak boleh. Tapi kita tau ada seseorang yang melepaskan gas berbau durjana yang berdekatan dengan kita." Alex tersenyum mendengar jawapan aku. Aku harap dia paham maksud jawapan aku tu. Mohon Allah SWT memberikan hidayah kepadanya. 

Alex bercerita perihal abangnya yang kuat berpegang kepada agama Kristian. Setiap bulan akan diperuntukkan sebanyak 10% daripada hasil pendapatannya kepada gereja. Dan ramai di kalangan rakan-rakan abangnya berbuat demikian. Membuatkan gereja mereka punyai dana yang cukup besar untuk kerja-kerja dakyah. Gereja mampu memberi makanan, tempat berteduh dan bantuan percuma kepada orang susah dan miskin. Terpukul aku dengan cerita tersebut. Terpukul kerana Islam itu hebat, tetapi sebagai seorang muslim yang percaya bahawa Islam adalah satu-satunya agama di sisi Allah SWT tidak mampu berbuat seperti abangnya Alex.


Justeru, aku berjanji dengan diriku sendiri untuk memperuntukkan sebahagian daripada perolehan yang aku dapat setiap bulan, didermakan kepada mereka yang berhajat. Aku mengajak semua sahabat untuk sama-sama berfikir dan merenung sejenak, apakah sumbangan kita kepada agama? Mampu dan mahukah kita berkongsi rezeki yang diberikan kepada kita bersama orang lain?


Jom kita banyak-banyakkan bersedekah selain daripada senyuman (ni dikira juga sebagai sedekah). Sila lawati http://darulmulkan.blogspot.com sekiranya tuan/puan punyai lebihan untuk bersedekah.





Monday, March 28, 2011

Berita semasa

Assalamualaikum..

Maklumat terkini:

  1. Ayah sdr. Ahmad Suzaini sudah stabil dan dalam keadaan separa sedar. Insyaallah dalam minggu ni, kalau tubuhnya semakin kaut, doktor akan menebuk lubang di bahagian tekak untuk melancarkan laluan udara dan membuang kahak serta lendir yang berada di dalam saluran pernafasan. Manakala bondanya masih lagi tidak sihat seperti biasa. 
  2. Ayah sdr. Saiful Yusrin juga semakin sihat. Selepas menerima rawatan dan membuang kanser limfoma di bahagian tengkuk, keadaannya semakin memberangsangkan. Sama-sama kita doakan semoga cepat sembuh.
  3. Sdr. kita al-Fadhil Ustaz Fariz Jalaluddin, sedang sibuk berpindah ke rumah baru yang lebih selesa dan besar. Rumah baru sdr kita tu terletak di dalam Taman Matang Utama, Jalan Kuala Sepetang. Moga Allah SWT memberikan lebih kebahagiaan dan dimurahkan lagi rezekinya. Tahniah dan selamat menduduki rumah baru.
  4. Tahniah juga buat para guru yang bersusah-payah mendidik anak-anak murid sehingga berjaya melahirkan pelajar yang cemerlang di dalam keputusan SPM yang diumumkan baru-baru ini. Tak lupa juga kepada para guru yang mengajar di peringkat sekolah rendah. Kalau bukan kerana jasa para guru peringkat sekolah rendah yang mendidik perkara asas, nescaya tiadalah pelajar peringkat menengah yang cemerlang. 
Walaupun tsunami dan gempa bumi yang datang melanda, kita tetap dengan kesibukan tugasan harian kita. Laksanakan tugasan kita dengan penuh amanah, berhemah, ikhlas dan yang pentingnya; lillahi Taala. Bukan sebab gaji aa..!

Thursday, March 24, 2011

Bencana

Assalamualaikum..

Hidup ni kalau tak kena bencana memang boleh membuatkan kita lupa akan siapa Sang Pencipta. Sebab dalam diri kita ada nafsu. Kisah proses Allah Sang Pencipta menjadikan nafsu sebelum ianya dimasukkan ke dalam jiwa manusia ni ramai yang dah tahu. Betapa sombongnya nafsu. So, kita boleh letak hukum: barang siapa yang sombong dan bongkak, maka dia itu tergolong di dalam kumpulan yang mengikut hawa-nafsu. Tambah pulak adanya bisikan syaitan yang tak pernah lupa dan culas dalam kerja jahatnya merosakkan manusia. Calang-calang makhluk yang gagah boleh berdepan dengan dua dugaan besar ni. 

Walaupun kita sebagai manusia, diberikan kelebihan akal dan fikiran serta darjat Khalifah (yang ditolak habis segala mahkluk termasuk gunung-ganang sebab tak mampu), ramai dewasa ini tewas kepada dua bujukan halus dugaan tersebut.

Pasai apa Allah Taala cipta dan benarkan dua ujian ni ke atas kita? Cuba kita pikir dan kaji. Ada jawapan? Sila komen.

agak2 sempat lari tak kalau lari macam diligan antu Kak Limah?

benda 'baharu' musnah jua akhirnya

lepas ni byk kreta & kapai terbang 'recon' mai Msia

aftermath

Gambar di atas tu berlaku di Jepun baru-baru ni. Sedih bilamana ramai yang jadi mangsa. Ada hikmah di sebalik setiap peristiwa. Yang dikatakan bala Allah SWT ni, dia pukul habis satu negeri. Baik ka, tak baik ka, Yakuza ka, Naruto ka, Orochimaru ka, habis semua. Kena banyak-banyak tingkat amal ibadat serta buat amar ma'ruf, nahi mungkar. Setakat ibadat saja tak jadi kawan-kawan. 

Adakah kita didera dengan bencana supaya kita kembali kepada fitrah yang sudah lama ditinggalkan? Ada jawapan? Sila komen.

Di Malaysia, kita juga sedang berdepan bencana. Bencana BN. Dah lama dah. Cumanya mutakhir ini semakin teruk bencana yang datang menimpa. Kita dipaksa berdepan dengan soalan anak2 seperti: apa itu lubang dubur Sepul, DNA lelaki Y, Altantuya, C4, 1st Lady Malaysia, skandal seks dan yang terbaru; Datuk T (trio Three Stooges versi Malaya). Apa konklusi? Senang ja abg Zunar terjemah:

sampai maqsud tak?

Rahim Thamby Chik cerita pasal moral? Apa cer...? Semua yang pernah ambil tahu pasal politik dolu-dolu kenal siapa si Thamby tu. 

ni dia gerombolan datuk T

Takut aku nak tengok TV sekarang. Sebab hari-hari ada ja berita pasal 2 lubang ni. Apa moral kita dapat? apa kita kongsi dengan anak-anak kecil kita? Kalau yang dewasa senang nak terangkan. Ada cadangan? Sila komen.

Penyudahnya, lepas tasme' Iqra' anak-anakku yang comel, buat kerja rumah, kami layan main games PS3 dengan hati yang ceria (ni masa kualiti bersama keluarga). Tu dengan anak-anak. Dengan bonda anak-anak.. ehem-ehem.. if you know what i'm sayin'... Muahahahahahah.. 

p/s: Never ever ever ever go and lodge in for a night at Carcossa Sri Negara with your wife, dudes! It might be you next time.. huhuhuhu...





Friday, March 11, 2011

Pemberitahuan!!!

Assalamualaikum..

Terkini...!

Berat hati aku maklumkan bahawa ayahnya sdr Ahmad Suzaini masih berada di dalam keadaan koma. Cumanya, setelah didialisis, menunjukkan sedikit kesan positif. Tetapi masih belum sedar. Ada isu lain pula yang timbul; saluran darah aka uratnya semakin mengecil. Boleh jadi kesan daripada ubat yang telah diberikan oleh para doktor yang bertungkus-lumus menangani situasi ayah sahabat kita.

Dan juga berita perihal ayahnda kepada sahabat kita yang sorang lagi, sdr Saiful Yusrin. Hasil laporan  yang disahkan oleh doktor, ayahnya mengidap kanser limfoma yakni kelenjar. Kesihatan beliau terjejas dek kerana serangan kanser tersebut.

Sama-samalah kita berdoa semoga ayahnda dan bonda kita serta seluruh ahli keluarga diberikan nikmat kesihatan yang berpanjangan. Moga dengan ujian, mehnah serta tribulasi kehidupan merapatkan lagi hubungan sesama manusia dan Sang Pencipta. Di mana ada kesusahan dan ujian, di situ jua ada tersembunyi hikmah dan barakah Allah Azza wa Jalla.

Harapan semoga yang telah, sedang dan akan diuji dengan ujian yang ringan mahupun berat, berlapang dada dan bersyukur di atas segala nikmat yang telah diberikan kepada kita.

Posting asal:

Jumaat datang dan Jumaat pergi. Kita yang masih bernyawa ini, perlu mengisi tabungan ukhrawi dengan zikir, ibadah dan muhasabah diri. Selamat kembali Jumaat yang diberkati. Moga kita ketemu lagi. 

Pemberitahuan buat sahabat-sahabat semua. Semalam aku terima mesej ringkas daripada sdr kita Ahmad Suzaini. Ayahnya sekarang di peringkat yang kritikal. Terlantar di ICU tidak sedarkan diri. akibat daripada keracunan darah kerana kegagalan buah pinggang. 

Kepada sahabat-sahabat yang berada di Bandaraya Ipoh dan sekitarnya, bolehlah menghubungi beliau melalui telefon bimbitnya (nombor dia tak kasi aku siarkan di blog ni). Cik Ahmad memohon maaf kerana semalam dia tak menjawab panggilan kerana sibuk dengan urusan yang perlu dibereskan terlebih dahulu. Dia juga mengucapkan ucapan terima kasih tidak terhingga buat sahabat-sahabat yang sudi menghantar mesej. Pembakar dan menguatkan semangat katanya. 

Maklumat terkini yang aku dapat sehingga pagi tadi, ayahnya masih lagi berada di dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) di Wad 7D, Hospital Besar Ipoh. Mengikut kata doktor yang merawat, harapan ayahnya cik Ahmad yakni Pakcik Hashim ialah 50-50. Sekarang, menggunakan mesin sokongan hayat dan masih koma. 

Dan juga untuk pengetahuan kalian, bonda cik Ahmad sekarang ini terlantar sakit di rumahnya di Kg Dato Ahmad Said Tambahan II, Manjoi, Ipoh. Tak boleh bercakap, tidak boleh menyelenggara dirinya sendiri. Buat masa terdekat ni, sdr Ahmad dan isterinyalah yang membantu mengelola dan menguruskan urusan harian. Sesungguhnya berat hati aku bila menulis posting ni bila memikirkan situasi yang menimpa sdr Timb. Presiden kita. 

Aku harap sesangat kawan-kawan yang ada kesempatan untuk meluangkan masa sama ada menelefon / SMS atau lagi cantiknya pergi ziarah sahabat kita yang sekarang ini amat-amat memerlukan sokongan moral daripada sahabat-sahabat semua.

Marilah kita semua berdoa dan memohon semoga Allah SWT memberikan yang terbaik buat keluarga sdr Ahmad Suzaini dan supaya cik Ahmad sekeluarga tabah menghadapi dugaan dan ujian dari Ilahi. Amin..!