Pages

Solat Time

Tuesday, September 28, 2010

Sekilas pandang

Assalamualaikum..

Saja nak update blog. Dan sementelah si Abu Atief telah bersuara nak melihat koleksi gambar semasa majlis Iftor Jama'ei di rumahnya tempoh hari, terpanggil aku untuk 'update' blog dan 'upload' koleksi gambar yang diambil mengguna NEX-5 aku yang baru. Huhuhuhu.. Skil pukui gambaq aku dah berkarat. Terkial-kial nak 'adjust' serba mak nenek dalam kamera tu.



So, macam mana dengan hari raya kawan2 semua? Ada yang dah dapat balik penyakit lama ka? Abih tu, dok tibai apa yang tuan rumah jamu. Jaga-jaga kesihatan. Sebab dunia hari ni dah banyak dengan bahan kimia dalam makanan. Kita dah tak boleh nak ikut cara hidup orangtua kita semasa membesarkan kita. Dulu, kimianya sedikit. La ni abih selagi boleh nak letak kimia. Pun begitu, cara hidup kita juga dah berubah. Kalau dulu orangtua kita ada berkebun walaupun sekangkang kera. Kita? Ada juga. 'Kebun' cara lain. Kalau berkebun cara lama pun, sekangkang lipas pun belum tentu ada.

Apa-apa pun, selamat menjalani kehidupan selepas raya (ni banyak orang sudah sengkek). almaklumlah. Nak pergi open house, mesti cek dalam beg tangan ada ke tidak angpow. Hehehehe. Jangan gelojoh, buruk lantak dan yang penting sekali; jangan lupa diri dan sentiasa ingatlah Allah Taala. Sesungguhnya sebaik-baik pekerjaan/perbuatan itu adalah dengan bersederhana.

Monday, September 20, 2010

Kullu 'Am wa Antum Bikhair

Assalamualaikum...

Di kesempatan ini aku bagi pihak warga kerja Komuniti87 ingin mengucapkan Selamat Menyambut Eidul Fitri. Maaf Zahir dan Batin buat semua tetamu yang hadir di blog ini. Moga Allah Taala merahmati kita selalu hendaknya, amin.

Jangan makan sampai jatuh sakit. Jangan berbelanja sampai pokai. Jangan beraya sampai lupa Allah Taala. Ada sapa-sapa nak buat open house ka ini tahun?

Sori. Lambat sikit posting ucapan selamat sambut raya ni sebab aku sibuk sebelum dan selepas raya. Skang ni baru ada free untuk masuk dunia siber ni. Mai la rumah aku beraya. Tak payah tunggu rumah terbuka. Kuih raya tak beli dan buat (bini yang buat) pun sikit ja. Kalu lambat, serdak layan macam makan sagon pun sodap.

Wednesday, August 25, 2010

Mari la pergi berbuka bersama Bu Atief

Assalamualaikum..

Besar hati bilamana ada cadangan dan pelawaan untuk berbuka puasa di rumah kawan. Besar lagi hati kawan yang menjemput. Ha.. tunggu apa lagi? Jom kita pakat-pakat pi kutip pahala sorang sikit dan bagi meriah!!! Tapi... Bila? Kat mana? Lauk apa? Teruskan bacaan anda.
  • Bila? : 4 September bersamaan hari Sabtu di rumah Abu Atief (towkey Baraka).
  • Kat mana? : No. 176, Jalan Meru Impian 4, Halaman Meru (Anastoria Home), Bandar Meru Raya, Jelapang, Ipoh.
  • Pukui brapa? : Time bukak posa la bang oi..!
  • Makan apa? : Kambing dan pelbagai juadah bukak posa la ya akhi..!
  • Apa lagi? : Solat Maghrib sama Isyak siap tarawikh oleh sdr. Sohibul Samahah (bakal mufti kita la).
  • Sapa dia? : Ish! budak nih.. banyak tanya aih! Dok tanya-tanya ni, hang nak jadi imam ka?
  • Ok.. ok.. lagi?: Ha, jangan mai tangan kosong. Bawak la sorang sikit juadah untuk berbuka. Kan ka maneh di sisi pandangan masyarakat timur.
  • Sapa yang boleh mai?: Sapa yang hang nak bawak mai? Anak bini cukup la. Mak ayah kalau nak join skali pun, no hal. Tapi tok ketua, tekong marhaban, makcik Lijah tepi rumah, ketua kompang sama tok siak toksah la hangpa gatai2 nak ajak. Kang tak jadi la kita nak buat parti liar bersama kamben di perdupaan.
  • Tema? : Tema apa lagi? Aku tema hidung tu karang! Bukak posa pun nak tema-tema? Okla, temanya: Tubna ilallah, wa raja'na ilallah, wa nadimna 'ala maa fa'alna. Bulih???
Sekali lagi, terima kasihlah buat Bu Atief sebab sudi nak jadi tuan rumah lagi sekali tahun ni. Baik hati punya pasai, kawan-kawan nanti pi bawak la duit lebih sikit, Bu Atief tu orang menega. menega Habbatul Baraka. Boleh la tolong dia cari duit raya. Dia ada anak bini. Tolong eh..?!

Satu lagi, yang aku mintak kawan-kawan bawak mai sorang sikit juadah bukan apa, ni aku kongsi bersama fadhilat bulan Ramadhan ni. Macam dalam hadis ni: Daripada Anas telah berkata: Telah ditanya wahai Rasulullah, apakah sedekah yang lebih afdhal? Sabda nabi SAW yang bermaksud: Sedekah pada bulan Ramadhan- Riwayat imam Tarmizi, Al-Baihaqi, Ibn Jauzi dan Al-Baghawi.

Dan lagi satu: Daripada Zaid bin Khalid Al-Juhni telah berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Sesiapa yang menjamu orang yang berpuasa adalah baginya pahala sebagaimana orang yang berpuasa tanpa kurang sedikitpun daripada pahala orang berpuasa sesuatu, dan sesiapa yang menyiapkan untuk orang yang pergi berperang atau mengalihnya pada ahli keluarganya adalah baginya seperti pahalanya tanpa berkurangan daripada pahalanya sesuatu.- Riwayat imam Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e, Ibn Majah, Ibn Hibban, Ahmad dan Al-Baihaqi. Paham? Tak paham? Kena paham la.

Monday, August 23, 2010

The irony of Ramadhan

Assalamualaikum..

Aku terserempak dengan video ni. Harap kita dapat hayati klip ni. May Allah have mercy on our petty soul.

Wednesday, August 18, 2010

ESQ dan fatwa Mufti

Assalamualaikum..

Aku baru dapat emel daripada seorang sahabat berkenaan fatwa tentang pengharaman ESQ dan ajaran yang sewaktu dengannya. Rasanya dulu aku ada sebut sikit pasai ESQ ni. So, ambik la yang baik, buang yang buruk. Macam mana cara menapis baik-buruk ni? Bukan sekadar niat ikhlas Lillahi Taala ja tuan-tuan dan puan-puan. Ni nak kena guna ilmu dan pengetahuan. Kalau tak tahu, rujuklah pada yang mengaji dan yang arif. Mengaji tapi arif pun tak guna jugak.

Bersama-sama ini, aku selitkan sekali salinan surat dan sebab-musabab yang pada pendapat aku pejabat Mufti dan JAWI dah buat kajian teliti tentang ESQ ni. Aku tak nak komen banyak-banyak, cumanya aku nak tau la sapa di kalangan sahabat semua yang pernah hadiri kursus ESQ ni? Setakat la maklum-balas yang aku terima daripada peserta ESQ ni, banyaknya positif secara luaran dan umum. Bila aku tanya untuk dapat maklumat terperinci, terus saja ajak aku pi join ESQ ni. Masalahnya modai la. Main ribu-ribu. Tu yang tak tahan tu. Kuliah percuma pun banyak yang tak pi. Ada hati nak pi hat berbayar.

Pihak JAWI mengatakan ajaran ESQ ni sesat dan telah diwartakan mengikut surat pekeliling yang telah dikeluarkan oleh jabatan tersebut dan telah di'endorse'kan/disahkan oleh Jabatan Perdana Menteri pada 17 Jun 2010. Manakala, kalau tuan/puan merujuk kepada website ESQ Training: http://esq.com.my/v1/, Sahibul Samahah Datuk Hassan Ahmad, Mufti Pulau Pinang pula berpendapat sebaliknya. Aku salin/tampal (copy/paste) akan kata-kata beliau dalam website tersebut: "Saya telah mengikuti ESQ Training dan saya mendapati pendekatan ini adalah pendekatan yang terbaik dan sesuai pada masa kini. Sebab pendekatan ESQ ini adalah pendekatan berbentuk ilmiah, iaitu berdasarkan daripada ayat Al-Quran, kemudian disepadukan dengan akidah. Walau dipaparkan penemuan astronomi atau ilmu sains dan sebagainya tetapi ia Berjaya dikaitkan dengan keyakinan kepada Allah Yang Maha Pencipta. Bagi saya apa yang dibuat oleh ESQ adalah training terbaik yang pernah saya ikuti."

Jadi, mana satu ni? Sesat ke tidak? Ni bukan isu hak sesapa. Yang ni berkaitan akidah. Kalau kita sebagai muslim dok diam dan ambil jalan selamat macam Pak Jib, tak berkesudahanlah akan kemelut ni. Bukan apa, Islam ni syumul, tapi bilamana ada tangan-tangan dajjal kecil yang nak tokok-tambah dan main tafsir ayat Quran ikut sedap kaki, sedangkan ilmu alat takdak, tu yang jadi carca-marba tu. Abih pecah kesatuan ummah. Kalau ajaran ESQ ni ok, baguslah sebab boleh jadi cabang dakwah yang berkesan. Kalau tak ok, kita punya tugasan untuk sekat ajaran ni daripada menular ke dalam masyarakat. Takkan nak serah kat Abuya Jibtuya, Chua Soi Lek @ Uncle Sammy kot?

Walau apa pun jua, aku nak ajak teman-teman berkongsi pendapat. What say y'all?

Tuesday, August 17, 2010

InsyaAllah..

Assalamualaikum..

Dok dengaq lama dah nama mamat ni. Dok dengaq sora dia dalam IKIM.fm pun kerap. So, dah kebetulan jumpa klip video dia dalam youtube, aku nak kongsi dengan kawan-kawan daripada dok layan orang tak reti bahasa dan buang masa aku.

Selamat menjamu telinga. Ada sen lebih, beli la CD dia ni. At least, bagi dia dana untuk berkarya dengan lebih baik.

Friday, August 13, 2010

Puasa dan amalan yang digalakkan semasa bulan Ramadhan

Assalamualaikum..

Seperti sedia maklum, Ramadhan bulan yang penuh keberkatan kerana banyak peristiwa dan kejadian yang berlaku di dalamnya seperti turunnya wahyu yang pertama dan ditutup pintu neraka, dibukakan pintu syurga. Juga terdapat satu malam istimewa; Lailatul Qadr. Hadiah buat sang pengabdi yang berjaga malam menghiasi masa tidurnya dengan ibadah, bukan dengan tidur lena diulit mimpi.

Di antara yang diajar oleh Rasulullah SAW semasa bulan Ramadhan ialah:
  1. Makan sahur dan melewatkannya - Anas bin Malik r.a. berkata telah bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Sahurlah kamu sekelian, sesungguhnya dalam sahur itu ada keberkatannya (HR Muslim). Dan baginda SAW juga biasa mengakhirkan sahur, sebagaimana terdapat riwayat dari Anas bin Malik (dan dalam satu riwayat darinya bahawa Zaid bin Tsabit bercerita kepadanya) bahawa Nabiyullah dan Zaid bin Tsabit makan sahur bersama. Tatkala keduanya telah selesai sahur, Nabi berdiri lalu bersolat. Aku bertanya kepada Anas: Berapa lama antara keduanya selesai makan sahur dan mulai solat? Anas berkata: Sekitar (membaca) lima puluh ayat (HR Bukhari)
  2. Imsak - Rasulullah bersabda: “Apabila salah seorang dari kamu mendengar azan subuh padahal bekas minuman masih di tangannya, maka janganlah ia meletakkannya sehingga dia menyelesaikan meminumnya”. (HR Abu Daud dan Ibnu Majah).
  3. Mempercepatkan berbuka bila masuk waktu berbuka - Sahl bin Saad berkata sesungguhnya Rasulullah telah bersabda: Telah berfirman Allah SWT “Hamba-hamba-Ku yang lebih aku cintai ialah mereka yang segera berbuka puasa bila tiba masanya" (HR Tirmizi dan Abu Hurairah). Dari Sahl bin Sa’ad RA bahwa Rasulullah SAW bersabda : Manusia akan senantiasa berada dalam kebaikan selama mereka mahu menyegerakan berbuka (HR Bukhari dan Muslim). Dan makanan kegemaran Nabi SAW ketika berbuka ialah kurma. Satu riwayat dari Sulaiman Ibnu Amir Al-Dhobby bahwa Nabi SAW bersabda: Apabila seseorang di antara kamu berbuka, hendaknya ia berbuka dengan kurma, jika tidak mendapatkannya, hendaknya ia berbuka dengan air karena air itu suci. Riwayat Imam Lima. Hadits sahih menurut Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban, dan Hakim.
  4. Qiyamullail - Berkenaan dengan hal ini terdapat riwayat Abu Hurairah RA mengatakan bahawa Rasulullah bersabda: "Barangsiapa yang mendirikan solat malam di bulan Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosanya yang telah lampau (HR Bukhari).
  5. Membanyakkan membaca al-Quran - Dari Ibnu ‘Abbas RA, baginda SAW bersabda: Saat Jibril menemuinya. Setiap kali Jibril menemui baginda pada malam Ramadhan, pasti beliau tengah mentadabburi al-Quran (HR Bukhari & Muslim). Rasulullah bersabda yang bermaksud: Orang-orang yang berkumpul di masjid dan membaca al-Quran, maka kepada mereka Allah akan limpahkan rahmat (HR Muslim).
  6. Membanyakkan sedekah - Rasulullah SAW yang terkenal dengan sifat pemurah telah membanyakkan sedekah ketika di bulan Ramadhan. Ibnu ‘Abbas RA meriwayatkan, ia berkata: Rasulullah SAW adalah sosok manusia yang paling pemurah, terutama sekali pada bulan Ramadhan, saat Jibril menemui beliau. Setiap kali Jibril menemui beliau pada malam Ramadhan, pasti beliau tengah mentadabburi al-Quran. Sungguh tatkala Jibril menemiu beliau, beliau adalah sosok manusia yang paling pemurah dalam mengulurkan kebaikan, bahkan lebih pemurah dari angin (pembawa rahmat) yang terus bertiup (HR Bukhari dan Muslim).
  7. Meninggalkan perbuatan dan kelaku buruk. Dari Abu Hurairah RA, ia berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Allah berfirman: Semua amal soleh anak Adam akan dilipatgandakan, satu kebaikan dilipatgandakan menjadi 10 kalinya, bahkan sampai 700 kalinya, kecuali puasa, sebab puasa adalah milikKu dan hanya Aku lah yang akan membalasnya, hal ini disebabkan seseorang yang berpuasa itu meninggalkan syahwat dan makanannya kerana Aku. Orang yang berpuasa itu memiliki dua kegembiraan, yakni kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika menghadap Rabbnya. Sungguh bau mulut orang yang sedang berpuasa itu dalam pandangan Allah lebih harum dari haruman kasturi. Puasa adalah perisai. Jika seseorang sedang puasa, janganlah ia berbuat atau berkata yang tidak senonoh. Jika ada seseorang yang memakinya, hendaklah ia mengatakan: "Maaf aku sedang puasa" (HR Bukhari-Muslim).
Oleh yang demikian itu, marilah kita sama-sama berpesan di antara satu sama lain dan saling ingat-mengingati akan kebaikan yang terdapat di dalam bulan yang penuh barakah, yang penuh rahmat dan yang penuh dengan keampunan. Semoga kita dapat mengambil sedikit-sebanyak istifadah dan panduan di dalam mengerjakan ibadah di bulan yang mulia ini, insyaallah.