Pages

Friday, December 30, 2011

Template surat

Assalamualaikum..

Semoga ceria selalu. Apa macam dengan persiapan sekolah anak2? Aku dah setel. Cuma menunggu hari bukak sekolah ja.

Dikesempatan ini, saja aku nak kongsi dengan para suami yang tengah dok gatai nak tambah kuota dan sedang mencari template surat. Bolehlah digunakan sebagai rujukan.

Aku dapat ni dari blog orang. So, kira plagiat jugak la. Nasihat aku, jangan pakai untuk kerja akademik. Nanti kantoi, susah.

Selamat mencuba!


Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.

Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.

31 Disember 2011

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sebab utama permohonan ini dilakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah diperuntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah diisi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat dipenuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik @#%@#^^!@ yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan diisi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan diperkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini dibalas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk lakukannya.

7. Saya harap pihak puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyuman puan sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan dilaksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.

“BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA”

Yang Ikhlas Memohon,

Suami bin Lelaki

Wednesday, December 21, 2011

Penghujungnya hampir tiba...

Assalamualaikum..

Selamat di dalam apa jua pekerjaan yang tuan/puan sedang kerjakan. Selamat dan bergembiralah dengan cuti yang semakin tiba ke penghujungnya. Selamat menjamu selera buah-buahan tempatan yang sedang masak ranum.

Aku masih juga tidak berkesempatan untuk pulang bercuti ke kampung di tengah musim buah-buahan ni. Almaklumlah, gara-gara anak aku suatu ketika pernah dimasukkan ke hospital disebabkan serangan radang paru-paru yang mengakibatkan biniku punya cuti tahunan habis lebur. Tapi aku tak kisah sebabnya aku percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Cuma kita kena pandai membaca di antara garisan.

Dalam musim cuti yang kian ke penghujungnya, banyak sekali peristiwa yang telah dan sedang berlaku. Di antaranya ialah bot karam, banjir yang melanda negeri Terengganu, Pahang dan sekarang di Johor. Didoakan semoga para mangsa banjir selamat dan cepat dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing. Adalah menjadi suatu kepayahan dalam menjalani kehidupan seharian apabila terkandas dan terpaksa menginap di pusat perlindungan buat sementara waktu. Ada juga di antara mangsa yang bukan sahaja kehilangan harta-benda malahan nyawa.

Rata-rata para mangsa terdiri daripada golongan yang berpendapatan rendah. Manakan kerugian dek kerana harta-benda rosak keran bencana, urusan persediaan anak-anak untuk memulakan sesi persekolahan yang bakal muncul tidak lama lagi juga perlu diberikan perhatian. Moga Allah Taala memberikan kekuatan kepada mangsa-mangsa.

Cuma harus kita ingati selalu, setitis derita melanda, segunung kurniaanNya insyaallah pasti datang buat mereka yang tidak mengeluh dan berlapang dada dengan setiap ujian dan cabaran yang mendatang dari Ilahi. Langit tak selalu cerah, kelam malam tak berbintang, itulah lukisan alam, begitu aturan tuhan. Hasbunallah wa nikmat wakeel.

Monday, December 5, 2011

Asyura

Assalamualaikum..

Pe kabo semua? Sihat selalu hendaknya. Semoga cuti tuan/puan bemakna. Bersempena hari Asyura yakni hari ke sepuluh di dalam bulan Muharram, jom kita tengok apa yang perlu kita buat bila tiba hari Asyura nih. 

Selalunya masa kecik-kecik dulu, kita akan berjumpa dengan satu jenis bubur; bubur Asyura. Dikatakan bubur ini berdasarkan kejadian di atas bahtera Nuh AS. Dan beberapa amalan yang dikatakan sunat. Antaranya; berpuasa. 

Bilakah hari ‘Asyura? Apakah dalil disunatkan berpuasa pada hari ‘Asyura’? 

Hari ‘Asyura ialah hari sepuluh Muharram. Abi Qatadah r.a. meriwayatkan; Nabi s.a.w. pernah ditanya tentang berpuasa pada hari ‘Asyura? Baginda menjawab; “Puasa di hari itu akan menghapuskan dosa tahun yang lalu” (Hadis riwayat Imam Muslim). 

Adakah kita juga disunatkan berpuasa pada sembilan Muharram? 

Ya. Hari itu dinamakan Tasu’a. Dalil disunatkan berpuasa hari itu ialah hadis dari Ibnu ‘Abbas r.a. yang menceritakan; “Tatkala Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari ‘Asyura dan memerintahkan agar para sahabat turut berpuasa, mereka bertanya; ‘Ya Rasulullah! Bukankah ia (yakni ‘Asyura itu) merupakan hari yang diagungkan oleh Yahudi dan Nasara? Lalu baginda bersabda; “Tahun akan datang -dengan kehendak Allah- kita berpuasa pada hari ke sembilan”. Berkata Ibnu ‘Abbas; belum sempat tiba tahun hadapan, Rasulullah s.a.w. telah diwafatkan (Riwayat Imam Muslim). 

Berdasarkan hadis ini, kita disunatkan berpuasa pada kedua-dua hari iaitu hari ke 9 dan hari ke 10 Muharram kerana Nabi s.a.w. telah berpuasa pada hari ke 10 dan berniat untuk berpuasa pada hari ke 9.

Cerita Bahtera Nabi Nuh a.s. Banyak laman web menyebut tentang kisah ini.

Dinukilkan dalam kitab “Nihayatuz Zain” karangan Syeikh Nawawi Al Banteni, dan di dalam kitab “Nuzhatul Majalis” karangan Syeikh Abdur Rahman Al Ushfuri serta di dalam kitab “Jam’ul Fawaid” karangan Syeikh Daud Al Fathoni. Yang antara lainnya menceritakan bahawa, ketika mana bahtera Nabi Nuh a.s. berlabuh di bukit Juudi pada Hari Asyura’, maka berkatalah ia pada umatnya : “Himpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan yang lebih-lebih”. Maka, dibawalah satu genggam daripada kacang Baqila’ iaitu kacang ful (kacang poi) dan satu genggam kacang Adas, Ba’ruz dan hinthoh dan tepung sehingga menjadi tujuh bagai biji-bijian yang dimasak. Maka berkatalah Nuh AS : “Masaklah sekeliannya kerana kamu sudah mendapat kesenangan sekarang”. 

antara rupa bubur asyura

Berdasarkan kisah di atas, maka aku percaya umat Melayu secara umumnya beramal dengan memasak bubur Asyura. Mungkin sandaran lain bagi jamuan bubur Asyura ialah hadis-hadis tentang memberi galakan supaya pada hari Asyura hendaklah menghulur dan berkongsi kesenangan dengan kaum keluarga.

Penilaian: - Cerita seperti ini perlu kepada kajian. Dari manakah sumbernya dan apakah taraf kedudukan kisah ini. Setakat ini saya tidak menemui sebarang petunjuk tentang kisah ini dalam sumber hadis dan atsar. Sesiapa yang menjumpainya, diharap dapat membantu.

Hari Asyura versi Syiah

Asyura bagi Syiah adalah hari meratapi Kesyahidan Saidina Husin.Pada hari tersebut penganut Syiah akan melakukan perbuatan yang keji seperti melibas kepala mereka dengan pedang,meraung-raung dan banyak lagi seperti dinyatakann oleh Ahmad al-Kisrawiy: “Pada setiap kali Asyura, mereka memperingati kematian Saiyidina Husin dengan melakukan perbuatan-perbuatan tercela seperti berkumpul sambil menangis dan meratapi bagaikan histeria. 

ada brani?

Mereka juga mengadakan perarakan di jalan-jalan dan pasar-pasar sambil memukul tubuh dengan rantai besi, melukai kepala dengan pedang, mengikat tangan dan sebagainya”. (Al-Tasyayyu’ Wasy-Syi’ah, Ahmad al-Kisrawiy al-Syi’iy, hal.141, Tahqiq Dr. Nasyir al-Qifari).

jom ramai-ramai

Perhatikanlah betapa jauhnya perbuatan mereka dengan syariat Islam yang mulia, sedangkan di dalam kitab syiah sendiri melarang perbuatan meratapi kematian seperti mana yang terdapat di dalam Nahjul Balaghah, syarif Radhi menukilkan kata-kata saidina Ali Karamallahu Wajhah, yang bermaksud “Sesiapa yang memukul tangannya ke atas pahanya ketika ditimpa musibah maka binasalah amalanya (Nahhjul Balghah juz 4 hal. 34) Memukul paha ketika ditimpa musibah sudah cukup bagi membinasakan amalan apalagi sekiranya kita meratapi dengan memukul pedang dan melibas besi ke badan? Ulama Syiah Ibnu Babuwaih al-Qummi yang digelari Al-saduq (yang sangat benar) menyebutkan bahawa diantara ucapan Rasulullah SAW ialah “Meratap kematian adalah amalan jahilliah” (Man laa Yadhurul faqih jilid 4 hal 271).

Apa-apa pun, setiap amalan dan ibadat kita hendaklah bersandarkan kepada ilmu dan bukan sekadar ikut-ikutan. Semoga secebis maklumat seperti ini dapat memberikan pencerahan kepada kita semua.


Tuesday, November 29, 2011

Awal Muharram di tanah tinggi

Assalamualaikum..

Apa kabo semua? Semoga cuti anda anda dipenuhi dengan aktiviti yang mendatangkan keberkatan dan keampunan Ilahi. Sebelum aku menulis lanjut, dikesempatan ini, aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru! Azam tahun baru aku; lebih bertaqwa, tawadhu' dan berilmu.


Awal Muharram 1433H yang baru ni aku sambut di Cameron Highland bersama anak bini. Tanah tinggi yang sinonim dengan dua perkara: i. ladang teh. ii. ladang strawberi. Aku menghabiskan kehidupan aku di atas sana selama 2 hari 1 malam. Wang hangus: beratus-ratus. Sewa hotel naik berganda-ganda. Aku main redah je. Nak booking atas talian, banyaknya hotel non-muslim. Sampai di atas, tidur jugak di hotel non-muslim kes semua hotel muslim 'fully booked'. Nasib baik la dapat jugak di Brinchang, lokasi kegemaran. Kedai makan berdekatan pun sedap. Tak la rasa ralat sangat.


Asalnya memang tiada perancangan langsung memandangkan bajet untuk bercuti dah habis. Tapi apakan daya, bini aku dok bunyi nak pergi naik tanah tinggi. Sayang punya pasal, bangun pagi, bersiap, masuk kereta, bismillahirrahmanirrahim... Dalam kepala, tak banyak destinasi yang boleh dipilih. Di Malaysia ni, kita ada Genting, Cameron, Fraser Hill, Bukit Larut dan Bukit Tinggi. Untuk makluman semua; Bukit Depu, Bukit Chandan dan Bukit Gantang bukanlah tempat percutian tanah tinggi. Bukit Merah tempat pelancongan. Pun bukan tanah tinggi. Waterpark ja.


Dalam banyak-banyak destinasi, aku pilih Cameron sebab memang terasa sejuk. Juga sebab tiada kasino. Dan Brinchang jadi pilihan kalbu sebab terasa kesejukannya. Tanah Rata ada jugak rasa sejuk tu, tapi tak sesejuk Brinchang. Saranan: menginaplah di Brinchang. Ada dua tiga operator hotel dan apartment orang Melayu Islam. Yang paling sohor, Sri Juliana. Dikhabarkan taukehnya orang melayu terkaya di Cameron. Hasil pendapatan dengan menjadi operator hotel di pekan Brinchang. Taukehnya tak sombong. Lepas tu kita ada Hotel Wira Awan yang dimiliki oleh Koperasi Tentera. Harga Hotel Wira Awan ni memang murah. Untuk bilik keluarga yang punyai 2 katil besar saiz ratu baru RM150/-. Tu belum mintak diskaun. Diskaun boleh dapat sehingga 25%. Dengan syarat: Mintak diskaun di kaunter, kata staf yang jaga kaunter tuh. Kalau tak mintak, memang dia tak bagi diskaun.

malam minggu di pasar malam Brinchang

Ok. Kenapa Brinchang? Sebab malam minggunya sangat meriah. Ada pasar malam. Kalau cuti sekolah, pasar malam tu diadakan setiap malam sepanjang cuti sekolah. Bolehlah nak pergi bercuti tanpa menunggu hujung minggu. Sampai di sana nanti, jangan lupa cuba makan pucuk bunga lily salut tepung, cendawan salut tepung dan lain-lain. Cuma yang yang hairannya, masa aku ada di atas nuh, ramai yang beli udang goreng salut tepung. Setahu aku, udang tak hidup atas bukit-bukau. Dan ada juga kedai steamboat yang hebat di atas Banjaran Titiwangsa. Tak percaya? Pergi saja kedai steamboat bersebelahan Tudor Home Inn (tempat aku menginap). Ramai yang dok tibai steamboat. Pelik tapi benar.

Kea Farm

Dari Brinchang, nak naik ke Kea Farm pun dekat. Tempat beli-belah sayur yang sangat segar. Antara tempat yang patut dibuat ketika di Cameron: Kea Farm (beli sayur dan strawberi). Brinchang (pasar malam hujung minggu dan menginap). Tanah Rata: Mardi (aiskrim strawberinya sedap dan sayurnya murah). Tanah Rata ke Ringlet- Bharat Tea House (pekena teh segar seteko sambil layan mata memandang ladang teh saujana mata memandang, manthoob beb!). Lain-lain tu macam Cactus Park tak pergi pun takpa sebab tak best pun.


Orang tua, kita dan anak kita memang akan suka dengan Cameron. Kalau Fraser Hill, bosan doh.. Takdak apa. Hutan, rumah lama, hutan. Genting: Bising. Orang tua memang tak suka. Duit, habih banyak. Bukit Tinggi: sewa bilik dan makanan mahal buat yang berkeluarga besar.

Pada aku la, tempat bercuti tanah tinggi yang semua lapisan umur boleh berseronok, Cameron. Anak-anak boleh petik strawberi, pakai jaket tebal, layan kabus tebal, orang tua boleh beli sayur, kita keluarkan belanja pun tak la teruk. Overall, Cameron pukui abis.


Friday, November 18, 2011

Jumaat mai lagi

Assalamualaikum..

Pa habaq semua? Ni kira dah sibuk cuti sekolah la nih. Soheh senyap soh lagi la blog ni. Selamat bercuti. Tapi sebelum tu.. selamat berhari Jumaat. Jangan lena masa khatib membaca (bukan menyampaikan) khutbah. Tu yang khutbah daripada jadi makanan rohani bertukaq jadi ubat pelali. 


Baru-baru ni aku pi tidoq di Kenyir, bukan pi makan angin, tapi atas tugasan yang kena buat. Baguih la dok sana. Baru aku dapat nikmati hidup tanpa keperluan kepada godaan duniawi dan segala perkara-perkara yang menyibukkan diri. Terasa 24 jam di sana macam 28 jam. Punya la lama satu hari nak berlalu.


Aku rasa macam aku tau apa sebab. Matahari naik cepat kat sana. Pukui 7pagi, dah macam pukui 8pagi di sebelah kita di KL ni. Tu yang bila mangkit lewat, rasa macam lewat sangat-sangat dah. Muahahahaha. 


Di Kenyir ni banyak pengkalan. Yang paling sohor ialah Pengkalan Gawi. Kat situ memang sohor sebabnya situ pengkalan untuk aqua tourism. Aku tak main kat situ. Aku main kat Sg Chomo. Kena lalu kampung orang asli. Kat Sg Chomo ni tiada aqua-tourism sebab kerajaan dah gazetkan jadi kawasan ternak ikan air tawar. Ada macam-macam ikan orang bela. Yang paling banyak- Talapia hitam. Lain-lain macam talapia putih, keli, baung, patin dan lain-lain. Cheewah.. dulu haram aku tak kenai pun ikan-ikan ni. Yang aku tau; ikan tiga rasa, ikan masam-manis dan paling aku suka- kari kepala ikan.


Tapi tu la, aku rasakan kita ni yang dok sibuk dengan urusan dunia kita saban hari ni memang patut kena pi ambik peluang bercuti masuk hutan. Bawak anak-bini skali buat yang ada anak-bini. Baru kita tau harga berkeluarga itu mahal. Buat yang sibuk, serius aku cakap, sibuk tu sebab hangpa yang susun bagi sibuk. Cuba susun bagi dapat jugak slot bercuti masuk hutan, dok tepi tasik, dok dalam rumah bot, dok ataih pokok ka. 


Tak aci kalau bercuti pegi Cameron apatah lagi ke Kota Perjudian; genting Highland. Kat tempat-tempat macam tu tak mendamaikan. Hangpa kena pi tempat yang kena tinggai kereta mewah hangpa jauh-jauh. Barulah hangpa rasa berbaloi. Tapi kena setting dalam kepala, susah nak buang ayaq kecik waimma besaq, susah nak bergerak, tiada peralatan memasak yang proper. Tiada sungutan. Layan ja beb.. pasti akan timbul rasa syiok.


Percayalah cakap aku, ketegangan hubungan dalam keluarga, tahap stress tuan/puan insyaAllah hilang.

Jom bercuti masuk hutan!

Wednesday, November 9, 2011

Selamat berkorban dan berhari Eidul Adha

Assalamualaikum..

Walaupun lambat, tapi tak salah rasanya untuk aku ucapkan selamat menyambut Hari Raya Korban. Moga pengorbanan dan korban kita diterimaNya.

Tahun ni aku tak masuk mana-mana korban, tapi bini aku ada la join dengan adik-beradik dia. Di Terengganu, satu bahagian RM350.00, kat tempat hangpa berapa? Kalau di KL, aku dok perati satu bahagian dalam RM380.00. Mahai RM30.00 dengan Terengganu.

Ni saje nok kongsi pengalamang beraya di Pantai Timur. Tahung ni gilirang sambut Raya Korbang di Ganu. Cuaca molek. Dop ujang sangat. Lauk pung, molek je. Bulih mandi panta. Hok tu sedap skali. Panta molek, ayo pung molek. Dop macang alik kite. Ayo penuh sampoh. Minyok blana. Abih punoh doh panta alik kite. Dop same lasung. Skali mung tera mandey, rasenye dop selere nok mandi hok beloh kite. 

Malam raya di Kuala Terengganu agak meriah sebab ada orang main bunga api klcc. Tak cukup dengan tu, atas Bukit Puteri dok tembak 7 das tembakan meriam (macam kita dok dengaq masa harijadi sultan tu la). Ada la feel raya. Pagi raya, orang tak berapa nak ziarah rumah ke rumah macam Aidil Fitri, tapi ada buat jugak la rumah terbuka. Siang dok sibuk pi tengok sembelih lembu sama tolong melapah apa patut. Malam pulak, memenuhi jemputan rumah terbuka. Kira berasa jugak la suasana raya. Cuti pun dapat dua hari beb. 

Seingat aku, kalau di kampung aku nun di Changkat Jering, boleh kira dengan jari yang pakai baju cantik-cantik sambut raya. Nak bertakbir raya pun susah. Punya la jauh langit dengan bumi beza antara Ganu dgn Changkat Jering. 

Aku dok memikir jugak, kenapa la kita orang Islam tak sambut dengan sungguh-sungguh hari raya yang Allah Taala dah anugerah kat kita? Punya la Allah Taala suruh beraya dan suruh sungguh-sungguh sambut hari raya, sampaikan nak berpuasa pun jatuh haram. Boleh bayangkan tak? Puasa dikira haram pada hari raya. Puasa tu untuk Allah Taala, tapi jadi haram sebab jatuh pada hari raya. Dan punya la bangang manusia muslim hari ni (tak semua bangang tapi kebanyakannya bangang), sambut raya macam nak tak nak ja. Lagi satu, kalau nak banding Raya Puasa dengan Raya Haji/Korban, adalah lebih besar perayaan Raya Korban sebab kita sambut sampai 3 hari. 3 hari beb! Aku ulang: 3 hari. Kenapa la bangang muslim tak mintak kat kerajaan 'muslim', cuti 3 hari? Krismas yang ntah berapa kerat yang sambut tu pun dapat 2 hari. 

Ni satu lagi, banyak sekolah kebangsaan ambik cuti Deepavali lebih daripada cuti Raya Korban. Apa punya cerita nih? Ada yang sekolah tadak anak murid Hindu pun, tapi punya lapaq nak cuti, ambik cuti Deepavali. Minggu satu lagi yang jatuh Raya Haji, haram tak ambik pun. Bodo punya cikgu2. Patut la anak murid jadi bahlol sebab dapat cikgu2 yang lapaq ke cuti sampai dah tak kira sempena apa sekalipun. Lepas tu, abaikan hari kebesaran Islam. Kot ya pun, tengok-tengok la taqwim tuh. Memang jauh dah kita dengan Islam. Nak sambut hari kebesaran agama sendiri pun berkira. Makan nasik ka makan taik?

Serius aku cakap, aku lebih susah hati dengan kualiti guru berbanding anak murid pada hari ini.

Monday, October 31, 2011

Blog dan perak

Assalamualaikum..

Apa khabar semua? Lama sungguh aku tak kemaskinikan blog sampai ada yang mesej aku blog ni hidup lagi ke tidak. Jawapan: blog ni masih hidup, cumanya kurang aktif disebabkan bbrapa faktor. Antaranya yang dapat dikenalpasti ialah terdapat beberapa medium selain blog yang menajdi pilihan seperti myspace, facebook dan twitter. Di samping medium lama seperti email dan sms, blog berdepan cabaran baru yang sentiasa berkembang.

Oleh yang demikian, diharap wadah blog ini dapat menjadi sebahagian walaupun tidak menjadi pilihan utama komunikasi. Yang pentingnya, kawan-kawan sentiasa berhubung antara satu sama lain. Selamat mengeratkan persaudaraan!

Jom kita berkongsi maklumat tentang salah satu logam yang memainkan peranan yang amat besar dalam kehidupan kita. Selamat menambah ilmu!

Mari kita lihat beberapa info menarik tentang sejarah perak pada zaman dahulu kala :

1- Perak telah digunakan untuk beribu-ribu tahun untuk membuat hiasan dan perkakas, untuk perdagangan, dan sebagai asas bagi sistem kewangan yang banyak. Nilainya dianggap sebagai logam berharga yang kedua selepas emas.

2- Perkataan “perak” yang lebih dikenali sebagai silver muncul di Anglo-Saxon dalam ejaan yang pelbagai seperti seolfor dan siolfor. Di dialam ilmu kimia ia dikenali sebagai Argentum(Ag) iaitu nama yang berasal dari bahasa Latin, manakala dari bahasa Indo-Eropah  pula  Argentum bermaksud “putih” atau “bersinar”.

3- Perak telah dikenali sejak zaman purba kala lagi. Beberapa tempat yang mempunyai bahan mineral seperti di Asia minor dan di pulau-pulau di Laut Aegen telah dikenal pasti bahawa manusia yang hidup di tempat itu telah belajar memisahkan perak dari timah sejak tahun 3000 SM lagi.

Penemuan yang terbesar dari Aegen ini juga dikatakan sebagai “Priam’s Treasure”, sebuah piala perak besar di mana ornamen emas terdiri dari bahagian tengah, mempunyai enam gelang, 9.000 manik-manik, dan juga anting-anting 60 telah dihasilkan.

4- Suatu ketika dahulu, kestabilan mata wang Rom suatu bergantung  tinggi kepada tahap bekalan silver yang diniagakan. Pelombong Rom mampu menghasilkan perak@silver  pada skala yang sukar ditandingi ketika itu sebelum penemuan Dunia Baru.

5- Penggunaan perak telah direkodkan di Greece dan Rom purba, kemudian ia telah dijumpai semula pada Zaman Pertengahan, di mana ia telah digunakan untuk beberapa tujuan, seperti untuk menyahjangkitkan air dan makanan yang disimpan, dan juga untuk rawatan kesan dari kebakaran juga untuk bersalin!

6- Orang-orang Itali dan Yunani kuno menggunakan perak untuk hiasan peribadi, perhiasan, kapal, panah, mata wang, dan senjata.

7- Perak juga telah digabungkan dengan emas dalam menghasilkan emas putih, dan juga dicampur dengan logam baser. Beberapa jenis perhiasan kuno ditemui di makam “Ratu Pu-abi” di “Ur” di negara Sumeria kuno yang ada lebih kurang 5000 tahun dahulu.

8- Dalam Mycenaean dan peradaban Minoan, perak juga telah dimanfaatkan penggunaannya. Beberapa pisau belati perak telah ditemui di sebuah makam di Kumasa. Silver ornamen dan segel dari era yang sama juga ditemui. Silver cangkir ditemukan di Gournia kira-kira tahun 2000 SM.

Beberapa kendi dan vas dari Mycenae mempunyai perak di bahagian luarnya, manakala pisau pula dihiasi dengan perak, emas, niello, dan electrum. Silver tetap digunakan untuk membuat Perunggu, dan Besi usia.

9- Dalam abad ke-19, kelasi yang berlayar ke laut yang panjang akan meletakkan syiling perak di dalam tong air dan wain untuk menyimpan minuman tersebut untuk kekal cair.

Perintis Amerika juga telah menggunakan idea yang sama kerana mereka membuat perjalanan mereka dari pantai ke pantai.

10- Perak juga  telah diluluskan pada tahun 1920 oleh US Food and Drug Administration untuk digunakan sebagai agen anti-bakteria.

Thursday, October 13, 2011

Why..? Just because i'm lazy...

Assalamualaikum..


Greeting and good day to you all. Already plan what to do with the government's generosity 'one off' payoff aka bribery to most of us. Who said this is not Negara Berkebajikan, huh? Guys..! The PRU is coming. Really insulting my intelligence.


Just because i'm lazy and have no idea to share, let's just sit, read and relax. We always think that we are clever, but we are not. Happy reading and dig the meaning. You with me, right?


Now, ponder these...

Why do people order double cheeseburgers, large fries, and a diet coke?
Why do banks leave both doors open and then chain the pens to the counters.
Why do we leave cars worth thousands of dollars in the driveway and put our useless junk in the garage.

Ever wonder?

Why the sun lightens our hair, but darkens our skin?
Why women can't put on mascara with their mouth closed?
Why don't you ever see the headline 'Psychic/Tok Cha/Tok Bomoh Wins Lottery'?
Why is 'abbreviated' such a long word?
Why is it that doctors call what they do 'practice'?
Why is lemon juice made with artificial flavor, and dishwashing liquid made with real lemons?
Why is the man who invests all your money called a broker?
Why is the time of day with the slowest traffic called rush hour?
Why isn't there mouse-flavored cat food?
Why do they sterilize the needle for lethal injections?

You know that indestructible black box that is used on airplanes?
Why don't they make the whole plane out of that stuff?

If flying is so safe, why do they call the airport the terminal?
Why don't sheep shrink when it rains?
Why are they called apartments when they are all stuck together?

Why? Good question.

Now that you've smiled at least once, it's your turn to spread the stupidity to someone you want to bring a smile to (maybe even a chuckle) in other words, to everyone. We all need to smile every once in a while.

Monday, October 10, 2011

Alkisah Perak tanah tumpah darahku

Assalamualaikum..

Dah lama tak sembang pasai politik. Rasa macam kencin tak laweh. Berak tak pueih kate orang. Lantak le ape nak kate dek orang. Rasulullah SAW yang sebaik-baik manusia, depa kata gila. Dok gitew..?

Gwa nak pesan: jangan percaya 100% dengan apa yang anda baca selain daripada al-Quran. Skang ni banyak fitnah daripada yang betui. Apa yang boleh hangpa buat? Baca dan buat kajian, lepas tu buat keputusan untuk percaya atau tidak. Boleh ker? Kuasa di tangan anda semua.

Alkisah, jom kita kembali ingat-mengingati bagaimana rampasan kuasa yang dihalalkan oleh istana Perak. Kome nak melenting, tak pueih hati? Lantak kome le... Meh bace.. meh bace...

Kita semua tahu apa yang berlaku di Perak. Tetapi ramai yang tidak tahu, mengapa ia berlaku.

Sekiranya anda masih ingat, ianya mengambil masa seminggu untuk kerajaan baru di Perak dan Selangor mengangkat sumpah selepas pilihanraya umum Mach 2008. Kedua-dua Sultan dinegeri ini mahu ‘membincangkan’ terlebih dahulu dengan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat.Sultan kemudiannya meletakkan beberapa syarat sebelum bersetuju untuk melantik Pakatan Rakyat sebagai kerajaan negeri yang baru.

Jurang masa selama seminggu itu telah memberika masa kepada kerajaan negeri yang lama iaitu Barisan Nasional untuk memindah dan memusnahkan banyak bukti-bukti penyelewengan yang dilakukan sebelum ini.

Kelewatan selama seminggu ini juga membolehkan Barisan Nasional menawarkan kemungkinan untuk Umno bergabung dengan Pas untuk membentuk kerajaan baru di Selangor dan Perak. Malah, Umno bersetuju memberikan kerusi Menteri Besar kepada Pas dikedua-dua negeri ini. dan kemuncaknya, Umno malah bersetuju untuk membenarkan Pas melaksanakan undang-undang Islam dikedua-dua negeri ini.

Tetapi, Pas terus bersama dengan dua rakan mereka, PKR dan DAP didalam Pakatan Rakyat dan menolak tawaran Umno. Akhirnya, kedua-dua Sultan tidak mempunyai pilihan melainkan menerima Pakatan Rakyat sebagai kerajaan baru di Perak dan Selangor. Tetapi ini tidak menghentikan mereka dari terus merancang dibelakang tabir tentang bagaimana untuk menjatuhkan kedua-dua kerajaan ini.

Sultan Selangor agak bersedia untuk menerima keadaan yang berlaku. Tambahan pula, Pakatan Rakyat Selangor mempunyai majoriti yang cukup banyak dan agak susah untuk membeli ramai Ahli Dewan Undangn Negeri. Tetapi, Perak agak berlainan sama sekali. Majoriti yang diperolehi oleh Pakatan Rakyat Perak amat sedikit berbanding Selangor.

Sebaik saja kerajaan baru dibentuk di Perak, Sultan Perak mula meminta macm-macam. Kerajaan Pakatan Rakyat Perak bersedia bertolak ansur, demi menjaga hubungan baik dengan istana. Tetapi apa yang diminta oleh Sultan dan kerabat diraja agak berlebihan dan kerajaan Pakatan Rakyat Perak tidak mempunyai pilihan melainkan menolak permintaan Sultan.

Dan ini menyebabkan Sultan murka. Dan apabila Pakatan Rakyat Perak kehilangan majoriti di Dewan Undangan Negeri, Barisan Nasional mempunyai jalan yang amat mudah untuk mendapatkan perkenan untuk Barisan Nasional membentuk kerajaan baru.

Pada mulanya, Sultan Perak tidak begitu pasti sama ada hendak menyingkir kerajaan Pakatan Rakyat dan memilih Barisan Nasional. Apabila Menteri Besar, Nizar Jamaludin berjumpa dengan Sultan dan memohon Dewan Undangan Negeri dibubarkan untuk membolehkan pilihanraya baru diadakan, Sultan meminta masa untuk membuat pertimbangan. Tetapi sebaik saja selepas itu, Najib Tun Razak berjumpa Sultan dan mempengaruhi Sultan untuk menolak permohonan Pakatan Rakyat untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri, sebaliknya melantik Barisan Nasional untuk membentuk kerajaan yang baru.

Taktik Najib amat mudah. Nazrin, anak kepada Sultan Azlan Shah, tidak sepatutnya menjadi Raja Muda. Dan ini bermakna, dia tidak sepatutnya menjadi Sultan kelak. sekiranya Sultan Azlan mangkat. Kerajaan Pusat tidak akan menyokong Nazrin sebagai Sultan Perak seterusnya. Lihatlah apa yang berlaku di Negeri Sembilan. walaupun Yamtuan melantik anaknya sebagai Raja Muda, tidak bererti dia akan menjadi Yamtuan.

Oleh itu, sama ada Nazrin boleh menjadi Sultan atau tidak bergantung kepada hubungan baik dengan kerajaan Pusat. Tetapi hubungan baik itu hanya boleh diperolehi sekiranya Barisan Nasional menjadi kerajaan negeri. Kalau Pakatan Rakyat masih lagi menjadi kerajaan negeri, maka Nazrin terpaksa membayar harganya apabila tiba masa untuk menggantikan bapanya.

Tambahan pula, Sultan dan keluarganya telah meminta banyak perkara dari kerajaan Pakatan Rakyat, semuanya telah ditolak. Umno pula akan memastikan bahawa semua permintaan Sultan dan keluarganya akan dipenuhi sekiranya Barisan Nasional dipilih sebagai kerajaan negeri.

Dan dengan itu, Pakatan Rakyat menemui ajalnya di Perak. Sultan memilih Barisan Nasional sebagai kerajaan negeri yang baru dan Pakatan Rakyat menjadi pembangkang.

Apakah permintaan Sultan dan keluarganya yang ditolak oleh Pakatan Rakyat dan sebaliknya diterima oleh Barisan Nasional? Mari kita tengok, dalam masa beberapa bulan saja, Sultan dan keluarganya tiba-tiba menjadi salah satu keluarga diraja yang terkaya di Malaysia, sebaik saja Pakatan Rakyat tumbang.

1. Umno menghadiahkan kepada Sultan sekeping tanah yang dikenali sebagai lot 183578. Tanah seluas kira-kira 600 ekar ini terletak di Tanjung Tualang, dalam daerah Kinta. Tanah ini telah di berikan kepada salah seorang proksi Sultan yang bernama Mohamed Khaair Johari Hj. Osman.

2. Umno menghadiahkan kepada Sultan konsesi balak seluas 1,000 ekar yang terletak di Ulu Kenderong, Gerik, Hulu Perak, disepanjang lebuhraya Gerik-Kupang. Konsesi ini pada mulanya diberikan kepada Universiti Utara Malaysia. Walaubagaimanapun, pemberian ini ditarik balik dan diberikan kepada Pusat Kreatif Kanak-Kanak dimana Pengerusinya ialah Raja Datuk Seri Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Shah.

3. Umno menghadiahkan kepada Sultan tujuh konsesi balak di kompartmen 39, 41, 42, 43, 44, 45 dan 49 di Hutan Simpan Kenderong di Hulu Perak. Ketujuh-tujuh lot ini, yang berjumlah kira-kira 600 ekar, diberikan kepada dua syarikat proksi Sultan - Syarikat Zotonjaya Sdn Bhd dan Kibaran Wang Sdn. Bhd.

4. Umno akan meluluskan satu cadangan penghutanan semula (reforestation) yang melibatkan 10,781 hektar. 5,781 hektar terletak di Hutan Simpan Gunung Besout, di selatan Perak wementara 5,000 hektar lagi di Pondok Tanjung dalam daerah Larut Matang. Syarikat yang akan mendapat projek ini ialah Permatang Utama Sdn. Bhd (nombor syarikat 513583-D) dimana Pengerusi Eksekutifnya ialah Datuk Seri Ismail Farouk Abdullah, menantu kepada Sultan Azlan Shah).

5. Berikutan dengan itu, Datuk Seri ismail Farouk Abdullah dibenarkan untuk mengambil alih Hotel Casuarina milik kerajaan negeri dengan harga yang paling murah iaitu RM43 juta dimana harga sebenar jauh lebih tinggi dipasaran terbuka. Hotel tersebut terletak dikawasan paling strategik di Ipoh malah harga tanah lapang saja mempunyai nilai yang amat tinggi.

Keluarga Diraja Perak bukan orang susah. Tetapi nampaknya mereka tamak. Raja datuk seri Eleena Azlan Shah merupakan Pengarah kepada Gamuda Berhad dan juga merupakan orang ke 25 kaya di Malaysia dengan harta bernilai RM773 juta. Ini menjadikan beliau wanita kedua terkaya di malaysia selepas Puan Sri Chong Chook Yew, yang menduduki tangga ke 18 dengan harta bernilai RM1 billion.

Gamuda Berhad juga telah diberikan kontrak bernilai lebih RM10 billion. Ia juga mengurus dan menyelenggara lebuhraya sepanjang 230 kilometer dan juga merupakan pemaju hartanah di empat projek bandar baru yang melibatkan lebih dari 30,000 rumah.

Itulah kisahnya. Rakyat Perak, khususnya orang Melayu, merasakan bahawa pembangkang tidak menunjukkan hormat kepada Sultan. Apa yang tidak diketahui oleh mereka ialah Sultan tidak seharusnya diberikan penghormatan. Dan ramai juga yang tidak tahu mengapa Sultan mahukan Pakatan Rakyat disingkir di Perak.

Sekarang, kita berharap, rakyat Perak tahu apa yang berlaku.

(Artikel diatas adalah terjemahan daripada artikel asal Raja Petra “Why the Pakatan Rakyat government was brought down in Perak” yang disiarkan di Malaysia Today)

Gwa kopipes tanpa ijin daripada: http://edyesdotcom.blogspot.com/2009/10/mesti-baca-memenuhi-nafsu-sultan.html

Thursday, October 6, 2011

Steve Jobs

Assalamualaikum..

Berita sedih buat warga dunia pengkomputeran. Mana tidaknya, ikon terkenal dan pencetus idea terhebat; Steve Jobs telah tiada.

ni la rupa genius yang berada di belakang Apple

Meninggal dunia pada 5 Oktober, 2011 selepas berjuang sekian lama menentang kanser pancreas. Umurnya baru 56 tahun. Sebagai manusia, kita sepatutnya berasa sedih dengan pemergian ikon terhebat di zamannya.


Ringkasan mengenai Steve Jobs

Lahir pada 24 Februari 1955. Anak kepada dua orang graduan University of Wisconsin; Joanne Simpson dan Abulfattah "John" Jandali. Ayahnya, Abdulfattah merupakan seorang profesor sains politik warga Syria dan ibunya Joanne Simpson bekerja sebagai seorang terapi pertuturan. Mereka menyerahkannya kepada orang lain untuk dijadikan anak angkat. Pintar tetapi tiada arah tuju, Steve bereksperimen dengan pelbagai barangan sebelum memulakan syarikat Apple bersama-sama rakannya; Steve Wozniak. Bermula di dalam garaj rumah ayah Steve Jobs, mereka sama-sama meneroka dunia elektronik yang melangkaui zaman sehingga membina sebuah empayar perniagaan yang sangat besar dan berjaya. Di antara gajet yang memulakan revolusi barangan elektronik keluaran syarikat Apple ialah iPod, iPhone dan iPad yang dilihat sebagai pemacu evolusi di dalam teknologi moden.


Kanser Pankreas

Tahun 2003, Steve didapati menghidapi tumor neuroendokrin, sesuatu yang jarang berlaku tetapi boleh diubati melalui pembedahan.


Akan tetapi Steve tidak menyegerakan pembedahan membuang tumor tersebut. Dia memilih kaedah perubatan melalui diet pemakanan dan disokong dengan perubatan Timur. Selama sembilan bulan Steve menangguhkan pembedahan yang membuatkan ahli lembaga pengarah Apple bimbang. akhirnya, tahun 2004 beliau berjaya melalui pembedahan untuk membuang tumor pankreas. Walau bagaimanapun, kesihatannya tidak kembali normal selepas itu.

Sayangnya, dia ni bukan Muslim. Kalau Muslim, dah tentu aku bacakan yaasin dan sedekahkan al-Faatihah untuknya. Sebab jasa dia ni dalam dunia teknologi moden ni memang cukup besar. Susah la ada orang nak lawan dia. Tapi tu la.. sehebat mana sekalipun seseorang itu, mati jua akhirnya. Sehebat-hebat dia ni masa hidup, tanpa iman tiada maknanya di sisi Allah SWT.

Sama-samalah kita menjadi manusia hebat dan BERIMAN di sisi Allah SWT. Semoga Allah Azza wa Jalla tidak menarik balik nikmat imanNya daripada kita. Hidup beriman, mati pun beriman. InsyaAllah, moga diperkenan.

Wednesday, September 28, 2011

Raya, kita dan makan.

Assalamualaikum..

Selamat beribadat dan mengerjakan tanggungjawab sebagai seorang hambaNya. Mesti tak habis lagi cerita raya. Sakan sungguh tahun ni sampai tak sempat nak buat rumah terbuka peringkat nasional.

Aku punya cerita raya masa balik kampung itu hari, sempatla jumpa dengan Hasnul Izhan aka Mat Peti. tubuh sasa lagi mamat tuh. Seronok tak terkata dapat jumpa sahabat lama. Kira-kira dua dekad tak jumpa tuh. Ni buktinya..

ni di rumah pak Hasnul; ust. Shamsudin yang terletak di Bukit Jana Golf Resort.

Lepas tu pulak, nak jadi cerita lagi.. malam raya tengah aku dok sibuk menyibuk atas jalan yang memang dah sibuk dengan orang yang dok sibuk mencari barang lelong malam terakhir Ramadhan, terjumpa pulak dengan junior kita, taukeh (bukan tauge) kedai kuih tradisional di depan stesen bas Taiping. Akhuna Nasharuddin aka Nash. Aku beli banyak jugak malam tu kat kedai dia. Support la sket kawan2 berniaga. Sedap. Memang sedap dia punya kuih bahulu. Lembut, sedap dan berkualiti (tobat, dia tak bayaq aku untuk promo, sungguh..!). Sapa2 yang nak kuih raya, dia jual sepanjang tahun. Dan dia memang pemurah orangnya. Siap bagi lebih. Aku sampai naik segan. 

penulis bersama sdr Nash; taukeh bahulu.

hai.. nama saya Ahmad (ni bukan ahli alumni kita tau..!)

Tak menang tangan. Nak tolak jemputan, takdak sebab. Tak penuhi jemputan tanpa sebab musabab yang konkrit, salah di sisi agama. Sebagai contoh: Ibnu Mas’ud meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Apabila seseorang kamu dijemput kepada jamuan makan hendaklah ia menghadirinya. Jika ia tidak berpuasa hendaklah ia makan dan jika ia berpuasa hendaklah ia berdoa untuk keberkatan yang menjemput.” (at-Thabrani)

Oleh yang demikian itu, mengkala ada jemputan makan, kena hadir la kalau tiada keuzuran waimma kesulitan. Tu baru jemputan biasa-biasa. Belum kena jemputan kahwin lagi. Nak pulak, hadith-hadith tak pulak sebut nikah bini yang pertama ja yang wajib. Ha.. dengo tu Mart Jeni sama abg Jamil!! Kalau ada pasang niat nak tambah, kena la jemput ahli mesyuarat tingkap. Ahlil mesyuarat tingkap, wajib hadir. Mau catat la tuh...

laziizun jiddun

Berbalik kepada raya. Raya syawal dah abis. skang ni nak masuk raya Adha le pulok. Takdan aih ZulQaedah nak jejak kaki, dah kira Zulhijjah. Takpa... semangat tu yang kena ambil kira. Ada sesapa nak buat qurban/aqiqah ka raya ni? aku insyaAllah buat, tapi nok buak guanne weh.. terng taung ning, balik Gannu kite. Aku buak dennuh aa... Kalo sesape nok maghi, jangang segang2 le. Witahu awa.. kite book chalet hok muroh2. Tapi bukang kite hok bayo nye. Kite tolong arrange jah... ke guanne? 


Menarik juga idea yang dilontarkan oleh sahabat kita pasai nak buat kamben golek sempena raya korban tahun ni. Mesti meriah punya. Boleh.. boleh.. sapa nak join, angkat tangan..!

Thursday, September 8, 2011

Raya

Assalamualaikum..


Pe kabo semua? Harap2 raya taon ni terbaik untuk kalian. Buat teman, ok je.. ada la rasa best sket sebab tambah bayo zakat fitrah sorang lagi. Lepas tu, menatang tunggangan yng agak selesa berbanding tahun2 sudah. Alhamdulillah, puji dan syukur buat Allah SWT yang masih lagi bagi kita kecapi nikmat dalam kehidupan. Dalam pada tu pun, kena senantiasa ingat yang nikmat tu kadang-kala jadi ujian pulak buat kita. Cumanya, jangan kita lupa pada siapa yang mencipta kita sudahlah.


Berbalik kepada topik, Raya. Minggu sudah aku ada pi ziarah ayahnya Izanee; pakcik Zainon. Memang dia la ni dah makin uzur. Buat kawan-kawan yang berkesempatan, pi la ziarah sementara berkesempatan. Rumahnya satu ketika dulu, gelanggang bakar kambing untuk Komuniti87. Tapi la ni dah tak buat bakar kambing kat situ sebab rasa macam tak kena langsung dengan kita dok gelak-ketawa sambil tuan rumah terlantar di atas katil dalam rumah. Apa2 pun, sama-sama kita doakan moga Allah SWT memberikan yang terbaik buat keluarga Izanee dan kita semua, amin..!


Rumah terbuka peringkat nasional. so, sapa yang nak ambik fight nih? Ka tiada yang sudi? Aku tak boleh nak jadi hos sebab anak masih kecik. Bini aku cakap tak menang tangan nak uruskan hal-ehwal tetamu dan keluarga. 


Saja la tanya lagi sekali, kot-kot ada yang segan tapi nak buat. Iftor kita dah berjaya. La ni try rumah terbuka pulak. Rasanya kita tak pernah buat lagi kan? Pasai kuih-muih, toksah risau sebab kita buat konsep potluck. Cuma sediakan kawasan untuk melepak ja. Hat lain, kita sama-sama uruskan. 

Ka gumana?


Thursday, August 25, 2011

Selamat Menyambut Eidulfitri

Assalamualaikum..

Sengaja aku awalkan sikit posting kali ni kerna khuatir tak sempat nak mintak maaf. Dikesempatan ini, aku bagi pihak warga kerja Komuniti 87 mengucapkan Selamat Hari Raya Fitrah (bukan fitnah tau!). Maaf Zahir dan Batin jika ada salah dan silap.


Ye lah.. kadang-kadang dalam dok melawak dan menulis nih, ada yang terasa hati. Justeru, dengan rasa rendah diri dan ikhlas hati, ku pohon ampun dan maaf bersempena hari lebaran yang bakal mendatang.


Bersama-sama ini aku sertakan lirik takbir raya buat mereka yang selalu lupa macam aku nih. Moga dengan adanya lirik nih, kita berani dok saf depan dan tak ketaq bila orang passing mic mintak sambung takbir raya. Baru ade kellas gitew bila taon ni depa tengok budak Idrisiah mengganas di surau/masjid qaryah masing-masing!!!! 

 Jangan Lupa Lirik!!!


Dan undian Rumah Terbuka Aidil Fitri masih terbuka. Silalah kepada sesiapa yang sudi menjadi hos dan cadangkan tarikhnya. Terima kasih dan selamat bergembira. Kerana hari raya itu adalah hari kemenangan. Takkan nak sambut hari kemenangan dengan menangeh pulak? Dok gitew?



Tuesday, August 23, 2011

Persiapan raya

Assalamualaikum..

tanya sama pokok, apa sebab goyang?

Wallaweh.. rasanya baru je lepaih malam Lailatul Qadr. Sebab ikut kepada tok guru aku ngaji dulu, dah banyak malam ikut tahun-tahun sudah jatuh time-time macam ni. Walau apapun jua, jangan berenti meneruskan ibadah malam anda semua. Secara peribadi, aku akui tahun ni kurang sikit beribadat berbanding tahun-tahun sudah sebab ada anak kecik. Anak pulak pesen ngajak nyembang bila masuk pukul 2 pagi sampai la ke subhi. Muke nohen je. Yang maknye dah terbongkang serender pukul 3 pagi. Ate.. hero tak bergaji ni le yang nyambung tugasan. Alasan bini: Ala..! Abg keje sendiri. Kalo ngantuk, bleh tido dalam opis kalau masuk opis. Tak ke berkelemayor mate bile mentari memunculkan diri di pagi esok harinya?


Ha.. dengo tu? Tu le masalahnye orang Melayu ni. Asai aje kerje sendiri: Eeii... syioknye.. kalo maleh, tido je kat rumah, kalau rajin pegi opeh. Kalau rase nak balik, balik je. Tak macam kami yang makan gaji. Ada masa dan peraturan. Kena ikut semua tuh. Betui ke?


Muahahahahaha! Aku gelak lagi: Muahahahahahah! Banyak la kome punye syiok. Ate.. che buat cenggitu dua bulan berturut-turut. Nak kene bako dengan staff sebab tak bayo gaji? tu kira ok le kena bako idup-idup. Kene ditangkap, lepas tu disiat kulit idup-idup, sape nak nolong? Tu yang staf, yang gomen asyik dok mintak bayo cukai sana-sini, kome tak rase. Setakat cukai pendapatan tak ngape lagi. Ni.... kalau kentut pun boleh dicukai, memang dah lama kena cukai, yob!!! Tak percaye? Berenti keroje kome sekarang, bukak bisnes Sdn Bhd., bukan Enterprise. Baru le kome tahu kaye ke idak kerajaan Msia (rakyat Malaysia kompem miskin).


Ok. Dah merapu meraban aku ni. Next topic: Persiapan raya cemana? Berapa pasang baju kurung/melayu kome taon ni? Kalau dah banyak sangat duit bonus tu, pegi le cari rumah anak yatim, belikan le baju raye ke deme tu ha. Jangan asyik pikio anak-bini kite je. Yang under priviledge tu pun kita kena senantiasa ingat. Che kome pikio, kita bergaduh laki-bini sebab nak tuko langsir baru kaler ape, sedangkan ramai yang takde kasut/selipar sebab x mampu. Tak sedih ke yob? Memang dah jauh sangat kite ni dengan Islam. Che kite sesame berubah demi Allah dan RasulNya. Jom kita azam sempena Ramadhan yang tinggal tak berapa hari je lagi nih. 

Maaf Zahir dan Batin

Ok, topik seterusnya. Iftor dan solat Terawihnya sudah, bertemu dan berpisah pun sudah. Sampai masa kita ke episod yang seterusnya; Perjumpaan Hari Raya. 

Rasanya, kita dah maklum bahawa kita akan buat Perjumpaan Hari Raya yang belum ditentukan lagi. Tempat perjumpaan tu kalau ikut posting yang sebelum ni rasanya di rumah banglow nan terbontang indah milikan abg Borg (tapi tak dapat green light lagi daripada tuan tanah kedaung). Apa-apa pun, jom kita buat survey.
ha.. sapa yang tak teringin kalau macam ni?

Ha.. bila nak bikin rumah terbuka raya? Di mana (ikut ati aku kita buat di rumah abg Borg)? Jom mengundi!!!

p/s: undian ini hanya untuk warganegara Malaysia yang sah dan bukannya pengundi hantu yang di'sah'kan oleh Gomen.

Friday, August 19, 2011

Sambungan laporan Iftor

Assalamualaikum..

Sori geng! Aku dua tiga hari ni tak berapa sihat badan. Batuk-batuk. Mak mertua pun batuk-batuk. Buang dosa barangkali.





Aku takmau menulis panjang. Banyak sangat permintaan untuk aku upload gambo masa majlis tu. Aku merakamkan terima kasih buat suami-isteri tuan rumah yang bertungkus-lumus menyediakan servis yang terbaik untuk semua tetamu yang hadir. Serius, Abu Atief suami-isteri, hangpa pasangan terbaik!!! Terima kasih juga buat para isteri dan suami yang bawak juadah dari rumah (home made cookings) yang memang lazeezun awi-awi. Harap-harap kalo ade buat iftor taon depan, jangan le sesegan bawak lagi.





Cumanya ada sikit calar majlis tu dengan adanya sesi tak rasmi main mercun. Dapat plak info wujudnya mercun yang boleh menghancurkan jari. Bunga api masih ok. Tak bagi langsung karang, kata sekat pulak orang nak berseronok. Diharap selepas ni, kita sensitif sikit perkara-perkara macam ni. Satu lagi, ada jugak kutu dok sembang pasai duit, duit, duit. Ni spesis satu lagi yang cukup cemarkan majlis. Kalau nak bagi peluang cari wang sekalipun, patut padan la. Sampai xdak topik lain dah nak boleh bersembang. Tak sempat nak bertanya kabo pun ha. Semak kepala aku. Kawan-kawan yang lain tu aku taktau. Tapi aku memang berserabut.





Kalau dulu, dok sibuk MLM. Skang dok sibuk jaja cerita pelaburan pulak. Lepas ni? Jual-beli kapal selam? Bukan tak boleh. Boooleeeeh..! Bagus bila berkongsi maklumat dapat side income. Cumanya janganlah itu ja topik yang keluar dari mulut. Dah macam takdak perkara lain nak bersembang. Mungkin aku dah muak sebab aku orang berniaga sepenuh masa. Dok asyik cerita duit, duit, duit masa kerja. Bila bersantai, memang nak cerita benda lain selain duit. Dah la setahun sekali berjumpa pun susah. Mungkin ramai yang tak setuju dengan aku. Terpulang... hak masing-masing. Tiada paksaan.



Apa-apa pun, tu cuma sekelumit kecil perkara yang tak perlu diangkat sehingga menjadi masalah ummah. Banyak manusia banyak ragam. Apa yang penting, majlis tu tetap hebat. Siap ada kutipan derma kilat bantu saudara kita yang dalam kesusahan. Terima kasih dan Jazakallahu Khairal Jaza' buat seemua yang memberikan sumbangan ikhlas. Semangat yang macam ni lah yang kita nak tengok subur di kalangan kita. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.


Barakallahu fiikoum!

p/s: and abg Asr, thanks for providing us the ride. We really had a pleasant journey and smell. Muahahahaha.. this is best bro!