Pages

Tuesday, November 29, 2011

Awal Muharram di tanah tinggi

Assalamualaikum..

Apa kabo semua? Semoga cuti anda anda dipenuhi dengan aktiviti yang mendatangkan keberkatan dan keampunan Ilahi. Sebelum aku menulis lanjut, dikesempatan ini, aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru! Azam tahun baru aku; lebih bertaqwa, tawadhu' dan berilmu.


Awal Muharram 1433H yang baru ni aku sambut di Cameron Highland bersama anak bini. Tanah tinggi yang sinonim dengan dua perkara: i. ladang teh. ii. ladang strawberi. Aku menghabiskan kehidupan aku di atas sana selama 2 hari 1 malam. Wang hangus: beratus-ratus. Sewa hotel naik berganda-ganda. Aku main redah je. Nak booking atas talian, banyaknya hotel non-muslim. Sampai di atas, tidur jugak di hotel non-muslim kes semua hotel muslim 'fully booked'. Nasib baik la dapat jugak di Brinchang, lokasi kegemaran. Kedai makan berdekatan pun sedap. Tak la rasa ralat sangat.


Asalnya memang tiada perancangan langsung memandangkan bajet untuk bercuti dah habis. Tapi apakan daya, bini aku dok bunyi nak pergi naik tanah tinggi. Sayang punya pasal, bangun pagi, bersiap, masuk kereta, bismillahirrahmanirrahim... Dalam kepala, tak banyak destinasi yang boleh dipilih. Di Malaysia ni, kita ada Genting, Cameron, Fraser Hill, Bukit Larut dan Bukit Tinggi. Untuk makluman semua; Bukit Depu, Bukit Chandan dan Bukit Gantang bukanlah tempat percutian tanah tinggi. Bukit Merah tempat pelancongan. Pun bukan tanah tinggi. Waterpark ja.


Dalam banyak-banyak destinasi, aku pilih Cameron sebab memang terasa sejuk. Juga sebab tiada kasino. Dan Brinchang jadi pilihan kalbu sebab terasa kesejukannya. Tanah Rata ada jugak rasa sejuk tu, tapi tak sesejuk Brinchang. Saranan: menginaplah di Brinchang. Ada dua tiga operator hotel dan apartment orang Melayu Islam. Yang paling sohor, Sri Juliana. Dikhabarkan taukehnya orang melayu terkaya di Cameron. Hasil pendapatan dengan menjadi operator hotel di pekan Brinchang. Taukehnya tak sombong. Lepas tu kita ada Hotel Wira Awan yang dimiliki oleh Koperasi Tentera. Harga Hotel Wira Awan ni memang murah. Untuk bilik keluarga yang punyai 2 katil besar saiz ratu baru RM150/-. Tu belum mintak diskaun. Diskaun boleh dapat sehingga 25%. Dengan syarat: Mintak diskaun di kaunter, kata staf yang jaga kaunter tuh. Kalau tak mintak, memang dia tak bagi diskaun.

malam minggu di pasar malam Brinchang

Ok. Kenapa Brinchang? Sebab malam minggunya sangat meriah. Ada pasar malam. Kalau cuti sekolah, pasar malam tu diadakan setiap malam sepanjang cuti sekolah. Bolehlah nak pergi bercuti tanpa menunggu hujung minggu. Sampai di sana nanti, jangan lupa cuba makan pucuk bunga lily salut tepung, cendawan salut tepung dan lain-lain. Cuma yang yang hairannya, masa aku ada di atas nuh, ramai yang beli udang goreng salut tepung. Setahu aku, udang tak hidup atas bukit-bukau. Dan ada juga kedai steamboat yang hebat di atas Banjaran Titiwangsa. Tak percaya? Pergi saja kedai steamboat bersebelahan Tudor Home Inn (tempat aku menginap). Ramai yang dok tibai steamboat. Pelik tapi benar.

Kea Farm

Dari Brinchang, nak naik ke Kea Farm pun dekat. Tempat beli-belah sayur yang sangat segar. Antara tempat yang patut dibuat ketika di Cameron: Kea Farm (beli sayur dan strawberi). Brinchang (pasar malam hujung minggu dan menginap). Tanah Rata: Mardi (aiskrim strawberinya sedap dan sayurnya murah). Tanah Rata ke Ringlet- Bharat Tea House (pekena teh segar seteko sambil layan mata memandang ladang teh saujana mata memandang, manthoob beb!). Lain-lain tu macam Cactus Park tak pergi pun takpa sebab tak best pun.


Orang tua, kita dan anak kita memang akan suka dengan Cameron. Kalau Fraser Hill, bosan doh.. Takdak apa. Hutan, rumah lama, hutan. Genting: Bising. Orang tua memang tak suka. Duit, habih banyak. Bukit Tinggi: sewa bilik dan makanan mahal buat yang berkeluarga besar.

Pada aku la, tempat bercuti tanah tinggi yang semua lapisan umur boleh berseronok, Cameron. Anak-anak boleh petik strawberi, pakai jaket tebal, layan kabus tebal, orang tua boleh beli sayur, kita keluarkan belanja pun tak la teruk. Overall, Cameron pukui abis.


No comments:

Post a Comment