Pages

Wednesday, December 21, 2011

Penghujungnya hampir tiba...

Assalamualaikum..

Selamat di dalam apa jua pekerjaan yang tuan/puan sedang kerjakan. Selamat dan bergembiralah dengan cuti yang semakin tiba ke penghujungnya. Selamat menjamu selera buah-buahan tempatan yang sedang masak ranum.

Aku masih juga tidak berkesempatan untuk pulang bercuti ke kampung di tengah musim buah-buahan ni. Almaklumlah, gara-gara anak aku suatu ketika pernah dimasukkan ke hospital disebabkan serangan radang paru-paru yang mengakibatkan biniku punya cuti tahunan habis lebur. Tapi aku tak kisah sebabnya aku percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Cuma kita kena pandai membaca di antara garisan.

Dalam musim cuti yang kian ke penghujungnya, banyak sekali peristiwa yang telah dan sedang berlaku. Di antaranya ialah bot karam, banjir yang melanda negeri Terengganu, Pahang dan sekarang di Johor. Didoakan semoga para mangsa banjir selamat dan cepat dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing. Adalah menjadi suatu kepayahan dalam menjalani kehidupan seharian apabila terkandas dan terpaksa menginap di pusat perlindungan buat sementara waktu. Ada juga di antara mangsa yang bukan sahaja kehilangan harta-benda malahan nyawa.

Rata-rata para mangsa terdiri daripada golongan yang berpendapatan rendah. Manakan kerugian dek kerana harta-benda rosak keran bencana, urusan persediaan anak-anak untuk memulakan sesi persekolahan yang bakal muncul tidak lama lagi juga perlu diberikan perhatian. Moga Allah Taala memberikan kekuatan kepada mangsa-mangsa.

Cuma harus kita ingati selalu, setitis derita melanda, segunung kurniaanNya insyaallah pasti datang buat mereka yang tidak mengeluh dan berlapang dada dengan setiap ujian dan cabaran yang mendatang dari Ilahi. Langit tak selalu cerah, kelam malam tak berbintang, itulah lukisan alam, begitu aturan tuhan. Hasbunallah wa nikmat wakeel.

No comments:

Post a Comment