Pages

Solat Time

Tuesday, July 5, 2011

Senyap soh...

Assalamualaikum..

Pergh! Lama gila aku tak kemaskini blog ni. Senyap soh..! Almaklumlah.. blog buka lagi medium pengantara yang nombor satu sekarangni. Orang ramai lebih selesa dengan Facebook. Tapi aku secara personal, blog ni lagi selesa. Lebih private, lebih terurus berbanding dengan facebook. Kadang2 dia mai sampah, kadang2 dia mai iklan. Serabut pun ada. apa2 pun, yang penting wasilah dan ikatan persaudaraan tetap kena jaga atas nama agama. Tak kira apa jua medium yang sahabat2 gunakan.

Berita terkini yang ada di Kuala Lumpur, tak ramai yang berhubung antara satu sama lain. Semakin renggang rasanya. Mungkin dek kerana sibuk urusan dunia barangkali. Baru2 ni sahabat kita Mart Jeni masuk hospital kerana tekanan darah rendah. Lepas tu kena jangkitan kuman yang menyebabkan kakinya bengkak. Dah macam tiang jamban tinggai je aku tengok. Tapi alhamdulillah, berkat doa dan usaha doktor juga kakak2 mission (misi), Mart dibenarkan pulang dan berehat di rumah. Keadaan kakinya masih lagi bengkak, tapi dia dah 'meladi' (jalan-jalan cari pasai) sana-sini. Semoga cepat sembuh seperti sediakala dengan seberapa pantas, amin..!

Seterusnya, perniagaan sewa kereta dan pemandu si Jamil makin pesat. Alhamdulillah. Sesapa yang nak sewa kereta, bolehla hubungi abg Jamil kita. Dia boleh kawtim daripada kereta MyVi sampaila ke kereta kebal. Kereta sorong org tak buat sewa.

Abu Atief! Gumana dengan bisnes Barakah mike? Teman dengo kemain lagi lagi mencanaknye.. Alhamdulillah le. Kawan2 kena support dan tolong bisnes sahabat-sahabat nih. untuk kawasan Taiping, siapa2 yang nak Barakah, sila hubungi ustaz Fariz di talian yang sudah dimaklumkan. Dan kepada kawan2 yang berniaga, bolehlah kembangkan rangkaian perniagaan anda semua melalui blog ni. Tak kena caj seduit pun. Janji untung berniaga tu, bayor le zakat. Muahahaha..! Dok gitew? (teringat aku kat *akhiti Nizam)

*akhiti : gabungan nama akhi&ukhti yakni perempundan dan dalam bahasa arabiyyon: Mukhannas (ustaz2, betui ka istilah tuh?)

Kita pakat2 doa la bagi kawan2 yang terpesong, kembali ke jalan yang diredhai..




7 comments:

Ahmad Zaki @ abuateif said...

salam...

mmg lengang blog kita ni...masing2 ngan urusan masing2..sabo jerla.

bisnes baraka alhamdulillah boleh tahan jgk la...tapi buat masa ni terpaksa stop dulu sbb tak mampu nak oder stok baru..harga baru n melambung so tak cukup duit nak pusing modal...

teman la ni dok berjinak2 ngan katering pulak...so sapa kengkawan yang nak buat kenduri tapi tak mampu nak bayo duit katering yg tinggi cari la teman ni insyallah kita bagi harga murah n special hehehe..rega boleh runding.

puasa ni kita kena buat iftar jamaai jugak...selain gbox teman ofer umah teman jgk psl ada orang kata nak p umah gebok kat lekio tu jauh sgt hehehe...umah teman kat ipoh ni tengah2...terpulang kat kengkawan la...teman follow jer

borg said...

pehh!!dlm diam sahabat teman ni semakin rancak berniaga,berminat jgk teman nk pakai khidmat mike bila mendengokan kengkawan blh dpt HARGA MURAH DAN SPECIAL,klu kt lekio mcmaner?blh ke bro?teman ada brcdg nk buat kenduri dlm bln ni,tp bila tgk jadual kt surau teman tu dh penuh dibooking oleh oleh jemaah2 yg jgk nak buat kenduri dlm bln ni jgk maka terpaksa la teman tunda ke tarikh yg lain,lps raya jgk la nmpknya.
nnt bila ada ngole session kita bncg lbh lanjut.

marn said...

Pergh...! terbaik tuh.. bro Abu Atief.. tabik spring sama lu. Boleh brapa kali bayo yob? tunggakan 12 bulan bleh? Teman nak buat aqiqah.. bajet tak mandang, tapi nak grand.. kalo mike ade buat easy-payment scheme, teman ambik ngan mike je..

Ka gumana? Muhahahahahah

marn said...

Sesape yang nak jadi Pengedar barangan abg teman: Dr Jamnul Azhar, bolehla hubungi beliau di talian 019-4152829.

Ada minyak kasturi, minyak dhob, talbinah, kokogoat dan banyak lagi. Margin untung untuk pengedar, hebat gak la.

So, jangan sesegan nak tlepon kalu nak buat side income. Baguih tuh.. Lnagkah pertama untuk menjejakkan kaki ke dunia perniagaan.

marn said...

Dan lagi satu, kaki abg Mart kita masih lagi bernanah dan bengkak. Sian kat dia.. Dalam pada tu pun, makan kuat macam biasa (menandakan dia sihat).

borg said...

kpd abg mart kita aku doakan agar mike cepat sembuh adanya insyaallah.
aku rasa mgkn sbb dh lama x kena bilis pangkor kot tu.

Ahmad Zaki @ abuateif said...

Hahaha...aku ngan dunia masakan umpama kulit durian ngan isi dia mmg tak dapat dipisahkan...so ni lah masanya utk memprektikan ilmu yang ada disamping dapat tolong kengkawan yang nak buat kenduri tapi bajet ciput...jgn risau ghubin hang nak buat kita boleh tolong masakan...kengkawan tak kan nak berkira...kena masa dan ketika kita boleh turun masak hahaha.