Pages

Monday, July 12, 2010

Juara baru!!!

Assalamualaikum..

Aku tak tido lagi nih. Demam Piala Dunia sudah berakhir. Tiada lagi qiamullail dalam masa terdekat ni. Panjang umur jumpa lagi di Brazil. Seperti yang telah aku ramalkan sejak pusingan kedua lagi (peringkat 16 pasukan), Sepanyol bergelar juara. Walaupun sesen pun aku tak bertaruh sebab haram di sisi Allah SWT, tapi aku puas hati sebab Sepanyol memang layak jadi juara. Dengan corak permainan yang bersih dan mantap, depa memang ada 'substance' untuk bergelar juara Piala Dunia edisi kali ini.

Memang menyakitkan hati bila nengok skuad Oranje bermain. Sampai 9 kad kuning. Main hapa lagu tu? Tu main polis sentri boleh la. Aku bukanlah penyokong fanatik pasukan Sepanyol. Tidak, jauh sekali. Aku sokong pasukan yang mempamerkan permainan yang bersih dan cantik. Dan satu-satunya pasukan yang bermain cantik dan bersih ialah Sepanyol. Kalau sebelum ni, aku sokong Uruguay, tapi dek kerana si Suarez tu main kecoh, aku menyampah gila dengan Uruguay. Nama pun bolasepak (sepak dengan kaki, bukannya sepak yang bermaksud penampo).

Viva Espana! Terus pamerkan permainan anda yang cantik. Memang hangpa layak julang Piala Dunia kali ni. Dan buat mereka yang duduk dan berkuasa dalam FAM, tolongla bukak mata dan hati tu, jangan benak sangat. Tengok la sikit negara lain kembangkan dan majukan bolasepak. Asyik2 dengan kelab dari England. Kelab dari England (EPL) ni setakat gah dalam media ja. Tapi kualiti tarak. Oleh yang demikian, pi la buat study kat negara Eropah selain England terutamanya kelab Ajax sama Barcelona. Memang patut diberi pujian. Bukan sekadar teknik, tapi kebolehan menyusun taktikal yang mantap.

Contoh terbaik ialah masa peringkat separuh akhir. Kalau atas kertas, memang Jerman senang-senang ratah Sepanyol. Tapi sebab Sepanyol guna otak dan kaki untuk bermain sepak bola, depa senang-senang jinakkan Jerman. Tu dia kawan-kawan.

Ingat..! Guna otak bila buat sesuatu pekerjaan. Pikir, rancang dengan teliti dan laksanakan mengikut perancangan yang dah diaturkan. Hasilnya, amat lumayan.

3 comments:

  1. Ha... Dok nganga apa lagi? Piala Dunia dah abih. Pi buat kerja...!

    ReplyDelete
  2. buat apa dok nganga yop...apa crita ttg lokasi reunion perdana kita.?

    ReplyDelete
  3. nak tau perkembngan tentang lokasi reunion perdana kita ka? muahahahaha... kes demam bola piala dunia, apa pun tadak lagi.

    stakat la ni, info dah dikumpui oleh sdr Asri kita. Sepatutnya berjumpa malam tadi untuk berbincang lebih lanjut, malangnya ada perkara yang tak dapat dielakkan. Maka, akan disusuli pulak dengan perjumpaan yang insyaallah akan diadakan pada malam ni.

    ReplyDelete