Assalamualaikum..
Terkini...
Padan muka kita rakyat Malaysia. Tengah dok sakit tetiba mai pulak lagi satu penyakit. Penyakit yang ni memang susah nak ubat, yakni sakit hati. Mana taknya, kerajaan punya tadak rasa hormat pada rakyat, depa senang-senang ja penaik harga minyak. Bukan setakat minyak, taik minyak, minyak urut, minyak dagu, minyak masak, dan segala tentang minyak kompem akan naik jugak. Yang turun apa dia? Mentaliti sama akhlak manusia. Penaik pun tengah-tengah malam. Nasib bak la aku dapat info awal, sempatla kongsi dengan kawan-kawan yang bertangguh nak isi minyak hari ni. Tu pun ada yang dok persoalkan mana aku dapat info. Ha, sapa yang tak percaya malam tadi, jangan dok menyesai sudah la. Kan aku dah habaq!!!
Kerajaan konon kata nak save duit. Nanti muflis. Hallo!!! Bukan sebab subsidi la kerajaan muflis. Sebab dia ialah kita bagi perompak jaga harta negara. Hat tu baru la sebabkan kerajaan muflis. Sapa yang tak setuju dengan tulisan aku, hangpa punya pasai. Aku lawan, tetap lawan.
So, apa macam kawan? Ada berani buat reunion ka? Nak balik kampung tengok mak-ayah kita pun kena berkira la ni. Tobat barang-barang akan naik. aku selaku kelompok peniaga kecil-kecilan ni mesti kena marah punya dengan pelanggan. Mesti kena adjust harga kalau supplier penaik harga barang. Takkan aku nak telan kos tambahan bulat-bulat? Anak bini aku makan pasiaq ka?
Posting asal...
Semalam telah berlangsung perjumpaan antara aku, Jamnul & Saiful Asri untuk membincangkan perihal Reunion bekas pelajar Idrisiah 87-91 di restoran Al Rawsha Ampang. Perjumpaan yg agak lewat akibat dari komitmen kerja masing2 telah berlangsung dengan jayanya diiringi dengan keenakan Lamb Madhrud, thanks to Abg Asri.
Diakhir perjumpaan kami telah membuat kesimpulan iaitu kos untuk Reunion jika diadakan di sekitar KL/Selangor agak tinggi berpandukan dari brosur dan maklumat tambahan yg dibawa Saiful Asri. Sebuah keluarga sederhana (suami isteri & 2 anak 4 tahun keatas) dianggarkan akan berbelanja lebih kurang RM650.00. Ini berdasarkan caj setiap kepala iaitu RM130 dewasa RM90 kanak2 yang berumur 4 tahun dan ke atas. Congakan tersebut termasuk perbelanjaan perjalanan pergi & balik. Ini tidak termasuk perbelanjaan membeli belah di sekitar Jln. Tunku Abdul Rahman mahupun Nilai 3 jika sahabat-sahabat tewas dengan pujukan isteri memasing.
Pun begitu, walaupun cajnya boleh dikatakan agak mahal, kita perlu sedari bahawa kita akan hadir sebagai tetamu, yang membawa maksud kita tidak perlu memikirkan tentang apa nak masak, apa nak barang yang tak cukup untuk memasak, program dan sebagainya. Membawa maksud segala mak nenek caj tu adalah termasuk makan minum & aktiviti sukan yg sudah tersedia di dalam pakej yang telah diatur dan disediakan oleh pihak Resort.
Oleh itu, saya menyeru sahabat yang biasa atau pernah terlibat secara langsung waimma tidak langsung dengan sebarang penganjuran hari keluarga ataupun program yang seumpama dengannya, untuk tampil dengan cadangan yang lebih menarik, da bomb, bernas, jitu, tuntas dan mapan berkenaan tempat untuk kita laksana dan mengadakan majlis perjumpaan 'Reunion V.3' untuk bersama-sama pertimbangkan. Kalau boleh dapatkan sebutharga untuk penginapan serta makan minum sekali. Jangan risau kerja2 sekretariat masih lagi dilakukan oleh kami di KL.
Akhir sekali sama-samalah kita menjayakan majlis perjumpaan ini agar silaturrahim yang terjalin terus mekar & untuk pengetahuan semua beberapa senior kita begitu kagum dengan semangat jejuniornya nih mungkin akan turut serta dalam perjumpaan kali ini.
Sekian.
Mart Jeni
Slow la kita nih.. aku rasa macam sapa pun tak bermiat nak buat reunion ja nih mart jeni oi...
ReplyDeleteAku kalau lambat2, baik tak payah buat. sebabnya nanti time dah penuh nak tempah pun x dapat, baru nak terhegeh2.
muahahahah...
a'kum,aku cdgkan kita buat di bagan lalang sepang slgr,hjg bln ni aku blk sepang,apa kata geng kl kita hang out sana smbl bncg ttg program smbl pekena kerang bakar kat sana amacam?
ReplyDeletecam besh... aku nak tgk gak apa org bgn lalang bleh ofer..
ReplyDeleteaku no hal, mana2 pun ok, yang pastinya, biaqlah majlis reunion ni berjaya dibuat walaupun tak ramai yang sanggup nak join. hat mana ada je la pun ok jugak.
nak paksa pun tak guna sebab buat kerja terpaksa ni, pahala pun tak dapat apatah lagi keceriaan waimma perasaan gumbira. dok gitu?
it's gud to have u back, borg!!!
a'kum,
ReplyDeleteaku bkn ape man,lately ni sibuk skt,
tp aku sebenonya sentiasa mengikuti perkembangan blog ni,cuma jrg2 post komen.so amacam hjg bln ni jd ke hang out?marn dh no hal, kl citizen yg lain camner?.mart jeni,brp kilo ikan bilis nak order?
aku cukup bernafsu utk komen kali setelah membaca komen dari akhi gbox
ReplyDeletesebelum aku meneruskan ayat ni suka aku nak bagi tau kat gbox...susungguhnya bukan kita sorang jer sebok..orang lain pun sebok gak.
aku setuju jer kat mana pun...aku insyallah akan join reuniuon 3 ni kalau jagi..tak dapat bagan lalang..bagan rumput pun kira dah ok...janji jadi
aik?!! senyap ja..
ReplyDeleteOk, aku dah dapatkan info tambahan pasai reunion kita. mart jeni ada cadangkan kat aku pasai villa ukhwah bawah pengurusan Koperasi Ukhwah. Ada sebuah villa berdekatan dengan istana budaya yang terletak di taman tasik titiwangsa. Ni semua cadangan mart jeni (thanks bro).
Sewa banglow villa ukhwah tu ialah rm300/- semalam. ada 9 bilik (2 di tingkat bawah, 7 di tingkat atas). Banglow tu 2 tingkat. Ada kolam renang untuk dewasa dan kanak2. Setiap bilik mempunyai satu queensize bed @ dua katil single (bleh kasi cantum). Tilam tambahan tidak disediakan, cumanya pihak pengurusan boleh sediakan comforter atau dalam bahasa mudahnya toto. Kawasannya agak luas (aku x pi lagi tengok, cumanya nengok melalui gambar dalam website depa ja).
Setiap bilik ada juga disediakan pendingin hawa dan bilik air. TV hanya ada di ruang tamu di tingkat atas banglow. Tiada peti ais untuk kegunaan penyewa.
Boleh sewa 7 buah khemah (maksimum) dan dipasang dalam kawasan (kalau nak buat program luar dewan lah). Dewan memang sedia ada kalau nak buat aktiviti dalam dewan. Ruang solat pun besar. Non-smoking zone dalam kawasan villa. Makanan tidak disediakan. BBQ set pun tidak disediakan tapi boleh bawak. Tak bleh bising sangat sebab situ area eksklusif. Kalau ada rungutan/komplen daripada jiran, kita semua kena halau. Muahahahahahah..
Syaratnya, mesti jadi ahli koperasi dulu. Tempoh proses menjadi ahli adalah selama dua bulan, barulah boleh tempah mana-mana resort@tempat percutian yang berada di bawah pengurusan koperasi ukhwah.
So, apa kata kalau kita buat kat situ? Sewa memang dah save gila sebab murah banget. Memang tak dapat kat mana-mana resort di Msia nih dengan harga yang meletup murah. Nak2 hari pun ok. Baru rm600/-. Siap kolam renang lagi ha. Makanan boleh tapau el-Madhghut kalau nak. Muahahahahaha!!!
Bulan 11 masih lagi kosong, tapi durinya kena register jadi ahli la baru layak guna kemudahan sedia ada. Dan untuk makluman, sebarang aktiviti MLM di dalam kawasan villa tidak boleh diadakan (ni syarat pengurusan Koperasi ukhwah).
Skang, aku tengah tunggu info untuk menjadi ahli. Sapa ada kawan2 yang dah jadi ahli koperasi Ukhwah? Kalau ada, bleh tumpang pakai nama dia. Syarat jadi ahli, kena bayar RM350/- untuk tahun pertama dan yuran pembaharuan ahli masih aku tak dapat. Dok tunggu pihak pengurusan Koperasi Ukhwah faks.
Tu saja info ringkas yang dapat aku kongsikan bersama. Nanti aku kemaskini kalau ada info terbaru.
Thanks bro marn for the effort.. aku br balik outstation 2 hari, sori kalu lambat jwb.. Gbox hang mai 31 hb ni ka? kalu mai aku saja aku nak 2 kilo.. yg lain hangpa kena jwp sendiri la..
ReplyDeleteabe borg, kawe nak 2 kilo kalau tak keberatan. kawe tera make skali, abih punoh raso hok ado di pasarey le nih. kawe tok leh makey hok lain dari yang demo bawok dari pulau pangko.
ReplyDeleteBile mike nak jumpe yob? jumaat mlm sabtu depan aku boleh.. sabtu aku dah balik ipoh...
ReplyDeletea'kum,
ReplyDeletebro mart,aku ingat mgkn aku blk ptg 30hb,aku ingat mlm 31hb jgk la kot blh jmpa,x pa klu hg x dpt mai,hg punya bilis tu kirim kat bro marn pun blh,
setelah membaca komen bernafsu dr bapaknya si atief,maka aku pun terangsang untuk bg respon.mmg la semua org sibuk,nk buat mcmana kan?
tp sesibuk mana seseorg tu ttp ada masa utk blk kmpg,sementelah lg klu jarak tmpt tggl dgn kmpg tu hanya 30 minit prjlnan,setiap kali aku pg kedai poi setiap kali tu la aku kena jwb kat poi,apa yg blh aku jwb ialah"agaknya dia ada tution kot" ataupun " wallahualam" tp akhir2 ni aku trpaksa jwb "agaknya kena tambat kot"(jgn mrh yob,sesungguhnya mrh itu x kan dpt meredakan nafsu ngko).
Apa2 hal pun apa sj keputusan reunion nnt aku sokong seribu peratus.
salam semua...
ReplyDeleteaku amat bernafsu sekali lagi bila baca komen gbox...lawak pun ada terharu pun ada..
aku tak tau sapa yang gbox maksudkan tu...perjalanan dari ipoh ke manjung naik keta wira makan sejam stgh jgk...tak tau la altis boleh pecut stgh jam kot.
gbox yang aku hormati,,,
nak tau aku balik kampung ke idak mengapa ditanya pada poi...aku tak diberitahu pulak setiap kali balik ke kampung kena register nama kat poi...lain kali tanya lah kat mak aku or adik beradik aku...bersama2 ini aku sertakan no hp mak aku 016-5466428 utk ko mengetahui keadaan sebenar
sila jawab gbox