Pages

Wednesday, July 28, 2010

Majlis Reunion 3 ep. 3

Assalamualaikum..

Untuk makluman semua, aku dan abg Mart dah duduk semeja berbincang akan beberapa perkara mengenai majlis seperti tajuk di atas. Antara perkara yang disentuh ialah masa, lokasi, aturcara/tentatif, bajet (makan/minum/hadiah), penyelarasan program, fasilitator aktiviti dan lain-lain.

Beberapa isu timbul. Antaranya ialah kekangan dari segi kewangan dan tempat. Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, pihak pengajur telah bersetuju untuk mengadakan majlis di Villa Ukhwah (masih dalam proses mendapatkan tempahan pada tarikh yang telah ditetapkan yakni 27 Nov 2010) yang terletak di dalam Taman Tasik Titiwangsa. Kekangan dari segi kewangan disebabkan pihak pengajur telah menyerap kos tambahan demi untuk mengekalkan harga lama seperti di Pulau Pangkor sebelum ini. Dan juga mengambil kira faktor tambang dan perbelanjaan pergi-balik para tetamu yang berada di luar kawasan.

Berbalik kepada Villa Ukhwah. Hanya terdapat 9 bilik sahaja di villa tersebut. Dan daripada 9 buah bilik tersebut, sebuah bilik akan diperuntukkan kepada fasilitator untuk berehat, mengelolakan anak-anak serta bersalin pakaian. Secara rasminya, hanya 8 bilik yang tersedia untuk para tetamu yang akan hadir insyaAllah. Sekiranya kedatangan para tetamu dari luar kawasan melebihi bilik yang tersedia, pihak pengajur akan menempatkan para tetamu di beberapa lokasi yang difikirkan sesuai. Pihak pengajur akan menggunapakai konsep '1st come, 1st serve'. Siapa cepat, dia dapat. Tidak timbul soal pilih kasih. Moralnya di sini, pohon beri kata putus sama ada nak menghadirkan diri ataupun tidak dengan kadar segera.

Walau bagaimanapun, sayugia diingatkan akan berlaku kesulitan dan kerumitan yang bakal timbul kelak memandangkan lokasi Villa Ukhwah dan tempat penginapan yang tidak sama lokasi kedudukannya. Jarak antara tempat penginapan (sekiranya villa tidak dapat menampung) tidaklah jauh. Masih di dalam KL dan berdekatan dengan Jalan TAR (ni untuk makluman para ibu). Cumanya, dikhuatirkan akan berlaku kesesakan jalanraya. Almaklumlah, dalam KL. Moral: rancang perjalanan anda dengan baik.

Justeru, akan timbul kerumitan. Harap maklum awal-awal. Jangan nanti asyik nak komplen ja. Aku tak suka bunyi2 belakang. Ada masalah, bagitau cepat. Senang nak tangani masalah yang timbul. Tujuan kita kumpul ramai-ramai nak eratkan ukhuwwah sesama kita, bukannya nak cari salah dan kelemahan serta bermusuh. Segala kekurangan dan kelemahan pengajuran kali ini, harap maklum. Bak kata Wonderpets: "Apa yang penting, kerjasama..!!"

Villa Ukhwah. Siap kolam renang lagi ha. Huhuhuhu..

Bilik Mesyuarat (untuk buat aktiviti dalam dewan)

contoh bilik 1

contoh bilik 2

bersambung di episod akan datang.

Friday, July 23, 2010

Majlis Reunion 3 ep. 2

Assalamualaikum..

Apa macam Jumaat minggu ni? Ada yang tido masa dengo khutbah ke yob? Tempat teman khutbahnye pasai kelebihan bulan Syaaban dan Nisfu Syaaban (bukan Ah. Nisfu eh..!). Kelebihan membayo lebih harga minyak dek kerana penyelarasan harga (nama manja untuk 'tarik subsidi') tak pulak disentuh oleh deme. Yang nyampenye pun membace teks. Bukannya bagi khutbah. Setakat bace, bagi budak pra sekolah pun boleh bace yob. Tapi kira oklah topik tu kalau nak dibandingkan dengan tajuk 'Makanlah buah-buahan tempatan' yang macam pernah terjadi di Melaka satu ketika dulu. Lagi parah kalau ghope itu.

Deme la ni nak bincang muzakarah duwe parti beso orang Melayu. Harus Sana-sini dok sibuk ketuk canang yang ngatekan dia 'initiate the idea' untuk kesatuan orang Melayu. Konteks Malaysia ni bile aje sebut Melayu otometik pahamnye Islam. Walaupun banyak Melayu yang berkuase mahupun idak, tak minat semayang, pose haram ndak, melantak rasuah macam orang kebulo, tonggang arak macam togok ayo paip, bagi lesen judi, ngutuk nabi tak becuko sebab jillet tak mandang. Banyak lagi le kalo aku tulih dalam ni mau boleh buat novel bersiri. Ntah celah bedah mane nak nunjuk perangey Muslim yang baiknye depan non-muslim. Those goons give Islam a bad name.

Teman sokong kalo Melayu bersatu. Baguih le. Lagi baik kalau bukan takat Melayu je yob. Bio Cine, India, Banggali dan bangsa serta suku-kaum yang duduk di Malaysia ni bersatu. Memang nabi SAW ngajak umatnye bersatu. Yang ada hari ni banyak berbilion tapi tak kuat sebab tidak bersatu le yob. Tu sebab yahudi kuih-kuih je kite ni dengan ujung jari kaki deme. Tapi teman tak sokong kalo bersatu dengan mendiamkan diri tentang kezaliman dan kebobrokan yang wujud sebab salah urus dan tadbir negara. Pejamkan mate tentang salah laku dan kejahatan. Yang ni memang teman tak sokong. Lawan tetap lawan.

Berbalik kepada tajuk posting kite hari ini, teman malam tadi udah berbincang dengan sahabat kita; sdr. Mart Jeni di al-Rawsha (buat pertama kalinya pegi melantak syai arobi bilna'na' faqod). Ehna maafi nuqud. La yakfi. Asyummu areehha lazeezah awie, yekni madhgut laham. Ehna rijaalan miskinaan. Innallaha ma'as soobireen.

Dan hasilnya ialah dengan menyusun beberapa program untuk ibubapa yang bakal hadir serta aktiviti untuk anak-anak. Tempat sudah difinalizekan di atas kertas yakni di Taman Tasik Titiwangsa, berdekatan dengan tapak Eye of Malaysia tempoh hari. Bertempat di Villa Ukhwah. Cumanya tak boleh betul2 finalize secara nyata sebabnya tak tempah pun lagi. Khuatir bila nak tempah, tempat tu dah diambil orang pada tarikh yang telah ditetapkan yakni 27 Nov 2010.

Apa yang nak disampaikan di sini ialah tarikhnya tetap tidak bertukar. Cumanya venue sahaja yang bertukar. Dari Agrotek Hulu Langat yang melampau mahai harganya, kita dapat tengah2 KL. Musti para ibu suka sebab Ahad lepas checkout, boleh selit pegi jalan TAR. Tak jauh pun. Setakat ini sahaja dulu untuk makluman semua. Info tambahan akan diberitahu kelak.

Thursday, July 15, 2010

Majlis Reunion Bahagian 3

Assalamualaikum..

Terkini...

Padan muka kita rakyat Malaysia. Tengah dok sakit tetiba mai pulak lagi satu penyakit. Penyakit yang ni memang susah nak ubat, yakni sakit hati. Mana taknya, kerajaan punya tadak rasa hormat pada rakyat, depa senang-senang ja penaik harga minyak. Bukan setakat minyak, taik minyak, minyak urut, minyak dagu, minyak masak, dan segala tentang minyak kompem akan naik jugak. Yang turun apa dia? Mentaliti sama akhlak manusia. Penaik pun tengah-tengah malam. Nasib bak la aku dapat info awal, sempatla kongsi dengan kawan-kawan yang bertangguh nak isi minyak hari ni. Tu pun ada yang dok persoalkan mana aku dapat info. Ha, sapa yang tak percaya malam tadi, jangan dok menyesai sudah la. Kan aku dah habaq!!!

Kerajaan konon kata nak save duit. Nanti muflis. Hallo!!! Bukan sebab subsidi la kerajaan muflis. Sebab dia ialah kita bagi perompak jaga harta negara. Hat tu baru la sebabkan kerajaan muflis. Sapa yang tak setuju dengan tulisan aku, hangpa punya pasai. Aku lawan, tetap lawan.

So, apa macam kawan? Ada berani buat reunion ka? Nak balik kampung tengok mak-ayah kita pun kena berkira la ni. Tobat barang-barang akan naik. aku selaku kelompok peniaga kecil-kecilan ni mesti kena marah punya dengan pelanggan. Mesti kena adjust harga kalau supplier penaik harga barang. Takkan aku nak telan kos tambahan bulat-bulat? Anak bini aku makan pasiaq ka?


Posting asal...

Semalam telah berlangsung perjumpaan antara aku, Jamnul & Saiful Asri untuk membincangkan perihal Reunion bekas pelajar Idrisiah 87-91 di restoran Al Rawsha Ampang. Perjumpaan yg agak lewat akibat dari komitmen kerja masing2 telah berlangsung dengan jayanya diiringi dengan keenakan Lamb Madhrud, thanks to Abg Asri.

Diakhir perjumpaan kami telah membuat kesimpulan iaitu kos untuk Reunion jika diadakan di sekitar KL/Selangor agak tinggi berpandukan dari brosur dan maklumat tambahan yg dibawa Saiful Asri. Sebuah keluarga sederhana (suami isteri & 2 anak 4 tahun keatas) dianggarkan akan berbelanja lebih kurang RM650.00. Ini berdasarkan caj setiap kepala iaitu RM130 dewasa RM90 kanak2 yang berumur 4 tahun dan ke atas. Congakan tersebut termasuk perbelanjaan perjalanan pergi & balik. Ini tidak termasuk perbelanjaan membeli belah di sekitar Jln. Tunku Abdul Rahman mahupun Nilai 3 jika sahabat-sahabat tewas dengan pujukan isteri memasing.

Pun begitu, walaupun cajnya boleh dikatakan agak mahal, kita perlu sedari bahawa kita akan hadir sebagai tetamu, yang membawa maksud kita tidak perlu memikirkan tentang apa nak masak, apa nak barang yang tak cukup untuk memasak, program dan sebagainya. Membawa maksud segala mak nenek caj tu adalah termasuk makan minum & aktiviti sukan yg sudah tersedia di dalam pakej yang telah diatur dan disediakan oleh pihak Resort.

Oleh itu, saya menyeru sahabat yang biasa atau pernah terlibat secara langsung waimma tidak langsung dengan sebarang penganjuran hari keluarga ataupun program yang seumpama dengannya, untuk tampil dengan cadangan yang lebih menarik, da bomb, bernas, jitu, tuntas dan mapan berkenaan tempat untuk kita laksana dan mengadakan majlis perjumpaan 'Reunion V.3' untuk bersama-sama pertimbangkan. Kalau boleh dapatkan sebutharga untuk penginapan serta makan minum sekali. Jangan risau kerja2 sekretariat masih lagi dilakukan oleh kami di KL.

Akhir sekali sama-samalah kita menjayakan majlis perjumpaan ini agar silaturrahim yang terjalin terus mekar & untuk pengetahuan semua beberapa senior kita begitu kagum dengan semangat jejuniornya nih mungkin akan turut serta dalam perjumpaan kali ini.

Sekian.

Mart Jeni

Monday, July 12, 2010

Juara baru!!!

Assalamualaikum..

Aku tak tido lagi nih. Demam Piala Dunia sudah berakhir. Tiada lagi qiamullail dalam masa terdekat ni. Panjang umur jumpa lagi di Brazil. Seperti yang telah aku ramalkan sejak pusingan kedua lagi (peringkat 16 pasukan), Sepanyol bergelar juara. Walaupun sesen pun aku tak bertaruh sebab haram di sisi Allah SWT, tapi aku puas hati sebab Sepanyol memang layak jadi juara. Dengan corak permainan yang bersih dan mantap, depa memang ada 'substance' untuk bergelar juara Piala Dunia edisi kali ini.

Memang menyakitkan hati bila nengok skuad Oranje bermain. Sampai 9 kad kuning. Main hapa lagu tu? Tu main polis sentri boleh la. Aku bukanlah penyokong fanatik pasukan Sepanyol. Tidak, jauh sekali. Aku sokong pasukan yang mempamerkan permainan yang bersih dan cantik. Dan satu-satunya pasukan yang bermain cantik dan bersih ialah Sepanyol. Kalau sebelum ni, aku sokong Uruguay, tapi dek kerana si Suarez tu main kecoh, aku menyampah gila dengan Uruguay. Nama pun bolasepak (sepak dengan kaki, bukannya sepak yang bermaksud penampo).

Viva Espana! Terus pamerkan permainan anda yang cantik. Memang hangpa layak julang Piala Dunia kali ni. Dan buat mereka yang duduk dan berkuasa dalam FAM, tolongla bukak mata dan hati tu, jangan benak sangat. Tengok la sikit negara lain kembangkan dan majukan bolasepak. Asyik2 dengan kelab dari England. Kelab dari England (EPL) ni setakat gah dalam media ja. Tapi kualiti tarak. Oleh yang demikian, pi la buat study kat negara Eropah selain England terutamanya kelab Ajax sama Barcelona. Memang patut diberi pujian. Bukan sekadar teknik, tapi kebolehan menyusun taktikal yang mantap.

Contoh terbaik ialah masa peringkat separuh akhir. Kalau atas kertas, memang Jerman senang-senang ratah Sepanyol. Tapi sebab Sepanyol guna otak dan kaki untuk bermain sepak bola, depa senang-senang jinakkan Jerman. Tu dia kawan-kawan.

Ingat..! Guna otak bila buat sesuatu pekerjaan. Pikir, rancang dengan teliti dan laksanakan mengikut perancangan yang dah diaturkan. Hasilnya, amat lumayan.

Friday, July 2, 2010

Ahli baru lagi...

Assalamualaikum..

Mabrouk.. mabrouk.. mabrouk...!!! Tahniah buat saudara kita, Mr. Yusrin aka Mat Labu telah mendapat cahayamatanya yang kedua. Anak lelaki yang belum lagi diberi nama. Aku dapat mesej daripada Yusrin lewat senja nan permai. Anaknya selamat dilahirkan tepat jam 17.45.

Semoga anaknya nanti bakal menjadi mujahid agama yang terus memartabatkan Islam di dunia ini, insyaAllah. Sama-sama kita doakan agar Yusrin sekeluarga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.

Dan barang jangan dilupa, malam ini ada pertemuan gergasi bolasepak antara Brazil vs Belanda. Aku tak sokong Brazil sebab ianya pasukan kuat yang tak memerlukan sokongan dan aku juga tak menyokong Belanda sebab ianya mempunyai sejarah yang membunuh ramai ulama' di Nusantara. Tapi aku suka tengok pasukan yang pernah jadi juara kalah macam Perancis dan Itali baru-baru ni.

Juga pagi esok, pertembungan antara bekas juara 2 kali Uruguay vs pendatang baru arena tertinggi bolasepak, Ghana. Yang ni pastinya aku sokong Ghana. Asyik2 Amerika Latin sama Eropah ja. Nak la jugak tengok pasukan daripada Asia (tak leh harap langsung depa ni) sama Afrika cecah kaki ke final. Hidup Ghana! Hidup Ghana! Hidup Ghana!

Tuan-tuan, bila dah bangun tido tu, buatla solat hajat ka, solat tahajjud ka. Walaupun niat bangun tido tu nak layan bola, tapi kita boleh isi dengan ibadat dalam masa yang sama. Jadikan demam Piala Dunia ini medan untuk kita menguatkan lagi ibadah kepada Allah SWT. Barulah demam tu demam bermanfaat.