Pages

Solat Time

Thursday, February 4, 2010

Kenduri kahwin adik Arshad

Assalamualaikum..

Moga di bawah lembayung rahmat Ilahi. Jemputan kepada semua warga Komuniti87 ke majlis Walimatul Ursi seperti berikut:
  • Tarikh : 14 Februari 2010M
  • Masa : Ikut masa biasa kenduri-kendara. Rasanya 12.00-4.00ptg.
  • Tempat : 134 Parit Mentara, Jalan Taiping, Bagan Serai, Perak.
Ni jemputan kenduri adiknya sdr kita Arshad Saidin aka Pandai Golok, yang akan melangsungkan perkahwinannya. bukan Arshad, tapi adik dia. Diulang..! Adik dia. Adik yang ke ke berapa aku taktau. Sebab ramai sangat adik-beradik dia. Rasanya ada 16 orang. Hebat pakcik Saidin al-Banjari. Tahniah buat pakcik Saidin kerana meramaikan umat nabi Muhammad SAW yang berbangga dengan umatnya yang ramai.

Dan, untuk makluman semua yang belum tahu, Arshad ada berniaga di tapak pasar malam di Changkat Jering. Siapa-siapa yang berminat nak tengok dan beli koleksi parang yang dia buat, silalah ke sana pada hari Sabtu (kalau nak jumpa dia la). Cantik-cantik hasil karya cik Arshad kita. Harga bergantung kepada saiz (panjang/pendek golok), jenis kayu dan ulu. Bermula dari RM150-RM800/-. Kalau nak 'special' order pun boleh. Kalau dah special order, nama pun dah special, tentulah harganya pun special.

Arshad, mobil dan peralatan perangnya

asal-usul kayu jenis Seriyan yang dibuat sarung golok (Mart! Thanks for the info)

gambar 'close-up' hasil karyanya

lawa-lawa beb..


10 comments:

marn said...

Gua memang hajat nak order golok dengan si Arshad tu, tapi masalahnya, design xsiap2 lagi. Muahahahaha.
Gua punya design pakai design base pedang final fantasy. tu yang lambat nak siap tuh.

Anonymous said...

Salam ..

Awat Arshad tak senyum masa hang ( Marn )ambik gambaq dia . Kontrol hensem N macho nampaknya . Kalau Azmir nampak , mesti dia dengki coz kawannnya lebih hensem darinya . Ha Ha Ha .

Ada sape-sape yang nakl pegi ker ? time tu tgh cuti Tahun Baru Cina .
Ada sape berani ...

Adios . Speki

marn said...

gua x dpt join sbb gua kena blk kg terengganu. mak mer nak balik kg. kena antaq blk la. Memenuhi tanggungjawab sebagai seorang anak. tu ja..

Buat yang nak pi nanti, bawak keta lek-lok. Raya cina ni kereta banyak. Oleh yang demikian, tidak menjadi sesuatu yang membebankan untuk lebih berhati-hati.

Mart said...

Yg tak dpt mai jgn risau dok ada 13 lagi adik arshad yg belom kawin.. terer sungguh pakcik saidin nih dlm menghasilkan umat rasullullah. Silap2 pelamin & khemah kenuri pon tak bukak2 sbb sat2 ja ada pulak yg nk kawin ntah2 melarat ke ank cucu... kalau betui bagai di CAS byk lah dpt depa save... heheheh jgn marah no arshad...

marn said...

tu yang terbaiknya mart. bak kata tok guru NA: berbelanja jangan sampai membaziaq, berjimat jangan sampai jadi kedekut. Muhahahahahah.. aku suka.. aku suka..

abuateif said...

arshad nampak begitu matang n macho dalam gambo ni...aku suka hhahaha

marn said...

bih tu, takkan la nak nampak awet muda plak? sure ada penyakit kalau tak berubah dari dolu..muahahah..

tadi pekena sup lembu.. wallaweh.. sodapnya... Allah Taala jua yang tau. la ni tengah layan mengantuk beb. kena pi try la sapa yang suka sup2 nih.. restoran sururi, tepi masjid alam syah jalan pasar. bukak hari2 kecuali ahad. kena ada di kedai tu sekitar 1130pagi-1.30petang. Lambat kalu, abis tunggin periuk. Limited edisyen setiap hari.

Dia punya daging, masyaallah banyak. kuah pun pekat len macam. Bukan macam mamak punya stail. Daging dia lembut. Siap banyak. murah pulak tu. Aku makan semangkuk koteaw sup sama kopi 'o', baru lima hengget Msia je. Ikan bakaq dia pun katanya sodap. Yang sodap tu, kicap lada dia.

Pi la weh.. tu geng lebai hat menega tu. Kena pi tolong.

marn said...

Lupa plak nak pukui gambaq kedai tu. Nak kena pi pulak la jawabnya. Muahahahahah...

Justifai mau cantek.. (sure mart jeni tersenyum kamben..).

Anonymous said...

Salam ...

( Cerita ni aku amik daripada sahabat aku yang boleh dipercayai. Aku tak pernah try la . Kalau dia tipu , aku pun tipu korang lah jugak . Coz zaman ni khabar angin pun boleh jadi betoi . Tak Gitu )
Aku nak bagi tau kat sape2 yang suka makan kambing . Hang pa boleh pi Kampung Pelet , area BM . Kat situ ada rentoran yang dibuat dalam kawasan kandang kambing . Apa saje manu yang ada sangkut paut ngan kambing boleh di minta . Nak alamat penuh nanti aku bagi kat hang pa .

09.02.2010 ... Perak negeri ku .

Adios .

SPEKI

Mart said...

Biler nk bwk aku bro?... sian aku