Assalamualaikum..
Terbaru 06 Ogos 09....
Alhamdulillah... perjumpaan malam tadi berjalan dengan lancar walaupun masa nak menghantar si Sopi balik ke pusat tahanan BSN, terkhilaf kami dalam memilih jalan pulang. Inna fi dholaalin muubin. Wa lakinnaallaha ma'as soobireen. Terus ketemu jalan pulang yang seharusnya diambil. Lewat la sikit sampainya. Ntah ke mana hala kami malam tadi. Sampai nak tala ke bandar Bangi (kami dari bandar baru Bangi seksyen 8). Aku memang tak paham jalan Bandar Baru Bangi. Walaupun mudah (kata dek Mie Yusof) akan jalan di Bangi tu, aku tetap sesat. Nak harap co-pilot, lagilah 'blur'. Ikut cakap dia, mau sampai negeri Go head Go stan.
Dan hajat untuk mengumpul sedikit derma kilat buat sdr. Nor Hisan pun tercapai. Memang Allah Taala permudahkan urusan, Subhanallah! Dan begitu juga dengan kutipan yuran tahunan. Pun berjaya diterima daripada sdr. Faras dan Halim Shafie. Syukur! Syukur!
Terima kasih tidak terhingga buat kawan2 yang sudi meluangkan masa macam Mie Yusof yang baru balik daripada pejabat. Tak dan sampai rumah. Heheheheheh.. Lepas tu macam Halim yang mai jauh-jauh. Samalah jugak dengan Faras. Aku dengan Mart, toksah risau sebab kami memang highwaymen. Dan terima kasih juga di atas sumbangan ikhlas yang tuan-tuan berikan untuk membantu sdr kita Nor Hisan yang dalam kesusahan.
Terkini :
Aku baru selesai bercakap thru telefon dengan sdr. Nor Hisan bin Zainun dan dimaklumkan bahawa beliau telah keluar daripada hospital Ipoh dan menolak permintaan doktor untuk memotong jari kaki beliau (jari kaki Hisan, bukan jari kaki doktor tu la..). Dan sedang berusaha untuk berubat secara tradisional. Untuk memudahkan tuan/puan membuat sumbangan ikhlas kepada sahabat kita, bersama ini aku sertakan no akaun Maybank milik sdr. Nor Hisan bin Zainun: 158202163353.
Dermalah mengikut kemampuan tuan/puan. Yang mana nak bagi byhand pun boleh. Sebab aku dah set dengan Nor Hisan, insyaAllah jumpa dia hujung minggu ni.
Posting asal...
Selamat dan semoga dirahmati Allah Azza wa Jalla selalu buat kawan-kawan.
Malam minggu baru ni, ada la buat mini Kambination di rumah Izanee. Yang datangnya Izanee (of course sebab dia tuan tanah kedaung), Mart Jeni, Jamil, Sepul Asri, Zaki Saidin, Mejar Shamsul Rizal dan aku. Pastu ada special appearance by adik aku dan kawannya serta kawan aku Mat Pit. Kebetulan tumpang buat kerja mengecop buku di rumah Izanee.
Program bermula agak lewat sikit memandangkan sibuk mengecop buku. Buku apa? Adalah buku. Buku.. yang sibuk nak tau buku apa tu buat apanya? Dalam 1030 baru habis mengecop. Lepas tu baru la tibai nasi Madghut yang sedap nikmat lagi gurih beramai-ramai.
Program santai yang diselang-seli dengan gelak-tawa kawan2 buatkan aku teringat kepada kawan2 yang tak dapat nak join. Takpala, lain kali buat, kita buat besar-besaran punya.
Program selesai dalam pukul 2 pagi. Dah bini masing-masing telepon tanya bila nak balik termasuklah bini aku. Chet...! potong tulla. Antara intipati dalam perjumpaan tu, aku bawa ketengahkan idea yang mai daripada Fariz. Dia tak dak malam tu. Cumanya masa berjumpa dengan dia masa aku balik penggambaran TV3 dlm 3 minggu sudah, ada la bincang sikit pasai idea ni.
Fariz ajak kawan2 geng Arbain kembali bujang untuk buat satu gathering di mana-mana. Tapi geng laki saja. Ideanya nak pi Tasik Kenyir. Sewa rumah bot dalam dua hari dan tido semalam ataupun dilajakkan lagi jadi 3 hari 2 malam. Ni pun, tak mesti di Tasik Kenyir. Cuma cadangan. Tarikhnya dijangka dalam bulan 10 / 11 / 12 tahun ni. Bergantung kepada jadual masing-masing. Yang pastinya lepas raya. Jadi, aku harap, kawan-kawan lain dapat bagi feedback akan idea ni. Kalau setuju, nak kena buat arrangement dengan tokey rumah bot di Kenyir (cadangan aku la. Ka ada pot cantik yang lain?).
Lepas tu, pagi ni aku dikejutkan dengan berita yang menggemparkan yang disampaikan oleh Mart Jeni. Kawan kita si Nor Hisan bin Zainun (kalau tak silap aku la) nak dipotong kakinya hari ni. Sedih jugak la bila baca dalam shoutbox yang Abu Atief ceritakan. Dengan keadaan fizikalnya yang jauh melebihi umurnya. Memang bahaya kencing manis ni. Aku nasihatkan kawan-kawan supaya jagalah makan-minum. Jangan dok ikut sangat nafsu. Baik berjaga-jaga sebelum terkena. Better prevent than cure. Kena buat banyak aktiviti yang mengeluarkan peluh macam berjogging, slow walk (buat mereka yang obesiti), angkat berat, kayuh basikal, berkebun, bersenam dan jaga pemakanan.
Keburukan sampingan yang akan ada bila dah ada kencing manis ni antaranya ialah: Potong kaki atau tubuh badan yang buruk dan busuk, gigi buruk dan tercabut, kena bergantung dengan insulin. Dan yang lebih menyedihkan ialah susah nak dapat zuriat.
Maka, dengan ini aku mencadangkan kita adakan tabung derma kilat (paling tidak pun, ringanlah sikit beban bini dia nak buat urusan sana-sini). InsyaAllah, takdak aral aku akan pergi ziarah sahabat kita yang terlantar di hospital Ipoh tu ujung minggu ni. Sapa nak join? Jom!
Apa-apa info terkini akan di'update'kan dalam blog ini dalam masa yang terdekat, insyaAllah.
12 comments:
bila aku nengok gambo mini kambination tu, aku perasan abe Mark tak berenti tangannye menyapu apa yang ada depan mata. Muahahahahaha...
Tau le tangki beso, kot ye pun.. kaver le sket...!
akom semua..
aku setuju bebeno cdgan p tasik kenyir tu..mmg x sabo rasanya jadi bujang sambil lepak atas tasik kenyir..ppeeegghhh
sabtu ni kita ribut minda pasai tasik kenyir, ada berani abu atief? aku gerak pagi dari kl, masuk ipoh anto brg, pastu gi sgSipoth, pastu gerak blk ipoh. ada berani abu atief?
Yelah.. nak buat camner hanya membawak watak aku dunia nih.. heheh Nampak cam rajin la pulak kan.. tuang ayor.. perabih madhrud.. tuang ayor balik.. mkn buah.. sekali2 nampak kiut lak... heheheh.. hahaha angkat bakul.. err saper yg nak angkat?
aisehman marn...mmg aku tak dapat nak jumpa hampa hari sabtu ni...kesal tak sudah aku n cam aku nak marah jer kat adik ipar aku tu yang pilih minggu ni utk buat kenduri kat umah dia hahahaa...wpun aku tak der mmg aku setuju sgt nak p tasik kenyir niiii...tak dapat nak bayangkan betapa bahagianya leh lepak kat sana ngan kengkawan yang beranak pinak tapi ngaku bujang hahahahaa
tak dak apa iah yang nak dikesalkan. dah ada program, aku no hal.
pasal tasik kenyir tu, nnt aku ribut minda dgn mart jeni sepanjang perjalanan kami. tgk apa hasil yg kita dapat.
Cas jadi Arbae'in la kita nanti.
Smlm pi layan si Sofi Kader yg mai berkursus diBangi.. Yg bagi kursus tu pon member jugak si Meo aka Meo Kucin.. Kami semua bersantai di Restoran Gulai Kawah.. Memang bes kedai tu.. Sahabat yg hadir ialah Mie Ysf, Halim Shafie, Faras, Ana maal Tuan Fresiden lah.. Dapatlah sikit dibuat kutipan mlm tu.. & Utk pengetahuan Abu Atief Faras & Halim turut membayo yuran keahlian... TarmiziSembang tak leh lama sbb sopi ni kena dihanto balik b4 12 mlm.. kang dia bertuko jadi hobit pulak.. Cuma hajat dier nak jumpa Yaye Farman je tidak kesampaian...
Sekian
Teman ingat komer tau jalan... tgk rilek je tak gadoh nak bertanya pon heheh. Ghopernye sesat. Kalo bertanya teman lukih2 le sikit ataih kerotaih arah tuju dan haluannya...
Tapi takpe, mola2 sesat lelama nanti ok le. Bangi sekarang byk port dan tempat nyekik sbb semenjak Putrajaya ngan Cyberjaya ni naik, mcm2 dah ada di Bangi. Anyway teman ucapkan terima kasih sbb turun Bangi, bukan apa, banyak memudahkan teman nak join sambil komer jumpa Sopi tu...
Sampaikan salam Assalamualaikum kepada Sdr. Hisan bila berjumpa dia. Kalo dia masih dok Sg. Siput, mesti dekat dengan Kampung Org. Asli. Buleh le tanya ngan org Asli mana ghoper pokok lempung yg bernama tebu gajah tu. Kalo ada kaedah/ petua lain, insya Allah teman sampaikan.
Later.
Muahahahahah.. aku pun mulanya ingat aku tera jalan di Bangi. Blakang.... failed gila. Takpa la, pengalaman la tu. Nanti tak la sesat lagi. Boleh la jugak makan angin pusin Bangi malam tu. Kalo tak, sure tak makan angin punye.
Perihal salam nko Mie, insyaAllah aku sampaikan nanti.
Aku sebenonye dah lam gila tak turun Bangi. skali skala buat miting kat Bangi tu un jugak rasanya sebab pot banyak. Kedai malam tu pun, minumannya boleh tahan sedap. Aku tak rasa pun masakannya. Nenanti, kita try kedai lain ka gumana.
Teman lupa nak buat ulasan tambahan:
Dalam banyak2 perkara lawak mlm tu, t-shirt Faras teman tak tahan...
"sumpah, dulu kulitku PERNAH PUTIH"
or something like that. Hahahah!!
Later.
patut hang pakai t.shirt duk kat sebelah dia yg tulis "idok bilernya Yob"
Hello,
can anyone tell me which is the best counter strike guide ? :)...i found this one :
http://www.downloadzdb.com/Counter_Strike_Best_Guide
What do you more pitilessly it ?
Thanx in advance
Sorry for my bad english :s
Post a Comment