Pages

Solat Time

Tuesday, May 12, 2009

Ihtifal yang tak serupa ihtifal

Assalamualaikum..

Terkini...
Di dalam satu perkembangan terbaru, MSTAR melaporkan Pegawai Kewangan Negeri Perak, Datuk Jamalludin Al Amin Ahmad dilantik menjalankan tugas sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri menggantikan Datuk Dr. Abdul Rahman Hashim yang digantung serta-merta. Turut digantung tugas ialah Penasihat Undang-undang Negeri Perak, Datuk Ahmad Kamal M. Shahid.

Posting asal..
Seronok bila berjumpa handai-taulan yang lama tak jumpa masa pergi ihtifal Idrisiah tanggal 9 Mei yang lalu. Dapat la berjumpa dengan bekas guru cik Abd Rahman Najib dan cikgu Said. Yang malang, suasana ihtifal tidak semeriah masa kita belajar dedulu.

Sedih pun ada, syahdu pun ada. Buat lawatan kawasan bekas tapak perigi. La ni dah jadi bangunan. Secara fizikalnya, banyak yang berubah dan pesat membangun. Yang sedihnya, kualiti pelajar-pelajar dari segi disiplin dan pengurusan kebersihan. Walaupun tidaklah seteruk mana, namun banyak yang perlu diperbaiki. Mungkin guru-guru punyai tugasan yang menimbun. Sedih sebab tak dapat jumpa banyak guru-guru yang telah menakbur bakti buat kita semua. Syahdu kerana kata pepatah: "Tempat jatuh lagi dikenang". Apatah lagi tempat kita meng'karate' kepingan genting atap sambil menunggu giliran mandi dan kesan laluan trek acara larian pecut selepas solat Jumaat yang selalunya dimenangi oleh Akmal Shamsudin, Azlan Arbaein dan Roslan Moorthy.

Kami bertolak bermula dari rumah aku di Pandan Indah pukul 4.30pagi. Aku kena serangan cirit-birit sepanjang malam. Letihnya badan toksah cakaplah. Tapi hati nan membara ku turutkan juga untuk melaksanakan misi ke Kuala Kangsar. Alhamdulillah, sepanjang perjalanan, perutku tidak meragam. Dari Pandan terus ke Tasik Permaisuri mengambil Mat, dan singgah di Bangsar bertukar kenderaan di rumah Jamil. Kemudian langsung ke tempat jin bertendang yakni Puncak Alam yang di hujung benua mengambil Yusrin dan berjemaah di surau berdekatan rumanhnya. Usai solat, kami teruskan perjalanan ke Kuala Kangsar.

Belum sempat sampai ke pintu tol untuk memasuki lebuhraya, Mat udah leboh diulit mimpi nan indah. Ceh, masih mengamalkan MO (modus operandi) yang sama. Ye lah, sapa yang tak mengantuk dek kerana kesedapan menaiki Estima 2.4 si Jamil tu. Padan lah dengan harga ratusan ribu. Tu baru nikmat dunia.

Kami sampai di Kuala Kangsar kurang lebih 9.40 pagi. Fariz dan Sofi menanti di rumah ayah Lokman Rajhi. Tepat pukul 10 pagi selepas selesai buat 'refreshment' di masjid Ubudiah, Fariz, Sofi dan Lokman pun sampai dan terus melangkah masuk ke dalam kawasan sekolah. Tiada pelajar yang menyambut kami. Kalau ihtifal masa kita dulu, siap ada penyambut tetamu dan pemandu arah, tapi tahun ni (barangkali) tidak termasuk dalam pakej.

Melepaklah kami di dalam dewan sambil melayan bebelan dari Pegawai Kewangan Negeri Perak (yang semalam digantung kerja serta-merta oleh MB yang sah), Datuk Jamalludin Al Amini Ahmad. Aku membuat keputusan keluar dewan sebab takmau muntah dek kerana mendengar pujian dan kekaguman beliau terhadap YB Zambri (MB yang disahkan haram oleh mahkamah).

Kurang lebih jam 2 petang selepas jamuan makan dan sesi ramah mesra dengan bekas guru (tak ramai yang ada), kami bergerak lepak di Lembah Kuala Kangsar sambil makan cendol kosong kesukaan Mat. Melepak bersama ialah elSyazali, Labib (betuika ejaan nama dia ni?) dan Meor Tarmizi. Batch kita tambah sorang lagi, Husaini Dakir. Ala... Gebok! Yang lain tak mandang.

Pukul 3.15 petang, umpama pacat yang dah terlebih kenyang, kami gerak terus ke rumah Ismail (Mail Ninja) di Kg Power. Usai solat qasar jama' taqdim berjemaah, langsung ke pasar malam Changkat Jering (untuk pengetahuan semua, pasar malam Changkat Jering adalah merupakan pasar malam yang pertama wujud di Malaysia. Kira tapak sejarah la tu) untuk berjumpa dengan Arshad Saidin. Arshad? Ala, Arshad yang selalu dibuli Azmir. Budak yang mula-mula kena rotan sebab conteng nama dia di pintu locker.

Rupanya Arshad ni peniaga golok dan parang di pasar Changkat Jering. Dah lama dia berniaga di situ. Aku yang budak Changkat Jering pun tak tau akan kewujudan makhluk bernama Arshad yang dah berniaga lebih dari 4 tahun di situ. Arshad ni punya kelebihan dan kepakaran dalam membuat sarung golok, pisau dan parang. Memang cun gila beb. Sayangnya, aku lupa nak ambil gambar contoh sarung yang dijualnya. Kalau ada sesiapa nak tempah parang ikut design sendiri, boleh saja berjumpa dengan Arshad. Kagum beb! Aku kagum dengan hasil seni yang dimiliki oleh kawan kita si Arshad tu. Nanti bila-bila aku balik, aku ambik gambar hasil seni adikarya si Arshad bersama-sama potret wajahnya. Trademark giginya masih wujud walaupun dimamah zaman.

10.00 malam, kami sampai di restoran Maghribi, pekena madghut. Pergh! Nasiknya lebih manthooobbb berbanding alRawsha. Tapi kuantiti sikit. Mat order nasik tambah. Licin! Pukul 12mlm, isteri masing-masing dah buat panggilan. Yo la, lesen sampai pukui 12.00 malam je. Malas nak cerita panjang, kami pun bersurai.


Walaupun letih, kami tetap berpuas hati dengan perjalanan yang dilalui. Satu lagi episod menarik buat mereka yang hadir dan menikmati memento yang terpahat. Terima kasih buat semua yang sudi meluangkan masa, tenaga dan wang ringgit demi sebuah kenangan bersama sahabat taulan. Moga Allah Taala temukan kita lagi dalam sebaik-baik pertemuan, insyaAllah.

7 comments:

Anonymous said...

salam ..

Maafkan kerana tak dapat nak join ngan geng cmua . Macam SMS yg aku fowardkan kpd Marn tulah problemnya . Sampe bini aku pun dok kesian kan aku kerana tak dapat berjumpa ngan kawan2 bahana nak menemaninya berjumpa ngan doktor .

Tapi aku percaya pertemuan yg akan datang kat kenduri Mail Ninja pasti akan lebih meriah . Tak sabor nak jumpa kengkawan yg lain .

Marn kalu budak jual golok kat Pasar Changkat Jering tu setiap minggu aku nampak . Tp aku tak tau la dia tu Arshad rupanya . Minggu ni aku nak pegi sana nak jumpa Arshad sambil pekena Char Keutiau atau bihun sup di gerai Tuan Syed .

Marn bila nko nak uploadkan kad jemputan kahwin Mail Ninja tu ?

ADIOS ... SPEKI

Anonymous said...

Assalamualaikum...

Apa cerita Jamnul, pakar cerita dongeng lulusan university of disneyland dapat tangguh @ gantung keputusan high court semalam. Baru 22 jam dah berubah. Cakap Najib Altantuya semalam memang ada makna mendalam "rakyat perak jangan teruja". Haram jadah betul, dah jadi macam cerita kartun. Aku rasa nak cari planet baru untuk dihuni kalau Malaysia terus macam ni.

Al-quran pun tak nak pakai, apa lagi perlembagaan yang hanya jadi lembaga hitam. Memang tak guna parti PEKEMBAR sampai bila-bila.

LUQMAN

marn said...

Takpa la meo. kita merancang, Allah Maha Mengetahui. Ko jangan silap gerai. Ada dua stall menjual golok di pasar Changkat Jering tu. Yang pasti, ushar gigi la. tu trade mark kawan kita.

Lokman, biasa la tu. Malaysia boleh la katakan. Langgaq perlembagaan pun boleh. Janji menang. Muahahahaha. Najib tu memang dah lagu tu. Dah jadi macam biskut la pulok. Kejap haram, kejap halal. Ni yang susah ni.

mark said...

Terima kasih pada sume sahabat2 yg masih sporting di majlis ihtifal tersebut walaupon ader yg dikutuk, diperli waima diludah ketika majlis namun berkat semangat dan kekuatan jitu yg tersemat disanubari semua itu dapat diatasi dgn penuh kesabaran & keinsafan. Aku secara peribadi terkesima jugak membaca pencapaian pelajar2 idrisiah slps millenium, disebalik semua kelemahan budak2 tu nampak gayanya berjaya juga memperoleh keputusan yg hebat2 & gempak namun adik2klu sekelian ianya tidak berhenti disitu sahaja masih jauh lagi perjalanan sblm kita betul2 dianggap berjaya dalam hidup. Aku tgk faktor makanan pun ader & faktor guru pon ader bukan aku nak kata guru2 kita dulu tak bagus cuma kalau diingat kembali guru2 kita dahulu samada guru2 wakaf yg telah uzur kita dapat akhi or ukhti yg baru habis SPM ngajor kita.. hehehehe tapi semua tu sejarah aku langsung tak kisah cuma nak bercerita jer dont get me wrong huh..

Berkenaa dgn madhrud aku masih prefer rawsha sbb dagin dier lgn mantop.. sekian

sok sambung..

abu_ateif said...

akom kengkawan ku...
sori bebanyak pasal aku tak berjaya menjoinkan diri kemajlis ihtifal tempoh hari...tapi aku respek sahabat2 dari kl sanggup turun dari jauh untuk memeriahkan majlis hari tu...
aku teliti gambo2 yang mr presiden selitkan dalam blok ni...banyak2 gambo...gambo madghut yang aku paling berahi sekali...tak tau la bila bole p pekena madghut tu

asisten mart said...

cuti sekolah ni insyallah la kot abu atief oii, mlm mggu lepas aku dgn marn cuba pecah rekod nak mkn madhrud dua org jer... tak lepaih.. nonggeng2 nak ngabiskan las2 tak habis gak... minimum mmg kena 3 org la 2 org mmg tak lepas....

Marn said...

Mart,

Sapa dia yg kena kutuk, perli dan diludah? Siapa yg mengutuk, perli dan meludah? Aku rasa aku xtido masa ihtifal tempohari macam mantan PM kita. Musykil gak gua.

Pasal kemajuan budak2 aku tal pertikaikan la. Byk keputusan yg bagus2. Cumanya kualitas aku rasa agak sedikit kurang memberangsangkan sbb aku pernah interview leasan univ tempatan. Kecewa jugak la sbb ramai calon2 tak melepasi garisan tahap yg diperlukan. Barangkali kerajaan persekutuan dah rendahkan pointer untuk tunjukkan pelajar hari ini cemerlang.

Apa2 pun, syabas buat para guru idrisiah yg mampu menjana pelajar2nya ke arah yg lebih positif. Proaktif tu aku tak mau komen. Kemajuannya tetap ada. Kualitasnya masih banyak yg perlu diperbaiki.