Pages

Solat Time

Monday, April 13, 2009

Kerja keras

Assalamualaikum..

Pilihanraya sudah. Kabinet baru pun sudah. Cuti pun sudah. Apa lagi yang nak? Sekarang kita kena Kerja Keras untuk mencari rezeki. Minta dijauhkan bala dan petaka. Semoga Allah Taala merahmati kita dalam apa jua urusan kebaikan yang kita buat.

Buat yang bertugas, niat kerana Allah. Barulah dapat pahala ibadat. Buat yang masih mencari-cari apa jua yang dicari, moga ketemu. Jadilah cik Buyong dan jangan jadi Pak Tua seperti dalam lagu abang M.Nasir.

Ada ke sesiapa yang pergi ke Perjumpaan Bekas Pelajar2 Idrisiah? Aku tak dapat nak menghadirkan diri jadi wakil bagi pihak Komuniti 87 memandangkan ada saudara sebelah isteri yang datang bertanggak di rumah. Juga disebabkan beberapa urusan pejabat yang perlu diselesaikan seberapa segera.

Kalau ada sesiapa yang hadiri perjumpaan tersebut, pohon kongsi maklumat di sini. Terima kasih.

10 comments:

KIRK HAMMET said...

ada perjumpaan bekas pelajar? knp aku x tau ada perjumpaan ye?

marn said...

uahahahahaha.. Aku taktau la kata ramai yang taktau. salah aku ni. sebabnya tak buat posting untuk perjumpaan tu.

Aku dapat msg daripada elSyazali. Dia ada mintak no hp kawan2. Aku cakap kat Mat. Mat soh minta 'permission' kwn2 sblm bagi kat elSyazali. Pastu sibuk kempen PRK sampai la ujung minggu baru ni dengan sedara KT mai umah. tu yang lupa nak posting tu.

Tu la kemuskilan aku sebab nak bg no hp kawan2, kang ada yang melenting sebab pandai2 bagi no hp kat orang. Aku pun tak mau nak pandai2 passing no hp kawan2 ni. Tu je la dilema aku sampai la lupa nak buat posting pasai perjumpaan tu.

Anonymous said...

Nak tau...
Yang hadir kat Mesyuarat PBPI hari Sabtu lepas, 25 orang je. Aku pun tak pi pasal hari tu kena sekolah ganti utk cuti Aidilfitri bulan September akan datang.

Lain kali la kalau nak buat kudeta.

Lukman Razi

Marn said...

Timing tak kena la tu. Batch kita sapa yang pi? sikitnya yang pi. sedih la beb. macam tak bermaya ja.

ok. takpa la yang tu. ni nak tanya perihal yuran tahunan. Sapa yang blom buat pembayaran, silalah hubungi ust Zaki Yusof.

Berkenaan duit tabungan yang tahun sudah, baru ni ja dapat labur. Total dalam tangan la ni ialah RM1,200.00 dibuat sebagai modal. Kiranya masuk Amanah Saham. amanah Saham apa? Aku pun tak tau. Aku serah dah duit pada ahli dan pakar saham di kalangan kita yakni sdr Ahmad Suzaini yang sibuk dok mengejaskan masa beliau dek kerana kehadiran baby pompuan version 3.0 yang baru berumor 45 hari.

Tunggu feedback daripada dia la. Apa nama saham amanahnya, apa portfolio yang dia masuk. Highrisk kah? Low risk kah? Jangkamasa berapa lama? Tu semua akan terjawab bila dia dah setel semua yang berkaitan dalam membeli saham ni.

Apa2 pun, untuk tidak melesukan Komuniti ini, aku sekali lagi menyeru buat mereka yang belum menjelaskan bayaran yuran tahunan (simbolik kepada istiqomah dalam membantu ekonomi sesama kita dan bukan sekadar hero berkokok, ekor penuh taik).

Selamat bertugas dan menjalani kehidupan seharian anda.

Che mart said...

cehh nama penuh nape tak letak bin skali? Ok utk pengetahuan semua duit telah dimasukkan ke Dana Amanah Public Mutual Ittikal (ni produk islamic), detailnyer akan diketahui bila Tuan presiden dapat penyata dr Public Mutual Bhd. Sekian

abu_ateif said...

kenapa tak tau ada program bekas pelajar?jangan salahkan orang lain cuba salahkan diri sendiri kerana tak mau ambil tau hal sekolah lama...kita hanya mengharap dan menanti sesuatu yang tak pasti tanpa berusaha sendiri agar sesuatu yang tak pasti tu menjadi satu yang reality dan bukan fantasi.

mmg ramai yang tak tau...aku tau ada majlis kat mibc tapi tak leh nak elak minggu lepas satu malaysia ada sekolah ganti...so macam bro presiden bagi tau la timing tak tepat...

ada member bagi tau dia mmg dijemput n nak p majlis tu tapi malangnya bila dia tau tok mufti nak rasmi terus kensel...meluat katanya kat tok peti pasal turut berkempen mael danok kat bkt gantang hari tu.

Anonymous said...

salam ..

Ahaaa ... aku join kembali setelah sekian lama dok berjemur tgh padang . La ni kulit aku hitam ler ckit tp tak ler sehitam MB aku .

El-Syazali ader ler bg SMS kat aku pasel mesyuarat Agong tu , malangnya dia buat pd hari sabtu 11/04 . setahu aku seluruh Malaysia ganti sek. pd ari tu untuk Hari Raya Aidil Fitri . Tak kan Puak2 pentadbitan MIBCKK tak alert benda tu .

Itu tak penting ... yg syoknya fakta yg di sebutkan olek Tok Akie kita tu ... pasel Tok Peti tolong kempen untuk Mail Danok .. Ayayo .. ada betoi ka ... Dulu dah hilang respek , maka lagi banyak ler hilang respek aku kat tok Peti aku ni .

Katanya bakal ada Pilihanraya negeri Perak pada bulan Mei ni ... kalau betoi ler berturap ler jalan kat kampung aku yg udah berlubang-lubang tu .


Adiossss. SPEKI

Marn said...

Huish.. aku taktau la pulak sememangnya ada dibuat di seluruh malaysia akan sekolah ganti pada Sabtu yang lepas. Nak tanya dua soalan;
1. memang ada pekeliling untuk semua sekolah ka ataupun secara tak sengaja kebanyakan sekolah di Malaysia ni?
2. andaikata, aku ulangi, andaikata memang umum mengetahui terutamanya pihak pengurusan sekolah Madrasah Idrisiah wujudnya hari ganti cuti sekolah pada Sabtu yang lepas, apakah motif diadakan perjumpaan bekas pelajar pada hari tersebut?

Soalan yang menyusul:
1. Adakah pihak sekolah (Madrasah Idrisiah) tidak prihatin dengan kehadiran yang amat kurang disebabkan perkara di atas?

Banyak lagi soalan tambahan yang nak diajukan tapi takpalah. Kita tawaqquf dulu sehinggalah dapat gambaran sebenar kenapa diadakan perjumpaan pada ujung minggu yang ramai di antara kita yang bertugas.

Sekali lagi, ingin aku ulangi saranan supaya masing-masing melaksanakan tanggungjawab untuk membayar yuran tahunan. Sebarang soalan boleh diajukan terus kepada ust Zaki Yusof.

Terima kasih.

abu_ateif said...

aku insan yang lemah ni tak pasti la ada pekeliling ka idak...tapi yang aku pasti sekolah kementerian di bawah bro hisyamudin semua kena ganti sabtu yang sama ngan pgrm bekas pelajar tu...idrisiah n sekolah tempat aku ngajaq ni tak tertakluk pd arahan tu pasai kami sekolah rakyat n bukan sekolah barisan heheheheee.
setakat ni tak dak lagi kengkawan ajukan soalan kat aku ttg pembayaran yuran persatuan kita ni...aku pun paham...pasal nak bayaq yuran ni mmg liat ckit kot...lain kalau nak bayo dividen kuntungan pelaburan kita ni kompom bertalu2 deringan n tone sms hp aku muahkakakakakaka

sahabat lama said...

akhi meor...bersyukurlah pasal kulit hang gelap umpama zamri...secara jujur n ikhlas hang lebih kelihatan macho bila kulit hang semakin gelap...tak dapat aku nak bayangkan betapa jambunyer hang bila kulit hang putih kemerahan heheeehe...jgn mare na akhi meor.