Assalamualaikum..
Terkini 5 Februari 08 16.50
Pihak Istana telah membuat keputusan untuk tidak membubarkan DUN Perak. Berita ini dikhabarkan oleh S/U Akhbar MB, sdr. Anuar Hashim. Dan menurut sumber daripada tranungkite.net pukul 4.00 petang tadi, S/U kerajaan negeri Perak, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim, telah mengarahkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan semua anggota exconya supaya mengosongkan pejabat masing-masing dengan segera.
Mereka juga diarahkan supaya memulangkan semua aset kerajaaan negeri, termasuk kunci pejabat dan menyerahkan kenderaan rasmi dengan segera. Mereka juga tidak boleh memindahkan sebarang dokumen dari bilik masing-masing. Sekiranya mereka enggan berbuat demikian, jawatan Exco dan Menteri Besar akan dikira kosong serta-merta.
Manakala bagi pihak MB Perak setelah diarahkan oleh pihak istana untuk melepaskan jawatannya, beliau enggan berbuat demikian dan memohon supaya mandat memilih siapa bakal memerintah kerajaan negeri diserahkan kepada rakyat negeri Perak melalui proses pilihanraya.
Terkini 4 Februari 08
Akhbar utama mengatakan SPR tidak akan mengadakan PRK di dua kawasan DUN yang terlibat. Manakala pihak kerajaan negeri Perak memberi kata dua kepada SPR untuk menilai semula keputusan yang telah dibuat dalam masa 48 jam. Sekira tiada apa-apa perubahan dari pihak SPR, kerajaan negeri akan mengambil langkah drastik.
Apakah langkah drastik yang akan diambil oleh kerajaan negeri Perak? Sama-sama kita tunggu dan lihat. Ada ura-ura mengatakan bahawa kerajaan negeri akan membubarkan Dewan Undangan Negeri. Sekiranya itu yang terjadi, suka atau tidak pilihanraya negeri akan dibuat untuk melantik semula para wakil rakyat untuk meneraju dan memerintah negeri Perak.
Wah... dalam ekonomi dunia yang semakin parah sehingga ramai saudara kita yang telah dan akan dibuang kerja, politikus masih sibuk berpolitik. Adakah semua ini semata-mata untuk mengalih pemikiran rakyat yang semakin resah dek bahang gawat ekonomi dunia? Jawapannya hanya ada pada mereka yang tahu.
Posting asal..
Cuti sudah, balik kampung pun sudah. Mandi sungai pun sudah. Tapi drama politik tetap tak sudah-sudah. Bila nak sudah? Aku pun tak tahu. Yang pastinya dalam hati aku, sudah-sudahlah berpolitik. Sudah sampai masanya bekerja untuk rakyat. Drama lompat-melompat parti tak kunjung sudah. Eh Moderator! Berapa banyak 'sudah' yang hang ulang da...!
Perak, satu ketika dulu lesu dengan isu-isu politik. Macam negeri Johor la. Kata dan terangkan lah apa-apa pun, Perak tetap jadi kubu kuat BN. Mungkin sampai hari ni Perak sebenarnya kubu kuat BN. Cumanya, ahli-ahli UMNO yang marahkan pucuk pimpinan yang mengundi parti lawan dan banyak yang sabotaj semasa pilihanraya yang lepas.
Drama lompat-melompat, siapa pengarahnya? Dan siapa pula penulis skripnya? Sekiranya Speaker Negeri sudah tetap dengan pendiriannya untuk menerima surat perletakan jawatan, maka akan bermulalah episod baru siri drama ini. Fasa berikutnya ialah Pilihanraya Kecil (PRK) di dua DUN yang terlibat; Behrang dan Changkat Jering (my hometown).
Sekiranya itu yang bakal berlaku, ramailah kontraktor kelas 'F' akan dapat projek segera dan ramai orang kampung akan gembira sebab akan ada saja orang yang berjanji dan menghulurkan bantuan. Siapa-siapa yang nak berjumpa dan meminta bantuan dengan para Menteri, bolehlah datang ke dua DUN ini nanti.
Teori konspirasi ada mengatakan bahawa kedua-dua ADUN tu ada kes rasuah, dan BN 'offer' untuk padamkan kes rasuah mereka dengan syarat meletakkan jawatan DUN dan keluar part PKR, jadi bebas dan kemudia masuk UMNO. Aku tak berani nak pastikan teori ni betul ataupun tidak. Apa yang pasti, PR Perak dan UMNO Malaysia (sebab Najib yang pegang jawatan Pengerusi Perhubungan Negeri) akan terus 'berperang'. Sebenarnya tidak pelik aku katakan sekiranya ramai ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) masuk UMNO sebab mereka ini dulunya orang UMNO dan begitu juga sebaliknya. Yang pelik bilamana ahli UMNO mohon daftar jadi ahli PAS dan lagi pelik kalau ahli PAS masuk UMNO.
Yang pasti, di GAZA sana ramai yang sedang menderita. Boikot barangan kena diteruskan. Jangan hangat-hangat tahi cicak.
Apa-apa pun, kita tunggu dan lihat apa yang bakal berlaku seminggu dua ni.
aku pelik sebab duia moden hari ni kita ada macam2 alat teknologi canggih, tpi kita tak boleh kesan dua ADUN yang hilang dah beberapa hari sampai keluarga pun tak tahu di mana mereka tu berada.
ReplyDeleteMacam kes india yang angkat sumpah, tak sampai 3-4 jam tarik balik akuan bersumpah tu la. Lepas tu hilang.
bila nk jumpa org perak mai KL nih... mai la, mai la kita jumpa sembang2 nk ikut jugak cam org lain sembang politik mai la, mai la
ReplyDeleteMemang hari yang penuh drama, berita kat tv aku tak tengok pasal menyampah, meluat, getik dan lain-lain lagi. Bukak harakahdaily jem mungkin kena godam ataupun terlalu ramai manusia yang nak tau apa yang dah jadi kat Perak. Aku terasa bahangnya pasal aku dok kat Perak. Dah la sekolah aku tu terletak kat kawasan majoritinya penyokong Untuk Melayu No Otak (harap maaf kalau ada yang terasa). Kalau hangpa tu (UMNO) betul-betul merintah dgn cara yg betul sampai kiamat pun tak apa kalau nak perintah tapi terlalu banyak yang tak betul daripada yang betul. Sebabnya terlalu banyak makan duit haram akibatnya jadi tak ketahuan. Apa lagi aku nak tulis......Tunggu je pagi nanti apa keputusan Sultan Azlan.
ReplyDeleteLukman @ Kamunting.
marah sungguh abg lokman kita ni. Sabaq Man, segala yang berlaku ada hikmah. kalo umno pegang perak, takpe le. Dah deme nak sangat perintah. tak kire lagu mane pun, ase kan dapat merintah.
ReplyDeleteteman idak le suke dengan care ameno tu. kalo ye pun terkinje-kinje nakkan merintah negeri teman, ngape tak buat pilihanraye negeri? ni nampak sangat tak mandang telor ameno ni.
paling getik teman nengok beruk bote. semue dah tak percaye kat berok tu seko. kejap ameno, kejap pkr, kejap ameno balik. main tarbi kencin kelilin. esok2 ayo kencin sendiri diminumnye dah takde sape nak minum ayo kencin die tu.
assalamualaikum guyz,
ReplyDeletepeperangan baru bermula, don't give up.... ini semua dgn kehendak Allah, insya Allah pertolongan-Nya akan samapai jua nanti...
Ingat "Mereka merncang dan Allah juga merancang dan sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang".
Ada hikmah sebalik kejadian ini, sekurang-kurang beruk-beruk mat yeh yang melompat tu, semua ada masalah dari semua segi sama ada dari segi sahsiah, akidah, prinsip dsbg.