Assalamualaikum..
Bila sebut kahwin, selalunya ada kenduri. Ha... terima kasihlah buat semua yang hadir. Tahniah kami ucapkan buat sdr Izanee. Selamat dan moga panjang umur, jodoh dan dimurahkan rezeki.
Kami semua tumpang gembira. Dan selamat menanggung dan menjalankan tanggungjawab anda sebagai seorang lelaki dan suami. Doa banyak-banyak. Sabar pun kena banyak.
Perjalanan ke utara tempoh hari memang penuh dugaan. Mula-mula waktu berlepas tergendala dek terputus telekomunikasi. Ikut jadual asal pukul 4.30 pagi, lajak sampai puul 5.45 pagi. Perjalanan diteruskan. Kami yang bujang yakni aku, Mart, Karim, Asri, Zaki Siam dan adik aku solat subuh di Rawang. Lepas sarapan, teruskan perjalanan dan menyinggah di Kg Lembah, Kuale Kangso. Hallamak beb.. lalu depan sekolah, sambil pusing istana.. syahdunya ku rasa... memang 'down memory lane' la brader! Aku nampak aku masa form 1-3 dulu tengah dok berjoging. Muka dalam kereta masa tu maintain, tapi hati punya dalam ada syahdu. Kami singgah di rumah ayahnya Karim di Kg Lembah sebab Karim ada barang yang nak diambilnya. Selepas mission accomplished, kami menyinggah pulak lagi di lembah dekat menara jam tengah pekan Kuale tu ha. Pekena cendol 'O'. Nak marah pun ade sebab cendol, ais dengan santan je yang ade. Memang di luar jangkaan sungguh.
Lepas setel pekena cendol 'O' yang Mart memang tak puas hati tu, kami teruskan perjalanan sehingga berjumpa dengan sahabat2 yang lain di meeting point yang telah ditetapkan iaitu RnR Bukit Merah. Berjumpalah kami dengan Meo Matot sekeluarga, Abu Atief sekeluarga, Lokman sekeluarga dan Mail&Asri Scottie not Hottie yang berduet. Kami teruskan perjalanan yang banyak tergendala dek gara-gara ada saja yang nak terkucil di tengah jalan. Almaklumlah, pundi yang dimakan usia, memang koman. Tak boleh tampung lama-lama. Kang bocor tanpa sedar. Ditambahkan lagi kereta Abu Atief yang naik temperaturenya. Ada lah 3-4 kali berhenti tengah jalan sebelum sampai ke destinasi.
Tiba di destinasi kurang lebih jam 1.30 petang. Disambut oleh Fariz aka Abu Husni yang baru sudah selesai makan. Abu Husni datang dengan anakbini. Meriah tak terkata beb. Masa kami sampai tu, Mapley tengah baik punya pekena hidangan agung yang tak sempat dirakamkan sebab pantas sungguh pengantin tibai kasi habis. Yang sempat aku tengok, ada la udang panjat. Yang lain tak dan beb!
Lauk-pauk sedap bangat. Ada yang tambah 2-3 kali. Bila pikir-pikir, memang patut tambah. Sebab mai jauh. Tambang mahai wo. Lepas makan, pekena pulak kopi tumbuk bancuhan pengantin lelaki. Pergh...!
Elok2 pukul 3.20 petang, kami nak beransur pulang. Sekali, abg Mael pulak kata tunggu jap sebab dia nak kasi tunjuk tunang 'da Bomb'nya pada kami semua. Hallamak! Ini sudah cantek! Memang Mael bukan bunyi kosong lah kata nak kahwin tahun ni. Dalam diam-diam sudah ada 'sparring partner'. Tunggu la punya tunggu, pukul 4 petang baru sampai. Nasib baik tunang hang cun dan sedap mata memandang. Kalau tak, mau aku demah bijik mata hang Mael sebab menunggu lama. Muahahaahahahahaah!!!
Bayangkan tengok, 3 kali salam tak gerak-gerak lagi dari rumah pengantin. Kalau aku pak Izanee, mau aku 'badet kuda' sorang-sorang yang tak reti bahasa nak balik. Nasib baik la pak Izanee bukan aku. Pukul 4 lebih, kami gerak cantek punya dari rumah pengantin. Zaki Siam berpisah dengan kami di rumah Izanee sebab dia nak balik kampung di Siam nuh.
Yang pasti, pukul 6 lebih, kami sampai di rumah mak aku solat. Sementara adik aku betulkan pemegang pintu Nazaria Asri yang tercabut, sempatlah dok bincang nak plan apa lepas tu. Habis selesai siap pintu dibaiki, kami gerak ke rumah Asri Scottie di Kg Power (Pauh). Pergh! Memang supap la keluarga Asri ni. Abgnya bela lembu dan kambing. Adiknya buat industri aromaterapi. Asri ja yang tak berapa nak menjadi. Muahahahhahahaaha!!!
Pukul 8.30 malam, kami gerak pulang ke KL. Sampai di KL kurang lebih jam 12 tgh malam. Singgah di Rawsha pekena nasi Madghut. Ala kulli hal, semuanya berjalan dengan lancar dan tercapai semua objektif yang telah kami rancangkan sejak mula lagi. Dan, kami amat terharu dengan komitmen yang kawan-kawan semua dah berikan.
InsyaAllah, panjang umur dan dimurahkan rezeki, kita ketemu lagi.
Kalau ada sumur di ladang
Boleh hamba menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi
Ak elel...
ReplyDeleteMart.. mana gambaqnya? Aku punya dah la kelabu, terhad pulak tuh. Nanti jangan lupa emel gambaq cantek punya dok ada. Patutnya ambik gambaq madhgut, baru depa yang dok dengaq tau betapa lazizun jiddun bila tenung gambaq tuh.
Bak kata mat saleh ' Seeing is believing'. Ka gumana? Gambaq tadak ni. Macam nak kena pi sekali lagi ambik gambaq la lagu ni. Boleh mart?
akom sahabat semua...
ReplyDeletemmg tak boleh dinafikan kebesannya p sg petani hari tu..aku mintak maaf la sbb kereta aku buat hal hari tu...tapi alhamdulillah aku telah ditemukan dengan seorang foreman yang ikhlas n tekun di sg petani...habis dikikisnya segala karat yang ada dalam radiator keta aku tu...kini kereta aku boleh bergerak lancar tanpa keresahan dan keraguan....
amboiii dok promosi madghut nampak...sedap sgt ka nasi tok arab tu...nanti aku turun kl wajib p kedai madghut tu..
Masalahnya nasik madghut tu sedap. Ni nak kongsi la maklumat buat kawan2. Kang kata makan x ajak. Karim yg 1st time makan malam tu, esok harinya pi repeat ngan anakbini. Bayangkan....
ReplyDeleteKeta dah ok abu Atief? Alhamdulillah. Ada hikmah hg pi kenuri tu. Kalau tak, belum tentu hg tak jumpa pomen yg budiman tu tadi.
Ada info pasai majalah sekolah untuk dicetak? Buat kawan2, kalau ada sekolah hangpa nk buat majalah sekolah, jgn segan2 bukak mulut ngan aku (ni nak promo perniagaan).
nengok si mart tu makan rojak buah jer.. diet ker mart?
ReplyDeleterojak buah tu sebelum dan selepas makan. padan la diet kalau sampai 3 pinggan tepu rojak tu ha. ni aku CAS je la.
ReplyDeleteSalam ukhwah,
ReplyDeleteSeronok rasanya bila berjumpa dan susah sangat nak berpisah dgn member2 semua.
Bini aku habaq kat aku yang depa(isteri2 kita)respek giler kat kita ni pasai kesetiaan kita.
Lepas ni kita pi rehlah mana2 lah pulak.
assalamualaikum wbt guyz,,,,
ReplyDeletehokalohh......
meriahnya....
u all mmg d'bomb......
mael ble nk langsung?
Anyway slmt menempuh alam sebeno bgi seorg lelaki yg jantan kepada Bro. Izanee....
wassalam
chow
From kuching w Love..
ReplyDeleteKatanya mael bulan 6, tapi mael tak bagi war2kan lagi takut depa (blah pompuan) tunda ka hapa ka. so, tak kompem lagi na. kita tunggu je la berita gumbira umat nabi Muhammad SAW.
Abu Husni, memang kalau ikut hati nak lepak sampai bila2, tapi tiap pertemuan pasti ada perpisahan. tu hukum alam. apa2 pun, kita maintain apa yang ada dan termampu kita buat. InsyaAllah dapat ganjaran dunia akhirat kalau bertemu dan berpisah kerana Allah Azza wa Jalla.
Tapi mmg sedap bebeno lauk kenuri aritu... aku ni jarang memuji lauk kenuri kalau sedap tu aku akan duk ulang sedap,sedap,sedap,sedap,sedap bebyk kali rugi tak balun 5 round hahahah. hah nak pi rawsha amik gambo.. bila?
ReplyDeletebila2 la mart oi... baru ja pekena dah rindu. tapi hati ada jugak mau coba itu aru punya menu di restoran maghribun. apantah si Jamil cakap malam tu. aku buknnya reti sangat bahasa arab ni. Deme tu pande le sebab hari2 berkawan dengan arab. Awok tau sebat makanan arab je.
ReplyDelete