Pages

Thursday, September 11, 2008

Ramadhan dan ahadith..

Assalamualaikum..

Dewasa ini ramai di kalangan kita yang suka menyebut dan menukilkan hadith-hadith yang kita tidak tahu/tidak mahu untuk ambil tahu martabat hadith-hadith tersebut sama ada soheh, hassan, dhoif mahupun maudhu'.
Seperti contoh yang dapat aku kongsikan bersama kalian ialah:

1. "Bulan ramadan itu permulannya bulan rahmat, pertengahannya bulan maghrifah (ampunan) dan akhirnya adalah pembebasan dari api neraka". - Hadith ini berstatus hadith mungkar. Diriwayatkan oleh Al U'qaili dalam Adh Dhu'afa (172), Ibnu Adi (1/165), Al Khatib dalam Al Muwadhadhih (2/77), Ad Dailami (1/1/10-11), Ibnu 'Asakir (8/506/1), dari jalan Sallam Bin Siwar dari Maslamah b Ash Shalt dari Az Zuhri dari Abu Salamah dari Abu Hurairah secara marfu'.

2. “Rejab bulan Allah, Sya`aban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”. - Ini adalah hadith palsu yang direka oleh Ibn Jahdam. (Sila lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha`if , m.s. 95, cetakan: Maktab al-Matbu`at al-Islamiyyah, Halab, Syria).

3. Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadilat sembahyang Tarawih pada bulan Ramadan antaranya:
Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).
Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.
Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.
Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.
Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh.

Apakah sikap dan pendirian kita sebagai setiap muslim yang mengaku kasih kepada baginda Rasulullah SAW tetapi dalam masa yang sama menukilkan hadith-hadith palsu seperti di atas?

Sedangkan Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan ke atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya: "Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka". (Bukhori, Muslim)

Marilah kita bersama-sama merenung kembali dan bermuhasabah di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini supaya kita dapat menjadi 'a greater muslim'.

9 comments:

  1. no 3 tu dlm ceramah pon ader aku dengor rasanya... isk2 haru cam nih...

    ReplyDelete
  2. dan yang lebih mengharukan lagi suasana yang dah sedia kacau-bilau ni, ustaz-ustaz dan para syeikh maulana mua'lim yang serba alim selalu mengajar kitab, pun tak mau nak kaji selidik dan maklumkan pada masyarakat.

    betapa malasnya para penda'ei yang berdakwah pada hari ini. Buatla kajian sikit. buku kitab melambak2 penuh rak di rumah. Tapi nak buat kaji selidik sikit pun tak mau. Aku CAS depa ni malaih? Ya!! Aku cas depa ni malaih sebab depa ada masa pulak pi ceramah sana-sini. Sebab ceramah dan bagi kuliah, poket depa masyuk beb!!

    Mengajaq tu baguih. Dapat pahala. Meamng betui nak pi sana-sini kena pakai duit. Aku tak nafikan yang tu. Tapi bab nak buat kerja rumah. Tu yang aku panaih tu.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum wbt guyz,

    wa nk tny ckit ttg zakat pendapatan... sesapa ade info bleh kongsi ckit...atau dibahaskan. Bila zakat ini diperkenalkan ?????

    ReplyDelete
  4. wsalam.. anoni.. pliz kasi la nama samaran@pena, senang nak berurusan nanti. dok gitu?

    bagus gak soklan ko tuh. pasai zakat pendapatan ni. ha!! sapa ada tukang karut yang ngaji tinggi2 kat dalam blog ni, sila la nyata dan jeaskan kepada yang bertanya...

    aku nak refer dalam kitab alam perwira dengan naga kembar aku jap eh..

    ReplyDelete
  5. buat anoni, sila pergi ke laman web ni untuk maklumat lanjut:
    1. http://www.e-zakat.com.my/baru/organisasi/faq.asp
    2. http://forumpksuk.multiply.com/journal/item/23/Jenis-jenis_Zakat
    3. http://www.e-zakat.com.my/k%20zakat/jenis%20zakat-pendapatan.asp

    ak harap website2 tu dapat membantu dalam pencarian ko tu ha.

    ReplyDelete
  6. Salam Ramadhan ..

    Sape yang tanyer baba zakat pendapatan tu ha ? bagi salam ajer . Nama tak de . Aku nak panggil aper pun tak tahu .

    Kalu bab hukunm aku tak tau la . Tapi sebelum Ramadhan ari tu kat sekolah Bini aku ade le rombongan daripada Unit Zakat JAIP datang ke sekolah bini aku ngajor . Bini aku crite kat aku ler ( sebab aku tak datang sama ) Pegawai tu beri penerangan tentang zakat pendapatan . Ia tak wajib tetapi sape2 nak buat boleh .

    Berdasarkan pengalaman aku plak masa ngajor kat Sarawak dulu ha ( 1997 -2002 ). Aku ade buat potongan zakat pendapatan RM 10.00 tiap-tiap bulan ( Masa tu minima RM7 ) . Akhir tahun dia akan bagi slip bayaran kat aku untuk minta pengecualian daripada dikenakan incometax . Pernah sekali aku bayar tax aku sikit ajer lepas ditolsak ngan zakat . Tapi aku dah hentikan potongan tu coz aku nak buat kat negeri aku sendiri yang kucintai ini . Ha Ha Ha

    So, kemungkinan lepas raya ni , aku kan ke Unit zakat Perak ( JAIP ) untuk minta penerangan yang lebih lanjut .

    So... Moh ler kite berzakat Pendapatan , daripada bayar incometax . He He He

    Adios .. SPEKI

    Aku pun memamng nak buat

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum...

    Merujuk pada hadis yang hang tunjuk tu, aku dah tanya pendapat kawan-kawan sekerja aku. Benda tu kalau untuk tujuan motivasi orang buat ibadat dlm ramadhan boleh la diterima dan satu lagi perkara-perkara yang ditonjolkan dalam hadis tersebut tidak mustahil bagi Allah nak bagi.Itu pandangan dari aku, orang lain pun berhak bagi pandangan.

    LUKMAN RAZI KAMARUDDIN

    ReplyDelete
  8. buat sedara lokman.. tenkiu sebab join ini cerita.

    ok, perihal hadis-hadis yang mengajak kita beribadah. it's ok kalau hadis tu soheh dan kalau dhoif sekalipun, untuk menguatkan hujah, boleh diterima. tapi kalau nak berhujah dengan hadis munkar dan maudhuk, boleh jugak ka? untuk motivasi?

    soalan, boleh ke tak kita reka satu hadis yang boleh memotivasikan orang selama mana hadis kita tu tidak merosakkan dan menyesatkan iman orang lain? kalau jawapannya boleh, jom kita pakat-pakat buat sorang tiga hadis.

    memang tiada yang mustahil bagi Allah SWT untuk bagi apa jua yang Dia nak bagi. Yang ni memang kita tak boleh nak bahas sebab Allah Azza waJalla Maha Berkuasa.

    Sememangnya di dalam uslub berdakwah kita ada dua uslub yang nyata yakni attarghib (galakan/motivasi) dan attarhib (kecaman/ancaman). Tetapi di mana limitasi / had yang perlu digarispanduankan untuk para pendaei? Adakah semuanya boleh selagi mana tidak merosakkan iman? Kalau begitu bagai dikata, boleh la hadis Rasulullah SAW yang sabda baginda, mafhumnya: "Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka" di tambah dengan: Dan mereka yang terselamat dari api neraka ialah mereka yang berdusta atas nama Allah untuk tujuan berdakwah".

    Ka gumana?

    ReplyDelete
  9. perghh byk yg aku buleh copy dr blog nih.. trima kasih marn.. trima kasih lokman dan sekian pembahas yg aku sayangi..

    ReplyDelete