Assalamualaikum..
Selamat Menyambut dan Memperingati Peristiwa Isra' dan Mikraj.
Subhanallah, Walhamdulillah wa La ila haillallah wa Llahu Akbar! All praise to Allah, the Almighty. Syukur ke HadratNya. Program yang disusun berjalan dengan lancar walaupun tiada sesi menembak tupa (tupai) disebabkan kelewatan yang tidak dapat dielakkan.
Sebelum terlupa, aku nak ucapkan terima kasih yang tidak terhingga buat kawan2 yang hadir. Tak lupa juga yang tidak dapat hadir di atas sebab-sebab tersendiri. Terima kasih buat Mail Ninja selaku hos (tuan tanah kedaung) yang sudi dan telah memberikan layanan bertaraf 6 bintang buat kawan2. Memang sempoi, da bomb, hebat, syiok gila albab dan yang sewaktu dengannya.
Aku sampai rumah pukul 12.30 pagi. Letih, mengantuk, lenguh badan semua ada. Tapi dalam hati, perasaan teruja, seronok dan puas membuatkan aku rasa berbaloi dengan masa,tenaga dan wangringgit yang telah dikeluarkan. Memento bersama-sama kawan lama memang tidak boleh dijual-beli. Tiada galang ganti.
Memang tepat gelaran durian 'SEDAP' Mail. Ditambahkan pulak makan deroyan dalam sungai. Pergh! Lepas tu pulak, adanya ikan talapia bako dan kamben. Memang pukul habis. Janji bersurai pukul 1.00 petang boleh pi lajak sampai 2.30 petang. Tu pun, nak diikutkan hati mau je aku lajak sampai pukul 6 petang. Tapi dah janji dengan bini nak balik awal, kena la hormati janji.
Lepas selesai di rumah Mail, aku, Mart Jeni, Yusrin dan Borg pergi melantak pulak popia basah bawah Larut Matang Supermarket. Lepas tu, nak jadi kebetulan, stall murtabak paling sedap di dunia pun bukak. Murtabak tu memang power! Tanya la Mart Jeni sama Yusrin kalau tak percaya. Murtabak Syed Ali tingkat bawah bangunan Perbandaran Taiping. Tak percaya, pi beli.
Satu lagi cuti hujung minggu bersama kawan-kawan yang terbaik dalam hidup aku. Yang tidak dapat hadir, hangpa memang rugi besar. Tapi takpa, ianya bukanlah penutup. Ianya baru satu permulaan pengembaraan yang hebat.
Buat kawan-kawan; tenkiu, tenkiu dan tenkiu semua. Tanpa hangpa, boleh jadi malap hidup aku. Muahaahahaha!!
19 comments:
abe marky mark! mane gambo2nye? tak sabo aku nak nengok memento yang sempat ko rakamkan menerusi lensa digital ko tu.
kalau sibuk, takpa la. kalau tak sibuk, cepat2 kasi sama aku. nak aku uploadkan buat tatapan semua. buat mereka yang berminat nak nengok gambo, tunggu le jawapan dari abe marky mark kita.
gambo dah hanto smlm.. kita tunggu Tn presiden nk download je la nih..
Dikesempatan ini juga aku nk ucapkan kepada semua sahabat yg datang untuk memeriahkan Pesta Liar Durian fariz, sofi kadir, zaki Y, husaini,lokman, yus, jamnul & owner venue Mr Mael. Tenkiu juga buat ular kapak atas pokok mael yg membiarkan membuat aktiviti tanpa sebarang gangguan..
Buat mereka yg xde kesempatan kali ini harap dapat luangkan masa dihari yg akan datang.. Xdpt aku gambarkan betapa segarnya fikiran bila dpt beremdam dlm ayor kt blakang rumah Mael, lupa semua masalah.. dpt lak meratah ikan talapia segar dr kolam.. perghh mmg PRICELESS.
Sama2lah kita doakan agar Iznee bertemu jodohnya dgn cikgu dr Kuala (dh terok benor rhopernya bila becinta.. nyampoh) hihihi..
agreed....!
anak haji mulkan? search benda lain jumpa blog ni suddenly...
... depan kedai, kg hujung matang :-)
betul tu abang mark...kawe setuju denge demo...mmg satu kenangan terindah,nyaman n lupa sekejap masalah yang melanda wpun hari tu aku tak dapat bersua muka dengan mr gbox kononnya pemandu feri pangkor pagi tu mabok laut...aku terima dengan hati yang terbuka.
bukan kawan sapa2. tp kenal la ur family. kan ke selalu datang umah raya ke kenduri ke. cucu maklong halimah. depan kedai cina kg hujung matang. bukan apa. smlm ada search pasal kg. then jumpa blog ni. baca rasa mcm kenal dan penah tgk owner blog ni. tu yg tegur. ye la dah ramai2 slalu mmg xsempat perasan pun yg mana satu.
Salam ..
Alo .. MARN lu kasi sama UMI lu punyer nom. phone . Baru lu sama UMI boleh 'bersoreh' lama ckit .
Idok le menyebabkan aku tertanya2 umi mana lak ni .. EH ! EH ! UMI RAFAKAH kot . Ader lagi ke dia tu ha ?
ADOS . SPEKI
Umi rafaqah dh kawin pon & last yg aku dpt tahu dia ada kt johor. Umi yg kenal family marn ni aku ucapkan selamat berblog la pd anti.. kalu sudi slalu2lah komen atau luangkan pendapat pd topik yg kadang2 hangat juga.. cuma pada kali ni topik nyer lebih kpd makan durian di bukit berapit je la hehehe
wehhhh kenkawan semua....bila aku belek2 balik slide masa parti liar kat umah mail tu mmg patut kalau dimasukan dalam takwim tahunan kita...bkn sng yop nak dapat tempat mandi fri...parking fri...buah2an tmpatn fri...ada panggang ikan n kambin lagi...cuma lepah ni kita pelbagaikan menu n jemput seramai yang boleh...kompom parti semakin liar n tidak terkawal lagi.
macam cun jer umi...apakah tu gambar sebenar atau sebaliknya???rasanya aku kenal la cucuk macik halimah depan kdai apek hujung matang tu....man,,,kekasih lama hang ka umi tu?
sekadar bertanya, ngaper meo speki tak dtg yea masa kita buat parti liar durian di rhomah mael?
err ader saper2 yg pegi ke kenduri adik Kamarudin Adam?
umi tu kira pangkat anak sedara aku la. mak long limah tu sepupu arwah pak aku. aku tak tau umi tu anak sapa. kalau anak abg jaafar, dulu ada sorang yang la ni jadi polis. apa ntah nama dia, sekelas ngan aku masa sek. keb. matang dulu. abg jaafar tu dulu bukak kedai gunting tang koner marlboro pekan matang tu. crita masa aku darjah 4 dulu nih.
boleh kata selalunya bila time raya2 kami dok pi rumah depa la di hujung matang tu. Awek? aku dulu mana da awek melayu beb! Arab ada la. Cas dulu nak buat clan baru la. belakang mak aku tak bagi. terhenti tengah jalan je la. kena la dapat restu ibubapa. Nasib baik bini aku la ni mak aku ok.. kalau tak lulus, sure aku cari lain punya. Muahahah!!
Pasai apa meo speki aka matot tak mai? Hanya dia dan Allah Taala jua yang tahu. Nak kata jauh tu tidak sebab rasanya Puncak Perdana lagi jauh, tapi boleh sampai.
Abu Atief, ikan sama kamben tu pun hang makan free, jangan lupa sebut free tu. Tu promo tu..
Nak dijadikan takwin tahunan? Aku no prob, cumanya kena tanya tuan tanah kedaung la.
aku stuju bebeno lah kalu Pesta Liar Durian ni nak dijadikan acara tahunan, cuma next time kita buat berkonsepkan POT LUCK dimana bwk le brg makanan sorang sikit.. so sesaper yg janji nak bwk bihun tu bkw le bihun, menkala yg nk bwk rendang tu bwk lah rendang.. jgn cas sesama sendiri jer heheheh..
Yang pasai pot luck tu aku memang setuju sesangat la. tadak la tuan tanah nak sedia semua. dia dah sediakan tanah tu dah kira cukup bagus dah tu.
Mark.. lu kena push si jamil tu pasai register akaun. aku bukan apa, duit rakyat marhaein dalam tangan tu. amanah yang akan disoal oleh Allah Taala. sayanglah, masa berlalu tidak percuma. Duit dlaam tangan tu walaupun amaunnya sama, tapi nilaiannya sudah tidak sama. kalau tadak perancangan apa2, kita buat kenduri je la. tak la terbeban nak menjawab ngan ahli komuniti yang lain.
Aku selaku pemegang amanah tugasan presiden yang dilantik oleh hangpa semua ni nanti jugak yang akan dipersoalkan kenapa tak 'push' ahli yang telah diamanahkan melaksanakan tugasan, menyarankan agar segala kerja-amal yang telah dipertanggungjawabkan dilaksanakan sesegera mungkin.
Lagi kita tangguh, lagi kita takdak masa. masa tak tunggu kita beb. don't procrastinate in carry out our responsibilities.
Hg tau & aku pon tau betapa seboknya PUAK2 ni for this time being.. aku rasa dah byk kali aku remind dia & aku tak nak sampai tahap bila nampak nombot aku di x mau angkat la pulak, stakat ni alhamdulillah x jadi lagi. Aku x nampak dlm masa terdekat ni dia nk pi sendiri ke bank tu melainkan didespatchkan oleh pihak ketiga seperti mana saranan aku suatu ketika dulu....
mustikah arrajhi? bank tempatan tak cukup bagus ka?
ka dia tadak akaun selain arrajhi?
buleh sajjer.. as long its islamic bank kire jalang ajer ler.. nk buak dgn "bee es eng" pulok doh ader geng dalang tuh... abe sufi presideng persatuang CAS hihihihi (pls refer logo kt baju dier)
Post a Comment