Pages

Solat Time

Thursday, June 19, 2008

Jemputan ke majlis doa selamat.

Terkini..!!

Jemputan ke Majlis Doa Selamat di rumah Mejar Samsul Rizal terpaksa dibatalkan oleh tuan punya badan di saat-saat akhir di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Segala kesulitan amatlah dikesali. Harap maklum. Terima kasih.

Assalamualaikum..

Buat semua rakan-taulan, pagi tadi aku mendapat panggilan telefon daripada sdr. Mart Jeni berkenaan jemputan ke majlis doa selamat untuk semua kawan-kawan Komuniti87 yang dianjurkan oleh sdr. Mejar Samsul Rizal. 

Tentatifnya adalah seperti berikut:
  • Program: Majlis Doa Selamat (aku tak pasti sama ada kenduri ada ke tidak).
  • Tarikh: 22 Jun 2008
  • Masa: Lepas solat Maghrib
  • Tempat: Wangsa Maju, Kuala Lumpur
Daripada maklumat yang aku dapat, majlis ini diadakan bersempena dengan sdr. Mejar Samsul yang masuk rumah baru, bininya tengah mengandung dan dia kena ditugaskan ke Darfur, Sudan tak lama lagi. 

Oleh yang demikian, marilah kita beramai-ramai memenuhi hajat kawan kita ni. Mart Jeni juga menyarankan kita beramai-ramai menunaikan solat Maghrib secara berjamaah di Masjid Muadz bin Jabal yang terletak di Setiawangsa sebelum ke rumah sdr. Mejar kita.

Aku bersetuju dengan saranan Mart memandangkan sudah banyak program yang tertunda dan dimulakan lewat kerana ramai di antara kita yang masih kurang menghargai masa. 

Demi masa! Sesungguhnya manusia/insan itu berada di dalam kerugian. Dan ingatlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara:
  • Sihat sebelum sakit
  • Lapang sebelum sempit
  • Kaya sebelum miskin
  • Muda sebelum tua
  • Hidup sebelum mati
Marilah kita memperkasakan diri kita dan beramal soleh untuk mendapat barakah dari Allah Azza wa Jalla.

7 comments:

marn said...

InsyaAllah tiada aral mahupun uzur, aku pi. ert!! jemputan ni untuk kita saja ka ataupun skali ngan famili?

Kalau kita saja mungkin bleh dok lama sket kat umah hos. Kalau skali ngan famili, maknanya tak lama la melepak. Kalau ramai yang tak bawak famili, aku pun tak bawak famili la. kalau ramai yang bawak, aku pun nak bawak gak la. bleh la kenai2 bini sam bini kawan2.

Anonymous said...

assalamualaikum guyz

kim slam kpd tuan mjr sam. apepun kalo pego single jgn lupa partner kt rmh....
ape menu, resen sojar ko??

Anonymous said...

akom semua,,,

waisehmen nampak gayanya tak leh la aku nak join korang kenduri mejar nanti...kimsalam jer kat kengkawan yang datang...aku kena p baling join rombongan meminang adik aku...lama dah tak makan2 ngan kengkawan ni...nanti kalau ader kenduri lagi habaq na.

marn said...

hangpa tu la.. time ajak ada ja menda nak kena buat. takpa la.. pasni takmau ajak lagi dah. mejar sam pun batal sebab hangpa gak la. ada ja alasan.

muahahahahahaahahaha!!!!!!!

Anonymous said...

Salam ..

Marn oiii , Tuan Mejar tu batalkan program sebab kami tak datang ke atau sebab hg ni pantang diajak soru ... mesti datang punyer . Tp aku respect ngan hg. coz tiap kali program hg mesti menghadirkan diri . Memang layak ler jd Mr Presiden .

Tn. Mejar tu pegi Darfur tu bila ? Lama ke ? Aku doakan semoga selamat pergi N selamat kembali .

Eh ! Akie dah makan deghoyan ker ?

Adiosss. SPEKI

Anonymous said...

lerrr...tak jadi ka kenuri umah mejar tu...aku pun sangsi gak apakah benar dia nak buat kenduri atau gimik jer...nyaris aku tak pecut p wangsa yg tak brp nak maju tu keh keh keh...

alhamdulillah on de way balik dari baling aku singgah kuak beli deghoyan...sebiji 6 hinggit...isi dalam alhamdulillah puas hati...depa kata deghoyan tepen lagi canggih apatah lagi kat bukit gantang...ate mengkome bile kita nak buat rombongan hehehee

Anonymous said...

meo.. jangan la cakap (tulih) macam tu aku. aku ni hamba Allah macam hang jugak. kebetulan je program-program tu dibuat masa aku tengah lapang, berduit dan tubuh badan sihat. tu yang aku join program2 yang depa dok buat tu. Tengah ada kesempatan kata orang. esok lusa kita tak tau apa yang akan berlaku.

sabtu malam ahad baru ni kami tibai kamben. dah marah (tapi sayang) kat mejar sam. last minit kensel. kena balas dendam la. sebab perut aku dah set untuk tibai kamben, so perut aku akan meragam bila tak kena kamben. tu yang buat perjumpaan tergempar tuh. ada la kawan2 yang familiar mukanya bila ada sesi ratah kamben.

hari ahad (smalam) tok kepada bini si jamil fahmi meninggal dunia. sakit tua kalau tak salah aku. sama-sama la kita sedekahkan al-Fatihah buatnya dan doa semoga rohnya diletakkan bersama-sama orang yang diredhai Allah SWT.