Pages

Solat Time

Monday, March 10, 2008

Alhamdulillah

Assalamualaikum..

Segalanya berjalan dengan lancar. Selesai sudah kita menjalankan tanggungjawab dengan berhemah. Keputusan PRU ke 12 telah kita ketahui. Satu kejutan yang amat besar terutamanya buat mereka yang duduk dan tinggal serta mengundi di Perak, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah. Ternyata rakyat menyahut cabaran parti BN untuk menunjuk perasaan di peti undi. 

Alhamdulillah, kemenangan buat pendokong dan pejuang Islam di negeri-negeri ini. Kemenangan ini bukanlah bermakna, kita boleh berehat dan memetik buah keputusan. Sebenarnya perjuangan ini baru bermula. Banyak mata akan menilai sejauh manakah kemampuan pembangkang untuk mentadbir kerajaan negeri yang baru sahaja dimenangi. 

Harapan semoga negeri-negeri yang dikuasai oleh pembangkang untuk mengajar BN supaya lebih telus, amanah, bertanggungjawab, bermoral dan dedikasi dalam memacu dan mentadbir ke arah yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang tanpa menyelitkan unsur-unsur nepotisma, kronisma dan gangsterisma.

Semoga harapan rakyat tidak dibakulsampahkan oleh kerajaan pembangkang. Dan marilah kita bersama-sama menuju ke arah Malaysia yang lebih makmur, aman dan dirahmati. 

Aku menyeru kepada rakan taulan supaya memberikan sokongan padu dan tidak berbelah bahagi serta menjadi suara yang kritis dan mengkritik kerajaan sekiranya wujud kepincangan dan ketempangan. 

Untuk maklumat penuh keputusan PRU 12 sila layari:- www.malaysia-today.net/2008FinalTally.pdf

7 comments:

Anonymous said...

apa sudah jadi? angkat sumpah jadi PM pun muka masam ja Dolah?

Kena belajaq la daripada kesilapan. Jangan dok jaja Islam Hadhari lagi dah. Orang tak suka Islam Tempelan dan Kosmetik. Buatlah secara syumul. Jangan diambil separuh dan dibuang separuh.

Patutnya, letak jawatan Lah. Jangan Lah sombong dan hidup dalam denial.

Kalau aku, lama dah angkat bungkuih.

Anonymous said...

Salam Untuk Semua ...

Ape khabar cmua ? dah lama aku tak blogging.Bukanye aku tak buka blog ni , bukaaaaa dan baca smua tulisan kengkawan cuma aku tak beri sebarang komentar coz pendapat yang di beri tu 115% betul dan sahih.

Sebelum tu .. aku nak minta maaf aku tak dapat join korang di pangkor nanti . Abang ipar aku Mohd Khair B. Ansar ( member baik zaki usop n bacth Uni. Azhar hingga tahun 1999 ) baru lepas buat kimoterapi di Ipoh Specialist. Penyakitnye dikenali sebagai lymphoma ( kata doktor ia suku sakat kanser , tp kalu di buat kimo boleh sembuh 90% ) . Jadi aku le ni dok ulang alik dari kati ke Ipoh untuk bawa mak n ayak aku . Atas rasa tanggungjawab kekeluargaan rasanye tak manis aku 'berseronok2' ngan kengkawan tatkala mereka bersedihan .

PRU ke-12 ... waduh tak sia-sia aku berjaga higga larut malam dok tolong gantung poster . Di sini , Aku rasa terharu apabila melihat anak-nank muda lingkungan 15 - 23 tahun turut sama ( sekitar 20 orang ). kerajinan mereka Solat hajat dan bacaan yasin tiap2 malam turut menginsafkan aku . Itulah manisnya bila mencintai islam . TAKBIIIRRRRRRRR

Untuk semua kengkawan ... aku ucapkan selamat ber'reunion' . Jaga keselamatan diri dan family . Aku tak de tak bererti aku tak sudi . KAli ini nasib tak menyebelahi aku . Sesungguhnya aku tetap bersama korang cmua . Insya-Allah lain kali .

Adiosss . MEO SPEKI

marn said...

takpa la tu matot oi.. nak buat gumana. kalu hang rasa lebih elok hang tak pi pangkor sebab rasa tak kena dengan situasi yang dok ada la ni, terpulang lah.

bukanlah suatu paksaan untuk join perjumpaan ni.

barang sesiapa yang rasa terpaksa join, silalah tarik diri sekarang sebab tidak menjadi hal yang besar mahupun suatu dosa yang berat yang perlu ditanggung. it is ok dude.

Anonymous said...

Assalamulaikum sahabat2 yg kukasihi sekelian.

Alhamdulillah, dengan berkat dan rahmat dari Allah kita telah berjaya menyekat majoriti 2/3 kerajaan barisan korup.

Seterusnya, peratusan untuk aku pergi pada program alumni kita pada 14 - 15 mac ini adalah sebanyak 60% berbanding 40% tidak pergi. Ini disebabkan oleh keadaan kewangan yang tidak menentu semenjak 2 bulan yang lalu.

Andai kata aku tidak dapat menghadirkan diri pada program itu , aku mohon maaf dan diharapkan para sahabat tidak marah.

Aku memang teringin sangat nak jumpa semua sahabat tapi apakan daya aku, aku akan cuba InsyaAllah.

Jadi , kita doalah sama sama agar kita semua dapat berkumpul dan merapatkan kembali hubungan kita yang terputus sejak beberapa lama dulu.

OK. wa chow dulu, Assalamualaikum.

Asrihassan

marn said...

Takbir!! Takbir!! Takbir!!

Moga Allah bantu mereka yang berjuang dengan ikhlas di atas jalan kebenaran.

Anonymous said...

Untuk yang bermusafir lebih dari dua marhalah (90 km) pada hari jumaat ni jangan lupa solat jumaat melainkan keluar sebelum masuk waktu subuh tak payah la solat jumaat. Ini adalah dari Mazhab Syafie, sebabnya kita memang ikut Mazhab Syafie. Selamat berehlah.


Beyoncit

marn said...

kalu nak pakai mazhab lain bulih ka?