Assalamualaikum..
Selamat hari-hari (dipetik daripada kata-kata si Apek dalam radio ERA). Sempena cuti Raya Cina baru-baru ni dan juga cuti-cuti lain yang bakal menyusul, aku dapat anggarkan ramai di antara kita yang telah, sedang dan akan berjalan ke sana-sini menaiki kenderaan. Dan antara perkara yang paling penting pada kenderaan beroda ialah tayar. Kerana tayarlah satu-satunya anggota badan kenderaan yang menyentuh tanah. Setinggi-tinggi kapal terbang di langit, bila nak 'landing', mesti pakai tayar. Kalau naik kapal laut atau sampan, tu tak masuk la dalam golongan ni. Sengaja aku kongsikan bersama kalian tips yang berguna kerana ilmu yang berguna itu adalah ilmu yang bermanfaat dan dimanfaatkan. Selamat mencuba.
Tips mengenai tayar dan suku sakatnya. Cuba periksa tayar kereta kita, perhatikan di antara satu bunga tayar dengan satu bunga tayar terdapat satu penyambung. Sekiranya penyambung itu mempunyai ketinggian yang sama dengan bunga, maka mulalah mengumpul duit kerana tayar kita perlu ditukar dalam masa 3-4 bulan lagi. Apabila kita hendak membeli tayar terdapat beberapa perkara yang perlu kita ambil berat!! Kerana ini melibatkan keselamatan.
1. Pilih saiz yang sesuai dengan keupayaan kereta kita. Kalau Wira 1.3, dan kita hendak menggunakan sport rim, cukup setakat saiz rim 14 inci; kerana jika kita menggunakan saiz 15 inci:
i. Kekuatan pecutan kereta akan menurun.
ii. Speedometer tidak merekodkan bacaan yang tepat.
iii. Kesemua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangka hayatnya.
iv. Penggunaan minyak akan menjadi lebih (minyak makan kuat).
2. Selepas mendapat saiz yang sesuai, cuba perhatikan di bahagian tepi tayar. Terdapat satu rangkaian nombor yang seperti dicetak tenggelam ke permukaan tepi tayar. Sebenarnya rangkaian nombor ini memberikan kita maklumat mengenai tarikh tayar dikilangkan (minggu dan tahun) dan batch pengeluaran dikilang. Jadi apabila tayar tidak memenuhi spesifikasi, maka senang bagi pihak pengeluar menarik balik tayar di pasaran. Maklumat ini kita boleh gunakan untuk tujuan keselamatan. Mengikut piawaian tayar antarabangsa, tayar hanya boleh bertahan selama 2 tahun selepas di kilang (selepas tempoh itu getah tayar akan mati (keras) dan tidak selamat digunakan). Sebagai contoh; rangkaian nombor yang ada 4001 bermaksud tayar tersebut di kilang pada minggu ke 40 tahun 2001 dan tarikh ‘expired’ tayar tersebut sepatutnya minggu ke 40 tahun 2003. Jadi sekiranya kita dapati ada kedai yang menjual tayar dengan harga yang luarbiasa murahnya, cuba periksa tarikh tayar tersebut dikilangkan, mungkin tayar tersebut adalah tayar yang telah tamat tempoh penggunaannya. Dari pengalaman yang pernah diceritakan, tayar yang telah tamat tempoh ini akan lebih senang meletup semasa kelajuan tinggi.
3. Tentang saiz tayar, cuba perhatikan rangkaian nombor dan huruf yang tercetak timbul di permukaan tepi tayar. Biasanya seperti contoh ini 205/50 VR 16 maksudnya, tayar itu mempunyai kelebaran 205 mm, ketebalan tayar (dari rim ke permukaan jalan) adalah 50% dari kelebaran 205 mm, dan untuk kegunaan rim bersaiz diameter 16 inci. Huruf VR bermaksud, tayar tersebut sesuai untuk kelajuan sehingga 240 km/j tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar. Sekiranya dipandu lebih dari kelajuan tersebut, sifat fizikal akan berubah dan besar kemungkinan tayar tidak lagi berfungsi dengan baik.
4. Tentang jenis tayar pula, kebanyakkan kita lebih suka memilih tayar import terutama dari Jepun. Harganya lebih mahal dan dikatakan lebih lembut. Memang benar, tayar seperti Michelin, Yokohama, Falken dll. lebih lembut kerana tayar tersebut dibuat berdasarkan iklim sederhana yang kurang panas dan apabila digunakan di Malaysia yang sememangnya panas terik, tayar tersebut akan mempunyai jangkahayat yang pendek (cepat habis bunganya). Kebisingan tayar adalah bergantung kepada bunga tayar. Lebih senyap sesuatu tayar, maka lebih rapat bunga tayarnya dan tidak sesuai untuk permukaan jalan yang basah. Lebih bising tayar, lebih mencengkam dan sesuai pada permukaan yang basah. Jadi kalau kita hendakkan tayar yang senyap, kita terpaksa lebih berhati-hati semasa hujan.
5. Tayar sepatutnya ditukar kedudukannya setiap 3 bulan. Caranya, tayar depan kiri, ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan, ditukarkan ke kiri belakang (untuk 4 tayar sama saiz). Lebih baik sekiranya tayar simpanan/ganti juga di masukkan ke dalam pusingan tukaran tayar. Caranya, masukan tayar ganti ke kanan belakang, belakang kanan ke depan kanan, depan kanan ke belakang kiri, depan kiri ke dalam boot ganti, belakang kiri ke depan kiri. Semua pusingan ini bergantung kepad jenis kereta, sistem pacuan dan sistem suspensi kereta.
6. Jika kita perhatikan bunga tayar selepas beberapa lama, bunga tayar mula menghaus. Sekiranya kadar kehabisan bunga di bahagian tepi kiri-kanan tayar lebih cepat berbanding di bahagian tengah, ini bermaksud; tekanan tayar adalah kurang dari yang sepatutnya. Sekiranya bahagian tengah lebih cepat haus, maksudnya tekanan terlalu tinggi. Sekiranya haus di bahagian luar sahaja, tayar kita terlalu mencapah ke dalam dan jika haus bahagian dalam sahaja, tayar kita terlalu mencapah ke luar (alligment tayar perlu dibetulkan). Sekiranya bunga tayar yang haus tidak sekata (turun naik), maka absorber kita perlu diganti.
Sekiranya masih tidak elok juga bunga tayar selepas semua langkah-langkah di atas telah diambil, sila tukar kereta anda.
assalamualaikum guyz...
ReplyDeleteWa pun rase smcm dgn our bro. yg lain. Mcm bro. Marn ckp set ipoh mandom semcm je... Wa pun heran la... Sesibuk mane pn kita jgn smpi trpts ikatan ukhuwah n silaturahim.
Utk pgthn kita smua, org ramai d luar sane dh tahu ttg cr hdup islam ttp dlm bntk teori shj. Not more thn tht, so kita yg tahu srb sdikit ilmu agama hndklah mnunjuk cr idup yg sbnonye. Slh satunye adab ktika brihlah. Inilah timenya kita brdkwh n mgajo khlyk umum secara x formal. Bre in our mind, slh st tgs kita sbg khlfh d mk bumi ialh sbg sorg daie. Uswatu hsnh adalh st cr yg lbh prktkl n brksn.
Smtme sft mnsia ni bl dh bgus ckit, dia akn lupa yg d bwh ni. Ingat Rasulullah x penah mlpakn pr shbtnye n kbyknnye dr golongan hmb sahaya je. Bg bro. yg prsan diri dia dh bgs sgt tu, jgn lp kita asl dr mane? Bro lain yg keje bkn bdg agama, fr smple exmpl, bro. Borg wlpn ckgu mzk tp wa prcya dia show music frm Islam prspektive. Bgt jgk dgn org lain. Jgn ingt kt dh d atas u r the best. Shgga rs malu nk join mmbr lain yg x sbrp ni.
Emmm alahai... bg bro. yg lain, jgn pts asa. Truskan prjuangan. Rasulullah pd prgkt awl dakwah hny sdkt shj yg menerimanya n kbyknnya org bwhan je. Slagi prbuatan itu x mlggr hkm Allah n brniat krnNYA, itu psti dkira sbg ibdt kpdNYA. Ilmu yg bgus, ilmu yg sdkt tp diamalkn scara istiqomah dr byk ilmu tp x d amlkn. Hampehhh
Renung2kn n slmt bramal.
Wa cau dulu wassalam
aduiah.. aku syahdu dan tersentuh jiwa nan lara bila baca tazkirah daripada abg zrahman albanjari kita ni.
ReplyDeleteMoga denga peringatan yang ada itu, dapat kita kembali ke jalan yang telah ditunjuk oleh Rasulullah SAW dan para sahabat RA.
ya betui tu... wa pon ala2 shin bei (dr ninja boys) terkeluo hingus bila membaca luahan hati zahdur rahman x-komunis al banjari.. tapi takpe la dh itu cara & pilihannya.. Er Tuan Marn as at skang ni amali masih gagal dihubungi.. ptg sat lagi wa kal le balik.. roger & out
ReplyDeletehoih!! ni betui punya mandom?.. wak hapeng?
ReplyDeleteakhirnya semalam aku berkenalan dengan buntang gorila. muahahahaha.
ReplyDeletebaru la aku kenai sapa tu buntang gorila. cet!
Salam Buat Semua ....
ReplyDeleteAku kembali daaa... Marn , hg kate sampan n kapal kalau nak berlabuh tak guna tayar ? betoi ke pemandangan hg tu ? tanye kat dur , dia dah lama dok kat tepi laut @ sungai sarawak ... kapal n sampan berlabun pun guna tayar , tapi bukan taruh kat bawah badan dia ler ... cuma taruh kat tepi badan nye agar body tak kemek ... sekuarang2 nye dia guna tayar ler jugak . Betoi dak ...
Laaa ... loceng bunyi lak ... nak masuk kelas ni... nanti aku sambung lg .
ADIOOOSSSS ... MEO SPEKI
askom sahabat semua...
ReplyDeletetanpa aku sedari air telinga aku turut mengalir keluar setelah aku baca tazkirah dur tu...minat aku utk mengenali dur lebih dekat lagi semakin memuncak...cikgu box sure kembang hidung baca tazkirah dur tu.
terasa aku hampa kata member ipoh mandorm...sebenaqnya kami kat ipoh berdakwah under ground punya...masih ikut stail nabi berdakwah dimekah dulu...heheheee.
seminggu ni aku dok sebuk bawak bdk main bola kat sekolah luo...so tak sempat nak nengok bloq.
hanya dah bah bayo kat aku ialah mat zeni...yang lain munkin masih tersipu malu...munkin last minit baru depa nak bayaq kot...yang penting bayo wehhhh...sian kat cikgu box dah nempah chalet.
akhirnya bersuara jua wakil ipoh. alhamdulillah, sihat nampaknya wakil kita.
ReplyDeletemeo.. memang la tu guna tayar. tu tayar pecah sama tayar botak pun boleh. tak masuk dalam cakrol dan kategori yang aku nak cerita.
kalau nak kira, tayar buat pasu bunga pun boleh, buat tukun pun boleh. so... macam mana?
akom semua...
ReplyDeletetadi sekolah tempat aku ngajaq ada buat sukan tahunan...
acara terompah besi menarik minat aku kerana pengajur menggunakan TAYAR moto lama untuk buat terompah tu...wpun tayar tu tak boleh pakai kat motor tapi dia masih lagi berguna untuk yang bukan motor..begitulah hebatnya kejadian allah yang maha berkuasa...manusia kena guna akal fikiran agar nikmat yang diberi digunakan sebaik munkin demi kesejahteraan hidup dan selepas hidup.
akom...
ReplyDeleteaku tertarik nak ajak hampa bincang ttg operasi mencegah jenayah kat negara kita.
1.tambah aggota polis.
2.tambah balai polis n pondok polis.
3.lanjutkan tempoh pencen perkhidmatan polis.
4.cctv pasang kat tempat2 kadar jenayah tinggi..berita semalam bagi tau ada cctv tak payah pakai wayar la pulak.
5.tambah peruntukan utk beli baju kalis peluru kat polis.
6.ntah apa2 lagi idea untuk cegah jenayah.
tapi....jenayah terus menunjukan peningkatan yang cukup cemerlang gemilang dan terbilang.
sebabnya....hukum tuhan yang mencipta manusia diketepikan...manusia cabar allah dengan hukum ciptaan sendiri yang kononnya boleh menyelesaikan masalah jenayah.
penjara sesak sesesak sesaknya.
fikir2kanlah wahai sahabatku.
assalamualaikum,
ReplyDeleteWa ckup trtarik dgn soalan cpu mas minggu ni yg d ajukn bp atief. Brsesuaian dgn election seas. kita tkr jer prti yg mmrintah dulu, tkr kpd yg bru, kpd yg mahu kpd suka kpd syariat Allah.
TAKBIRRRRR 3X
a'kum,
ReplyDeleteluahan dari al-banjari itu seolah2 satu wake up call padaku dan moga2 juga kpd yg lain,
Jenayah meningkat antara sbbnyer kecilnya ialah kerana kadar penganguran yg tinggi.. Pengeluaran melebihi permintaan.. Jgn cite pasal PATI la.. tgk para graduan yg menganggur pun puluhan ribu.. could be cecah ratus ribu.. cammaner dgn antuma & antom yg takat spm? srp? darjah 6?.. Hidup nak bergaya.. abih tu nak buat camner?.. Undang2 kita tak cukup power.. Abih tu yg mencuri lah.. menyamun lah dan segala mcm ME lagi.. nak idup bro.. nak idup.. Tu yg bujang.. kalu dah kawin? susu anak nak beli..
ReplyDelete