Pages

Monday, February 18, 2008

Kadar jenayah: Mengapa dan ke mana halatuju kita?

Assalamualaikum..

Para sahabat sekalian, aku tertarik dengan tajuk yang dikemukakan oleh Sdr. Abu Atief tentang kadar jenayah dan cara-cara PDRM mengambil jalan untuk mengatasi gejala yang boleh memporak-perandakan kehidupan kita. Antaranya ialah:
  1. Tambah anggota polis.
  2. Tambah balai polis dan pondok polis.
  3. Lanjutkan tempoh pencen perkhidmatan polis.
  4. CCTV pasang kat tempat2 kadar jenayah tinggi.. berita terbaru, ada cctv tak payah pakai wayar la pulak (wireless).
  5. Tambah peruntukan utk beli baju kalis peluru kat polis.
  6. Ntah apa2 lagi idea untuk cegah jenayah.
Tapi, jenayah terus menunjukan peningkatan yang cukup cemerlang gemilang dan terbilang. Sebabnya hukum tuhan yang mencipta manusia diketepikan. Manusia cabar Allah dengan hukum ciptaan sendiri yang kononnya boleh menyelesaikan masalah jenayah.

Penjara sesak sesesak sesaknya. Fikir2kanlah wahai sahabatku. -dipetik dan disusun semula daripada komen Sdr. Abu Atief di dalam posting yang sebelum ni.

Persoalan yang timbul:
  1. Mengapa kejadian kes-kes jenayah berat dan ringan dilakukan oleh masyarakat hari ini jauh lebih banyak berbanding dahulu?
  2. Apakah faktor-faktor sama ada luaran mahupun dalaman yang dilihat boleh menyebabkan seseorang penjenayah boleh melakukan jenayah?
  3. Bagaimana menangani masalah ini daripada menjadi lebih teruk?
  4. Apakah tanggungjawab membanteras jenayah hanya terletak pada bahu kerajaan semata-mata ataupun tanggungjawab bersama?
  5. Bagaimana dan apakah tindakan yang sewajarnya perlu diambil untuk membasmi kalau tidak pun, mengurangkan kadar jenayah yang sedia ada?
  6. Apakah cara yang berkesan bagi mengelakkan kejadian jenayah daripada berulang?
Marilah kita sama-sama melihat, memerhati, mengkaji, berfikir, mencari, mengenalpasti dan membuat tindakan dan mengambil langkah yang sewajarnya untuk membanteras jenayah yang semakin bermaharajalela di dalam kehidupan kita dewasa ini.

Perlu diingatkan, meletakkan semua kesalahan ke atas bahu pemerintah adalah perkara yang paling mudah untuk kita lakukan tanpa perlu berfikir. Yang kita mahukan ialah sumbangan kita kepada agama, masyarakat dan negara tercinta. Mari kita sama-sama merungkai permasalahan ini.

28 comments:

  1. renungilah ungkapan ini:

    Apabila politik dan pemerintahan diasingkan daripada agama ertinya kita telah mengenepikan persoalan dosa dan pahala dalam mengurus tadbir negara, hasilnya jenayah seperti rasuah, rompak, bunuh dan sebagainya semakin menjadi-jadi.

    ReplyDelete
  2. Lama tak dengo komen dr saudara Later.. Tulisan Later ni selalunya mengkagumkan.. err mayb Later...

    ReplyDelete
  3. Dear sahabat2

    Kome ader tgk berita kat TV lately? Adohai.. wa boring tahap cipan bbq cicah dgn sos knor extra spicey.. Ntah haper2 ntah giler kninzir punya propaganda.. X jadi la teman nak kancel HBO.. baik layan the sapranos atau di kampung gbox dgn zahdur lebih dikenali sbg the suparnos

    ReplyDelete
  4. bagi wa, ni semua bertitik tolak dengan pendidikan. baik agamanya, moralnya dan duniawinya. aspek pendidikan ni memang ramai yang ambil mudah.

    tapi, ada sesetengah orang bercakap; orang ngaji tinggi pun buat jahat, lu cerita apa?! wa rasa, dalam masyarakat khalayak, dengan diberi pendidikan yang secukupnya, akan mengurangkan kadar jenayah.

    untuk peringkat yang lebih tinggi, tu memang bangsa cipan. tak reti2 lagi? dah ngaji tinggi2, apa yang perangai macam gengster kampung dusun? kena tahan masuk lokap, dera sampai mati pucuk. tu saja ubat untuk orang cerdik-pandai yang suka buat jahat.

    ReplyDelete
  5. WA PUN SETUJU DGN MAT PARANG TUMPUL,PROPAGANDA YG DITUNJUKKAN DLM TV AKHIR2 NI SANGAT MEMUALKAN,BARU NI DIGEMBAR-GEMBURKAN ISU NIK AZIZ KATA ORANG YG MENOLAK HUKUM DAN TAK IKUT UNDANG2 NI DISAMAKAN MACAM ORANG UTAN,TP BG AKU,AKU PUN SETUJU DGN PENDAPAT BELIAU TU,SAPA YG TERASA TU PADAN LA DGN MUKA DIAORG,TP MASA KHAIRY JAMALUDDIN KATA ORG P.. MCM BERUK DULU TADE PLK DIAORG ISUKAN,TP AKU PERCAYA BHW SEBAIK2 PERANCANGAN MANUSIA,PERANCANGAN ALLAH JUGA YG MAHA SEMPURNA.

    A'KUM

    ReplyDelete
  6. ape kabo kengkawan semua. kenal ke teman lagi.ingat lg ke port merokok kome dulu.itu le romah teman.

    ReplyDelete
  7. wuish!! bang kareem rahmat dah mai lepak sini la beb!! hah! gi regitar lekah nak join ke pangkor yob!

    ReplyDelete
  8. nengok tv tengah2 sekarang ni memang la nyakitkan hati. baik le kome beli ps2 @ 3, main ngan anak2 lagi le baik. kalo takde anak, main ngan bini, kalo tak mandang duit, main bini. kalo takde bini, main cat cilut at at ngan anak jiran sebelah. takpun, ketua kampung pun boleh, ketua kompang pun boleh, siak ngan bilal pun boleh join.

    dan dan marah kat tok guru nik aziz kata orang yang tentang hukum Allah tu orang tu. tu kira berlapik la tuh. orang utan pun tak lawan hukum Allah. yang si KJ tu dok maki hamun bloggers kata bloggers tu kera takpa pulak? bingai betui la UMNO.

    ReplyDelete
  9. saLAM bUAT sEMUA

    INILAH STRATEGI ... INILAH PROPAGANDA ... INILAH KEADAH PROVOKASI ...INILAH CARA MENYAKITKAN HATI ....

    jANGAN TUTUP MATA DAN JANGAN PEKAKKAN TELINGA ... LAWANLAH DENGAN APE SEKALIPUN . yANG PANDAI BERKARYA , MAKA BERKARYALAH . yANG PANDAI BERHUJAH MAKA TAMPILLAH MEMBERI PENERANGAN ...

    KALU ADE SEKELUMIT RASA BENCI , SAKIT HATI , RASA HINA DINA , RASA TAK SUKA DAN XTRA NYA LAGI .... MAKA MASIH ADA LG SINAR IMAN DI DALAM DIRI SAHABAT2 AKU SEMUA NI ... iTULAH PERJUANAGN YANG PERLU KITA SEMUA HADAPI DAN TERUSKAN .

    iNGATLAH JANJI KITA LIMA KALI SEHARI KEPADA aLLAH " sESUNGGUNYA SOLAT KU , HIUDP KU DAN MATI KU HANYA UNTUK ALLAH RABBU JALIL "

    sAPE YANG BERPEGANG PADA KALIMAH INI MAKA BERIMANLAH DIAAA .

    taaaakkkkkkkkkBBBIIIIIIIIIIIIIRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR ....

    adios . meo speki

    ReplyDelete
  10. u're the man meo matort!!

    ReplyDelete
  11. Huish!! Ramainya bagi komen. kejap ja aku tinggai dunia siber (bukan sibir). Tau2 kata ramai. Baguih.. baguih..

    Pasal topik posting, macam abu atief dok cakap komen la, bila hukum buatan manusia dimuliakan lebih daripada hukum Allah Taala, kita akan lihat kemungkaran dan kefasadan di sekeliling kita.

    Apa perlu kita buat tuan/puan?
    1. Tukar kerajaan sedia ada sebab fail gila.
    2. Tegur/tegahlah dengan lembut atau marah budak-budak muda/orangtua yang buat salah, jahat, tahana, merosak dan yang sewaktu dengannya kalau dilakukan depan mata kita.
    3. Banyak doa pada Allah SWT mintak pelihara kita semua.
    4. Selalu dampingi mereka2 yang liar dengan tujuan bukan nak ikut depa jadi liar, tapi ajak depa ke arah kebaikan.
    5. Kena istiqomah dengan dakwah yang kita rasa sesuai mengikut jiwa dan emampuan kita.
    6. Yang kurang ilmu, pi masuk kelas, takpun rajin2kanlah diri tu ikut kuliah.
    7. Yang lemah iman, banyakkan solat tahjjud. Kerana solat tahjjud menguatkan iman dan jiwa.
    8. Ajak anak bini dan saudara-mara kita dulu untuk buat baik.
    9. Yang penting, kita ni kena pebetui diri kita dulu dan tak salah sambil dok pebetui diri kita, kita ajak sama orang lain pebetui diri. Kalau nak tunggu diri sendiri jadi perfect atau sempurna, maka tiadalah dakwah itu wajib. sedangkan Rasulullah SAW sendiri walaupun ma'sum, baginda masih juga diberikan teguran oleh Allah Taala. Betapa manusia itu tidak sempurna.

    Jadi, kalau ada orang kata: "pi pebetui diri sendiri dulu baru la ajak orang lain." Jawab ja: "Nabi tak suruh. Nabi suruh kita ni amar maa'ruf, nahi munkar." Kalau orang cakap:"Ello brader, kuboq lain2, lu apa crit?" Kita jawab:" Ello brader! wa tak bleh tahan lu bising nanti dalam kuboq kalau wa kena tanam sebelah lu." Kalau orang cakap: "Iman tu Allah Taala je tau. Bukan diukur pada pakaian". Kita jawab: "Lu ada nampak mana-mana orang yang beriman pakai tak senonoh?"

    Selebihnya, pandai2 la hangpa goreng jawapan mana patut.

    ReplyDelete
  12. kalu depa kata "hangpa ni mencarut, mengeji & mengutuk memang pandai la...." takkan nak kata "takpa la sbb kami berok & monyet yg suka gegaq pokok" hehehe

    ReplyDelete
  13. akom sahabat :
    renungilah kata2 nih,

    "Kegagalan menanam falsafah nilai dapat dilihat daripada contoh mengubah ajen nilai utama kepada masyarakat daripada Islam yang melibatkan aspek lahiri dan maknawi (akal, hati dan rohani) kepada 'Islam Hadhari' yang bersifat 'Islam Kristal, tidak asli, tiruan dan lebih menekankan material,"

    ReplyDelete
  14. renungilah ungkapan nih:

    Pembangunan insan yang menjelmakan kalimah tauhid "Tiada Tuhan melainkan Allah " iaitu manifesto yang juga menyakini bahawa tiada undang-undang melainkan undang-undang Allah', jika ia tidak dapat dilakukan, maka pilihlah salah satu daripada dua konsep yang pernah disebut oleh para ulama Islam - 'Ambillah Islam semuanya, atau tinggalkan Islam semuanya'. Mudah-mudahan Muslim tidak terkeliru dengan dakyah mereka yang mengkhianati Islam.

    ReplyDelete
  15. akom semua..

    ini ada satu cerita yang menarik untuk kita baca,

    Seorang berbangsa Cina baru-baru ini mahu masuk Islam Hadhari, kerana ia lebih mudah daripada Islam sebenar. Ini kerana pemimpin Islam Hadhari tidak mewajibkan para isteri bertudung kepala, yang penting bagi orang awam, perkataan Islam tetap ada dalam konsep jelmaan mereka.

    ReplyDelete
  16. a'kum,

    disini aku nak nyatakan semula mrk2 yg dh mgkmpmkan diri:

    1 )sirajuddin dan isteri bersama
    anaknya seramai 3 org
    2 )ahmad farez jalaluddin dan
    isteri bersama anak seramai 3 org
    3 )ahmad suzaini & family
    4 )saiful asri & family
    5 )jamnul & family
    6 )zaki yusuf & family
    7 )arman shahril solo
    8 )ismail nizar solo
    9 )zaki saidin solo
    10)izanee solo
    11)syukri mat isa & family
    12 fakrul zaman dan isteri bersama
    anaknya seramai 2 org
    13)jamil fahmi dan isteri bersama
    anaknya seramai 2 org
    14)Hisyam fahmi dan isteri bersama
    anaknya seramai 2 org

    BORG:lama wa x jmpa muka2 ni heh..

    ReplyDelete
  17. akom semua...

    perghhhh ramai tu yang dah kompomkan diri nak mai pangkor...byk antara kita yang lama dah tak jumpa tuhhh...teman tak dapat nak bayangkan muka sirajudin camana n ramai lagi yang tak pernah jumpa sejak meninggalkan chandan hill.

    sejarah akan tercatat pangkor akan menemukan muka2 yang pernah bersama tetapi dah lama tak jumpa...mmg sadis yop...gbox!!!mintak pak angkat hang sedia tisu banyak ckit kompom ramai yang tak tahan sebak.

    ReplyDelete
  18. aku teringat tulisan seorang blogger komen dia ttg berita2 yang disiarkan diakhbar dan berita2 tv arus perdana:

    LEBIH BAIK PERCAYA CERITA BABI BOLEH TERBANG DARI PERCAYA BERITA2 KAT PEPA DAN TV.

    iiiIIIssshHHHH...camtu sekali na orang meluat kat pepa n tv malaysia.

    ReplyDelete
  19. a'kum,

    ishh keterlaluan sungguh kenyataan hang tu abu atief,tp bila dipikirkan balik kepada sapa ayat tu ditujukan aku rasa banyak benarnya kata2 blogger tu,kerana selama ini sebenarnya kita bnyk ditipu oleh kenyataan2 yg kononnya utk menjaga kestabilan negara tetapi sebenarnya menjadikan kita seolah2 manusia yg bodoh,sbg contoh,perbicaraan kes berprofail tinggi yg sdg berlangsung skrg ini baik kes altantuya mahupun kes linggam,bnyk fakta2 yg tidak dibenarkan utk dikemukakan kononnya krn melibatkan mrk2 yg berprofail tinggi dan akan memberi kesan yg negatif kpd kestabilan negara,akhirnya buaya2 tembaga ini akan terlepas dan bebas utk membaham mangsa yg seterusnya dan rakyat2 jelata yg ada ni akan terlopong dan blh melihat shj perkara2 ini berlaku,kpd rakyat yg bangang dan buta mrk akan berkata "ah depa tau la apa yg depa buat".patutkah timbulnya ayat sebegitu,tak kena kat btg hidung sendiri blh la ckp.maka dek krn dah biasa menipu la maka timbullah penipuan2 yg seterusnya antaranya:
    1.kenyataan bhw ekonomi negara dh
    kukuh dan stabil walhal
    sebaliknya.(sbnrnya depa bnyk
    cilok duit dari petronas dan
    syarikat GLC yg berasaskan
    sawit,sapa blh bgtau aku
    pendapatan dari sumber yg
    lain,pelaburan asing?syarikat
    bangang mana yg nak melabur di negara yg bnyk menipu)
    2.yuran sekolah dimansuhkan yg
    mana pabila diumumkan maka
    bersoraklah mrk2 yg bangang td
    dan setelah diketahui hakikatnya
    barulah mrk melenting(sbb kena
    kat batang hidung depa,bagi
    rakyat yg dh tau permainan mrk
    ni rilek je,takde le exited sgt
    dgn pengumuman tu)
    3.TOL,ini satu lg benda yg rakyat
    tiap2 tahun kena tipu,mangsaya
    ialah samy vellu,dia ni tukang
    umum je so tiap2 tahun la dia
    kena maki,adakah duit tol ni
    masuk ke perbendaharaan negara?
    toksah mimpi le,takde merasanya
    duit tu,semuanya msk dlm temolok
    buaya tembaga,yg kita dpt ialah
    jln yg berlubang2 dan bertampal2
    dan jln yg berombak2 mcm naik
    bot.
    4.islam hadhari (islam
    bertamadun). betoi ke dia nak
    masyarakat malaysia jadi
    masyarakat islam bertamaddun?
    abih tu mcm mana dgn gambo pak
    lah tgh pegang bahu datuk
    michelle yoeh yg tidak ditutup
    dgn sehelai benang pun tu?(rujuk
    harakah 2007 bln brapa aku tak
    ingat)itu ke takrif islam
    bertamaddun bg dia?tak masuk lg
    dgn sure heboh dan pelbagai lagi
    rancangan realiti yg terang2
    menyimpang dari ajaran islam.
    5.pendidikan sains dan matematik
    akan dikaji semula.sapa percaya
    ianya akan dimansuhkan sila
    angkat tangan,sapa yang angkat
    tangan tu terang2 bangang,ada ke
    diaorang nak mansuhkan walhal
    itu le platform besar diaorg nak
    selewengkan duit kerajaan.
    itu hanyalah secebis dari ribuan penipuan yg dpt aku nyatakan dalam ruangan blog yg terhad ni,jadi bagi sahabat2 semua fikir2kanlah.

    semoga berjmpa lagi..

    ReplyDelete
  20. Salam Buat semua ...


    Waduh... waduh... kirk hammert , wa ingat lu boleh goreng gitar aje ... rupa2nye lu ade bakat terendam untuk jd pengarang paper baru 'caknu-cakni' . boleh goreng higga hangit berita yang dia orang tak siar dalam paper atau tv milik mereka ... Caya lahhhh

    Justeru.... tggu ape lai pd 8 Mac ni ... KITE UBAAAAHHHHHHHHHHHH .

    Lupe lak .. geng2 aku semua ni dah daftar ngundi ke , kalu br nak daftar kena tggu 2013 br leh ngundi hek ..hek... hek

    adios. MEO SPEKI

    ReplyDelete
  21. Voila!

    Nice write-up kirk. Points taken..

    So, wait no further.. let's open our mind and think again and again before we cast our vote.

    Dear PM, the tribe has spoken.

    and Dolah.. you're fired!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  22. alamak bros!!! wa dah discover satu perkara serius yang amat kejam untuk pembangkang beb!

    1. lu semua pegi- http://spr.gov.my/
    2. lu pilih bahasa malaysia.
    3. pastu lu klik kat 'semakan daftar pemilih'.
    4. lu masukkan dalam 'box' nombor ni:
    7803314 dan klik semak.
    5. lu tengok nama cina tu dan lu tengok no. IC cina tu. lu calculate umur cina tu dan berapa umur cina tu?

    Layak mengundi ke tak cina tu? Macam mana boleh masuk dalam daftar pengundi SPR beb? Tu laman web rasmi SPR beb!!

    Wa terkujat beruk beb!!! Beruk pun tak terkujat macam wa!!!

    ReplyDelete
  23. assalamualaikum.. guyz

    muahahahahahahahahahah

    Thnx bro Faith No More, ur info. tu wa dah check mmg muahahahahahahahahaha

    Tht why we call Islam Hadhari.... bertamadun sungguh sebab apek yg dh 112 thn masih idup .....

    Muahahahahahahah boleh break the record ..........

    wa xleh blik ngundi sbb dh tuko alamat (kata depa la)

    so....sendiri mau fikir la masa ngundi nnt...

    Yob N, chat ker, lame x dengo berite.

    ReplyDelete
  24. cita ni sebenornyer dah tersebar agak meluas gak.... tu br satu yg kantoi... apala baloq sangat spr ni.. LEM GIL BAB nyer.. cepat2 la cover balik.. hehehe makna nyer kita semua ni dah jd insan yg teraniaya.. so byk2 lah sahabat semua berdoa sbb insyallah doa org yg teraniaya itu akan dikabulkan.. doa yg baik2 tau..

    ReplyDelete
  25. aku pun dah tengok web rasmi spr tu...tu baru satu yang kita nampak...yang kita tak nampak belambak lagi penipuan yang makhluk keparat ni buat,,

    malaysia tak akan maju dan sejahtera kalau penipuan sebegini terus berlaku...pemimpin sekarang merasa selesa dgn kedudukan mereka...sebab tu depa tak takut buat penyelewengan kerana depa tau depa akan terus menjadi pemimpin dengan cara menipu ni,,

    kengkawan semua boleh pikio sendiri siapa yang mesti kita pangkah nanti...sebelom mangkah fikir ttg agama kit,generasi n masa depan kita dibumi bertuah yang semakin pudar ketuahannya ni.

    ReplyDelete
  26. a'kum,

    terbaru,mr yellow aka samsul rizal telah mengkompomkan dirinya utk menyertai reunion kita nnt,welcome aboard bro,

    BORG:can't wait

    ReplyDelete
  27. perghhh..

    tak sabar rasanya nak jumpa mr yelo n kengakawan yang lain...dah lama tak bersua muka ntah kenal atau tidak hanya allah yang tau.

    tapi yang pasti abang box ttp maintain hensem.

    u know me box

    ReplyDelete