Minta maaf kepada semua warga K87 sebab dah lama tak letak posting baru. Aku agak sibuk dengan urusan dunia. Walau apa pun jua yang sudah, sedang dan akan berlaku, aku akan terus untuk memberikan komitmen yang jitu kepada perkembangan blog kita ini.
Baru-baru ni aku ke Ipoh dan terima kasih buat kawan-kawan di Ipoh yang sudi meluangkan masa melepak dengan aku. Buat kawan-kawan yang lain tak sempat aku ziarah, minta maaf sekali lagi sebab masa amat mencemburui aku.
Perihal perjumpaan kali ke2 yang bakal diadakan di Pangkor, terdapat beberapa maklumat terkini:
- Tarikh: 14 & 15 Mac bersamaan Jumaat & Sabtu 2008.
- Tempat: Pangkor Rimba Camp, Teluk Nipah, Pangkor.
- Harga: RM 170.00 buat mereka yang bekeluarga. dan RM90 untuk mereka yang bujang ataupun yang sudah berkahwin tapi datang 'solo'.
Hari Pertama (14 Mac)
- 12.30-2.00 ptg: Check-in bilik@chalet memasing.
- 2.00-4.30 ptg: Berehat melepaskan penat.
- 4.30-5.45ptg: Solat, minum petang dan Penyediaan bahan mentah untuk acara 'Santapan Agung di Tepian Pantai Kala Malam Bulan Mengambang' bagi kaum Hawa. Manakala untuk kaum Adam, pergi memukat sambil bermain buih di gigi air.
- 6.00-6.45ptg: Bersantai bersama keluarga di dalam/di tepi/di atas laut (mengikut kesesuaian). Masa bersuka-ria dengan anak-anak, bini(-bini) dan kengkawan.
- 6.50ptg-7.45mlm: Solat Maghrib-Isyak berjamaah.
- 8.00-10.00mlm: Makan malam.
- 10.30mlm: Sesi ramah-mesra dan cabutan bertuah.
- 11.00mlm: Boleh la nak pulang ke bilik@chalet memasing.
- 12.30pagi: Meeting tak rasmi.
- 5.00-600pagi: Solat Subuh berjamaah dan kuliah pagi.
- 6.30-7.15pagi: Senamrobik.
- 7.30-9.00pagi: Sarapan dan mandi laut. Sambil mendengar taklimat tentang keselamatan di dalam air.
- 9.30-11.45pagi: Fun time (nak membeli-belah ka, round island ka,dsbgnya).
- 12.00tghari: Check-out dan bersurai.
Terima kasih.
14 comments:
waduh.. abu atief!!! mana dia sms yang hang janji nak bagi kat mart? aku tak sabaq dah ni nak mandi laut!!
i ain't lost no more...
Salam Buat semua ....
Ha Ha Ha Ha Ha Ha Ha Ha
Bro Gbok ...kite ni nak lepak kat pangkor rimba kem ke ... tempat tu le aku belasah berbudak SMJK Poi Lam 3 hari 2 malam waktu deme buat perkhemahan kokurikulum dulu ... tapi mase tu tahun 2003 .. agak2 nye udah banyak perubahan kot kat tempat tu .
Eh2 marn ! tak de buat lawatan ke kuil shoilin kat sebelah kem tu ker ...kot kot ade spesis Jet Li sorang dua yang tengah bertapa n nginap kat situ .. boleh ler suruh dia buat demo kat kite ni .
Bg aku tempat tu pantainya memang cantik n suasananye tenang ajer , kalu ade bot boleh ler kite snorkling kat pulau depan tu , fullamak canteekkk wa cakap lu... aku pernah gak 3 kali snorkling kat pulau tu . Itu pun bawa bebudak sekolah . Ape name pulau tu Gbok .. lupa lak aku .
lupe lak Transport dr jeti pangkor ke Kem Rimba tu cam ner . atau kite pakat kumpul ramai2 kat lumut sebelum move bersama2 ke pangkor . Amacam setuju ke ... boleh le aku tolong abu Atief bawa joran dia yang 5 , 6 batang tu ... bukan ape , kot2 boleh ngendeng sebatang .
Adiosss . MEO SPEKI
pulau giam namanya meo matot oi! skang dah cun gila tempat tuh. gila pun tak cun macam tu ha..
transport tu gborg kata dia dah atur, tapi kalau dia tak atur lagi, tu small matter. senang je sebab resort tu tak jauh ngan pot van servis tu. jalan kaki je ha.
Salam Buat Semua
Mung jangang nak jd gile ... mung kate pot tu dekat ajer . Jalan kaki pung sampe . Memang ler sampei tp pg sabtu ler kot . Bg aku kem tu jauh dr jeti, tp pot van sewa memang ler sebelah jeti tu ajer . Jangang salah fakta kang ade yang kena 'sue' sat lagi ( ayat ni tak de kena mengena dgn sesape ye )
Ape ni abu atief tak jawap soalan kuiz bonanza yang aku bg tu . Boleh ke ?
Tyor hg tak nak join ke . Awal cuti sek program aku dah penuh ... nasib ler reunion ni buat ujung mggu cuti sekolah . Boleh le ikut , tak tau la pulak kot emergency last2 minit . Tak Gitu Ustaz Yahya .
ADIOS . MEO SPEKI
a'kum,
betullah kata mat jeni,blog ni kdg2 paneh kdg2 sejuk kdg2 suam2 kuku kdg2 ribut kdg2 sepoi2 bahasa dan kdg2 tenang, tp apapun blog ni ttp mendpt tmpt pertama dihatiku tatkala melayari internet.
meor,yg dimaksudkan oleh man itu ialah pot dan yang ngko maksudkan itu ialah station,dan utk makluman semua pot itu mmg dekat,klu tak pun blh panggil depa dtg ke chalet.
BORG:can't wait the moment
salam
lain kali klu nak ckp bior terang.............
deyyy macha,,,aku dah bagi dah no akaun aku kat mat jeni tu siap dengan alamat terbaru lagi...tak kan mat jeni rahsiakan dari ko kot...apa motif dier nak sorokan benda tu semua,,,
weh meor,,,aku tak der hal kalau ko nak pinjam joran aku,,,hang nak ambek terus pun aku tak der hal punyer,,,tapi masalah nyer aku sebatang pun tak dak,,,wehhh kita kat sana nanti ada acara memukat maaaa buat apa susah2 nak memancing.
wehhh marn,,,kambin pun termasuk dalam menu agung kerrr,,,perhhh mmg tak boleh nak buang bau mamak dalam diri hampa kuang kuang kuang.
hehehe...
aku dah cakap 'pot' macam abg borg bagitau. bukannya stesen van servis. hok aloh... mung dok pahang ke guanne? beza antara pot dan stesen ibarat telinga gajah dengan sayap apal terbang bang matot oits! muahahaha..
kambing tidaklah milikan penuh keturunan mamak. ianya milikan global. antaranya kaum yang kuat makan kambing ialah: arab, india etc. Termasuklah sesetengah kerat orang melayu yang diklasifikasikan sebagai maging ataupun kambination.
Oleh yang demikian, ianya menolak hujah saudara Abu Atief yang berbunyi:"perhhh mmg tak boleh nak buang bau mamak dalam diri hampa kuang kuang kuang." muahahahahaha.
nomot hp dan akaun peribadi amat-amatlah tidak digalakkan untuk diletak di dalam blog ini kerana mengikut pengakuan berani sedara Mart Jenny, sudah banyak gangguan dan ketidakselesaan yang diterima oleh mereka2 yang pernah meletakkan nomot hp untuk tatapan umum di dalam blog.
Seraya menyahut peringatan daripada sdr. Mart Jenny, aku di sini sekali menegaskan bahawa tidak akan ada paparan mahupun hebahan mengenai nomot hp dan akaun peribadi demi mengelakkan kesulitan yang bakal timbul. Dah makin banyak orang jahat dalam dunia ni.
Ya Allah, kuatkan dan satukanlah umat Islam seluruh dunia, amin...!
Sabor le dulu Abu Atief ooii surat pekeliling jemputan akan dihantar selewat-lewatnya hujung minggu nih.. Akibat dari pre-test yg telah dibuat baru2 ni yg menimbulkan KEKONFIUSAN tatkala membaca surat pekeliling itu maka terpaksalah kami meminda lagi agar ianya lebih mudah difahami oleh sahabat2 kita...
Insyallah by next week anta antuma antom akan memperolehi surat jemputan tersebut..
ok C U
salam buat semua
Bukan ape marn oiii , pot ade macam2 pot .... pot pet pun ade ye tak ...
Alaaaaa si atief oiii ckp berdego2 mcm ader 5, 6 ,7 batang joran ... sedangkan ape pun tarak ... alamak guna koyan ajer le ... Eh !!! teringat lak aku kat si Akhi Koyan ... ape kabau dia tu chat ke haaaa . Masih terngiang2 lagi kat telinga aku ni azan yang dikumandangkan nye . Fullamak syahduuuuuuu .
Ni ... no akuan ape lak ni ade mark-up ape2 ke
Adiosssss MEO SPEKI
Buat program hari Jumaat? Harap2 solat Jumaat tak kantoi bagi yang bermusafir ! Kalau ada pendapat lain pasal solat Jumaat tu boleh la bagi tau.
Beyoncit
a'kum,
buat meor,klu tak silap pendengaran dan pemahaman aku sekitar 12 tahun dulu akhi koyan diberitakan telah meninggal dunia.
BORG: klu ada yg mengetahui bhw maklumat aku ni salah,tlg betulkan.
Pasai solat jumaat mudah ja.. tak mau solat jumaat, kluaq la umah sebelum subuh. kalau keluaq umah lepas subuh, alamatnya kena la solat jumaat.
Awatnya sedara/ri beyoncit? rasa susah ka nak buat program hari jumaat? jangan jadikan solat jumaat sebagai penghalang mahupun rasa susah.
Nak seribu daya, tanak seribu dalih. Moga2 tak tergelincir solat jumaat kita.
seperti mana borg cakap tu, aku pun dengaq macam tu la.. dan daripada banya ksumber yang aku dengar, memang semua cakap si koyan tu dah allahyarham. Al-Fatihah buatnya dan semua kawan-kawan, guru-guru di Idrisiah yang telah pergi buat selamanya.
Post a Comment