Pages

Solat Time

Wednesday, August 1, 2007

Durian, Optimus Prime dan kawan-kawan continues

Ok.. sambungan daripada posting sebelum ni. Petuanya adalah seperti berikut:
  1. Menggeliat dulu sebelum bangun tidur. Pastikan anda dalam keadaan masih berbaring. Lunjurkan kaki dan tegakkan tangan. Mengeliatlah sepuas-puas hati anda secukup rasa. Kemudian bangun duduk dan tundukkan badan sehingga jari tangan anda kena pada telapak kaki. Kemudian, lipatkan kaki dan temukan kedua tapak kaki anda sehingga bersentuhan antara satu sama lain (kalau mampu, buat tanpa sisi lutut terangkat). Nota: buat mereka yang mempunyai perut yang besar, tidak perlu tunduk sampai 'krem' perut tuh. Cukuplah sekadar anda rasai urat belikat di belakang anda berasa tegang.
  2. Basuh muka sebanyak tiga kali sebelum berkumur apabila bangun daripada tidur. Amalkan setiap kali anda bangun daripada tidur. InsyaAllah, segala sakit kepala dan fikiran yang berserabut akan hilang.
  3. Khusus untuk orang lelaki (tak dapat dikongsi bersama-sama atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan). Kalau mau, boleh hubungi rakan-rakan yang hadir sesi 'berkongsi petua' bersama Alems tempoh hari.
Sekian dahulu untuk petua buat masa ini. Sekiranya anda mempunyai petua turun-temurun yang boleh dikongsi bersama, sila kongsi petua anda di ruangan komen. Terima kasih.

Usai solat Maghrib-Isya' di rumah Mail, kami (Jamil, Yusrin, Mat dan aku) bersama Mail bergerak menuju ke Ipoh. Di sana, kami makan malam di medan Gopeng bersama-sama Zaki, Din Adam dan kawannya. Abis selesai makan, Din dan kawannya pulang sebab ada peperiksaan MBA pada keesokan paginya. Tak lama selepas Din cargas, datang le pulok si Fakhrul Zaman. Melepaklah kami sehingga pukul 11 lebih malam. Bercerita dan bertanya khabar perihal masing-masing. Dan dikesempatan ini, aku jugak nak maklumkan tentang perjumpaan seluruh warga Komuniti87 kali ke-2, insyaAllah akan diadakan pada bulan Mac 2008, bertempat di Pulau Pangkor. Tarikh sebenar belum diberi kata putus oleh AJK.

Pukul 12 malam, kami sudah berada di atas PLUS menuju pulang ke Kuala Lumpur. Dalam perjalanan ketika melewati Gua Tempurung, Yusrin membuat percubaan untuk bercerita tentang perkara ganjil yang dikisahkan berlaku sekitar Gua Tempurung. Malangnya, dia gagal untuk menghabiskan cerita tersebut sebab aku gelak sakan. Sebab apa aku gelak? Hanya Yusrin, aku, Mat dan Jamil saja yang tau. Lepas pada tu, aku berasa duduk dalam dunia yang kelam. Sedar-sedar dah sampai kat MRR2 interchange Ampang sebab Jamil bawak kereta macam orang kena sawan. Zup, zap, zup.... cilok baeekk punya. Macam pelesit. Sampai di Pandan Indah pukul 2.00 pagi.

Terima kasih buat semua yang sudi meluangkan masa bersama. Tidak kira sama ada yang pergi ke rumah Mail, lepak makan malam di Ipoh juga yang membaca blog ni. Tanpa hangpa semua, hidup aku mungkin tidak semeriah ini.

Sekian.

23 comments:

Anonymous said...

lupa laks untuk aku tulih dalam blog tu... buat al-Fadhil Ustaz Zenki Abu Atief.. terima kasih dari kami semua sebab malam tu belanja makan makan. Allah Taala jua lah yang membalas segala jasa dan memberi pahala serta ganjaran yang tidak terhingga buat tuan.

Terima kasih daun keladi... nanti turun kl, habaq no!!! aku nak belanja la pulak.. boleh gitu?

ghubin

Anonymous said...

I'm back!!! ready to roll-out and transform... 2 hari MC ni dugaan allah buat ana yg tak reti2 lagi dok balun makan cemmacam amik kau kena penagan mee udang.. tesandaq idung sumbat.. nyaris2 tak keba operate.. waduh2 tobat2 pasni makan had yg rm5 jer lah...

Max Simsen

marn said...

welkomen back.. uber cool!! dah ok ka idung tuh? kalau tak ok, aku sarankan hang letak vekium kliner kat dalam lobang idung tu. asai sumbat, hang on ja.. biaq dia sedut apa patut. muahahahahah...

aku sumbat gak idung.. baru mula pagi nih.. tapi takdak la sampai nak mc. Takpa mat, lu cari la ubat resdung tuh. lu penah try yang bako kain tuh? aku dok pakai dari dulu sampai la.. ok la. tapi come n go la resdung tuh. kalau lama tak buat, dia mai la balik. dah melantak macam2. tu yang dia mai tuh.

Anonymous said...

Datang & Pergi ehh.. Teringat wa kat lagu Ramli Sarip yg kita dengar dlm keta masa 1st time nak diskuss pasal lintah... so wa nak nyanyi lagu ni lah skang tribute to my resdung that come & go sesuka hati sesedap rasa..

"Datang & pergi.. sesuka hati.. menusuk ke jiwa ini... hingga dimana? ianya akan berakhir.. Datang & pergi.."

Syler Sinus

Anonymous said...

jadinya... moga cepat sembuh dan disihatkan badan hendaknya..

ert... aku pulak yang selsema lelebih. mat!! bila nak main golf?

Lily Abdullah said...

Salam,
Terima kasih atas komen awak di blog saya....MISSYCAT. Nampaknya anda suka durian. asyik dok cerita pasai durian kat sini. Saya pun suka raja buah tu, Tapi dah lama tak makan - bukan pasai tak dak duit nak beli tapi sebab-sebab kesihatan :) Banyak makan ubat. Tengok gambaq kat blog awak nipun cukup laaa

Anonymous said...

WTF?!


Later.

Anonymous said...

one same disgruntled SOB! Heh.

marn said...

huh!!! someone whois having a bad day or natural born retard has bombarded this blog with racial issue.

Please do not attempt to do such bad thing here. If you having a problem with your life here in Malaysia, you do have a choice. Either you live with it or go somewhere else except here to post your anger or whatsoever.

One more thing, don't call anyone with names. We're not perfect. Watch your langugage.

Thank you

Anonymous said...

akom sahabatku...
apa crita ni...semua sonyap jo...projek lintah camna..kalau perlukan bantuan habak mai jaa..kot2 aku boleh bantu sekupang dua muahahahaa.

abu ateif

abu_ateif said...

boring gak bukak blog tak dak mende baru...orang yang same jer...camner orang islam nak maju yop hehehehe

Anonymous said...

Dear Abu Atief,

Utk pengetahuna anta projek lintah stakat ni masih "ON" cuma masalah nyer ialah contoh tanah yg kami ambil tempohari telah gagal dalam ujian spesifikasi. Hanya contoh air shj yg lulus. So kami masih lagi bersemangat nak meneruskan projek ni cuma kena cari tanah yg sesuai je lah. So ada tanah dalam 2 ekar? heh heh heh

Mat Zeni

Anonymous said...

Sapa nak ternak lintah? Awat ternak lintah? Kalo kena banjir kan ke mudharatkan ekosistem sebab lintah2 tu terlepas. Ternak lintah ni mcm ternak ikan toman le, kalo terlepas beramai2 bahaya.

Anyway, kalo nak ternak lintah sampai pakai 2 ekar, aku rasa baik hangpa tanam apa yg patut, dragon fruit ke, projek cendawan ke, bela ikan ke... tanam pisang ke... buat nursery orkid ke (pakai tissue culture technology)tanam cili merah pakai polibeg ke (fertigasi)... kalau kena gayanya insya Allah maju. Kalo tak pandai pakat pi kursus le...

Aku minat pertanian ni, cuma masa dan paling pentingnya 'beghaih' tak berapa ada, so dok tangguh camtu je le... kalo nak JV pon kena gak sediakan beghaih juga... hangpa dok pakat doa le orang bayaq utang kat aku so ada le beghaihnya... Ok later.

Mi.

marn said...

perihal pertanian ni nampak macam ramai yang berminat.

Aku suka, mat suka, jamil suka, yusrin suka, mail suka dan ramai lagi la suka. Bukan suka-suka? arab kata sukka (jamak suka), inggerih kata sukas (s for plural). melayu kata suka-suka atau sukaria.

Contoh ayat dalam bahsa malaysia (ya!! bukan lagi bahasa melayu): 1. Mereka sekumpulan bersuka-suka / bersukaria menanam orkid di tepian sawah. 2. mereka empat budak hitam bersukaria / bersuka-suka menternak lintah secara komersil. Bela ayam jadi bapak ayam tapi bela lintah tak jadi bapak lintah, dia jadi lintah darat.

Pasai apa yang pi bela lintah? Di sini ada FAQ untuk ternakan lintah:

Q: Awat ternak lintah?
A: Sebab lintah tadak penyakit seperti senggugut, sawan lintah, penyakit kuku dan mulut(sebab lintah tadak kuku, cuma ada mulut. penyakit tu tidak valid kena kat lintah sebab penyakit tu menyerang secara pakej yakni mulut dan kuku).

Q: Kalo kena banjir kan ke mudharatkan ekosistem sebab lintah2 tu terlepas. Ternak lintah ni mcm ternak ikan toman le, kalo terlepas beramai2 bahaya.
A: Cara ternak bersistematik. Ada sistem tebatan banjir dan persempadanan kering.

Q: Untuk apa ternak?
A: Untuk dikomersilkan buat ubat kosmetik, ubat mencairkan darah (dalam lintah dia ada satu bahan kimia dipanggil HIRUDIN. Bahan tu digunakan dalam ubat-ubat yang digunapakai oleh saintis untuk mencairkan darah). Buat minyak lintah. Sapa yang tak puas hati dengan saiz masing-masing, boleh diejas menggunakan minyak lintah.

Q: Tak geli ka?
A: Kita bukan nak lintah tu. Kita nak hasil daripada lintah seperti duit. Kita geli tak dengan duit? Sudah pasti tidak!

Q: Kenapa tak cuba tanam pokok ka, sayuran ka?
A: Sebab renyah (ni maksudnya susah dan leceh). Pokok kena baja, ayaq, ubat elak penyakit, racun dsbgnya. Lintah mudah, ringkas, tepat, mesra dan brutal. Penjagaan mudah dan murah. Kos sara hidup lintah rendah banget. Tak perlu pakai lampin pakaibuang, pizza, brg kemas dan sbgnya.

Q: Ada berapa jenis lintah?
A: Ikut santifiknya ada 50 lebih spesis lintah. Tapi yang kita nak bela ni ada 2 jenis. 1. Jenis besaq. 2. Jenis sihat walafiat. Tiada kategori lintah daging atau susu.

Q: Ada kemungkinan tak lintah tu dicuri?
A: Ada tu tetap ada. Di kalangan lintah itu sendiri terdapat pencuri, penyangak dan sbgnya seperti manusia. Tapi kes kecurian lintah ni boleh diklasifikasikan sebagai kes terpencil.

Q: Senangkah lintah tu nak mati?
A: Semua yang bernyawa pasti akan mati. 'Innalillahi wa inna ilaihi raaji'un'. Hidup ini bagai lampu pelita minyak, yang dinyalakan di malam hari, apabila minyak sudah kering, ia kan terpadam sendiri.

Q: Nak pasar ke mana lintah-lintah tu?
A: Pasar malam, pasar ujung minggu, pasaraya, pasar tani dan denpasar. Pasaran kita lebih tertumpu ke luar negara. Negara pembuat ubat-ubatan.

CU! ( a tribute to Melawati godfather).

marn said...

sdr abu atief antaranya berkata: "boring gak bukak blog tak dak mende baru...orang yang same jer...camner orang islam nak maju yop hehehehe"

aku menjawab: "takde mende baru, tidak bermakna tiada perubahan". Boring? Poskan sebarang pendapat dan isu serta topik yang sesuai untuk diperbincangkan. Orang sama je... biaqlah orang sama je... daripada takde orengg lengsung. Biaq kuda daripada badak, biaq ada daripada takdak.

Ramai yang masuk, tapi tak bagi komen dan ramai yang tak dak kesempatan untuk kunjungi blog kita nih. Bukanlah menjadi suatu paksaan dalam melayari blog ni. Biaq sikit tapi ada kualiti daripada banyak tapi hadirnya seperti buih di lautan.

What say u?

Anonymous said...

Pasal lintah tu mmg le aku tau ternak mcm mana dan pasaran mcm mana dan boleh buat kosmetik etc... aku dah biasa tgk tu dlm tv Agrotek, AgroJurnal etc rancangan yang paparkan pasal pertanian.

Mcm bos aku dia ada tanha dlm 8 ekar kat Hulu Langat, cuma jalan pulak out, kena buat jalan baru boleh start project. Tanah bukit, sebab tanah besar mcm tu boleh buat integrated projects. Itu plan dia, kami anak2 buah dia kasi support dan boleh tumpang sekaki, maklum le yg muda2 ni mana ada reta (hartanah) mcm tu... ada gak income kot.

Tapi kalau semua ok, apa salahnya to keep going with the lintah project heheh. Ok later.

marn said...

ops...!! lupa nak jawab: "camner orang islam nak maju yop hehehehe"

jawapan: Kena berubah. Diri sendiri kena majukan diri dan ajak sedara mara, kawan-kawan untuk bersama-sama berubah daripada baik kepada lebih baik. nak harap kat sapa? Barat tidak maju dengan sendirinya. Mereka maju disebabkan adanya penekanan dalam aspek keilmuan, R&D, fundraising untuk projek-projek sosial, majlis-majlis ilmu dsbgnya. Hasil daripada pelan pembangunan dan perancangan yang teratur dan licin serta bertanggungawab, maka kita lihat hasilnya pada hari ini.

Di mana letaknya kehebatan kita sebagai seorang muslim tatkala majlis ilmu sepi, bahan bacaan di rumah serba kurang, hidup penuh lagho dsbgnya. Nak tunggu pemerintah tolong ubah diri dan nasib kita? Nak tunggu tok sidang dan ketua kompang kampung kita mengubah diri kita? Kita kena azam jadi muslim yang hebat. Tak perlu tunggu mufti yang jawab soalan bila paderi bertanya " kenapa agama Islam tidak benarkan seseorang muslim itu keluar daripada agamanya?". Nak pakai ayat qur'an? Paderi dan tok sami tidak percaya kepada apa yang kita percaya. Jadinya macam mana? Sapa yang nak jawab? Nak tangkis hujah dan kenyataan Sister in Islam yang karut macam: semua agama sama dan hukum faraidh sudah tidak relevan.

Ajak kawan-kawan join parti blog nih. kita sama-sama meriahkan suasana. Kita sama-sama kongsi ilmu dalam ni. Aku boleh nak poskan posting-posting yang berat, tapi berapa ramai yang sanggup masuk, baca dan renungkan maklumat ilmiah? Berapa ramai? Mungkin yang sikit ni akan bertambah sikit. Lama-lama tinggai aku, optimus prime dan kenangan ja.

marn said...

Dearest mr. Mi..

Bukan tak terpikir nak cebur dan labur dalam bidang penanaman. Antara masalah yang cuba diselesaikan di sini,
pertamanya macam hang cakap la, beghaih. Pun tak berapa nak ada. keduanya Komitmen. nak buat sesuatu secara serius kena komited. nak komit tu yang susah sebab ada risiko yang perlu diambil kira. Ternampak hasilnya yang paling kurang risiko ialah lintah sebabnya: sila rujuk FAQ perihal lintah.

Ramai kengkawan kita yang suka dan minat dalam industri ni. Tapi... suka, suka-suka@sukaria dan minat sahaja tak cukup. Hang pun tau kekangan dan rintangan yang sedia ada.

Sapa takmau jadi tuanpunya ladang yang berjaya. Tanya kat Macik Senah Tonggek belakang rumah pacik 2 pupu aku pun dia mau.

Sanggup tak sanggup ja nak tinggai kerusi empuk, pendingin hawa, minyak wangi Hugo Boss dsbgnya. Dan digantikan dengan peluh keringat, masam hapak ketiak tok sidang, terik mentari, mangsa amukan nyamuk dan pacat dsbgnya. Kalau sanggup, selamat datang ke dunia pertanian. Nak upah orang? Beghaihnya mana? Nak buat rumah hijau? Beghaihnya lagi pak? Nak suruh orang buat, kita pantau dan kira duit? Boleh, tapi kalau pekerja nak tipu, depan mata dia boleh tipu unless kita buat sendiri dulu. Bukan sekadar teori tetapi juga amali (the highlander).

Anonymous said...

Marn.. U the man..

Eerr semuanya dah terjawab baca je lah posting Si Marn tu 5x utk lebih pemahaman..
Cakap memang murah.. Pon begitu wa salute pd sahabat2 yg masih bersemangat utk meneruskan aktiviti ini... GO GREEN

mAX zENI

Anonymous said...

Ye betul... tu yg aku ngan geng kat opis ni dan biggest shareholder dan tuan tanah bos aku punya plan dan project tak take off sampai sekarang. Semangat ngan tenaga insya Allah banyak esp. kami yg muda2 ni, kajian dan ilmu pertanian tu insya Allah dah ada serba sedikit, gambaran mcm mana nak buat dsb., cuma kursus tu belum le, sekarang ni kursus cendawan pun komersil betul... mahal gak...

Kekangan masa tu yg tak tahan tu, program yg korang buat pun byk aku tak pergi dr. pergi, ni kan pulak nak berkebun... tapi plan kitorang nak berkebun kat Hulu Langat so dr umah aku dlm 1/2 jam je...

Kalau ada runner yg bagus dan reliable, itu paling ideal. Mcm member aku (dia Penasihat Undang2 kat sini) ada runner, walaupun runner dia Cina tp reliable dan komited. Tp member aku dia byk ada beghaihnya. Aku dah tgk tanah dia kat Kuala Lipis sana... dia tanam pisang je dulu, benda2 lain akan follow suit. Aku pi tgk bukan apa, cari semangat.

Sekarang aku dok mikir dan survey mana nak cari backhoe / bulldozer. Sapa ada member yg buat sewa backhoe / bulldozer merata kawasan Hulu Langat? Hehehe...

Well, keep the spirit and ideas going, we'll start somewhere... insya Allah. Later.

marn said...

ya... betul.. kena sentiasa cari maklumat dan kalau ada peluang, pi la lawat kebun dan ladang orang.curi idea macam mana dan kongsi pengalaman orang pun salah satu cara yang boleh tambah pengetahuan kita. mungkin teorinya sama tapi disebabkan kedudukan geografi, cuaca, keadaan setempat, punca air dan masalah penyakit tak sama, menyebabkan amalinya (the highlander) berbeza mengikut kesesuaian.

Aku suka kalau kawan-kawan one day dapat 1 hari yang cun, kita leh bincang apa-apa jua topik yang kita semua pakat ada something in common macam pertanian ni. boleh share pengetahuan, beghaih sorang sikit, pengalaman sorang sikit dan buat planning yang cantik. pastu, execute dengan sebaik mungkin. aku percaya at the end of the day, seua pakat senyum tanda kepuasan & kemenangan.

Aku rasa la kan, regarding beghaih tak cukup, if we share our resources, it will be more that enuff. Share in term of partners and whatsoever you wanna call it.

Ni open to everibodi la.. no matter who you are or what your are.. i forward this comment especially to our sisters out there la. yang masuk blog but say nothing (it's not a sin to give a comment). But we do need our sisters to speak up. Can we do that? Yes! you can do it all night long! We do need your other thots and different angle of views.

What say u?

Anonymous said...

I guess they'll speak up when yer married to them. then only ya know how much girls speak... sheezzz alot! heaps! tonnes lmao! especially when ya leave the kids with them and they're cooking, and ya just sit there reading newspapers or playing PS2! LOL! no offense...

Nevermind. Later.

Anonymous said...

LOL!! aku setuju. naggin' and complainin'. kena sabaq la. nak buat macam mana. men are incomplete without women.

buzz lightyear