Pages

Solat Time

Wednesday, August 8, 2007

Behold to all old boys and girls

Assalamualaikum..

Update
----------------------------------------------------------------------------------------------
Semua urusan maklumbalas dan keterangan lanjut, sila hubungi:
  • Alamat: Madrasah Idrisiah. Bukit Chandan, 33000 K.Kangsar, Perak.
  • Untuk perhatian (kalau surat-menyurat): Pengetua.
  • Tel: 05-7761961
  • Faks: 05-7768268
  • H/P: 013-5283143 / 012-5599181
  • Untuk bayaran wang pos /cek, sila buat atas nama: PERSATUAN BEKAS PELAJAR MADRASAH IDRISIAH
  • No akaun: Maybank - 008092309636
p/s: bayaran untuk ahli komuniti87 boleh dijelaskan sebelum atau pada 24 Ogos 2007.


Posting Asal
................................................................................................
Salam sejahtera buat semua. Beberapa hari yang lalu aku terima surat daripada Madrasah Idrisiah. Tujuan surat tu dikirimkan adalah kerana menjemput bekas pelajar-pelajar Idrisiah untuk menghadiri 'Majlis Makan Malam Bekas Pelajar Idrisiah'.

Butirannya seperti berikut:
  1. Tarikh: 1 September 2007
  2. Tempat: Dataran Madrasah Idrisiah, Bukit Chandan, K.Kangsar, Perak
  3. Waktu: 8.00-11.00 malam
Tentatif programnya pula:
  • 3.00 petang: Pendaftaran kehadiran
  • 3.30 petang: Mesyuarat Agung Tahunan
  • 4.30 petang: Mesyuarat tamat - minum petang, solat Asar
  • 5.30 petang: Acara ramah mesra bersama bekas pelajar - pendaftaran kehadiran, makan malam
  • 7.00 petang: Tahlil - solat Maghrib - kuliah Maghrib dan solat Isyak
  • 9.00 malam: Program makan malam bermula - ucapan alu2an pengerusi, ucapan perasmian Sahibul Samahah al-Fadhil Dato' Seri Dr. Haji Harussani bin Haji Zakaria (Mufti Perak), Jamuan bermula, persembahan pelajar, penyampaian hadiah & cenderamata
  • 11.00 malam: bersurai
Bayaran pula sepertinya di bawah:
  1. 1 tempat duduk RM50.00 / 1 tempat duduk isteri RM50.00 (anak percuma)
  2. Tajaan meja guru / kakitangan: 1 meja RM250.00 / 1 meja RM500.00
yang bermaksud: kalau pi sorang, bayaran hanya RM50.00 tapi kalau bawak anak bini tambah lagi RM50.00 (ni kalau ada sorang bini sahaja). Anak dikecualikan daripada bayaran. Yang mana ada anak ramai, memang untung. Bini ramai, kena bayaq lebih la sikit. Kalau nak tolong taja meja makan untuk guru / kakitangan madrasah, ada dua jenis meja: 1. meja kecik RM250.00 sahaja. 2. meja besaq RM500.00. Juadah aku tak tau depa nak jamu apa. Tu kena tanya el-Syazali sendiri la apa menu dia.

Pakaian: baju kebangsaan / batiks (untuk lelaki). Kemas dan bergaya. Seluaq kena pakai la jugak walaupun dalam program tu depa sebut baju sahaja. Pompuan jangan la pi majlis tu pakai kain batiks puloks. Malu kat Tok Peti (dato' mufti).

Jadinya, aku rasa inilah peluang terbaik kita untuk bertemu muka dengan kawan-kawan dan bekas pelajar-pelajar Idrisiah yang lain. Di samping kita dapat share our 2 cents idea or whatever comment regarding our madrasah.

Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama memenuhi jemputan tak kira sama ada kita dapat surat jemputan ataupun tidak. Inilah masanya untuk kita menunjukkan kesungguhan kita dalam membantu madrasah kita untuk maju ke hadapan.

Buat mereka yang tengah sempit poket, bayaran boleh dijelaskan sebelum atau pada 24 Ogos 2007. Cumanya, tolong maklum awai yakni pada 10 Ogos ni kepada pihak Madrasah Idrisiah sama ada hadir atau tidak. Nanti senang depa nak bajet kerusi meja dan perkara-perkara lain.

Kita jangan dok pelekeh sekolah kita atau cakap-cakap kot belakang bila jemputan ni kita tak hadir tanpa alasan yang munasabah ataupun ada keuzuran. Sama-sama kita bantu dan sokong SAR tak kira sekolah tu tempat kita mengaji dulu atau tidak. Ni tanggungjawab kita semua.

Action is stronger and louder than words. CU!

6 comments:

marn said...

jadinya... sapa yang nak pi 1 sept nih?

Anonymous said...

Dear Mr Marn,

Sy akan cuba utk menghubungi kengkawan lain yg mungkin x dpt surat jemputan..
Er since lu mintak komen wa, So kalu ada org yg tgk blog nih & nak pegi tapi xde camner nak bayo.. kalu cash camner, kalu nk issue cek payable to whom? ader kiosk ker cam kat masjid baru2 ni so senang la nak derma.. So payment method tu takde..

Sekian

Ahmad S

Anonymous said...

harap dengan update yang tersedia, dapat membantu saudara Ahmad S dan yang rerakan lain-lain.

bogeyman

Anonymous said...

AKOM SAHABAT..
INSYALLAH KALAU TAK DER ARAL MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH AKU HAJAT NAK PI LA...LEH JUMPA KENGKAWAN LAMA...DIORANG TAK BAGI ASRAMA KER LEH LEPAK2 CAM YANG KITA SEMBANG MASA REUNION SG PERAK 2 TAHUN LEPAS..KALAU ADA CANTEK LA...LEH SEMBANG2 SAMBIL BARING2...NOSTALGIA TU YOP

ABUATEIF

Anonymous said...

asrama mana da bai.. tu pun tak sampai sehari punya program. budak kl mungkin balik hari kot.

bartMAN

Unknown said...

assalamualaikum bro,

aku insyaALLAH p rasanya.

ape kabo smua?sorry aku skrg jarang masuk sbb bz skit.

Aku dgr depa nak pnggil smp 1500org 1hb ni.