Aduh! kepala aku tetiba je sakit seperti dihempuk dengan benda tumpul. Aku tersedar. Rupa-rupanya aku masih lagi atas katil di rumahku. Sakit kepalaku ditendang si Najwa. Tidur lesak sungguh budak nih! kata aku dalam hati. Bilaku pandang jam dinding dalam bilik, pukul 6.02 pagi. Alamak!! Aku mimpi. Ingatkan dah sampai Pangkor, rupanya sampai dalam mimpi...: gerutu hatiku.
Aku janji dengan Mat Zeni nak ambik dia pukul 4.00 pagi. Sekarang dah 6.00 pagi. Adoila!!! Bangun lambat!Terus aku telefon Mat. Trut..! trut..! Bunyi deringan telefon. Mat:" Wey! apa da janji kata nak ambil gua pukul 4pagi. Skang dah 6 pagi. Wa pikap lu la macam ni..". Aku jawab: " Sori la Mat! Aku pengsan. Mintak maap la! Tak sengaja..
6.45 pagi, Mat sampai di depan rumahku, terus kami ke rumah Izanee di Tmn. Melawati. 7.15 pagi, semuanya ready set to go. Maka bermulalah perjalanan ke destinasi yang dijanjikan. Sepanjang perjalanan, perbualan tidak berapa rancak sebab masing-masing layan mengantuk. Sempatla jugak aku bawak kereta sambil melelapkan mata. Muahahaha!!! Sori kawan2!! Lain kali aku tak buat dah!
Singgah di Tapah untuk membetulkan urat pinggang. Nak sarapan, orang punyala ramai. Cuti sekolah la katakan. Kami teruskan perjalanan ke Lumut melalui Meru, Pusing, Sri Iskandar, Bota Kiri dan Manjung. Sampai di Lumut dalam pukul 12.15 tghari. Dari tempat letak kereta bertingkat, aku perhatikan bandar Lumut. Tak banyak beza cuma ada la dua tiga bangunan yang baru. Aku, Mat dan Izanee mula berjalan ke jeti. Di sana, Ust. Zenki dan Mail Ninja dah menanti. "Mail dah tumbuh ako di kaki!" kata Zaki. "Mana Mail? tanya Izanee sambil membetulkan joran ditangan. "Mail pegi parking kereta jap.. jawab Zaki. Jom! Kita cari tiket" Mat dengan muka selambanye. Tetibe je ada satu brother datang himpit kami, "Nak pegi Pangkor? Tiket dah ambik? Blom! jawab Zaki. "Beli tiket Mesra Feri bang. Setiap 20 minit ada feri. Skang ni musim cuti. Penuh je jalan. Tak payah tunggu lama-lama. Seorang RM10 je. Pegi dan balik" katanya. Tanpa lengah, kami pun keluarkan duit tambang. Selesai bayar tambang, Mail pun sampai. terus ke jeti beratur tunggu feri. Dalam 15 minit kami beratur, feri sampai. Lepak kat dek atas. Sambil layan angin masin Lumut, sambil usyar pemandangan. Aku sama Zaki lepak di dalam dek sebab jaga beg.
Sampai di jeti Pangkor, Cikgu Husaini aka Gebox menanti dengan senyuman. Pelukan mesra dan hangat badannya masih terasa hingga kini. Teruja sungguh aku dengan suasana pada waktu itu. Jom! Kita pegi ambik motor. Skang ni RM60 sebab hari minggu, tapi aku dah kawtim RM30 sebuah" kata Gebox. Ni la untungnya bila ada kawan. Dapat aje motor, kami langsung ke rumah Gebox di kuarters Sek. Keb. Pangkor. Bila aja masuk rumah Gebox, terhidang juadah yang melelehkan air liur semua. Memang sedap dipandang, lazat dimakan. Tahniah buat Gebox sebab dapat bini yang pandai masak. Ikan Ebex masak stim asam masin, sotong goreng salut tepung, kerabu mangga, ketam masak cili, ketam masak lomax dan baby kailan (aku main tibai je nama sayur nih) masak apa ntah. Memang sedap banget!! Aku sekali lagi nak rakamkan terima kasih yang tidak terhingga di atas segala juadah dan layanan VVIP yang kami terima daripada Gebox. Lu memang rock the world la Gebox!
wa depan Mizam Resort World
Bilik no.8, Chalet Mizam, Teluk Nipah. Itulah tempat kami melepak. Bila dah tengok bilik, nak bayar je, Gebox kata: "Jangan! Aku dah setel!". Wallaweh!!! Terkujat semua. Gebox sponsor pulak dah bilik penginapan kami. Adoi la!! Gebox!! Sesungguhnya Allah Taala jua yang dapat membalas segala jasa baik hang buat kami. Amin...! Kami nak bayar, Gebox mengeras takmau terima duit kami. Memang lu Otroman la Gebox! Lu la da real Gaban aka Satria Baja Hitam. 5.00 petang, kami tukar pakaian untuk get ready for the next session.Mat tengah test katil
Singgahla kami ke chalet tempat yang dicadangkan oleh Gebox untuk our next reunion nanti, insyaAllah. Memang cun tempatnya. Depannya pantai, ada camping site, kantin, dewan serbaguna, 12 buah chalet konkrit dan 8 buah chalet kayu. Just nice...Pulau Giam dan Pangkor Laut (ni pemandangan depan chalet)
So, aku rasa buat kengkawan semua yang memang nak join reunion Komuniti87 nanti, simpan-simpan la duit mulai dari hari ni sebab rugi kalau tak join.to be continued...
2 comments:
Assalamualaikum sahabat2
Sekalung tahniah & terima kasih teman ucapkan keatas Cikgu Gebok yg berhempas pulas menyediakan makan & tempat berteduh di Pangkor Island tempohari... Terasa bangga kerana ada kawan disana.. Ni yg teman suka.. Terima kasih yg tak terhingga juga teman ucapkan pd sahabat yg sudi support program hari tu.. Bg yg gagal hadir tidak mengapa byk lg masa.. Betul kata Abg marn kita bwk2 la ngumpui duit utk kita langsungkan Alumni 11 pada tarikh yg akan dipersetujui kelak.. Sekian
Mat Zeni
akom sahabat..
mmg syok hari tu lepak kat pangkor..rasa cam tak puas jer dok 2 hari kat sana..kalau ikut hati nak jer hambo dok 'semenggu'kata member marn asal dr kelantan..wak gebok mmg ngam susah nak cari member cam beliau...sapa2 yang nak join reunion baik buat keputusan cepat sebelom wak gebok transfer ke pengkalan hulu katanya...kalau wak gebok tak dak maknanya banyak kemudahan kat pangkor kita tak boleh nak kecapi...ebox stim masih terasa kat kerongkong teman ni hehehehe
zaki
Post a Comment