Pages

Solat Time

Tuesday, June 12, 2007

Kambination Part III. The saga continues....

Nice to see, delicious to eat.
Once eaten, satisfaction's guaranteed

Cadangan Kambination III. The saga continues... yang terbaru seperti berikut:
1. Tarikh : 19hb Jun 2007
2. Tempat : Rumah Izanee, Tmn. Melawati, Ulu Klang, Selangor.
3. Program : Bacaan Yaa Sin dan tahlil. Mini meeting sambil sapede karawale cantik punya dok ada serta ramah mesra.

Posting asal..
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum..

Apa habaq kawan-kawan semua? Harapan aku semoga semua dilindungi dan dipayungi dengan Rahmat dan Inayah Allah Taala. Aku masih lagi terasa dibuai ombak Pangkor dan manis Ebox stim by the courtesy of abg Gebox n wife.

Just starting to begin with a new chapter of my life. Sejak balik dari Pangkor, kerja banyak dan bertimbun. Kawan-kawan pun ramai yang sibuk. So, aku cuma tulis sikit je di sini. Masih lagi terbuka peluang untuk kawan dan sahabat handai untuk mengemelkan posting jika ada. Tiada sebarang penapisan dan pemotongan akan dibuat ke atas posting anda.

Ok, di sini aku nak umumkan perihal Kambination part III. The saga continues... Sesiapa yang nak join kambination (tarikh blom lagi ditetapkan oleh AJK), bolehlah bersiap sedia untuk mengurangkan kadar pemakanan anda. Sebab kena spare perut untuk juadah pada hari Kambination kelak. Ada perkhabaran mengatakan bahawa ramai kawan-kawan yang berkampung di Bangi dari tarikh 17-21hb ni. Ada inter-jabatan games. Oleh yang demikian, AJK Kambination ingin mengambil perhatian dan kesempatan yang sedia ada untuk menganjurkan suatu majlis so called Kambination yang dapat mengeratkan ikatan persabahatan yang telah kian lama wujud.

Untuk perhatian mereka yang belum pernah terlibat ataupun tidak tahu menahu akan kewujudan projek Kambination, projek ini telah berjaya diadakan sebanyak dua kali sebelum ini. Rugi buat mereka yang tak mai dan tak makan kambing. Tapi takpa, selain kambin as our main dish, ada juga juadah sampingan yang tidak kurang hebatnya seperti ayam, hotdog dan ikan (kalau ada sesapa yang bawak mai la).

Pada hari yang akan diberitahu kelak, cadangan untuk pengisian program tersebut ialah; bacaan yaa sin dan tahlil. Tak lupa juga, mini meeting untuk projek dan program pengisian reunion ver2.0 yang insyaAllah akan diadakan di Pangkor seperti mana terdapat di dalam posting sebelum ini.

Maka, aku menyeru kepada handai-taulan supaya dapat menghadiri majlis ini kelak kerana banyak faedah sampingan yang akan dapat kita bawa pulang ke rumah masing-masing. Antaranya, perut anda kenyang, dapat jumpa kawan-kawan dan kenangan terindah. Mungkin juga ada peluang perniagaan ataupun peluang2 lain yang boleh kita kongsi bersama.

Terima kasih di atas kesudian anda semua yang sudi melewati dan meluangkan masa membaca posting-posting yang sedia ada di blog ini. Jazakumullahu Khairal Jaza'.

9 comments:

Anonymous said...

Yea.. yea.. mari kita meriahkan lagi sambutan KAMBINATION ke3 MACAM2 ADA

MAT ZENI

Anonymous said...

apa lah malang nasib si kamben, setiap minggu kena korban. Dulu dinosour pupus pun sebab selalu ada reunion makan dinosour, aku rasa kamben ni pun akan senasib ngan dinosour. Aku nak bawak anak aku gi tengok kamben puas2 sebelum dia pupus di telan korang hahahahahhahaa.

-faras-
" baru sekarang aku rasa rugi tak duk kolumpo"

marn said...

wallaweh....

abg faras kembali... gud..gud.. lama tak dengaq crita.. banyak kerja ka merajuk? i prefer the first answer.. mueheheheh.. mana lama menyepi faras oi? bisnes kencang ngalah taufan. kambin tak macam dinosaur. dia lambat gila nak pupus sebab reproductivity kambin ni tinggi. dinosaur beranak 5 taun sekali. kambin 2 kali setaun. jauh beza tuh. so, jangan risau akan kepupusan kambin. lagipun, pasni kami ada cadangan nak bela kambin. tengah kawtim. kalau nak join, leh la chip in sorang sikit. kita tolong reproduce lak kambin, senang la nanti stok. muhahahaahha...
hang mengkala tak bz, mai la turun ujung minggu, kami worang keyyel insyaAllah rai hang mana mampu la.

mau ka takmau? a simple question but hard answer. If money the problem, consider it solved. Lu bg sampai kl ja, the rest akan setel fight.

what say you?

Anonymous said...

akom sahabat..
aku cdngkan buat kambination 19.6.07 selasa malam...member2 kat bangi aku akan usaha paksa depa mai...tak boleh makan kambing tak pa...hot dog ada..ok geng camna tarikh tu?tepulang kat hampa la setuju ke idak...tarikh tu tak muktamad lagi boleh ejas.

zaki

marn said...

Wsalam la kawan...

aku setuju sangat kalau 19hb ni... aku ok ja.. so, apa kata kawan2 lain?

dan aku nak tau la jugak sapa dia yang pi Bangi tu? ramaika kawan2 kita yang terlibat dengan sukan tuh?

Anonymous said...

19 June cun gak w'pon tanpa bahagian jamenul.. isk isk isk Err En Mail, Cik Linda, Cik Jura, Cik S'naz kalu baca blog ni tak teringin ker nak join???

Mat Zeni

Unknown said...

assalamualaikum,

abg faras susah apa turun je la kl klu nak joint.skali skala labur la skit utk jumpa kawan2.

aku 19hb tu rasa2nya ok.

linda jgn lupa bawak zura skali.

Anonymous said...

akom sahabat..
kira jadi la selasa tu kita buat kambination pat tri na...kat bangi so far so gud yang aku tau bdk idrisiah kamarudin,can malican,faisal rahim tokan pronoton,arab(adik ipor mail yang tak jadi kenyataan),fakhrul zaman aku tak pasti dan last skali aku lah ahmad zaki b mohamed yusof...can aku ade kontek tadi dia bagi respon yang tak negatif..kalau tak dak aral melintang patah membujur lalu dia akan join kita...ok sahabat.

zaki

Anonymous said...

Terima Kasih Ustaz Zaki,

U have done a lot.. Tak sesabo lak rasenyer nak jumpa sahabat2 sume..

Ingat pesan Asri "Bior beso perut Jgn beso mulut" yg membawa maksud perut yg beso hendaklah seiring dengan mulut ketika mengunyah jgn bukak beso sangat... (ikut paham aku ler)maka hendaklah kamu beretika ketika makan (etika tu tak la sampai pakai pisau & garpu heh heh heh ) & sama2 lah kita berdoa agar dimurahkan rezeki sahabat2 kita maka tercapailah angan2 kita utk pegi bercuti di sponser... Amiin

Mat Zeni