Pages

Solat Time

Showing posts with label pangkor. Show all posts
Showing posts with label pangkor. Show all posts

Monday, February 4, 2008

Surat

Assalamualaikum..

Salam sejahtera buat semua. Selamat kembali bekerja untuk mereka yang bekerja. Untuk yang masih bercuti, selamat bercuti.

hiasan bukan sekadar hiasan
terletak elok gayanya terhidang
kesian, memang aku kesian
buat mereka yang tak dapat datang

Alhamdulillah, puji-pujian buat Allah Azza wa Jalla, Raja sekalian raja dan tuan punya alam semesta ini. Kambination the Fourth telah selamat dijalankan dengan jayanya. Kehadiran seperti biasa; aku, Mart Jenny, Yusrin (new father), Asr, Jamil, Izanee (of course la, dia tuan rumah), Halim Shafie dan cameo appearance by Zaki Saidin. Terima kasih buat Zaki Saidin kerana sudi melapang dan meluangkan masa untuk turut serta bersama-sama meraikan kambination. Buat kawan2 yang pernah menghadiri kambination version sebelum ni, kena jaga-jaga sebab Zaki Saidin memang power. Tercabar jugak ahli-ahli lama bila melihat cara dia melipat dan lompat tikam kambing-kambing yang tersusun rapi, indah di mata, lazat dilidah terletak eloks di atas perdupaan. Langkahnya langsung tidak ada sedikit pun cacat-cela. Bak kata orang putih: Flawless. Macam dah lama bergiat dalam aktiviti yang seumpamanya.

aduhai kasih aduhai..!!

Kembali kepada topik terhangat kita. Adakah tuan/puan ada menerima surat jemputan masing-masing dalam sehari dua ni? Sekiranya ada, pohon ambil tindakan seberapa segera mengikut langkah-langkah dan arahan yang telah diberikan di dalam surat tersebut. Ini bagi mengelakkan keadaan kelam-kabut dan kerja 'last minute' yang telah lama kita aplikasikan sejak zaman-berzaman. Menyahut seruan kerajaan (kita ikut mana yang baik, kita bangkang mana yang tak baik) untuk menglokalkan diri dan mengubah cara hidup.

bukan contoh surat sebenar

Manakala yang belum menerima sebarang surat, pohon menghubungi rakan lain yang mempunyai maklumat tentang perjumpaan kita nanti. Antara yang tahu maklumat perjumpaan secara terperinci ialah Saiful Asri dan Jamil Fahmi.

Semoga segala pencarian, pekerjaan dan amalan dalam kehidupan kita akan dipermudah dan diterima oleh Allah SWT. Amin...

Pantun dua kerat lepas makan kambin:
Gendang gendut tali skiping
sekali dia kentut, semua terpelanting

Tack & vi ses agen.

Friday, December 28, 2007

Tarikh dan gotong-royong di Pangkor

Assalamualaikum..

Seperti yang aku jangka, semuanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah kerana Allah SWT masih memberi ruang kepada kita semua untuk beramah-mesra melalui blog ni.

Seperti yang diketahui umum, kita sedang menjalankan survey untuk perjumpaan 'reunion' kita yang bakal diadakan di Pangkor tahun hadapan. Oleh yang demikian, 'the tribe has spoken' dan beberapa cadangan dan saranan yang telah disuarakan oleh mereka yang aktif. Antara saranan dan cadangan yang telah dapat disimpulkan di sini ialah:
  1. Diadakan dalam bulan Mac 2008
  2. Tarikh yang dicadangkan ialah 12,13 & 14 Mac 2008 bersamaan hari Rabu, Khamis & Jumaat. Alasan kukuh daripada pengarah logistik : weekdays harga chaletnya murah.
  3. Futur, ghada' & a'syak (sarapan, makan tengahari & malam) kita masak gotong-royong. Kaum hawa siang ikan dan potong bawang manakala kaum adam pula memasak.

Jadi, aku rasa fokus kita ialah kepada tarikh perjumpaan dan berapa hari nak duduk di Pangkor. Sebab boleh dikatakan semuanya bersetuju untuk diadakan dalam bulan Mac. Ada di antara kita yang tidak dapat 'join' atas alasan-alasan yang tertentu. Itu, tak dapek den nak nolong.

p/s: malam ni akan diadakan meeting pertama untuk perjumpaan di Pangkor. Berlangsung di Klang Gate, Tmn. Melawati, Gombak, Selangor. Pukul 9 malam. Sengaja dimaklumkan lewat sebab aku tak jangka ramai yang akan join meeting tu nanti. Sesiapa yang nak join, sila hubungi cik Mart el Loco Zenith.




Monday, December 10, 2007

Rasanya..

Assalamualaikum..

Buat geng K87, tahniah aku ucapkan pada kalian semua sebab sabar menanti gambar-gambar masa di kenduri rumahnya bonda Jamil. Dalam banyak-banyak gambar, baik kamera aku mahupun gambar yang aku dapat melalui emel yang diposkan oleh sdr. Bani Hashim, tak nampak pun gambar pengantin. Muahahahahaha!!!!

Takpa, janji hati gembira tidak terkata, Allah Taala tidak dilupa. Maka, selamat membelek gambar-gambar dan kenangan terindah yang sempat dirakamkan oleh sdr. Bani Hashim.

All pixs are taken from Bani Hashim's camera. My so called expensive (for me) Olympus E300 is mogok. Aku sudah tersalah setting da. Gambar2 yang sedia ada dalam kamera aku tak boleh di'convert' dan di'upload'kan ke dalam blog. Aku tengah mencari 'converter' yang sesuai dengan jiwa gambar tu.

Layan....

Dan, macam mana dengan reunion kita? Where next? Pangkor or somewhere else?


Wednesday, May 9, 2007

Usyar pot

Assalamualaikum..

So, wassup friends? Still crazy about kamben? I love kamben. Not fall in love with kamben, but love to eat kamben. I'm facing a problem with my trousers lately. They all shrunk up. I don't know why this happening to me. But from my experience, everytime when I ate kamben, my trousers shrank. You know why? It's a mystery to me. Unsolved.. By the way, please do not harm any kamben in any kind of situation except for eating purposes. Life's richer with kamben.. To know kamben is to love kamben..

Di sini ada pengumuman tentang cadangan yang telah diberikan oleh saudara lama kita; En. Mart Zeni berkenaan aktiviti untuk meng'usyar' port di Pulau Pangkor. Tujuan peng'usyar'an itu dibuat adalah kerana kami selaku AJK Penaja (bukan nak taja sesapa tau!!) Majlis Syura Perjumpaan Bekas Pelajar Idrisiah Sesi 87 nak buat gathering Alumni Komunitas 87 Kali ke-2 telah sebulat suara untuk menjayakan perjumpaan kali ke-2. InsyaAllah kalu takdak apa aral, kali ni kita buat di Pangkor la pulok.

Berdasarkan hasil daripada perbincangan melalui telefon di antara Mart Zeni dengan Abg Gebox (cas wakil rakyat Pangkor) telah mencadangkan tarikh untuk sesi peng'usyar'an seperti berikut:

1) Date : 2 June 2007
2) Venue : Pulau Pangkor
3) Accomodation : F.O.C!!
4) Activities : Survey Chalet, tahlil kt umah Gebok, jala ikan, bako ikan, chandat sotong, bako kamben, bako ketam, bako sotong sumbat, mkn sampe pengsan & pusing2 pulau.

Wal hasilnya, sesiapa yang berminat untuk join the crowd pegi usyar pot, bolehlah menyimpan duit poket untuk belanja makan minum, pengangkutan serta cenderamata. Nilai tidak dihadkan. Sapa yang nak ikut tapi takdak duit, jangan ikut. Menyusahkan orang lain. Muahahahahaha... Pengangkutan ke Pangkor itu nanti akan dibuat secara 'carpool'. So, sesape yang nak join, bolehlah tumpang ke, bawak keta ke... save la duit. Tak gitu?

Sekiranya tarikh tersebut tidak cantik mengikut 'feng shui' anda, bolehlah berikan cadangan yang lain.

Sebarang pertanyaan dan cadangan, sila poskan komen anda di blog ini. Selamat layari blog ini. Segala surat-menyurat tidak akan dilayan.

p/s: malam ni kalu tarak aral melintang, nak pi jumpa Mr. Chan Malichan hey hey, Chan Malichan hey hey, Chan Malichan, ketipong payung. Tempat: sebelah Ampang Point, Ampang. Sapa nak join, mai la. Kita pi ramai-ramai. Masa: lepas pukul 10.30 malam.