Pages

Solat Time

Showing posts with label marang. Show all posts
Showing posts with label marang. Show all posts

Wednesday, May 6, 2009

Ulamak? Afa tu?

Assalamualaikum..

Terkini..

Ok. Aku baru dapat mesej daripada elSyazali yang berbunyi: Salam... Madrasah Idrisiah akan mengadakan Ihtifal pada 9 Mei 2009, jam 8.30 pagi - 12.30 tengahari. Perasmian oleh Pegawai Kewangan Negeri Perak. Semua bekas pelajar dijemput hadir.

Hah! Apa lagi geng? Ada berani ka? Jom kita pi bagi meriah sikit sekolah tu sambil jumpa bekas guru / ustaz kita. Boleh la kumpui ramai-ramai. Nak plan pegi rumah kenduri rumah Mail pun senang. Dan jugak, sapa yang tak dan nak bank in kan duit tabung dana, bolehla nanti bayaq masa jumpa nanti. Senang gitukan?

InsyaAllah aku turun. Mat tak bleh bagi confirmation lagi. InsyaAllah Mat Jeni pegi gak. aku akan paksa dia. jom kita!

Posting asal..

Iskh.. sehari dua ni aku sibuk gila. Baru balik dari bercuti di kampung bini tersayang. Nun di Kuala Terengganu. Orang sana dok sibuk menyandat sotong. Pergh.. kalau ikut pengalaman aku menyandat sotong tahun lepas, memang meriah beb. Sotong jenuh. Purata sotong yang berjaya dijinakkan dalam kurang lebih sekaki panjangnya.

Agak-agak hangpa la, bilanya nak buat trip candat sotong ni? Tahun depan ok kot? Nak best lagi, siap tidoq kat Pulau Kapaih. Pergh.. boleh snorkling sekali. Walaupun batu karangnya tidaklah secantik Pulau Redang, Tenggol dan Perhentian, tapi tetap menawan sukma (bukan Sukma Darmawan Sasmitaat Madja). Kalau mau, tahun depan aku bolehlah set dengan orang Marang chartered bot sebijik. Nak mengail pun boleh. Bawak ja joran sendiri.

Masa tahun sudah, aku bertolak lepaih asaq, balik sampai jeti sebelum subuh. Kalau dah tangkapan banyak, boleh tolak kat peraih di jeti Marang tu. Sotong dapat, duit pun dapat. Pergh.. rugi la woi kalau takmau buat trip candat sotong ni. Nak best lagi, kita pi trip laki2 ja. Anak bini tinggai la sat kat rumah. Ka gumana? Ka mabok laut? Tu tak jadi masalah. Ada ubat bagi elak dari kena mabok laut. aku yang cas hero ni pun telan dua bijik. Tu pun kena jugak sebab salah telan ubat. Dia koman2 kena sejam-dua telan ubat tu baru sihat. Ni tak, ataih bot baru nak telan. Lagipun (ni alasan kuat ni) aku dok kat belakang bot. Asyik dok hidu asap diesel bot. Kalau dah berjam-jam beraromakan diesel, aku rasa badak ayaq pun tumbang.

Dalam sehari dua ni jugak, aku perati orang dok sibuk bincang pasai siapa dia ulamak? Sapa dia yang dikatakan ulamak ni? Macam Imam al-Ghazali tu tak dapat la. Jauh dah kena tinggai zaman kita ni. Hat yang mengaji agama dan ada degree saja kah yang layak dipanggil ulamak? Macam mana pulak yang tadak degree? Apa kriteria yang perlu ada pada ulamak?

Ada idea dan pendapat tak? Mai kita kongsi idea dan pendapat serta buat ribut minda sket. Jom kita sembang!



Tuesday, May 27, 2008

Ke mana kita?

Assalamualaikum..

Selamat bercuti buat warga guru dan pelajar (tidak termasuk mereka yang belajar dan mengajar di IPTA & IPTS). Cuti sekolah sudah bermula dan sibuklah para ibu dan bapa menyusun jadual percutian untuk diisi sepanjang musim cuti ini.

Baru-baru ni, aku balik kampung isteri di Kuala Terengganu. Sempatlah menganyam pengalaman dan menatap taburan bintang di dada malam sambil mencandat sotong di perairan Laut China Selatan. Aduhai! Betapa syahdunya perasaan tatkala dilambung ombak yang kadang-kala mencuakkan hati ini. 
Lewat 23 Mei yang lalu, aku bersama keluarga biniku turun ke laut mengutip pengalaman mencandat sotong. Seronok tidak terkata. Pukul 5.45 petang kami sudah berada di dalam perut bot yang meredah gagah muara sungai Marang. Perjalanan ke 'pot' sotong bertelur memakan masa hampir sejam yang jaraknya 6 batu dari jeti Marang. Perjalanan mengambil masa yang agak panjang kerana ombak kuat. Bot kecil yang sarat dengan penumpang tak boleh 'full throttle' sebab takut pecah atau terbalik. Nun jauh di tengah lautan. Nampak sayup dari kejauhan daratan dan Pulau Kapas dari 'pot' sotong bertelur. 

Bot kami antara yang terawal melabuhkan sauh. Tak sampai 10 minit candat diturunkan ke dalam laut, sotong pertama sepanjang 1 kaki berjaya dinaikkan abg iparku.  Selang 3 minit kemudian, Pok Mart (tekong bot) menunjukkan belang dan skilnya. Tak putus-putus sotong dinaikkan hinggalah pukul 8 malam. Sotong pertamaku naik ke atas bot pukul 7.45 malam. Kemudian, keadaan kembali reda dan masa berjalan terlalu lama dirasakan. Seronok bilamana menunaikan solat di atas bot sambil dilambung ombak.

gambar hiasan

Pukul 10 malam, aku dah mula diserang mabuk laut. Tak tahan dengan rasa mabuk laut, aku melelapkan mata sehingga pukul 11.30 malam. Bila terjaga, alhamdulillah, rasa mabuk laut berkurangan. itupun, mungkin ubat tahan mabuk aku mula berkesan sebab makan ubat tu lewat. Kalau diikutkan jadual perjalanan balik pada pukul 4 pagi, akan tetapi bila memandang 2-3 orang sepupu biniku dah mabuk dan muntah, kami mengambil keputusan untuk pulang lebih awal. Pukul 1.30 pagi, kami bertolak pulang dan sampai di jeti Marang pukul 2 pagi. Hasil tangkapan keseluruhan ialah seberat 15 kilogram. Sotong paling besar yang berjaya ditangkap ialah sepanjang 2 kaki setengah.

Keesokkan harinya, kami sekeluarga makan macam-macam jenis masakan sotong. Bakar, goreng salut tepung, masak pedas dan sebagai. Jadi, jangan ajak aku makan sotong untuk tempoh 2 bulan dari sekarang sebab aku dah naik muak meratah sotong.
Aku cukup galakkan kawan-kawan untuk timba pengalaman mencandat sotong walaupun sekali seumur hidup. buat mereka yang pernah mencandat, tak rasa nak pergi mencandat lagi ke? Kalau kita buat program mencandat sotong ni tahun depan, seronok jugak. 

Jom candat!!!