Pages

Solat Time

Showing posts with label guru. Show all posts
Showing posts with label guru. Show all posts

Monday, May 18, 2009

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum..

Selamat Hari Guru buat semua pendidik yang telah, sedang dan akan melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan amanah. Terharunya aku. Teringat guru-guru tua yang pernah menaburkan bakti buat kita masa zaman sekolah dulu. Ada yang telah pergi menyambut seruan Ilahi dan juga yang uzur. Buat yang telah pergi, marilah kita sama-sama mensedekahkan al-Fatihah buat mereka. Dan buat yang sedang uzur, hanya sekalung doa buat kalian, moga cepat sembuh dan dipanjangkan umur. Allah Taala jua yang mampu membalas jasa guru-guru kita. Sekarang, guru kita ialah pengalaman sendiri dan kawan-kawan.

Saban tahun kita menyambut hari guru. Sama ada sedar ataupun tidak, setiap kita secara tidak langsung adalah guru dan dalam masa yang sama juga bergelar murid. Guru kepada anak-anak kita, anak-anak saudara dan mereka yang berada di sekeliling kita. Murid kepada pengalaman dan mereka yang berkongsi ilmu dengan kita.

Guru terbaik yang pernah hadir untuk mendidik umat manusia ialah Muhammad SAW. Selayaknya baginda dinobatkan sebagai guru terulung sepanjang zaman. Kerana tanpa ilmu yang berpandukan wahyu, kita tidak akan mengenal apa itu nikmat iman, islam dan ihsan.

Soalan untuk para guru (yang kerja rasminya adalah guru) ialah; apakah ukuran seseorang itu yang layak digelar guru yang berjaya? Sila jawab!