Pages

Solat Time

Showing posts with label better. Show all posts
Showing posts with label better. Show all posts

Friday, May 22, 2009

Habit @ tabiat

Assalamualaikum..

Merokok ialah satu perbuatan yang tiada faedah langsung pada perokok mahupun alam persekitaran. Daripada saja try test, lama-lama melekat. Ada yang ketagihan candu dalam rokok, ada juga yang menjadi tabiat dan kebiasaan.

Kegagalan aku untuk menjadi seorang insan yang bebas rokok baru-baru ini menyedarkan aku akan betapa sukarnya untuk membuang sesuatu tabiat yang sudah lama sebati dengan kehidupan seharian aku. Aku tahu akan keburukan merokok buat diriku dan keluargaku, tapi oleh kerana aku ni manusia yang teramat lemah, aku masih tercari-cari kekuatan mental untuk mengikis tabiat buruk.

Buat kerja 'last minute' pun dikira termasuk ke dalam tabiat yang buruk. Procrastinate ataupun berlengah-lengah merupakan suatu kebiasaan ataupun tabiat yang tidak molek. Kenapa Rasulullah SAW menyuruh kita mengerjakan solat di awal waktu? Sedangkan waktu solat seperti zohor itu panjang. Tak kisah kalau nak ikutkan secara akal. Tapi perasankah kita bahawa apa yang nak disampaikan oleh Rasulullah SAW ialah mesej yang menyuruh kita supaya tidak berlengah-lengah dan melambat-lambatkan sesuatu pekerjaan.

Oleh yang demikian, aku menyeru sekali lagi buat teman-teman yang 'sibuk' tatkala weekdays ataupun tengah minggu, pada hujung minggu ni bolehlah pergi ke mana-mana cawangan Bank Islam yang berdekatan untuk membayar yuran tahunan yang belum dijelaskan. Buat mereka yang telah menjelaskan yuran tahunan anda, aku ucapkan: "Syabas! Anda telah melaksanakan tanggungjawab anda dan terima kasih."

Untuk pengetahuan semua, TIADA masa kecederaan akan diberikan kepada mereka yang terlambat membuat pembayaran. Segala surat-menyurat, rayuan, nak bermanja dan sebagainya tidak akan dilayan. Sudah sampai masanya kita mengikis tabiat buruk kita sedikit demi sedikit. InsyaAllah, dengan sokongan yang kawan-kawan berikan, Komuniti ini akan terus mantap dan cemerlang.

Marilah kita sama-sama berubah daripada insan yang baik kepada insan yang cemerlang. Bak kata mat salon: "To be a better man/woman".